"Kalau aku Iddean, kau nak buat apa?"
Suara Iddean masih terngiang-ngiang di telinga Aikha. Lepas aje Aikha beri ayat penyataan yang lelaki itu adalah Iddean, terus si lelaki beredar.
Meninggalkan Aikha yang terpingga-pingga di halaman belakang rumah dengan seekor kucing gemuk yang makan dengan gelojoh. Aikha raup wajahnya, pasrah.
Patutlah berat si Putih meningkat. Patutlah kucing miliknya memilih untuk berada di luar pada waktu malam. Rupanya ada date dengan Iddean.
Dasar si Putih! Bab makanan laju.
Bam!
Bunyi tersebut menarik perhatian semua murid di dalam kelas Aikha. Berdiri di depan pintu Ustaz Roslan selaku guru pengawas sekolah kami. Mata helangnya tajam memerhati setiap pelajar di dalam kelas Aikha.
Semua pelajar diam. Kecut perut dengan jelingan tajam daripada Ustaz Roslan yang selamba memegang rotan di tangan kanannya. Matanya ralit mencari mangsa.
Aikha tundukkan kepala, memandang meja yang berbalut. Baik elakkan pandangan mata Ustaz Roslan. Siapa aje berani bertentang mata dengan dia.
Lagipun, Aikha yakin dia tidak ada melakukan kesalahan.
Ya, dia yakin.
"Zulaikha ada?"
Soalan daripada Ustaz Sabri berjaya jadikan Aikha sebagai tumpuan di dalam kelasnya sendiri. Aikha telan liur yang terasa kasar sebelum tangan kanan diangkat.
"Saya."
Mata masih mengelak pandangan tajam Ustaz Sabri.
Ustaz Sabri berdehem kuat. " Jumpa saya di bilik pengawas. Sekarang!"
Suara garau tersebut berjaya buatkan Aikha mencicit laju mengejar langkah guru disiplin sekolahnya. Dalam hati Aikha rasa nak menangis. Kesalahan apa lagi yang dia buat kali ini?
"Masuk."
Ustaz Roslan memberi arahan setelah dia selesa labuhkan duduk di atas kerus miliknya.
Kalut Aikha anggukkan kepala sebelum kerusi yang bertentangan dengan Ustaz Roslan dia tuju. Perlahan duduk dilabuh. Mata Aikha masih setia memandang lantai.
Tangan saling digenggam, cuba hilangkan keresahan di dalam hati.
"Kamu tahu kenapa kamu dipanggil?"
Itu dia, dah keluar suara harimau.
Terketar-ketar Aikha teguk liur yang memang hidup segan mati tak mahu sebelum kepala diangkat berani memandang wajah Ustaz Roslan. Mata hitam pekat Ustaz langsung tak lepas menikam wajah Aikha.
Aikha dah menyumpah dalam hati.
Apa yang aku buat sebelum ni sampai kena panggil dekat sini?
"Zulaikha." Suara Aikha diseru dengan nada tinggi.
Ustaz Roslan tak kenal makna sabar wei.
" Ta.. tak." Dan Aikha ketap gigi sendiri bila dia gagap depan Ustaz Roslan. Mata Aikha pandang lantai. Dalam hati dah istighfar banyak kali. Berdoa agar angin tak baik ustaz tak datang.
Ustaz Roslan yang lihat reaksi Aikha mengeluh. Badan disandar pada kerusi sebelum tangan kanan mula mengetuk meja. Kuat. " Kamu ada masalah ke dekat rumah?"
Soalan tiba-tiba daripada Ustaz Roslan berjaya menarik perhatian Aikha. Laju Aikha angkat wajahnya, merenung wajah Ustaz Roslan yang sudah tenang.
"Ma.. masalah?" Gagap tapi kali ini lebih yakin suara Aikha.
"Ya. Kamu ada masalah keluarga ke?"
Deg.
Dan Aikha larikan pandangan daripada memandang wajah Ustaz Roslan. Bibirnya digigit kuat.
Macam mana Ustaz Roslan boleh tahu?
Aikha berusaha kuat untuk sorokkan masalah keluarganya daripada orang ramai kerana dia benci bila orang bincangkan mengenai masalah keluarganya. Kerana dia juga benci dengan masalah yang dihadapi keluarganya.
"Aikha." Suara garau Ustaz Roslan menyeru Aikha membuatkan Aikha tersedar.
Baru sahaja dia nak membalas sahutan Ustaz Roslan, bunyi pintu menarik perhatian Aikha. Aikha toleh.
Dan wajahnya berubah pucat.
" Balik Aikha!"
Dan di depan Aikha berdiri ibunya yang sedikit lagi akan meletus. Wajah ibunya merah padam. Sesaat berlalu sebelum laju ibu Aikha cengkam lengan Aikha dari belakang.
Automatik Aikha berdiri secara paksa. Perutnya mula kecut.
Sudah.
Ibu dia dah tahu ke yang dia melawat Luth minggu lepas?
"Puan!" Ustaz Roslan dah panik. Laju dia berdiri sebelum menghalang ibu Aikha yang ingin melangkah keluar daripada bilik pengawas.
"Puan, lebih baik Puan bertenang terlebih dahulu." Suara Ustaz cuba memujuk tapi Aikha hanya kaku. Mata dibawa memandang lantai. Sekali diseret ibunya, dia memang tak akan terlepas.
" Lebih baik Ustaz ke tepi sekarang." Langkah Puan Laila mati. Matanya merenung tajam wajah berkumis Ustaz Roslan. Nafas dia turun naik menahan amarah.
"Puan."
"Ustaz," Aikha potong ayat Ustaz Roslan. Buatkan pandangan Ustaz jatuh pada wajah berkerut Aikha. Aikha hulur senyuman paksa. Cuba untuk yakinkan Ustaz bahawa dia okay.
" Saya okay Ustaz. Kami balik dulu." Sopan Aikha bersuara. Tak sempat Ustaz Roslan membantah, Aikha sudah diseret keluar oleh ibunya.
Terpaku Ustaz Roslan dibuatnya dengan tindakan ibu Aikha. Ustaz Roslan mengeluh lemah. Dia raup wajahnya lemah.
Pertama kali dalam hidupnya, dia berjumpa dengan ibu bapa yang langsung tak mementingkan anaknya.
×××××××
"Buka pintu Aikha! Cepatlah!!"
Terkocoh-kocoh Aikha lari dari tingkat atas sebelum menuju ke arah pintu rumah mereka. Aikha intai di sebalik pintu.
Dan wajah Luth yang berpeluh menyapa mata. Laju Aikha bukakan pintu.
Tak sempat dia bersuara, tubuhnya ditarik ke dalam pelukan oleh Luth.
"Are you okay?" Laju Luth bertanya setelah tubuh Aikha dia peluk erat. Sumpah, Luth rasa bersalah. Kalau bukan sebab dia, tak mungkin ibu mereka akan mengamuk.
"Luth." Aikha tepuk perlahan belakang tubuh adik lelakinya. Dapat Aikha rasa nafas berat Luth di ceruk lehernya.
"Luth ?"
Dan dada Aikha rasa panas. Suam.
Mengeluh Aikha akhirnya.
Sudah, yang kena pukul dia. Tapi yang meratap orang lain. Bagus betul Luth ni.
"Hei.." Aikha leraikan pelukan. Dia tekup wajah Luth dengan kedua tangannya. Wajah Luth yang pucat kini dibasahi air mata. Biarpun sedikit yang mengalir tapi buatkan Aikha serba-salah.
"Aikha okay. Apa yang menangis ni?"
" No. You are not okay." Suara Luth naik seoktaf. Tangan kanan diangkat sebelum dia usap pinggir bibir Aikha yang pecah. "Ni. "
Dia usap dahi Aikha yang bertampal plaster. "Ni."
Kali ini tangan Luth usap pipi kiri Aikha yang membiru. "Dan ni."
Aikha senyum. Tangan Luth di wajahnya dia pagut sebelum dia tarik Luth ke dalam rumahnya. Pintu dikunci sebelum Luth didudukkan di atas sofa.
"Luth nak air?"
"Aikha." Suara Luth geram. Dia tarik Aikha duduk di sebelahnya sebelum tubuh Aikha dia peluk sekali lagi.
Tangisan Luth tumpah di bahu kakak dia.
Dia benci. Benci dengan ibu dan ayah mereka. Kenapa mereka berdua yang terima tempias atas kebencian mereka antara satu sama lain?
Aikha tak bersalah.
Begitu juga dengan Luth.
"Ayah tahu tak Luth datang sini?"
Luth geleng. Tubuhnya masih memeluk tubuh kecil kakaknya.
Akhirnya setelah berbelas minit berpelukan, Luth leraikan sebelum dia pandang Aikha atas bawah. Wajah Luth tegang.
"Ibu ada?"
Aikha geleng. "Kerja."
Dan Luth menyumpah perlahan. Kalau ibunya ada, boleh dia berdepan dengan ibu mereka. Pertahankan kakaknya yang sering menjadi tempat ibu mereka lepaskan kemarahan.
"Luth."
Dan mata coklat cair Luth jatuh pada seraut wajah Aikha. "Ya?" Lembut dia menyoal.
"Ayah tak marah Luth?"
Luth diam. Perkara ini buatkan Aikha mengeluh.
Ayah, setenang mana pun wajahnya tapi baran ayah lagi teruk dari ibu. Risau Aikha sekiranya ayah mereka mencederakan Luth.
"Nope. Like usual, he just ignore me." Suara Luth menyampah. Setelah selesai berbicara, Luth pandang Aikha
kembali. Baru sedar tujuan utama dia datang ke sini.
" Aikha, duduk kejap. Luth nak rawat wajah Aikha."
Tak sempat Aikha menghalang, si Luth dah pergi ke arah dapur. Mungkin untuk mengambil first aid kit.
Luth kembali sebelum dia duduk di hadapan Aikha. Lutut kanan dijatuhkan sebelum luka di bibir Aikha Luth bersihkan menggunakan kapas dan antiseptik. Aikha diam, membiarkan Luth membersihkan lukanya di bibir.
Setelah selesai, Luth capai tangan Aikha. Mata Aikha dia tatap sayu.
"Luth minta maaf. Sebab Luth, Aikha kena marah."
Senyum.
Tangan kanan diangkat sebelum pipi Luth Aikha usap lembut. Dia sayang adiknya. Biarlah ibu bapa mereka sudah bencikan mereka.
Asalkan mereka ada satu sama lain.
"Aikha tak kisah. Lagipun, memang keputusan Aikha untuk berjumpa dengan Luth. Aikha rindukan Luth."
Senyum.
Luth akhirnya tersenyum biarpun matanya sedikit merah. Aikha tarik Luth ke dalam pelukannya.
Kalau Aikha boleh kembali ke lima tahun lepas. Aikha akan halang ibu bapa mereka daripada bercerai. Aikha akan hentikan mereka.
Kenapa... kenapa takdir begitu kejam untuk Aikha dan Luth?
××××××××
"Kau datang malam ni?"
Wajah Iddean selamba. Langsung tidak berubah riak biarpun Aikha sedang berdiri tegak di hadapannya. Dia berjalan melepasi Aikha sebelum duduk bertenggek di depan si Putih.
Tin makanan kucing dikeluarkan sebelum dia bukakan tin tersebut untuk si Putih.
Aikha yang melihat naik geram pun ada.
Berani si lelaki ni biraikan aku?
"Iddean!" Suara Aikha naik. Dia renung tajam Iddean yang selamba labuhkan duduk di atas bangku. Iddean duduk bersilang kaki di atas bangku. Dagu ditampung dengan tangan kanan sebelum matanya bertembung dengan mata Aikha.
Keluhan berat dilepaskan.
"Kau memang tak takut pada aku?"
Aikha melangkah merapati Iddean sebelum berdiri tegak di hadapan lelaki tersebut.
"Kenapa aku patut takut pada kau? "
Diam.
Mata Iddean tepat menikam anak mata Aikha. Wajahnya cukup pucat. Bibir Iddean juga sedikit pucat. Kenapa dia kelihatan pucat?
Zap!
Mata Aikha membulat. Terkedu bila tangannya ditarik sebelum digenggam erat oleh Iddean.
Sejuk.
Beku.
Wajah Aikha berubah pucat.
Kenapa.. kenapa suhu badan Iddean sejuk. Dan kenapa wajah Iddean pucat?
Tubuh Aikha sedikit menggeletar namun Aikha cuba untuk kekalkan riak bersahaja.
Iddean di hadapan Aikha senyum sinis. Dia berdiri sebelum badan merapati Aikha. Bibirnya dibawa merapati telinga Aikha. Perlahan tangan kirinya menyelit rambut hadapan Aikha ke belakang telinga.
"Kau tak pernah tertanya ke kenapa keadaan aku macam ni?"
Gulp.
Aikha telan liur yang terasa tersekat di kerongkong. Nafas Aikha sedikit menggeletar bila dia dapat rasakan hembusan nafas Iddean di telinga kanannya.
Aikha. Sabar, jangan gelabah.
Kalau betul dia bukan manusia, dia takkan dapat bernafas.
Aikha berusaha untuk tenangkan diri sendiri.
Namun ketenangan dia runtuh bila Iddean hembuskan nafas ke dalam telingan dia.
" Apa ni?!"
Laju Aikha tepis tangan Iddean sebelum tubuh Aikha menjauh. Telinga dibawa memekup telinga sendiri. Wajah Aikha merah.
Senyum sinis masih tidak luntur daripada bibir pucat Iddean.
Iddean masukkan kedua tangannya ke dalam poket sebelum melangkah merapati Aikha sekali lagi. Namun, Aikha laju mengundurkan diri.
Wajah Aikha pucat bila belakang badannya bertembung dengan pagar. Nafas Aikha tersekat.
Makin tersekat bila mata coklat cair tersebut merenung tajam matanya. Seakan marah.
"Kau tahu kenapa aku kembali selepas lima tahun?"
Diam.
Aikha geleng kepala.
Mata masih tak lepas merenung wajah pucat Iddean.
"Aku ingin cari orang yang bertanggungjawab ubah hidup aku seperti sekarang." Keras Iddean bersuara. Suara garaunya dalam.
Marah.
Dan itu buatkan Aikha kecut perut. Badan Aikha menggeletar. Peluh dingin mula terbentuk di dahi Aikha.
Bam!
Tangan Iddean tepat di sebelah kiri Aikha.
Gulp.
Wajah Iddean mendekat.
Dan hidung Aikha mula mencium satu bau manis.
Vanila.
Itu bau Iddean.
"Aku nak cari siapa yang ubah hidup aku lima tahun lepas." Keras. Dalam.
Aikha kelu.
Iddean terus berlalu sebaik sahaja dia usai berbicara, meninggalkan Aikha yang masih kedu. Kaki Aikha seakan terpasak pada tanah.
Aikha terduduk. Jantung berdegup laju. Dan hujung hidungnya masih melekat bau Iddean.
Vanila.
Share this novel