Aikha panik. Dia tepuk perlahan pipi pucat milik Iddean namun si lelaki masih lagi kaku. Tiada reaksi ditunjukkan oleh Iddean buatkan Aikha ketap kuat bibirnya. Perlahan tangan kanan naik menjalar pada dahi Iddean yang ditutup oleh rambut hitam pekatnya.
Panas.
Terlalu panas.
Macam mana lelaki ni boleh berjalan ke arah rumah dia dalam keadaan demam panas. Dahlah waktu tengah malam! Nasib dia pitam atas peha Aikha. Perlahan Aikha jatuhkan kepala Iddean di atas bangku sebelum dia berdiri. Pintu sliding door dibuka.
Nampaknya Aikha terpaksa bawa Iddean masuk ke dalam rumah dia dan rawat dia. Untung ibu Aikha, Aina sering shift malam kerana dia seorang doktor. Tubuh Iddean didekati sebelum dia sauk bahu Iddean. Tangan kiri Iddean dia lilit pada bahu sendiri sebelum tubuh Iddean dia cuba untuk angkat.
Bismillah.
Uff!
Dan kini Aikha berusaha bawa tubuh Iddean yang lebih tinggi dan berat daripada dia ke dalam rumah. Bilik tetamu yang berada di tingkat bawah dituju. Nak bawa Iddean ke bilik sendiri dia tak larat kerana perlu memanjat tangga.
Perlahan tubuh tinggi Iddean dia baringkan di atas katil queen di hujung bilik tetamu. Dia kemaskan tubuh Iddean sebelum tubuh itu dia selimutkan. Sekali lagi tangan dilekap pada dahi si lelaki.
Panas.
Aikha bangun daripada birai katil sebelum dia ambil keluar daripada bilik tersebut. Setelah itu, dia kembali ke bilik tersebut dengan baldi kecil dan tuala . Baldi itu dia isi dengan air sebelum dia celup tuala ke dalam baldi tersebut.
Dahi Iddean yang panas dituam perlahan. Aikha labuhkan duduk di birai katil sebelum wajah pucat itu dia renung.
Kenapa Iddean masih datang ke rumah dia walaupun dia sedang demam?
Perkara ini buatkan Aikha berfikir lama. Ralit dia merenung Iddean sebelum dia buat kesimpulan.
Dia yakin dia pernah kenal Iddean sebelum ni.
×××××××
Iddean pening. Sebaik sahaja kelopak matanya terbuka, dia gagahkan badan untuk berada dalam posisi duduk. Tuala di atas dahi dia campak ke atas katil. Matanya meliar ke sekeliling bilik yang dia duduki sekarang. Ini bukan biliknya.
Dia pandang katil yang dia duduki.
Dan ini bukan katil milik dia!
Segera Iddean selak selimut yang menutupi badannya sebelum tapak kakinya dibawa menyentuh lantai. Baru sahaja Iddean hendak berdiri, pintu bilik itu terbuka dari luar.
Automatik kepala Iddean toleh ke arah pintu tersebut. Mata coklat cair miliknya bertembung dengan mata hitam pekat milik Aikha. Mata Aikha berubah bila lihat Iddean yang sudah bangun. Laju dia melangkah ke arah Iddean sebelum dia letakkan dulang berisi makanan di sisi katil sebelum dia merapati Iddean.
Dia pandang tajam wajah Iddean yang masih lagi pucat.
Iddean pula terkelip-kelip bila Aikha dengan wajah tegas tegak berdiri di hadapannya.
" Kau nak pergi mana?"
Kening kanan Iddean naik.
" Balik?"
Dan keluhan berat terlepas daripada bibir Aikha. Dia merapati Iddean sebelum dia tolak tubuh itu agar menyandar pada kepala katil. Iddean akur. Mulutnya membisu. Seakan keliru.
Aikha labuhkan duduk di birai katil sebelum dia hulurkan senyum tipis pada Iddean. Wajah itu masih pucat namun tidak sepucat semalam. Dan tangan kanan Aikha terangkat sebelum dibawa ke arah dahi Iddean.
Tangan Aikha melekap pada dahi Iddean.
Buatkan wajah Iddean berubah.
Dan Aikha tarik kembali tangannya. Dia cari tuala basah yang digunakan untuk menuam dahi Iddean semalam. Bila mata Aikha jatuh pada tuala basah yang kini tercampak di sebelah Iddean, bibirnya naik membentuk senyum kecil.
" Kenapa?"
Perlahan suara garau Iddean bertanya. Suara itu serak, mungkin kerana kurang minum air.
Aikha geleng kepala. Dia capai dulang berisi makanan tadi sebelum gelas berisi air kosong dihulur kepada Iddean. Dua biji paracetamol dihulur kepada Iddean.
" Takde apa. Demam kau dah surut sikit. Makan ubat demam ni dulu."
Aikha masih lagi setià menghulur paracetamol di atas telapak tangan kanan. Iddean capai ubat tersebut sebelum ditelan. Laju dia teguk air kosong hingga separuh air tersebut tinggal.
Aikha senyum kecil.
Lega yang kini Iddean sudah makan ubat. Dia ambil semangkuk bubur sebelum dulang tadi diletakkan di atas meja kecil sebelah katil. Mangkuk itu dia hulur pada Iddean.
" Makanlah."
Wajah Iddean sedikit berkerut. Dia geleng kepala bila mangkuk tersebut dihulur padanya.
" No. Aku tak nak. Aku kena balik." Baru sahaja tubuhnya hendak diangkat, Aikha tolak kembali bahu Iddean agar kembali duduk.
Baru sahaja Iddean nak buka mulut, laju Aikha bagi jelingan tajam. Buatkan bibir Iddean terus terkatup. Sedikit terkejut dengan wajah garang Aikha.
" Aku ponteng sekolah hari ni demi nak jaga kau yang sakit ni. Lebih baik kau jadi seorang pesakit yang baik." Tegas Aikha bersuara sebelum dia rapatkan jarakknya pada Iddean. Bubur di dalam mangkuk dia kacau sebelum ditiup perlahan.
Dan kini Aikha hulurkan sudu yang berisi bubur itu pada Iddean dengan wajah serius.
Iddean hampir terngadah.
" Kau nak suap aku?" Ada nada terkejut dalam suara Iddean. Masih tidak percaya dengan Aikha.
Aikha berdecit marah. " Jangan banyak songeh boleh tak?"
Dan dia rapatkan sudu itu pada bibir Iddean. Dan Iddean patuh membuka mulut sebelum bubur itu ditelan perlahan. Wajahnya sedikit berkerut.
" Kenapa?" Kening Aikha sedikit berkerut.
Iddean yang selesai menelan bubur gelengkan kepala. " Panas."
Dan bibir Aikha laju ukir senyum kecil.
" Padan muka."
Selesai memaksa Iddean untuk habiskan bubur yang dia masak, Aikha bersihkan mangkuk dan gelas tersebut. Setelah itu dia berikan sehelai t-shirt dan seluar jeans milik Luth kepada Iddean. Menyuruh Iddean agar membersihkan diri.
Iddean akur. Dia capai baju milik Luth sebelum turun dari katil. Tandas di dalam bilik tetamu itu dia tuju.
Aikha rasa puas bila kini Iddean sudah dengar arahan dia. Dia melangkah keluar daripada bilik tetamu tersebut sebelum labuhkan duduk di atas sofa. Menunggu Iddean selesai membersihkan dirinya sendiri.
Hampir lima belas minit menunggu, si lelaki keluar sambil memakai baju yang diberi oleh Aikha. Aikha senyum puas. Iddean melangkah menghampiri Aikha sebelum dia labuhkan duduk pada sofa bertentangan dengan Aikha.
Rambutnya yang sedikit lembap dia kusutkan dengan tangan kanan. Wajah Aikha yang berpeluk tubuh di hadapan dia renung.
" Terima kasih." Perlahan Iddean bersuara, sedikit kekok.
Sudahlah tinggal mereka berdua dalam rumah sekarang.
Siapa tak rasa janggal kan?
Mereka ni lelaki dan perempuan.
Iddean berdehem sebelum belakang leher dia usap janggal dengan tangan kanan. Matanya jatuh pada wajah selamba Aikha.
" Aku balik dulu."
" No!"
Laju Aikha memintas. Tak sempat si Iddean bangun. Aikha berdiri sebelum dia melangkah merapati Iddean. Dia jatuhkan lutut di hadapan Iddean, buatkan mata Iddean sedikit terbuntang kerana terkejut.
Tangan kecil Aikha naik sebelum menyentuh lembut leher Iddean. Dia senyum puas. Dia kemudian lekapkan tangan kanan pada dahi Iddean.
Dan sekali lagi senyum puas terukir.
" Kau dah sembuh." Ayat kenyataan dikeluarkan.
Iddean menganggukkan kepala. Mengiyakan ayat Aikha.
Aikha tampung dagu di atas lututnya sebelum matanya menikam anak mata Iddean. Kedudukan mereka yang agak rapat buatkan Iddean tidak selesa.
" Kau nak bawa aku pergi mana semalam?"
Iddean agak tersentak dengan soalan Aikha. Dia pandang tajam wajah Aikha.
" Kenapa?"
Aikha lempar senyum nakal.
" Alang-alang aku dah ponteng sekolah. Apa kata kalau kita pergi sekarang?" Spontan Aikha ujar ayat tersebut. Langsung tak bersalah wajah dia.
Iddean hampir ketawa. Dia pandang wajah polos itu dengan kening kanan terjungkit. Senyum nakal diukir.
" Bad girl huh? Ponteng sekolah macam tu aje." Iddean selamba menyindir namun Aikha langsung tak terasa hati.
Sebaliknya gadis itu ketawa kecil sebelum rambut yang menutup dahi diselit ke belakang telinga.
" Why not? Lagipun dah lama kita tak berjumpa. Aku nak kenal kau lebih dalam."
Ikhlas Aikha menutur. Matanya bersinar. Menunjukkan bahawa dia jujur dengan kata-katanya.
Buatkan Iddean yang mendengar sedikit terkedu. Dia pandang wajah Aikha dengan reaksi tak percaya.
Aikha sengetkan kepala sebelum senyum kecil. Kedua kening diangkat sedikit.
" Salah ke?"
Iddean senyum. Senyum manis untuk pertama kalinya di hadapan Aikha. Mata Iddean hampir menyepet kerana tersenyum. Dia terharu.
Perlahan kepalanya digeleng.
" Langsung tak salah."
Dan mereka berbalas senyuman.
×××××××
Mata Aikha berkelip tak percaya. Dia pandang orang sekeliling dengan riak terkejut. Perlahan dia dekati tubuh Iddean yang ralit memilih buku di atas rak novel. Bahu Iddean dia cuit perlahan.
" Kenapa kau bawa aku dekat perpustakaan awam?"
Aikha berbisik perlahan sebelum dia menyandar pada rak buku. Dia peluk tubuh dengan perasaan tak puas hati.
Apalah. Baru ingat nak jadi jahat.
Alih-alih mamat ni bawa dia dekat perpustakaan.
Memang tak menjadi niat dia nak jadi jahat.
Aikha jeling tajam wajah tenang Iddean. Iddean juga peluk tubuh sebelum dia mendekat. Bibir dirapatkan pada sisi wajah Aikha sebelum dia berbisik.
" Aku nak kau pilih satu buku dekat sini."
Dan Iddean tarik wajahnya menjauh. Dia angkat kedua kening nakal pada Aikha sebelum bahu itu dia tolak perlahan.
" Pergilah pilih satu buku."
Aikha ketap bibir. Akhirnya dia akur sebelum nafas dihembus lemah. "Fine."
Perlahan kaki dibawa ke arah rak bahagian novel Inggeris. Mata Aikha jatuh pada setiap buku Inggeris di atas rak. Ralit dia merenung sambil berfikir. Buku apa yang dia patut pilih?
Dan mata hitam Aikha jatuh pada sebuah buku kanak-kanak. Buku itu menarik perhatiannya. Dia rasakan seperti dia sudah baca buku itu sebelum ini. Aikha berjingkit sebelum dia capai buku itu. Sebaik sahaja dia dapat buku tersebut, Aikha toleh ke hadapan.
" Allahuakbar!"
Terkejut Aikha bila Iddean tegak di hadapannya. Lelaki itu bersandar pada rak buku sambil berpeluk tubuh. Wajah lelaki tersebut selamba.
Dan Iddean ketawa perlahan bila wajah terkejut Aikha agak kelakar. Dia mendekat sebelum buku di tangan Aikha dia capai.
Tajuk buku itu dia baca sebelum kening kanannya terjungkit. Senyum senget.
" Kompilasi Disney huh?"
Hampir Iddean ketawa sinis namun dia tahu buku ini buku yang Aikha kerap baca. Iddean angkat wajah, merenung wajah Aikha yang sedikit merah. Tahu pun malu baca buku budak-budak.
" Tak payah ejek! Kau yang suruh aku pilih buku tadi kan? Ni aku dah pilih." Aikha bersuara tak puas hati. Dia muncungkan mulut sebelum wajah Iddean dia jeling tajam.
Tak puas hatilah tu!
Iddean mendekat sebelum dia ketuk kepala Aikha dengan buku Disney tersebut. Dia serahkan kembali buku tersebut pada Aikha sebelum senyum kecil diukir.
" Aku tak ejeklah. Cuma aku rasa kau ni comel macam budak-budak." Perlahan Iddean bersuara. Ayat Iddean buatkan Aikha mendongak, menentang wajah Iddean.
Pipi Aikha sekali lagi merona merah.
Comel?
Aikha ketap kuat bibir sendiri.
Entah kenapa, pujian daripada Iddean buatkan rama-rama berterbangan dalam perut sendiri. Sah. Mungkin sebab dia dah tak betul semenjak jumpa Iddean.
" Kenapa kau suka baca Disney huh?" Iddean mendekat sebelum jarak mereka hanyalah satu tapak kaki. Kepala ditunduk sebelum wajah mereka dirapatkan.
Wajah Aikha yang merah direnung lama.
Aikha gugup. Dia berundur setapak sebelum mata dilarikan memandang rak buku di sebelah kanan.
" Sebab ending cerita semuanya happy ending. Kan best kalau macam tu." Kecil suara Aikha. Dia tahu alasan dia memang sangatlah tak logik.
Iddean terdiam. Dia mati kata.
Happy ending?
Kan bagus kalau kesudahan aku pun bahagia.
" Oh." Iddean tegakkan badan sebelum lengan kanan Aikha dia sauk. Bulat mata Aikha merenung tangan Iddean di lengannya.
" Kenapa?"
" Balik. Tak lama lagi sekolah tamat. Kau nak ke bertembung dengan budak sekolah kau?"
Dan Aikha gigit bibir dengan soalan Iddean. Dia geleng sebelum Iddean rampas buku Disney di tangan Aikha. Buku itu dia susun kembali sebelum tangan kanan Iddean menjalar sebelum memaut lengan kiri Aikha.
" Jom." Bibir koyak senyum.
Aikha angguk.
Mereka berjalan beriringan keluar daripada perpustakaan awam tersebut. Sampai sahaja di hadapan pintu rumah Aikha, dia tahan Iddean daripada pergi.
Iddean toleh. Kedua kening naik.
" Apa?"
" Malam ni kita nak pergi mana?" Teruja Aikha bertanya.
Ya, dia gembira luangkan masa dengan Iddean. Seakan dia dan Iddean semakin rapat.
Iddean jungkit kening kanan.
" Esok? Aku nak berehat hari ini."
Wajah Aikha berubah. Pasrah. Lengan baju Iddean dia lepas sebelum kedua tangan dijatuhkan ke sisi. " Janji?"
Angguk. Iddean senyum tipis.
" Janji."
Share this novel