FINDING HIM

Young Adult Series 3662

"Kenapa akak datang lambat hari ni?"

Soalan daripada Luth hanya mampu Aikha balas dengan senyuman. Dia labuhkan duduk di birai katil Luth sebelum rambut perang adik lelakinya dia raup.

"Sorry. Kelas habis lambat hari ni."

Luth tayang wajah tak puas hati. Buku Inggeris di tangan dia tutup sebelum tangan kanan aku dia capai sebelum genggam. Mata bulatnya merenung aku.

"Tak boleh ke kalau kita keluar jalan-jalan hari ni? Luth bosan."suara garau Luth cuba memujuk. Dia tayang wajah meminta yang memang buatkan Aikha serba-salah nak menolak. Mentang-mentang muka dia comel dari Aikha.

Akhirnya Aikha kalah. Dia usap tangan kanan Luth yang memegang erat tangan kanan dia. " Ya, kita jalan-jalan kejap."

Ayat Aikha buatkan mata Luth bersinar. Laju pegangan tangan Aikha dia lepaskan sebelum dia melangkah ke arah almari. Pintu almari dibuka sebelum dia keluarkan hoodie berwarna merah. Seluar trek dia tarik sebelum dilempar ke arah Aikha.

"Keluar jap. Luth nak tukar baju."

Aikha angguk. Dia keluar daripada bilik Luth sebelum menunggu betul-betul di hadapan bilik Luth. Sewaktu menunggu, sempat dia tilik beberapa frame gambar yang digantung pada dinding berwarna kelabu. Kebanyakan gambar adalah gambar Luth dan ayah mereka. Hanya ada sekeping gambar Aikha dan Luth yang tergantung.

Perlahan Aikha sentuh gambar tersebut. Hujung bibirnya naik membentuk senyuman. Gambar ini diambil pada tahun lepas.

Sekejap aja masa berlalu. Hampir lima tahun juga mak dan ayah dia bercerai. Perkara ini buatkan dia Aikha dan Luth tinggal berasingan. Ayah dengan Luth, manakala dia dengan mama.

Keadaan makin teruk bila Luth disahkan ada kanser hati.

"Aikha."

Dan tangan Aikha digenggam, buatkan tubuh Aikha agak tersentak. Automatik Aikha berpaling sebelum pandangan dia jatuh pada seraut wajah adik lelakinya.

"Aikha tengok apa?"

Dan mata Luth jatuh pada gambar yang Aikha pegang. Wajahnya sedikit berubah.

Muram.

Tentu dia juga kecewa bila kami berdua terpaksa berpisah.

"Luth nak pergi mana?" Lembut Aikha bertanya, cuba mengalih perhatian dia. Dagunya Aikha tarik agar memandang wajahnya.

Namun wajah Luth masih kekal muram. Makun bersalah Aikha dibuatnya.

"Hei." Aikha cubit pipi kiri Luth sebelum dia tarik kuat. " Dengar tak orang tanya ni?" Dan ketawa kecil terlepas.

Luth pandang Aikha dengan wajah tak puas hati sebelum tangan Aikha di pipinya dia pegang. "Apa ni main pipi."

Aikha dah tergeleng kepala. Walaupun Luth hanya muda setahun, perangai macam dia ni muda 10 tahun pun ada. Tengoklah sekarang, buat muka comel pulak. Geram je tengok.

" Kenapa sedih sangat muka Luth ni? Tak suka ke jumpa Aikha?"

Soalan Aikha buatkan tubuh Luth mengeras. Tajam mata coklat cairnya menentang mata Aikha. Wajah Luth sedikit tegang. "Nope." Dan tubuh Aikha dia sauk ke dalam pelukan.

"Tolong jangan cakap perkara mengarut Aikha. Luth hanya ada Aikha sekarang." Sebak suara Luth, buatkan Aikha makin serba-salah. Dia cuma nak bergurau, tak sangka adiknya akan ambil hati.

Perlahan kedua tangan Aikha bawa memeluk tubuh adik lelakinya. Rambut perang Luth dia usap perlahan, cuba tenangkan Luth.

"Sorry. Aikha janji tak sebut lagi perkara macam tu. Aikha takkan tinggalkan Luth." Lembut.

Dan Aikha juga turut sebak. Semenjak mereka berpisah, Luth memang clingy dengan dia. Mungkin Luth perlukan sokongan daripada dia.

"Dah ok?" Pelukan Aikha lepaskan. Dia pegang kedua lengan Luth sebelum Luth dipaksa menghadap wajahnya.

"Hmm." Tangan kanan Aikha dicapai sebelum digenggam erat.

Perlahan Aikha jalan beriringan dengan Luth. Belum sempat mereka tolak pintu, pintu sudah terbuka dari luar.

Dan wajah Aikha pucat.

Wajah Luth tegang.

Wajah lelaki tua di hadapan mereka pula langsung tiada riak. Dia pandang wajah Aikha dan Luth bersilih ganti sebelum mata hazelnya jatuh pada tangan Aikha dan Luth yang bertaut.

Aikha telan liur yang terasa berpasir. Dia cuba untuk lepaskan pegangan Luth namun Luth menolak. Sengaja dia eratkan pegangan pada tangan Aikha.

Si lelaki mengeluh lemah. Pasrah dengan sikap Luth yang degil. Dia melangkah merapati Luth sebelum bahu Luth dia tepuk perlahan.

"Jaga diri." Suara tua tersebut berpesan sebelum melangkah ke arah tangga yang menuju ke tingkat atas.

Janggal.

Aikha kaku di tempatnya.

Dan dia rasa matanya panas.

Lelaki tersebut melayannya seakan dia tidak wujud sedangkan dia adalah anaknya. Hanya kerana mak dan ayah mereka bercerai, Aikha kehilangan ayahnya. Luth hilang ibunya.

Indahnya takdir huh?

"Aikha." Usapan tangan Luth di pipi Aikha buatkan Aikha tersedar. Luth hulur senyuman kecil, cuba memberi kekuatan pada Aikha. Ya, mereka masing-masing memberi kekuatan pada satu sama lain.

Perkara ini buatkan Aikha senyum.

Senyum lega.

"Jom."

Dan tangan Luth ditarik ke luar rumah.

×××××××

"Duduk dekat sini. Aikha pergi belikan air ok?" Aikha dudukkan Luth di atas bangku. Wajah pucat Luth dia tatap untuk kali terakhir sebelum laju kaki Aikha berlari ke arah kedai runcit berdekatan. Air mineral dibeli sebelum dia kembali ke taman permainan.

Sampai sahaja di taman permainan, Aikha lihat Luth yang menyandar di bangku sambil memejam mata. Lembut, Aikha usap pipi Luth.

Kaku.

Dan dengkuran kecil kedengaran.

Tergelak Aikha dibuatnya.

Boleh adik dia tertidu dekat sini? Padahal mereka berjalan tak lama mana pun. Duduk Aikha labuh di sebelah Luth sebelum dia tarik kepala Luth agar baring di atas pahanya.

Luth tersentak. Kedua matanya terbuka luas, memandang wajah Aikha.

Aikha ukir senyum pada Luth. " Rehatlah kejap. Aikha pun penat." Aikha cuba yakinkan Luth agar berehat.

Wajah Luth masih teragak-agak. Mata dialih memandang buaian yang berada setentang dengan mereka. Perlahan, Aikha bermain-main dengan rambut perang milik Luth. Menyuruh Luth agar berehat.

Akhirnya Luth kalah. Mata dia pejam perlahan, buatkan Aikha tersenyum gembira.

"Aikha balik pukul berapa nanti?"

"Lepas kita habis pusing-pusing taman, Aikha baliklah. Lagipun rumah Aikha dekat je. Jalan kaki sampai."

Jawapan Aikha buatkan hujung bibir Luth naik. Senyum kecil terukir pada wajah pucat Luth. Mata Luth masih terpejam.

Aikha termenung memandang taman permainan di hadapan mata. Dulu, waktu kecil agaknya dia suka ke pergi taman permainan?

Mungkin dia nakal.

"Luth."

"Hmm." Luth jawab ringkas. Dia hampir tertidur bila tangan kecil Aikha ralit bermain dengan rambut lurusnya.

"Luth percayakan Aikha tak?"

"Percaya."

"Aikha.. Aikha jumpa seseorang minggu lepas. Kawan lama Aikha." Suara Aikha agak terketar. Berfikir, wajar ke dia bagitahu mengenai Iddean pada Luth.

"Siapa?" Nada suara Luth sedikit naik.  Berminat.

Dia palingkan tubuh. Kepala dibawa menghadap Aikha namun dia masih belum bangun daripada perbaringan. Selesa berbaring di riba kakaknya.

Aikha gigit bibirnya. Dia pandang anak mata Luth lama.

"Siapa?" Luth bertanya sekali lagi. Kali ini kening kanannya naik.

"Iddean. Iddean Mikael."

Diam.

Wajah Luth masih tak berubah.

Namun setelah sesaat matanya sedikit bulat. "Aikha yakin?" Suara garau Luth berubah dalam.

Dia bangun daripada perbaringan sebelum menikam wajah Aikha dengan renungan tajam.

Perkara ini buatkan Aikha sedikit kecut.

Aikha diam. Sebelum dia ambil keputusan menceritakan perkara sebenar pada Luth. Kali ini wajah Luth berubah serius. Dia ralit mendengar setiap cerita yang Aikha ujar.

" Aikha yakin itu dia? Aikha yakin tak tertukar dengan orang lain? Kan waktu tu malam." Soalan daripada Luth buatkan aku tersedar.

"Ha'ahlah."  Aikha petik jari. " Mungkin Aikha tersalah orang."

Luth angguk sebelum dia tiba-tiba pegang erat kedua bahu Aikha. Buatkan Aikha tepat berpaling ke arahnya.

"Please.. janji dengan Luth yang Aikha akan beritahu Luth setiap perkara yang berlaku lepas ni? Luth risau." Jujur Luth bersuara buatkan Aikha tersenyum.

" Ok." Dan dia usap kuat rambut Luth. " Luth dah besar sekarang. Rasa macam Luth lagi tua dari Aikha."

Dan Luth sengih.

" Memang tugas Luth jaga Aikha. Luth sayang Aikha."

×××××××

Aikha capai laju kardigan kait miliknya yang disangkut pada kerusi depan meja belajar. Setelah itu laju kakinya melangkah ke arah ruang tamu. Sempat Aikha capai raket badminton miliknya sebelum sliding door dibuka.

Aikha melangkah ke arah halaman belakang rumahnya sebelum Aikha duduk di atas bangku yang sedia ada. Jam dikerling sekilas.

Minggu lepas, dia nampak kelibat Iddean hampir pukul 10 malam. Jadi mungkin Aikha akan nampak sekiranya dia tunggu lebih awal kan?

Aikha duduk bersilang kaki. Angin malam buatkan dia tarik rapat kardigan ke tubuhnya. Telefon dikeluarkan sebelum Aikha mula bermain aplikasi Instagram. Namun, setelah 15 minit berlalu Aikha mula rasa bosan.

Tiba-tiba dia rasa menyesal.

Kenapa Aikha tekad sangat nak jumpa si Iddean?

Macam mana kalau apa yang Luth bagitahu tu betul.

Entah-entah, lelaki minggu lepas tu sebenarnya pencuri yang cuba pecah masuk rumah mereka.

Aikha muka rasa seram sejuk. Dahlah ibunya shift malam hari ini.

Laju Aikha berdiri, bersedia untuk beredar sebelum niatnya mati bila dia lihat kucing putih miliknya melangkah ke arahnya. Kepala digesel-gesel pada kaki Aikha sebelum   mengiau perlahan.

Aikha angkat kening.

Ok, si Putih nak apa sebenarnya. Makanan baru sahaja dia berikan tadi. Takkanlah kucing dia ni lapar balik. Pelahap betul si Putih kalau macam ni.

Si Putih Aikha angkat sebelum didukung. Tak sempat Aikha buka langkah, dia terdengar sesuatu.

Krekkk.

Aikha kaku.

Kakinya rasa terpasak.

Itu... itu bunyi pagar belakang rumahnya terbuka. Pagar tu.. betul-betul ada belakang Aikha.

Kang!

Bunyi besi berlaga dengan tanah buatkan Aikha beranikan diri berpaling.

Dan Aikha kelu. Lidahnya seakan lumpuh. Tanpa sedar, si Putih melompat daripada dukungan Aikha sebelum melangkah ke arah tin makan kucing yang jatuh.

Aikha hampir terngadah.

Lelaki di hadapannya pula seakan kaku.

Wajah pucatnya kali ini jelas kelihatan kerana cahaya rembulan. Di tangannya masih ada plastik mengandungi tin makanan kucing yang baru sahaja dijatuhkan.

Wajah lelaki tersebut jelas terkejut.

Apa yang buatkan Aikha terkedu ialah wajah lelaki ini memang seperti Iddean. Aikha tak pernah salah! Cuma, pakaiannya sahaja yang berubah.

Lelaki di hadapannya memakai hoodie berwarna hitam dan memakai sweatpants berwarna kelabu. Dan tanpa Aikha sedar, lelaki tersebut sudah berpaling untuk melangkah pergi.

Kalut Aikha buka langkah, cuba untuk mengejar lelaki yang baru sahaja menceroboh masuk ke halaman rumahnya menggunakan pagar belakang.

Si lelaki laju berlari di atas jalan tar. Kakinya yang panjang memudahkan larian.

Sebaliknya pula bagi Aikha. Sudahlah dia pakai selipar,  kaki Aikha bukanlah sepanjang Iddean. Perkara yang paling malang berlaku bila selipar Aikha terputus, buatkan Aikha tersadung di atas jalan tar.

"Arghh!!"

Jerita Aikha berjaya buatkan si lelaki matikan langkah. Automatik dia berpaling ke arah Aikha dari jauh.

"Iddean!" Aikha ketap gigi dia kuat. " Kau Iddean kan?!" Aikha menjerit marah dari jauh. Mata Aikha tak lepas memandang si lelaki.

Jeritan Aikha buatkan si lelaki mengeluh pasrah. Dia berundur merapati Aikha sebelum dia bertenggek di hadapan Aikha.

Dan Aikha hampir sesak nafas bila lihat wajah si lelaki dengan rapat.

Rambut hitam lurusnya cantik terbelah. Kulitnya putih pucat. Bibirnya merah sedikit pucat. Dan mata coklat cairnya memang mirip Iddean.

Si lelaki ralit membelek kaki Aikha yang luka. Dia akhirnya mengeluh perlahan sebelum berdiri tegak kembali. Wajah pasrah habis dengan kedegilan manusia bernama Aikha.

"Kau Iddean kan?" Aikha soal sekali lagi, namun si lelaki tidak membalas.

Dia bantu Aikha untuk berdiri sebelum lengan kiri dihulur. Memberi sokongan untuk Aikha berjalan. Aikha paut erat lengan kiri lelaki tersebut sebelum mereka sama-sama melangkah ke arah rumah Aikha.

Malam kali ini nampaknya lebih sunyi berbanding malam sebelumnya. Buatkan Aikha agak janggal.

"Kau Iddean kan?"

Tap.

Langkah kaki si lelaki mati. Dia berpaling ke arah Aikha dengan wajah bosan.

"Mulut tu tak reti diam ke?"suara garau si lelaki yang agak dalam buatkan Aikha agak kecut perut. Suara si lelaki lebih kasar daripada Luth dan agak sensual bunyinya.

Aikha tunduk sebelum menggumam maaf. Sekali lagi mereka melangkah ke arah rumah Aikha sebelum si lelaki dudukkan Aikha di atas bangku di halaman belakang rumah Aikha.

Belum sempat Aikha ucap terima kasih, si lelaki selamba masuk ke dalam rumah Aikha. Aikha panik. Dia segera bangun. Tak sempat buka langkah, si lelaki keluar dengan first aid.

Aikha dah terngadah.

" Macam mana kau tahu tempat kami simpan first aid?" Suara Aikha kagum.

Si lelaki masih diam. Dia duduk melutut di hadapan Aikha. Lutut kanan dia jatuhkan sebelum kaki kiri milik Aikha yang luka dia rawat perlahan.

Suasana kembali diam.

Hanya bunyi cengkerik dan juga si Putih yang dari tadi nak buka tin makanan kucing yang dibawa oleh si lelaki.

Kucing aku ni tak tahu malu ke hah?

Aikha dah mengeluh dalam hati.

Setelah selesai rawat kaki Aikha, si lelaki laju bukakan tin makanan kucing untuk si Putih. Gembira si Putih makan, siap buat bunyi lagi.

Siapa je tuan kau si Putih.

Bila Aikha lihat si lelaki mula melangkah ke arah pagar Aikha kalut. Tanpa berfikit panjang, lengan kiri lelaki tersebut dia paut. Buatkan tubuh si lelaki berpaling menghadap Aikha.

Wajah si lelaki agak terkejut dengan keberanian Aikha. Aikha laju lepaskan kembali lengan si lelaki sebelum mata Aikha mencari anak mata si lelaki.

Wajah Aikha tekad.

" Kau Iddean kan?"

Dan buat kesekian kalinya si lelaki mengeluh. Mungkin bosan dengan soalan sama daripada Aikha.

Dia melangkah merapati Aikha.

Setapak.

Dua tapak.

Kini jarak mereka hanyalah setapak kaki o lelaki alihkan pandangan. Si lelaki memandang ke sisi kirinya.

" Kalau aku Iddean, kau nak buat apa?"

Dan Aikha kedu.

Ya, dia tak pernah terfikir kemungkinannya.

"Jadi, kau Iddean." Kali ini ayat penyataan Aikha keluarkan. Wajah Aikha terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience