" Uhuk! Uhuk!"
Bergema rumah dua tingkat itu dengan bunyi batuk si lelaki. Si lelaki laju berjalan menuruni tangga ke tingkat bawah sebelum dia menghala ke arah dapur. Gelas dicapai sebelum laju air kosong diteguk rakus.
Setelah selesai, dia letakkan gelas kembali ke dalam sink sebelum wajah yang basah dilap. Kepala yang berpusing dia cuba untuk urut dengan tangan kanan namun tidak berjaya. Kepalanya masih lagi berpusing.
Si lelaki melangkah ke arah ruang tamu sebelum segera dia berbaring di atas sofa. Tangan kiri diangkat sebelum menutup mata. Kepala yang berpusing buatkan dia rasa mual pada perut. Mungkin kesan sampingan.
Selera makannya juga hilang.
Hampir lima minit berbaring, bunyi ketukan pintu bergema. Automatik si lelaki tegak. Dia berdiri. Kening lebatnya mula berkerut.
Siapa yang berani datang rumah dia?
Bukan ke penduduk dekat sini panggil rumah dia rumah berhantu.
Siapa yang berani datang waktu siang macam ni?
Dengan kaki yang berat dia melangkah ke arah pintu utama. Tombol pintu disentuh perlahan sebelum dia pulas. Pintu ditolak.
Dan wajah Aikha menyapa mata.
Terus berubah wajah si lelaki.
" Iddean!"
Wajah Aikha sedikit terkejut bila dia lihat wajah pucat Iddean. Si Putih yang didukung Aikha turunkan sebelum dia melangkah merapati si lelaki yang pucat wajahnya. Eye bag jelas kelihatan pada bawah matanya. Bibir si lelaki juga kelihatan pucat dan kering namun reaksi si lelaki masih beku.
Iddean berdehem perlahan sebelum dia sandarkan badan pada bingkai pintu. Badan dibongkokkan sebelum merenung Aikha yang ralit teliti wajah dia.
Perempuan ni memang langsung takde perasaan takut ke?
Selamba badak melangkah ke arah rumah dia yang digelar rumah berhantu.
Tergeleng kepala Iddean dibuatnya dengan perangai Aikha yang terlalu berani. Wajah polos itu dia tentang.
" Kau langsung tak takut pada aku ke?"
Aikha kerutkan hidung dia sebelum geleng kepala." Buat apa aku takut pada kau? Lagipun aku risau pasal kau. Semalam kau tak datang jumpa si Putih."
Jawapan Aikha buatkan Iddean ketawa lepas. Dia pekup mulut dengan tangan kanan sebelum matanya menyepet. Perempuan ni datang jumpa dia sebab dia tak pergi rumah dia semalam?
Impressive.
Pinggir bibir kiri Iddean naik membentuk senyum tajam.
" Kau risau pasal aku?" Suara garau Iddean mengusik. Dia angkat nakal kening nakalnya, buatkan Aikha tersedar sesuatu.
Dia kata dia risau pasal Iddean?
Stupid mouth!
Aikha gigit bibir sendiri. Pipi yang mula memerah dia sorok. Mata segera dilarikan daripada menghadap mata coklat cair milik Iddean.
"Ehem!" Aikha berdehem perlahan sebelum selamba melangkah melepasi Iddean. Rumah milik Iddean dia masuk seakan itu rumah dia. Iddean sedikit terkejut kerana Aikha yang begitu berani masuk ke dalam rumah dia.
Iddean toleh, merenung Aikha yang kini elok labuhkan duduk di atas sofa. Mata si perempuan meliar di sekeliling rumah milik Iddean yang sedikit usang. Iddean senyum senget.
Perempuan ni memang selamba.
Perlahan Iddean tutup pintu utama sebelum melangkah ke arah Aikha. Dia labuhkan duduk di sebelah Aikha namun berjarak seorang. Sebaik sahaja Iddean duduk, kucing berwarna putih laju naik ke atas pahanya.
Kucing itu jinak.
Buatkan senyum kecil terukir di bibir Iddean. Langsung dia terlupa pasal Aikha.
Aikha ralit merenung wajah Iddean. Wajah pucat itu bersinar apabila bermain dengan kucing miliknya. Kenapa Aikha rasa seakan dia kenal dengan lelaki di hadapannya?
Dia rasa seakan dia ada lupa sesuatu.
" Kenapa kau datang rumah aku hari ni? Bukan kau biasa pergi rumah Luth kan waktu hujung minggu? "
Soalan tiba-tiba dari Iddean buatkan Aikha tersentak. Aikha pandang wajah Iddean yang kini tepat di sebelah dia. Kening kanan Iddean terangkat namun tangannya masih tidak lepas mengusap si Putih.
Aikha berdehem perlahan sebelum dia selit rambut hadapan ke belakang telinga. " Macam mana kau tahu aku selalu pergi rumah Luth setiap hujung minggu? Bukan"
Aikha dongakkan kepala sebelum matanya mencari mata coklat cair milik Iddean. Sebaik sahaja pandangan mereka bertembung, Aikha kerutkan keningnya.
" Bukan kau baru kembali kan?"
Soalan Aikha mengundang senyum senget di bibir merah Iddean. Mata itu tajam merenung setiap inci wajah Aikha sebelum tubuhnya merapat. Ekspresi wajah Iddean buatkan Aikha kecut perut.
Laju jarakkan diri sebelum tubuhnya berlanggar dengan hujung sofa, buatkan ketawa kecil terlepas daripada bibir Iddean.
" Kalau aku kata aku selalu perhatikan kau?"
Aikha kedu. Wajah dia mula berubah.
Pucat.
Iddean masih lagi dengam senyum senget.
" Kenapa? Takut dengan aku?"
Aikha masih lagi kaku. Matanya langsung tak berkedip memandang wajah nakal Iddean.
Perhatikan dia?
Lelaki ni psiko ke apa?
Seram sejuk dibuatnya tubuh Aikha.
Iddean tiba-tiba berdiri sebelum dia bawa si Putih ke dapur. Aikha pula masih kaku di atas sofa. Otak masih cuba menghadam ayat Iddean tadi. Dia mula berkira-kira, keputusan dia untuk datang ke rumah Iddean ni salah ke?
Iddean kali ini kembali. Di tangannya ada tin makanan kucing sebelum dia bukakan untuk si Putih. Setelah itu, dia kembali melangkah ke arah Aikha. Kali ini dia hentikan langkah tepat di hadapan Aikha. Wajahnya sedikit lain.
Iddean peluk tubuh di hadapan Aikha. Tak berhenti mata coklat cair itu merenung setiap inci wajah Aikha, buatkan Aikha tidak selesa.
" Kau cuak ke?"
Kedua kening Iddean terangkat. Suara garau itu tiada lagi nada mengusik. Kali ini dia ikhlas bertanya.
Aikha renung wajah pucat Iddean sebelum perlahan dia mengangguk.
Iddean mengeluh perlahan sebelum dia sebak rambutnya ke belakang. Wajah pucat itu sedikit menyesal. Dan tanpa Aikha sangka, lelaki ini selamba jatuhkan lutut di hadapan Aikha.
Lutut kanan menyentuh lantai. Gaya orang nak melamar.
Buatkan mata Aikha membuntang.
" Aku minta maaf. Aku bergurau tadi." Lembut dia meminta maaf. Dan mata coklat itu jelas menunjukkan yang dia benar-benar rasa bersalah.
Bibir Aikha gigit.
" Aku akan maafkan tapi dengan satu syarat."
Kening kanan Iddean naik.
" Whatever you want. "
" Aku nak tahu apa yang berlaku pada kau lima tahun lepas. "
Diam.
Dan kali ini bibir merah si lelaki mengukir senyum.
Senyum ikhas.
Buat pertama kali si lelaki ukir senyum di depan Aikha, buatkan Aikha sedikit terkedu. Senyum dia teramat manis biarpun wajah dia sedikit pucat. Reaksi si lelaki seakan dia menunggu permintaan ini daripada Aikha untuk masa yang lama.
" Tunggu aku belakang rumah kau malam ni." Suara garau itu ceria. Tiada lagi suara beku. Begitu juga wajah tanpa reaksi yang sering ditayang oleh Iddean.
×××××××
Aikha capai kardigan kait yang tersangkut di kerusi sebelum disauk pada tubuhnya. Setelah itu, dia segera menghala ke arah tingkat bawah. Tangga dia turuni dengan perasaan teruja. Malam ini ibunya shift malam seperti biasa maka peluang dia untuk menyelinap keluar amatlah tinggi.
Sebaik sahaja pintu sliding door ditutup, Aikha capai sneakers sebelum disarung pada kaki. Tak sempat dia berdiri, dia dengar bunyi pintu pagar ditolak. Automatik kepalanya terangkat.
Dan mata hitam Aikha bertembung dengan mata coklat cair milik si lelaki. Senyum segera terukir di bibir Aikha. Laju dia melangkah ke arah Iddean yang sedang senyum senget.
Iddean peluk tubuh sebelum dia lihat Aikha atas bawah.
Awal betul perempuan ni bersiap kali ini.
Aikha kini tegak di hadapan Iddean. Wajah dia bersinar teruja.
" Kita nak pergi mana?" Bersemangat dia bertanya, buatkan Iddean hampir ketawa.
Comel.
"Kau dah solat?" Iddean angkat kening.
Aikha angguk.
" Bagus." Dan laju kepala Aikha dia usap kasar, buatkan Aikha berdecit marah. Dia senyum senget pada Aikha.
" Aku nak bawa kau pada sekolah rendah lama kau."
Diam.
Dan mulut Aikha hampir terngadah. Mata dia terbuntang.
" Buat apa kita pergi sana waktu malam? Bukan esok pun kita boleh pergi. " Aikha bersuara tak puas hati. Dia peluk marah tubuh sendiri.
" No." Iddean geleng kepala dia sebelum kedua kening diangkat kepada Aikha. " Aku tak boleh masuk waktu siang hari."
Baru Aikha nak bertanya kenapa, wajahnya ditekup laju oleh cap milik Iddean. Laju Aikha tarik cap tersebut dari wajah sendiri. Mata dia terbuntang marah.
Baru nak marah Iddean, dia lihat Iddean dah tayang wajah beku.
" Pakai tu. Kalau kau tak nak pergi, aku balik dulu."
Itu dia, si dia dah mengugut.
Aikha ketap gigi sendiri.
Sabar Aikha, kalau kau nak tahu kebenaran memang payah. Kau kena hadap Iddean untuk sementara waktu.
Sabar Aikha.
" Fine."
Dan mereka berjalan beriringan ke arah sekolah rendah yang terletak 10 minit daripada rumah Aikha. Mereka berjalan ke arah pagar yang jauh daripada pondok pengawal. Tanpa menunggu sesaat, laju Iddean melompat ke sebelah.
Buatkan Aikha terngadah. Terkejut.
Iddean di sebalik pagar bising memanggil Aikha agar melompat seperti dia.
" Macam mana aku nak lompat macam kau buat? Kau tu tinggi Iddean! " Rasa nak marah Iddean pun ada sekarang.
Iddean raup wajah dia. Bosan.
" Pagar ni tak tinggi mana pun. Kau lompat aje macam biasa." Suara Iddean bosan.
" No! "
" Yes, Aikha."
" No! Hell no! "
" Nur Zulaikha! " Suara Iddean juga naik. Marah.
Buatkan Aikha kecut perut.
" Fine!"
Dan setelah 10 minit mencuba, akhirnya Aikha tegak di sebelah Iddean. Rambut dia berserabai habis akibat usaha dia untuk panjat pagar. Hampir putus nafas juga Aikha bila panjat pagar yang sedikit pendek dari dia.
Acah aje lebih.
" Jom."
Dan Iddean paut lengan kiri Aikha sebelum dia melangkah ke arah blok D. Blok yang menempatkan pelajar darjah tiga dan empat. Mata Iddean meliar mencari nama kelas sebelum langkahnya mati betul-betul di hadapan kelas 4 Kripton.
"Dah sampai."
Dia tolak tubuh Aikha agar masuk ke dalam kelas kecil itu.
Aikha hanya menurut. Matanya jatuh pada keadaan sekeliling kelas budak darjah empat itu. Kelas ini biasa saja. Langsung tiada yang istimewa. Apa yang Iddean beria sangat nak tunjuk pada dia.
" Kau ingat kelas ni?"
Iddean bersuara perlahan bila dia labuhkan duduk di atas meja guru. Mata coklat itu tajam merenung gelagat Aikha yang masih kekok.
Seakan lost.
Aikha tarik rapat kardigan ke tubuhnya sebelum dia berpaling bke arah Iddean. Perlahan kepalanya digeleng.
" Ingat apa maksud kau?"
Masih lagi keliru.
Wajah Iddean berubah. Dia raup lemah wajah dia sebelum kepala kembali diangkat. " Ini kelas kau Aikha."
Aikha kaku. Matanya terkedip-kedip tanda keliru.
" No. Aku budak kelas sebelah." Masih lagi keliru. Namun suara dia tegas mengatakan yang dia budak kelas sebelah.
Iddean bangun sebelum dia melangkah ke arah Aikha yang tegak di tengah kelas. Mata bundar Aikha langsung tak lepas merenung Iddean. Iddean kini tegak di hadapan Aikha.
Kedua tangan Iddean diangkat sebelum jatuh pada bahu Aikha. Sentuhannya hanya sedikit.
Dan reaksi Iddean kali ini buatkan Aikha sedikit keliru.
Reaksi ini sangat lain.
Reaksi yang dia tak pernah lihat dari wajah Iddean.
Kecewa.
Dan sedih.
Buatkan Aikha makin keliru.
Dan mata coklat cair itu juga kelihatan sedikit berkaca. Wajah pucat itu jelas kelihatan kerana disimbah cahaya bulan. Bibir itu kelihatan bergerak untuk bersuara.
" Aku percaya suatu hari nanti kau akan ingat semula."
Suara garau itu bergema.
Syahdu.
Buatkan Aikha tak mampu untuk membalas apa-apa. Maka mereka hanya saling merenung sebelum Iddean larikan pandangan kerana bunyi guruh yang tiba-tiba sahaja berdentum.
Badan Iddean dipaling agar membelakangi Aikha. Dari belakang, Aikha lihat Iddean seakan cuba untuk menyorokkan reaksi wajahnya.
" Jom kita pergi. Hujan akan turun tak lama lagi."
Dan Iddean mula melangkah tanpa menunggu Aikha. Kalut Aikha mengejar sebelum Iddean hentikan langkah di hadapan pintu.
Begitu juga Aikha.
Iddean toleh.
Dan perlahan dia lurutkan jaket kulit berwarna hitam daripada tubuhnya sebelum disarung pada kepala Aikha. Buatkan Aikha tak mampu untuk melihat wajah Iddean.
" Jom."
Sekali lagi suara garau itu bergema sebelum hujan mula turun dan mengisi sunyi antara mereka.
×××××××
" Aku balik dulu."
Dan wajah Iddean hilang di sebalik pagar rumah milik Aikha. Aikha mengeluh. Tak sempat dia halang Iddean agar jangan pergi. Jaket kulit milik Iddean yang masih di atas kepala Aikha lurutkan buatkan kepalanya terkena titisan hujan.
Perlahan Aikha melangkah ke arah sliding door. Dia buka sliding door sebelum ditutup. Hujan lebat di luar dia renung lama.
Otak Aikha tak boleh henti berfikir mengenai ayat Iddean tadi.
Apa maksud dia yang kelas 4 Kripton tu kelas dia?
Aikha yakin yang dia budak kelas sebelah.
Dan apa maksud dia bila dia yakin yang aku akan ingat kembali?
Aikha terduduk lemah di atas lantai sebelum jaket kulit hitam milik Iddean di atas riba dia renung lama. Aikha tak faham dengan Iddean. Aikha pening dengan Iddean.
Kenapa perangai Iddean amat memeningkan?
Sekejap beku.
Sekejap baik.
Dan sekejap dia kelihatan sedih.
Aikha masih tertanya, kenapa wajah dia sering pucat.
Kenapa dia kembali selepas lima tahun?
Kenapa dia hanya keluar pada waktu malam?
Banyak persoalan yang berada di dalam kepala Aikha yang masih belum terjawab namun hanya satu yang Aikha tahu.
Dia selesa bersama dengan Iddean.
Dia suka bau Iddean.
Dan dia rasa seakan dia sudah kenal lama Iddean.
Tapi kenapa kotak memorinya langsung tiada bayang Iddean. Apa yang ada hanyalah rakan sekelas sewaktu darjah enam yang periang. Tapi, kalau Iddean hanyalah rakan sekelas kenapa hati dia kuat mengatakan agar dia perlu cari Iddean.
Aikha tahu masih banyak yang dia tak tahu mengenai Iddean.
Apa yang dia tahu ialah, kehadiran Iddean menarik perhatian dia.
Dan dia akan kejar Iddean kali ini.
Jaket kulit hitam itu dia tarik rapat pada hidungnya sebelum dicium perlahan.
Vanila.
Dan Aikha senyum.
Kerana ini bau Iddean.
Share this novel