Pintu coklat cair itu terbuka perlahan.
Dan wajah Luth terpampang. Wajah itu kelat dan masam. Aikha hanya mampu senyum bersalah sebelum dia angkat kedua bahu dia.
" Tak nak bagi Aikha masuk ke?"
Krek.
Dan pintu coklat itu terbuka luas. Aikha menuruti langkah Luth hingga ke ruang tamu milik rumah itu. Luth labuhkan duduk di atas sofa sebelum dia tepuk tempat duduk di sebelahnya, mengarahkan agar Aikha juga duduk di sebelahnya.
Aikha patuh.
Duduk dilabuh di sebelah Luth sebelum dia ketap bibir. Wajah masam Luth buatkan dia bersalah namun Aikha tahu dia tak menyesal dengan keputusan dia untuk berjumpa dengan Iddean petang semalam.
" So?"
Luth peluk tubuh. Mata coklat cair itu tajam merenung wajah Aikha. Jelaa wajah putih Luth merona merah ke ran menahan geram.
Aikha tayang wajah bersalah sebelum mata jatuh pada kedua tangan yang digenggam di atas riba. " So?"
Takut-takut Aikha bertanya.
Soalan Aikha buatkan keluhan berat terlepas daripada bibir Luth. Dia merapat sebelum kepala Aikha didongak agar memandang wajah dia.
Mata hitam Aikha jelas kelihatan yang dia resah.
" Aikha tak nak bagitahu kenapa Aikha tak datang rumah Luth semalam? Luth tunggu Aikha dekat rumah macam orang bodoh?! "
Itu dia Luth dah melenting. Sudahlah dia menjerit depan Aikha.
Nasiblah kakak kau ni belum pekak.
Aikh hanya mampu tersenyum kelat sebelum kepala ditunduk menghadap lantai. Tahu dirinya bersalah. Tapi, bukan ke Luth yang halau dia dari datang rumah ni masa hari rabu. Bukan nak ambil hati tapi dia tetap terasa.
"Aikha."
Dan tubuh Aikha keras bila bahunya disentuh lembut. Liur yang terasa kelat ditelan perlahan.
" Aikha tak nak pandang Luth dan bagitahu Luth kenapa?"
Diam lagi.
Aikha geleng.
Dia tahu dia berjanji pada Luth untuk tidak berahsia namun dia rasakan sekarang bukan masanya untuk dia bagitahu Luth mengenai Iddean.
Gelengan daripada Aikha buatkan Luth lepaskan keluhan berat. Tanpa bersuara dia tarik tubuh kakaknya ke dalam pelukan. Erat tubuh kecil itu dia peluk.
" I'm sorry."
Dan wajah Luth jatuh pada ceruk leher Aikha. Dia tarik nafasnya dalam. Dia tahu dia salah. Dia berkasar pada kakaknya. Dia terlalu mengikut emosi.
Aikha tarik senyum kecil. Perlahan tangan kanan diangkat sebelum mengusap belakang tubuh Luth. Lembut dia mengusap seakan memujuk Luth bahawa dia tak marah.
Dan dia tak ambil hati.
Dia tahu Luth marah kerana risaukan dia.
" It's okay. Aikha tak kisah." Lembut Aikha memujuk.
Pujukan Aikha buatkan Luth kembali tenang. Perlahan dia leraikan pelukan sebelum tubuh Aikha ditolak sedikit. Pandangan Luth jatuh pada seraut wajah putih bersih milik Aikha.
" Masih tak nak bagitahu Luth?"
Geleng. Dan bibir Aikha ukir senyum kecil.
" Lain kali."
Pasrah.
Luth mengeluh lemah sebelum dia ukir senyum pada Aikha. Senyum pasrah.
Mata hitam pekat milik Aikha dia tentang. Mungkin kakaknya belum bersedia untuk bercerita kepada dia.
" Janji?"
" Janji."
×××××××
Iddean buka kelopak matanya yang terasa berat. Cahaya matahari yang menerobos masuk ke dalam anak matanya buatkan dia hampir menutup kembali kelopak mata. Perlahan dia bangun sebelum kaki dibawa menyentuh lantai.
Jam di atas meja di tepi katil dia capai sebelum dijeling sekilas.
10 pagi.
Nampaknya dia tertidur lama selepas subuh.
Perlahan tangan kanan dilekap pada dahi sendiri. Agak panas.
Mungkin kerana dia bermandi hujan semalam selepas menghantar Aikha pulang. Iddean mengeluh lemah sebelum segera dia berdiri tegak. Kaki melangkah ke arah tingkat bawah. Baru sahaja dia nak melangkah ke arah dapur, ketukan pintu bergema.
Kedua kening Iddean berkerut.
Takkanlah Aikha datang lagi hari ni.
Semalam baru dia datang.
Malas-malas Iddean melangkah ke arah pintu utama sebelum pintu tersebut dia buka. Wajah Iddean berubah.
Dan wajah lelaki di hadapannya turut berubah.
Kelu.
" Rayyan." Sinis nada Iddean. Dia jeling tajam Rayyan yang tegak di hadapan dia.
Rayyan masih lagi dengan wajah terkedunya tersentak. Dia berdehem sebelum tangan kanan dibawa meraup wajah.
" Iddean."
Dan dia rasa nafasnya sedikit tersekat.
Perasaan terkejut masih belum hilang.
" Kenapa"
Dan Khalil hilang kata. Dia tak berani menyambung ayatnya bila Iddean menjeling tajam wajah dia. Mata coklat cair itu menikam tajam wajah Khalil sebelum berpeluk tubuh.
" What?"
Suara Iddean kasar. Wajah Khalil, Rayyan, Aaron dan Lee dia pandang bersilih ganti. Senyum sinis tak lepas dari bibirnya.
" Kau nak tanya kenapa aku datang sini balik?"
Soalan Iddean buatkan mereka di hadapannya menganggukkan kepala. Rayyan cuba untuk bertenang. Lembut dia tepuk bahu Iddean.
" Boleh kita bercakap dalam rumah kau?"
Soalan Rayyan buatkan dia mendapat jelingan daripada Iddean serta jelingan tajam daripada kawan-kawan lelaki dia.
Ketawa sinis Iddean pecah. Dia sengetkan wajah sebelum sebak rambut hitam pekatnya yang menutup dahi ke belakang.
" Hmm. Jemput orang yang hampir bunuh aku ke dalam rumah? Not bad."
Diam.
Wajah empat sekawan di hadapan Iddean berubah keruh. Mereka teguk liur yang terasa berpasir. Dan wajah yang paling jelas bersalah ialah Rayyan.
" Look, Iddean. Kami datang bukan untuk cari gaduh. We just want to ask you why you"
Ayat Rayyan mati bila Iddean angkat kedua tangan ke udara. Kening kanan dijungkit ke atas sebelum wajah empat sekawan di hadapannya dia jeling.
" Yeah. Aku tahu. Korang tak perlu tanya banyak kali." Suara garau Iddean bosan. Dia jatuhkan tangan di sisi badan sebelum mendekat ke arah Rayyan. Namun Rayyan langsung tak bergerak. Dia kaku di tempatnya.
Senyum pahit Iddean lempar.
" Aku bukan kembali untuk balas dendam. Rilekslah." Kali ini suara garaunya sedikit kendur sebelum dia rapatkan bibirnya pada telinga Rayyan. Berbisik.
" I just want her to remember me. That's all."
Rayyan tarik wajahnya menjauh dari Iddean sebelum wajah keliru ditayang . " Kenapa?"
" Kenapa?" Iddean lepaskan keluhan berat. Dia pandang empat sekawan tersebut bersilih ganti.
" I don't have much time left. "
Yang lain kedu.
Dan Rayyan di hadapan Iddean.
Keras.
Tubuhnya kaku.
Kakinya seakan terpasak pada lantai.
Mata Rayyan terasa panas sebelum mata Iddean dia tentang. Mata itu langsung tak berbohong. Dan baru dia perasan sesuatu. Wajah lelaki di hadapannya pucat.
Tubuhnya juga kelihatan sembap.
Perasaan bersalah mula menyerbu Rayyan. Nafasnya sedikit tersekat sebelum dia menunduk memandang lantai. Hampir dia menangis di hadapan Iddean.
Perasaan bersalah yang membebani dia selama 5 tahun ini hampir buatkan dia jadi gila. Dan bila dia tahu lelaki di hadapannya tidak punya banyak masa. Dia tahu hanya seorang yang bersalah.
Ini salah dia.
Kalau dia tak terlalu ikutkan perasaan lima tahun lepas.
Kalau dia tak terlalu bodoh lima tahun lepas.
Mungkin mereka masih akan berkawan seperti biasa.
Dan tanpa Rayyan duga Iddean tarik bahunya sebelum mereka saling berpelukan. Lama mereka berpelukan sebelum suara garau itu berbisik lagi.
" Aku tak pernah salahkan kau."
Diam.
Kali ini Rayyan kalah. Dia kalah dengan rasa bersalah yang lima tahun dia bawa selama ini.
Air mata Rayyan tumpah sebelum dia peluk kuat bahu Iddean. Bahu yang dulu menjadi tempat bersandar. Kini sudah tiada.
Iddean tepuk perlahan bahu Rayyan sebelum dia angkat wajahnya, merenung tiga lagi manusia yang hampir tumpahkan tangisan. Senyum lembut dilempar pada mereka bertiga.
Kepala diangguk, mengajak mereka untuk berpeluk secara berkumpulan. Dan tanpa membazir masa, rakan-rakannya laju menyerbu ke arah Rayyan dan Iddean sebelum mereka berpeluk.
Mereka tidak bersuara.
Apa yang kedengaran hanyalah bunyi tangisan.
Kerana mereka tahu masa tidak dapat diulang.
Dan Iddean tidak dapat kembali lagi selepas ini.
×××××××
Iddean tak berhenti batuk. Kepala yang terasa berputar diabaikan. Mungkin dia terasa pening kerana menangis dengan kawan-kawan lama dia petang tadi. Sekarang bukan masanya untuk dia berehat.
Dia kena pergi berjumpa Aikha sekarang.
Iddean tetap gagahkan kaki melangkah ke arah rumah Aikha. Sebaik sahaja pintu pagar Aikha ditolak perlahan, mata coklat cair Iddean jatuh pada tubuh Aikha yang elok duduk bersila atas bangku.
Wajah si perempuan berubah teruja bila mata bundar itu jatuh pada seraut wajah Iddean. Segera dia berdiri tegak sebelum melangkah ke arah Iddean. Di tangannya ada jaket kulit hitam milik Iddean.
Pinggir bibir Iddean hampir naik membentuk senyuman namun dia tahan. Wajah beku ditayang kepada Aikha.
" Aku nak pulangkan jaket kau." Aikha senyum kecil. Iddean mengangguk perlahan sebelum dia langkahkan kaki ke arah bangku sebelum duduk dilabuh.
Pening kepalanya semakin menjadi-jadi namun dia tak nak tunjukkan sisi lemahnya pada Aikha.
" So," Aikha renung wajah pucat Iddean sebelum dia hulur senyum. Dia labuhkan duduk di sebelah Iddean.
" Kita nak pergi mana hari ni?"
Iddean toleh, wajah teruja Aikha dia renung dalam. Kening kanan dijungkit. Wajahnya sedikit mengusik.
" Excited huh?"
Dan Aikha tak mampu sorokkan wajah terujanya. Laju dia anggukkan kepala sebelum dia tentang anak nata coklat cair milik Iddean. Senyum lembut dihulur kepada Iddean.
" Aku tak kenal kau Iddean tapi kenapa.. aku rasa kau ni familiar?"
Dia diam.
Buatkan Iddean pula yang tak sabar menunggu agar Aikha menyambung ayatnya.
" Do you remember something?"
Mata bundar Aikha terkedip-kedip. Sedikit terkejut dengan soalan daripada Iddean. Soalan ini lagi!
Gelengan Aikha buatkan Iddean sedikit kecewa. Dia dongakkan wajah memandang langit malam yang berbintang. Nafas dihela lemah.
Pasrah.
Mungkin Aikha perlukan masa untuk mengingat.
Namun, Iddean mula berfikir.
Sempat ke Aikha untuk ingat pada dia?
Dan ini buatkan kepala Iddean makin sakit. Dia pekup wajahnya sendiri. Nafas Iddean mula tidak teratur. Pandangannya mula berbalam.
Shit!
Nampaknya dia hampir pitam.
Aikha yang perasan Iddean sedikit lain menyentuh lembut bahu Iddean. Dan tubuh dia sedikit keras.
Panas.
Tubuh Iddean panas.
" Iddean."
Dia tarik tubuh Iddean, memaksanya agar berhadapan dengan dia. Iddean akur. Tangan dijatuhkan ke sisi badan. Dan tangan Aikha naik menyentuh leher Iddean.
Panas.
Dan wajah Aikha berubah.
Iddean demam.
Aikha ketap bibir geram sebelum wajah pucat itu dia tentang dengan perasaan geram. " Kenapa kau datang sini kalau kau demam?!"
Nada suara Aikha naik.
Iddean diam. Mata dilarikan dari memandang wajah Aikha.
Dia menggumam perlahan.
' Because I want to see you, idiot.'
"Kau kena balik dan berehat"
Aikha panik.
Dia panik bila tubuh Iddean tiba-tiba melorot jatuh. Jatuh di atas peha dia. Segera dia renung wajah itu. Kelopak mata Iddean terkatup rapat dan pernafasan Iddean mula tidak teratur.
" Iddean!"
Share this novel