Perlahan Aikha bawa plastik makanan berisi roti keluar daripada kedai serbaneka. Mata jatuh pada langit malam yang ada bintang. Nampaknya malam ni ada bintang. Mungkin takkan hujan esok.
Aikha mula melangkah sebelum mata dia tertancap pada sekeping kertas lama yang terlekat pada tiang elektrik. Perlahan, dia dekati tiang tersebut sebelum gambar lama tersebut dia teliti.
Gambar kelas Aikha sewaktu lima tahun lepas. Tapi hanya seorang yang menjadi tumpuan.
Iddean Mikael.
Aikha renung wajah Iddean Mikael di dalam gambar tersebut. Iddean, dia sedang tersenyum sehingga menampakkan giginya yang teratur.
Iddean Mikael, siapa tak kenal dia?
Seorang lelaki yang sangat bising di dalam kelas tetapi tidak pernah menimbulkan masalah.
Sering menolong orang.
Malahan rajin.
Semua orang di kawasan ini kenal dia. Iddean Mikael si periang.
Namun suatu hari, Iddean keluar memancing bersama kawan-kawan dia.
Dan sejak itu dia tidak pulang. Laporan polis dibuat.
Namun tiada bukti dapat dijumpai.
Dia... hilang tanpa jejak.
Seakan dia tak pernah wujud.
Keluarga Iddean mula berpindah setahun selepas kehilangan dia. Mungkin tidak dapat menerima hakikat kehilangan seorang anak lelaki yang periang dan ceria. Semenjak itu, tiada siapa yang pernah tinggal di rumah lama keluarga Iddean.
Rakan sekelasnya pula seakan mula melupakan Iddean.
Senangnya mereka lupakan orang yang telah menolong mereka.
Kalau.. kalau Iddean tak hilang. Aikha ingin berjumpa dia sekali lagi kerana lelaki itulah orang pertama yang menegur dia sewaktu dia berpindah ke sini.
Iddean adalah kawan pertama dia.
Takkan dia nak lupakan kebaikan yang dihulur oleh lelaki tersebut.
Pak!!
Aikha tersentak! Laju dia larikan tangan dia daripada gambar orang hilang tersebut bila sehelai kertas berwarna putih melekap pada tapak tangannya. Aikha buang kertas putih tersebut sebelum dia pandang sekeliling.
Sunyi.
Langsung tiada orang yang berjalan di sekitar rumah kedai ini.
Mungkin angin. Aikha cuba untuk tenangkan fikiran dia sendiri. Sekali lagi, Aikha teliti wajah Iddean.
Wajah putih bersih milik Iddean. Rambutnya yang hitam berkilat dan lurus. Mata bulat berwarna coklat cair. Tinggi.
Kring!
Dan bunyi pintu kedai serbaneka terbuka menarik perhatian Aikha. Pandangannya jatuh pada figura lelaki yang baru sahaja melangkah keluar daripada kedai serbaneka tersebut.
Aikha terngadah.
Tinggi. Putih bersih wajahnya tapi seakan pucat. Rambut hitam berkilat dan mata berwarna.. coklat cair.
Baju. Baju dia sama dengan baju yang dipakai Iddean sewaktu hilang.
Dan waktu itu Aikha seakan tersedar sesuatu.
Iddean!
Tapi versi yang berumur lima tahun lebih tua!
"Iddean!"
Laju kaki Aikha cuba mengejar langkah figura lelaki mirip Iddean. Lelaki tersebut melangkah laju sebelum menghala ke arah lorong di sebelah kedai serbaneka.
Namun, Aikha masih laju mengejar.
Lelaki itu masih setia melangkah. Seakan tak terkesan dengan panggilan daripada Aikha.
Laju.
Laju.
Sebelum dia hilang di sebalik semak-samun di belakang kedai serbaneka tersebut. Aikha brek mengejut. Semak-samun yang tinggi tersebut buatkan dia berfikir dua tiga kali sebelum sambung mengejar Iddean.
Aikha usap peluh yang jatuh pada pipinya. Semak-samun tersebut dia pandang tajam. Kenapa, Iddean melangkah ke dalam semak-samun tersebut.
Tapi.. betul ke dia Iddean?
Kalau dia Iddean, kenapa dia tak berpaling bila Aikha panggil namanya?
Bunyi burung hantu menyentak lamunan Aikha. Dan pada waktu itulah Aikha baru tersedar seuatu. Dia sedang berdiri seorang diri di lorong gelap yang menghadap semak-samun.
Betul ke lelaki tadi Iddean?
Atau dia yang tersalah lihat?
Melihatkan keadaan sekeliling yang teramat gelap, Aikha teguk liur.
Lebih baik dia kembali esok hari. Waktu malam buatkan lorong ini kelihata berbahaya. Cahaya bulan tidak mampu menerangi lorong ini. Tambahan pula, angin malam yang bertiup buatkan bulu roma Aikha tegak.
Aikha berpaling ke belakang sebelum melangkah pergi.
Dia pasti, dia akan kembali esok hari.
×××××××
"Takde."
Suara Aikha kecewa. Hampir dia jatuh terduduk di atas lantai lorong tersebut. Sinar matahari buatkan dia hampir tak mampu buka mata tapi dia tekad kembali ke lorong tersebut.
Aikha melangkah ke arah semak-samun tersebut. Dia intai perlahan. Namun, tangan dia tersentuh pada sarang labah-labah yang terdapat pada semak-samun di sekeliling.
Aikha jatuh terduduk sebelum dia menjerit kuat.
"Eii..!" Dia kibaskan baju dia daripada sarang labah-labah tersebut.
Macam mana Iddean boleh melangkah selamba ke dalam semak-samun yang tinggi ni?
Aikha nak cuba pun dah terkena sarang labah-labah. Lagikan Iddean yang lebih tinggi daripada dia.
Perkara ini buatkan Aikha terfikir. Betul ke Iddean yang dia bertembung semalam itu manusia. Macam mana kalau itu bukan?
"Aikha!"
Aikha tersentak.
Kepala dipaling ke belakang. Rayyan, budak sekelasnya menyapa mata. Rayyan dilihat membongkok memandang Aikha. Di tangannya terdapat sebatang joran.
Wajah Rayyan terkejut. "Boleh bangun tak?"
Aikha angguk laju. Dia berdiri laju sebelum dia tepuk-tepuk punggungnya yang sedikit berdebu. Rayyan masih setia merenungnya.
"Kau buat apa terbaring kat sini?" Rayyan sengetkan kepala memandang Aikha.
Aikha berdehem perlahan sebelum wajah tenang ditarik. Kedua tangan dibawa ke belakang badan. " Takde apa. Aku cari sesuatu tadi."
Rayyan angguk faham. Dia berdiri tegak sebelum kembali melangkah ke arah basikalnya yang berada tidak jauh dari mereka. Aikha renung tubuh Rayyan. Joran yang dipegang Rayyan buatkan Aikha teringatkan sesuatu.
Bukan ke Iddean hilang sewaktu pergi memancing?
"Rayyan!" Aikha menjerit panik. Laju Aikha melangkah ke arah Rayyan.
Rayyan yang baru sahaja hendak mengayuh basikalnya terus terhenti. Kepala diangkat memandang wajah Aikha. Kedua kening lebatnya berkerut.
"Ya?"
"Kau.." Aikha mati kata. Patut ke dia bertanya.
Mungkin juga, Rayyan tidak ikut sewaktu kawan-kawan Iddean memancing.
"Aku?"
Aikha gigit bibir. Lantak ah, baik dia tanya.
"Kau ingat tak baju terakhir yang dipakai oleh Iddean?"
Soalan Aikha buatkan wajah Rayyan berubah. Terkejut mungkin dengan soalan tiba-tiba daripada Aikha.
Rayyan diam. Agak lama sebelum dia raup wajah dia.
Perkara ini buatkan Aikha agak kecewa.
Mungkin Rayyan lupa.
Lagipun perkara ni lima tahun lepas kut.
"Takpe"
" Baju lengan panjang warna hitam dan seluar tiga suku."
Laju ayat tersebut meluncur keluar daripada mulut Rayyan. Wajah Rayyan sedikit risau. " Aku rasa betul dah. Lagipun aku tak berapa ingat."
Dan Aikha anggukkan kepala. Tanda faham. " Terima kasih."
Rayyan berikan senyuman manis sebelum melambai. Setelah itu, dia kayuh basikal keluar dari lorong gelap tersebut.
Aikha mengeluh.
Baju lengan hitam panjang.
Seluar tiga suku.
Bukan ke pakaian sama yang dipakai oleh Iddean semalam!
Perkara ini buatkan Aikha yakin, lelaki semalam adalah Iddean.
Tapi perkara ini buatkan bulu romanya menegak.
Kenapa dia masih pakai baju yang sama?
Sedangkan lima tahun dah berlalu.
×××××××
Aikha mengeluh lemah. Pandangan dia jatuh pada luar tingkap biliknya. Cahaya bulan buatkan biliknya yang gelap sedikit terang.
Bulan.
Aikha begitu sukakan bulan.
Begitu juga langit malam.
Kerana tak semua keindahan berada pada waktu siang. Hanya sesetengah makhluk sahaja yang mampu menikmati keindahan waktu malam.
Mungkin juga Aikha adalah salah satu daripadanya.
Aikha capai kertas yang hampir koyak di atas meja belajar miliknya. Kertas tersebut diteliti.
Kertas yang digunakan untuk mencari Iddean. Tapi dia tak pernah kembali.
Hinggakan keluarganya juga putus asa. Aikha labuhkan duduk di atas meja belajarnya yang menghadap tingkap. Fikiran mula berputar, memikirkan Iddean.
Dan dia renung wajah Iddean sekali lagi.
Kenapa wajahnya pucat?
Krak!
Aikha angkat kepala. Dan waktu itu pandangam Aikha jatuh pada kucing berwarna putih miliknya yang berada di halaman rumah.
Kenapa si Putih keluar rumah pada waktu malam? Aku rasa aku dah kunci pintu. Segera Aikha berdiri sebelum dia capai kardigan kait. Kardigan tersebut disarung ke badan sebelum kaki melangkah ke tingkat bawah.
Sliding door di ruang tamu Aikha buka sebelum segera dia menghala ke arah halaman belakang.
"Putih! "
Dan Aikha lihat Si Putih yang ralit merenung pagar belakang rumahnya. Apahal dengan kucing aku malam ni. Laju dia melangkah ke arah si Putih yang bertenggek di atas pagar sebelum dia bawa ke pelukan.
Namun, yang peliknya Putih tidak meronta kali ini. Buatkan Aikha naik pelik. Namun, si Putih seakan ralit merenung pagar.
Aikha ikut pandangan mata si kucingnya.
Dan nafas Aikha tersekat.
Di sebalik pagar, Aikha lihat ada figura yang laju melarikan diri. Figura tersebut tinggi. Dan memakai pakai baju hitam. Rambut hitam berkilat.
Tak mungkin.
Iddean?!
If you guys have any comments, please let me know.
Share this novel