BROKEN PROMISE

Young Adult Series 3662

Luth tak berhenti merenung halaman rumahnya. Hampir sejam dia merenung halaman rumah namun langsung tiada kelibat Aikha. Luth toleh sebelum badan disandar pada tingkap.

Damn it!

Dah dua kali kakaknya mungkir janji untuk datang ke rumah dia.

Dia pasti Aikha ada sorokkan sesuatu daripada dia.

Dan perkara ini wajib ada kaitan dengan Iddean Mikael!

Luth lihat kereta ayahnya masuk ke halaman rumah sebelum diparkir ke dalam garaj kereta. Laju Luth keluar sebelum kereta Audi milik ayahnya didekati. Sebaik sahaja Riduan melangkah keluar daripada Audi, terus dia capai lengan ayahnya.

Wajah Riduan jelas terkejut. Mata dikalih memandang wajah Luth yang jelas merona merah.

" Kamu nak apa?"

Luth tarik sebelum hembus nafas perlahan. Wajah Riduan kembali ditentang.

" Ayah ada tahu apa-apa pasal Iddean?"

Dan air muka Riduan berubah.

Itu dia! Dia dah agak yang ayahnya memang tahu sesuatu!

Kali ini kedua tangan Luth naik sebelum mencengkam lengan Riduan. Mata Luth jelas marah.

"Tell me ayah! Apa yang ayah sorok daripada Luth!" Kuat dia genggam lengan Riduan buatkan wajah tua itu sedikit berkerut.

Perlahan, Riduan rentap lengan dia daripada cengkaman Luth. Wajah Riduan pasrah. Mata anak lelakinya direnung. " Apa yang kamu nak tahu?"

Luth sedikit tersentak. " Maksud ayah?"

" Yes. Dia ada jumpa dengan ayah dua minggu lepas. He came here for a reason, Luth." Suara Riduan kendur. Dia kuatkan genggaman pada beg di tangan kanan.

Luth peluk tubuh. Masih tidak berpuas hati.

" Apa sebabnya ayah? Dia datang sini sebab Aikha ke?"

" Yes."

Dan Luth terkesima. Tubuhnya tegak. Terus anak matanya menikam wajah Riduan dengan perasaan marah. "What?!"

" Luth." Riduan angkat kedua tangan, menghalang Luth daripada meneruskan kata-katanya. Perlahan Riduan rapatkan jarak mereka sebelum bahu Luth dia tepuk lembut.

Memujuk. Dan juga ingin menenangkan.

" Luth kena ingat, dia yang selamatkan Aikha dulu." Perlahan Riduan menutur.

Bibir Luth gigit kuat sebelum kepalanya tertunduk. Dia hela nafas lemah. " I know."

Ya, dia masih ingat kerana Iddean mereka masih mampu bersama Aikha namun..

" Macam mana kalau Aikha ingat kembali? Macam mana kalau Aikha.."

" That's what he wants."

Zap!

Kepala Luth terangkat. Matanya buntang merenung wajah tenang Riduan. Dia seakan tidak percaya dengan ayat yang baru sahaja ditutur oleh Riduan.

" Ayah nak ingat Aikha ingat kembali semua tu?"

Geleng. Bibir Riduan ukir senyum pahit.

" Ayah tak nak tapi ini mungkin yang terbaik untuk dia Luth. Nak atau tak nak, itu ialah memori dia."

" Tapi"

Riduan geleng. Dia tepuk perlahan bahu Luth sekali lagi. Kali ini matanya sedikit berkaca.

Mata Riduan berair.

" Iddean dah takde masa Luth."

Luth kaku.

Matanya tidak berkelip merenung wajah Riduan.

" Tak mungkin."

Riduan angguk. " Jadi jangan pernah salahkan dia atas apa yang berlaku. Takdir tetap takdir. Kita takkan pernah mampu ubah memori silam. Apa yang ada hanyalah memori yang akan datang. He just want to create new memory with Aikha. That's all."

Suara Riduan serak. Dia tarik nafasnya, lama.

" Can you give him some time with Aikha?"

Luth kedu. Dia tak mampu untuk membalas. Otaknya tak mampu berhenti berfikir.

Menolak permintaan Iddean?

Sangatlah kejam buat Iddean.

Menerima permintaan Iddean?

Amatlah kejam pada Aikha. Kerana selepas ini apa yang tinggal hanyalah memori.

Namun, apa yang mampu di lakukan untuk melawan takdir?

" Okay." Perlahan Luth membalas. Hampir tidak keluar suaranya kerana dia tidak sanggup.

Riduan senyum pada jawapan Luth. Perlahan dia mengucap syukur dalam hati. Walaupun sekejap, Iddean layak untuk bahagia.

×××××××

Aikha tutup mulutnya sewaktu menguap. Sesekali dia menggeliat malas. Agak menyesal ponteng sekolah semalam kerana akibatnya dia kena buat kerja sekolah dua kali ganda hari ini.

Perlahan Aikha capai jam loceng sebelum ditilik. Baru pukul lima? Ya Allah, bila nak malam ni?

Mengantuk nak mati sekarang.

Bam!

Aikha tersentak bila tingkap biliknya tiba-tiba sahaja dilempar batu. Automatik Aikha berdiri sebelum dia melangkah ke arah tingkap. Mata jatuh pada halaman belakang rumah.

Dan bibir naik membentuk senyuman.

Iddean!

Kali ini lelaki ni datang waktu siang hari pulak ye. Dah tukar shift mungkin!

Laju Aikha berlari turun ke arah tingkat bawah rumahnya. Sebaik sahaja pintu sliding door dibuka, Iddean yang tenang duduk di atas bangku dia dekati. Lelaki itu hari ini kelihatan kasual.

Dan wajahnya juga tidak kelihatan pucat seperti biasa.

Aikha hentikan langkah di hadapan Iddean sebelum kedua tangan di bawa ke.belakang badan. Senyum kecil dia koyak untuk Iddean.

Iddean toleh. Mata coklat cairnya jatuh pada Aikha sebelum kening kanan dijungkit perlahan.

" Sibuk?"

Aikha geleng laju sebelum labuhkan duduk di sebelah Iddean. Dia menggeliat malas.

" Bosan! Aku kena buat kerja sekolah dua kali ganda." Sempat Aikha merungut pada Iddean, buatkan ketawa kecil Iddean pecah.

Lelaki itu palingkan tubuh agar menghadap Aikha sebelum dagu ditampung dengan tangan kanan. Dia angkat kedua kening pada Aikha. Wajah Iddean kali ini tenang.

" Nak keluar tak? Aku kena nak tunjuk tempat seterusnya."

Laju Aikha anggukkan kepalanya. Teruja. Dia tegak berdiri sebelum lengan kanan si lelaki dipaut. Tergeleng kepala Iddean dengan aksi Aikha. Dia hanya akur sebelum turut berdiri.

Dia lurutkan perlahan tangan Aikha di lengan kanannya sebelum dia capai tangan kiri Aikha. Tangan kecil itu dia genggam erat sebelum senyum manis dilempar.

" Jom?"

Aikha agak tersentak namun  dia menurut. Mereka melangkah beriringan ke arah taman yang Aikha sering lawat dengan Luth. Sebaik sahaja sampai di taman tersebut, bangku yang berada rapat pada buaian mereka duduki.

Diam.

Dan masing-masing menikmati suasana taman permainan yang kini sunyi. Budak-budak zaman sekarang lebih memilih untuk bermain permainan video daripada datang sini. Buatkan taman permainan ini sunyi.

" Kau ada ingat apa-apa?" Suara garau Iddean memecahkan sunyi antara mereka.

Aikha ketap bibir. Dia berfikir sesaat sebelum kepala digeleng lemah.

Bersalah.

Dia rasa bersalah pada Iddean kerana dia tidak berusaha untuk ingat kembali. Bukan dia tak nak tapi dia yakin. Iddean akan tinggalkan dia sekiranya dia ingat kembali semua perkara.

Dan dia tak nak.

Kerana dia gembira jika Iddean berada di sisinya.

Hari ini Iddean tidak mengeluh, sebaliknya dia berdiri tegak di hadapan Aikha sebelum hulurkan tangan kanan. Wajah Iddean langsung tiada tanda marah atau kecewa.

" Kau nak main buaian tak?"

Dan Aikha sambut huluran Iddean. Bibirnya senyum.

Belum sempat Aikha ingin berdiri, tangannya direntap kasar daripada genggaman tangan Iddean. Automatik dia toleh ke arah kiri.

Tegak di sebelahnya adalah Luth dengan wajah yang sukar untuk ditafsir. Marah? Kecewa?

Aikha sendiri keliru.

" Luth?" Suara Aikha agak terkejut.

Luth pandang wajah Aikha dan Iddean bersilih ganti sebelum dia jeling wajah Aikha. Kali ini jelas reaksi marah terpampang pada wajahnya.

" Aikha janji takkan berahsia pada Luth! Sekarang ni apa yang Aikha buat?!" Kuat Luth menjerkah.

Aikha kedu. Dia tunduk sebelum merenung tangan yang digenggam di atas riba. Sedar akan silapnya.

Silapnya yang tidak jujur pada Luth mengenai Iddean.

Senyum sinis terukir pada bibir Luth bila Aikha diam tidak menjawab soalannya. Ha, tahu pun salah sendiri! Ingatkan dah  takde rasa bersalah.

Kali ini wajah Iddean yang lebih tinggi dia tentang. Wajah si lelaki tenang. Langsung tidak terkesan dengan Luth yang kelihatan marah.

" Sebab kau, Aikha tak datang rumah aku."

Ya Luth tahu dia tak patut marah pada Iddean namun dia perlukan seseorang untuk lempiaskan marah.

Iddean angguk tenang. " Aku minta maaf."

Brakk!!

Mata Aikha bulat.

Iddean hampir jatuh tersungkur pada lantai bila Luth lepaskan tumbukan pada wajah kirinya. Laju Iddean cuba seimbangkan kembali tubuhnya sebelum adik Aikha dia pandang.

Dia tak marah.

Langsung tak marah.

" Luth!"

Aikha menjerit geram sebelum dia halang Luth yang ingin menerkam ke arah Iddean untuk kali kedua." Apa masalah Luth hah?!"

Dan untuk pertama kali Aikha naikkan suara pada Luth.

Luth agak tersentak.

Dia renung tajam anak mata Aikha.

Tekad. Ya, Aikha tekad untuk lindungi lelaki tersebut biarpun dia langsung tak ingat pada si lelaki. Senyum sinis dikulum.

" Masalah? Luth takde masalah." Suara Luth bersahaja.

Buatkan Aikha naik geram.

Takde masalah?

Habis kenapa pergi tumbuk anak orang!

Aikha mendengus marah sebelum dia palingkan tubuhnya membelakangi Luth. Tubuh Iddean dia dekati sebelum Aikha teliti wajah Iddean. Wajah Iddean yang dulu putih pucat kini berbekas tumbukan pada pipi kirinya.

Aikha ketap gigi kuat. Geram.

Aikha toleh pada Luth. Wajah Luth dia jeling tajam.

" Ya, Aikha tahu salah Aikha sebab tak jujur pada Luth tapi perlu ke Luth tumbuk Iddean?!"

" Aikha." Iddean cuba hentikan Aikha daripada menyambung ayatnya namun Aikha tepis.

" Aikha kecewa dengan Luth!"

Jeda.

Atmosferas seakan membeku.

Luth kaku.

Aikha masih dengan perasaan amarahnya.

Dan Iddean dengan wajah pasrah.

Aikha segera berlalu pergi bersama Iddean, meninggalkan Luth yang masih terpaku dengan ayat yang baru sahaja diujarkan oleh Aikha. Luth raup wajahnya sendiri.

Pasrah.

Namun dia lega.

×××××××

Aikha ketap kuat bibirnya. Masih bersalah dengan kejadian petang tadi. Dia tak bermaksud untuk marah Luth namun dia tak boleh terima bila adiknya gunakan keganasan.

Aikha mengeluh lemah.

Wajah didongak memandang bulan disebalik tingkap bilik. Nampaknya malam ini tiada bintang. Bosan. Sama seperti hari ini.

Malam ini nampaknya Iddean tidak akan datang kerana cedera pada pipinya. Aikha risau Iddean akan jauhkan diri daripadanya kerana kejadian petang tadi.

Dan Aikha agak tersentak apabila dia terdengar deringan telefon rumah. Aikha berdiri perlahan sebelum kaki dibawa ke tingkat bawah. Telefon rumah diangkat perlahan. Belum sempat Aikha beri salam, suara ayahnya menarik perhatian Aikha.

" Aikha."

Aikha keras.

Dia terkejut. Kerana ini kali pertama ayahnya menelefon rumah Aikha dan ibunya setelah penceraian. Tangam Aikha sedikit menggigil memegang telefon di tangan.

" Ya?" Lemah suara Aikha menjawab. Hampir seperti berbisik.

Aikha dengar desaham berat nafas ayahnya. Hampir seperti baru sahaja selesai menangis. Kening Aikha sedikit berkerut.

" Luth."

Sepatah Riduan berkata, buatkan jantung Aikha laju berdegup. Pegangan pada telefon dieratkan.

" Ke.. kenapa dengan Luth?" Suara Aikha menggelatar.

Ya Allah, kenapa dengam Luth?

Aikha dengar ayahnya hela nafas berat.

" Luth koma."

Pap!

Telefon terlepas daripada pegangam tangan Aikha. Aikha terduduk. Dan ingatan pada petang tadi kembali berlayar.

Wajah kecewa Luth.

Dan ayat terakhir yang dia ucap pada Luth.

Kakak jenis apa aku ni?

Aikha pekup mulut sendiri, menahan tangisan yang hampir pecah.

" Aikha. Aikha dengar tak?" Suara Riduan sayup kedengaran di hujung talian. Sedikit terkejut dengan bunyi hentaman.

Aikha kalut capai telefon yang sudah terjelepok di atas lantai. Perlahan dengan tangan menggeletar telefon tersebut dibawa rapat pada telinga kanan.

" Luth dalam keadaan kritikal sekarang. Aikha datang hospital ya?" Suara ayahnya lembut memujuk.

Aikha gigit kuat bibirnya.

Dia nak pergi!

Tapi ibunya?

" Ibu dah ada dekat hospital."

Kedu.

Aikha tidak sangka ibunya lebih laju daripada dia. Laju Aikha berdiri tegak. " Aikha datang sekarang!"

×××××××

Iddean senyum pahit. Rumah Aikha yang kosong  di hadapannya dia renung lama. Hampir seminggu dia datang ke sini namun dia hanya disambut dengan rumah yang kosong. Si putih juga tiada. Sudahlah dia tiada nombor telefon Aikha. Dia rasa seakan ditinggalkan.

Iddean genggam erat plastik putih berisi tin makanan kucing sebelum dia berpaling. Dan mata Iddean sedikit buntang. Terkejut dengan lelaki yang berdiri di belakangnya.

" Rayyan?" Kedua kening Iddean berkerut. Nada suaranya naik, jelas terkejut.

Rayyan hulur senyum pada Iddean sebelum dia melangkah merapati Iddean. " Aku tak sangka apa yang Aaron bagitahu aku betul. Kau datang rumah dia tiap-tiap malam?"

Kening kanan Rayyan naik.

Iddean angguk. Dia senyum pasrah. Buat apa dia nak menipu pada kawannya.

" Kau tak tahu apa yang berlaku pada Aikha sekeluarga?"

Iddean agak tersentak. Laju kepala digeleng. " Apa yang berlaku pada keluarga dia?"

Rayyan mengeluh lemah.

Padanlah Iddean datang setiap malam dekat rumah Aikha. Dia tak tahu apa yang berlaku rupanya.

Rayyan berdehem perlahan sebelum matanya merenung tepat mata Iddean.

" Luth koma. Dia dalam keadaan kritikal semenjak minggu lepas. Aku dengar Luth akan ada pembedahan untuk terima hati baru minggu depan. Untuk sementara ini Aikha tinggal dekat hospital. Dan dia mungkin tak akan balik sampai minggu depan."

Iddean kaku.

" Minggu depan?"

Dan ayatnya mati.

Maknanya dia dah tak akan jumpa Aikha.

" Iddean?" Rayyan petik jari depan Iddean, buatkan Iddean sedikit tersentak.

Iddean pandang wajah Rayyan. Kali ini wajahnya berubah serius.

"Boleh kau tolong aku kali ini?"

" Okay. Tolong apa?"

Dan Iddean koyak senyum pahit.
" Aikha kecewa dengan Luth!"

Jeda.

Atmosferas seakan membeku.

Luth kaku.

Aikha masih dengan perasaan amarahnya.

Dan Iddean dengan wajah pasrah.

Aikha segera berlalu pergi bersama Iddean, meninggalkan Luth yang masih terpaku dengan ayat yang baru sahaja diujarkan oleh Aikha. Luth raup wajahnya sendiri.

Pasrah.

Namun dia lega.

Aikha ketap kuat bibirnya. Masih bersalah dengan kejadian petang tadi. Dia tak bermaksud untuk marah Kuth namun dia tak boleh terima bila adiknya gunakan keganasan.

Aikha mengeluh lemah.

Wajah didongak memandang bulan disebalik tingkap bilik. Nampaknya malam ini tiada bintang. Bosan. Sama seperti hari ini.

Malam ini nampaknya Iddean tidak akan datang kerana cedera pada pipinya. Aikha risau Iddean akan jauhkan diri daripadanya kerana kejadian petang tadi.

Dan Aikha agak tersentak apabila dia terdengar deringan telefon rumah. Aikha berdiri perlahan sebelum kaki dibawa ke tingkat bawah. Telefon rumah diangkat perlahan. Belum sempat Aikha beri salam, suara ayahnya menarik perhatian Aikha.

" Aikha."

Aikha keras.

Dia terkejut. Kerana ini kali pertama ayahnya menelefon rumah Aikha dan ibunya setelah penceraian. Tangam Aikha sedikit menggigil memegang telefon di tangan.

" Ya?" Lemah suara Aikha menjawab. Hampir seperti berbisik.

Aikha dengar desaham berat nafas ayahnya. Hampir seperti baru sahaja selesai menangis. Kening Aikha sedikit berkerut.

" Luth."

Sepatah Riduan berkata, buatkan jantung Aikha laju berdegup. Pegangan pada telefon dieratkan.

" Ke.. kenapa dengan Luth?" Suara Aikha menggelatar.

Ya Allah, kenapa dengam Luth?

Aikha dengar ayahnya hela nafas berat.

" Luth koma."

Pap!

Telefon terlepas daripada pegangam tangan Aikha. Aikha terduduk. Dan ingatan pada petang tadi kembali berlayar.

Wajah kecewa Luth.

Dan ayat terakhir yang dia ucap pada Luth.

Kakak jenis apa aku ni?

Aikha pekup mulut sendiri, menahan tangisan yang hampir pecah.

" Aikha. Aikha dengar tak?" Suara Riduan sayup kedengaran di hujung talian. Sedikit terkejut dengan bunyi hentaman.

Aikha kalut capai telefon yang sudah terjelepok di atas lantai. Perlahan dengan tangan menggeletar telefon tersebut dibawa rapat pada telinga kanan.

" Luth dalam keadaan kritikal sekarang. Aikha datang hospital ya?" Suara ayahnya lembut memujuk.

Aikha gigit kuat bibirnya.

Dia nak pergi!

Tapi ibunya?

" Ibu dah ada dekat hospital."

Kedu.

Aikha tidak sangka ibunya lebih laju daripada dia. Laju Aikha berdiri tegak. " Aikha datang sekarang!"

×××××××

Iddean senyum pahit. Rumah Aikha yang kosong  di hadapannya dia renung lama. Hampir seminggu dia datang ke sini namun dia hanya disambut dengan rumah yang kosong. Si putih juga tiada. Sudahlah dia tiada nombor telefon Aikha. Dia rasa seakan ditinggalkan.

Iddean genggam erat plastik putih berisi tin makanan kucing sebelum dia berpaling. Dan mata Iddean sedikit buntang. Terkejut dengan lelaki yang berdiri di belakangnya.

" Rayyan?" Kedua kening Iddean berkerut. Nada suaranya naik, jelas terkejut.

Rayyan hulur senyum pada Iddean sebelum dia melangkah merapati Iddean. " Aku tak sangka apa yang Aaron bagitahu aku betul. Kau datang rumah dia tiap-tiap malam?"

Kening kanan Rayyan naik.

Iddean angguk. Dia senyum pasrah. Buat apa dia nak menipu pada kawannya.

" Kau tak tahu apa yang berlaku pada Aikha sekeluarga?"

Iddean agak tersentak. Laju kepala digeleng. " Apa yang berlaku pada keluarga dia?"

Rayyan mengeluh lemah.

Padanlah Iddean datang setiap malam dekat rumah Aikha. Dia tak tahu apa yang berlaku rupanya.

Rayyan berdehem perlahan sebelum matanya merenung tepat mata Iddean.

" Luth koma. Dia dalam keadaan kritikal semenjak minggu lepas. Aku dengar Luth akan ada pembedahan untuk terima hati baru minggu depan. Untuk sementara ini Aikha tinggal dekat hospital. Dan dia mungkin tak akan balik sampai minggu depan."

Iddean kaku.

" Minggu depan?"

Dan ayatnya mati.

Maknanya dia dah tak akan jumpa Aikha.

" Iddean?" Rayyan petik jari depan Iddean, buatkan Iddean sedikit tersentak.

Iddean pandang wajah Rayyan. Kali ini wajahnya berubah serius.

"Boleh kau tolong aku kali ini?"

" Okay. Tolong apa?"

Dan Iddean koyak senyum pahit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience