BAB 8

Romance Series 6138

KOTAK cincin lamaran milik Irfan dipandang lama sebelum kotak itu dibuka. Sebentuk cinta bermata satu memenuhi kornea matanya. Cantik. Untuk lamaran kali keempat ini, wanita itu sengaja memberikannya cincin ini untuk dipegang. Sudah empat hari berlalu dan dia masih lagi belum membuat keputusan. Entah kenapa dadanya terasa berdebar menanti panggilan telefon daripada Aunty Lina. Dia takut untuk memberi jawapan kerana dia masih lagi mencari jawapan itu.

Abangnya menyuruh dia untuk berkawan dengan Irfan. Kenal hati budi dia sebelum buat keputusan. Sejujurnya perasaan sayang sudah wujud untuk lelaki itu. Sejak Irfan cuba membantunya sehingga sanggup mengadaikan nyawa, dia sudah mula terhutang budi dengan lelaki itu. Dia nampak keikhlasan lelaki itu tapi dia belum pasti dengan perasaan Irfan. Sama ada benar-benar sukakan dia atau dia lakukan semua itu dengan niat lain.

"Nina... tak nak pergi kerja ke? Dah nak pukul dua dah ni," laung Azrul dari luar rumah. Amanina yang sedar jam sudah hampir ke pukul dua terus kelam kabut bersiap. Shif dia hari ni pukul dua petang sampai sepuluh malam dan Azrul lah yang menjadi mangsa menghantar dia kerja. Dah banyak kali dia berkeras mahu pergi sendiri tapi dibantah abangnya. Mungkin bimbang sekiranya berlaku apa-apa dekat dia. Selepas kejadian hari itu, dia boleh nampak bertapa protectivenya Azrul terhadap dirinya. Hilang sekejap saja sudah mencari. Dia faham abangnya paranoid dengan kejadian dulu.

"Nanti dah habis shif, terus call abang. Jangan nak balik sendiri pula. Ingat tu."

"Yalah. Nina ingat. Bye abang." Tangan Azrul disalam sebelum kelibat lelaki itu mula menghilang. Amanina terus masuk ke dalam restoran tempatnya bekerja.

Dia agak sedikit kalut hari ini kerana ramai pelanggan yang datang. Ke hulu ke hilir dia mengambil dan menghantar pesanan. Beberapa kali dia hampir bertembung dengan pekerja lain disebabkan sakit kepala yang datang menggigit. Semuanya disebabkan dia tidur lewat semalam gara-gara menyudahkan baju yang sudah separuh dikaitnya. Cadangnya memang nak siapkan semalam tapi setelah dipaksa abangnya untuk tidur, terpaksalah dia tidur. Kesannya kepalanya terasa berpusing-pusing.

"Nina... kau okey ke tak ni? Kalau tak, kau pergilah berehat dekat belakang nuh." Afzan, pekerja di situ mula bertanya. Dia perasan yang gadis itu nampak tak sihat hari ni.

"Tak apa. Saya okey. Pening sikit saja ni." Amanina cuba menyakinkan Afzan. Lagipun sekarang ni mereka tak cukup tangan untuk melayan. Kalau dia berehat, nampak sangat dia ambil kesempatan. Dia tak nak dituduh curi tulang pula nanti.

"Betul ni. Kalau kau tak okey, terus masuk berehat dekat belakang. Aku tak nak kau rebah depan customer pula nanti," pesan Afzan.

"Ya, ya. Saya faham." Amanina menyambung tugasnya semula. Sebaik saja mengambil pesanan pelanggan, dia mara ke bahagian dapur untuk menyampaikan pesan. Tiba-tiba anak matanya ternampak kelibat pelanggan yang baru masuk dan dia terus kaku di situ. Irfan dan gadis di sebelah lelaki itu langsung tidak dikenalinya. Entah kenapa hatinya terasa dicucuk melihat kemesraan mereka. Kekasih dia kah?

"Nina... buat apa lagi tercegat dekat situ. Pergilah ambil pesanan customer itu," arah Lina apabila melihatkan pekerja yang baru seminggu bekerja di situ hanya berdiri pegun.

"Tak apa kak, biar saya yang pergi." Dalam diam Amanina mengela nafas lega apabila Nini sudi mengambil alih tugasnya. Tak perlulah dia mengadap lelaki itu. Amanina memandang Irfan dari jauh. Rasa rindu dalam hatinya terubat seketika tapi berganti rasa sakit hati melihat kemesraan mereka. Adik beradik? Mustahil serapat itu. Kalau macam itu, memang benar itu kekasih dia. Dahlah Nina, mungkin itu jawapan terbaik untuk lamaran lelaki itu. he deserves better than me.

"Nina... bawa ni masuk dapur. Nini nak ambil oder pelanggan jap." Tray berisi pinggan dan gelas kotor diambil di tangan Nini sebelum dia menghala ke bahagian belakang restoran. Kepalanya sarat memikirkan bermacam andaian antara Irfan dan gadis tadi sehingga tidak sedar kakinya tersadung sesuatu dan dia rebah ke lantai.

Bunyi pinggan dan gelas jatuh mendiamkan suasana dapur yang bising tadi. Amanina sudah jatuh ke lantai bersama darah yang membasahi tapak tangan dia.

"Nina!"

AMANINA diam di kerusi. Tangannya yang berbalut dipandang kosong. Luka kesan jahitan tadi langsung tak terasa. Kepalanya masih lagi teringatkan perihal tadi. Ya, dia mengaku hati dia sakit sangat apabila melihatkan lelaki itu dengan seorang perempuan. Kemesraan mereka makin membuatkan hatinya sakit. Silapnya sendiri sampai tapak tangannya menjadi mangsa. Nasib baiklah kejadian di dapur tadi tidak menarik perhatian pelanggan di luar. Kalau tak, mungkin keberadaan dia sudah diketahui Irfan. Dia tidak mahu Irfan mengetahui tempatnya bekerja. Kalau lelaki itu tahu, mana mungkin dia akan datang ke restorannya dengan wanita lain.

"Abang pergi ambil ubat sekejap. Duduk sini, jangan pergi tempat lain," pesan Azrul sebelum berlalu pergi. Terkejut dia tadi apabila diberitahu perihal adiknya. Terus dia ke hospital untuk melihat keadaan Amanina. Hanya Allah saja yang tahu bertapa risaunya dia tadi. Lepas kejadian Daos dulu, dia sudah berazam tidak akan tinggalkan Amanina sendirian. Dia akan pastikan adiknya selamat dalam jagaannya sampailah Amanina diserahkan kepada yang berhak.

"Eh Nina, awak buat apa dekat sini? Kenapa dengan tangan awak?" Amanina pandang lelaki yang menegurnya. Harraz, setiausaha Irfan. Mereka pernah berjumpa beberapa kali dahulu. Senyum tipis dihadiahkan untuk lelaki itu.

"Kena jahit. Terkena kaca tadi. Awak pula buat apa dekat sini?" Soalan berbalik kepada lelaki itu semula. Pandang saja Harraz, dia teringatkan Irfan. Dia tahu Harraz juga turut membantunya semasa kes Daos hari itu. Lelaki itulah yang menelefon polis atas arahan Irfan kerana risaukan dia. Sesungguhnya dia terhutang budi dengan Harraz dan Irfan.

"Saya pergi melawat kawan. Awak ada jumpa dengan Irfan tak?" Harraz duduk di sebelah Amanina. Gadis itu mengelengkan kepala.

"Jadi awak tak tahu lagilah ni."

"Apa dia yang saya perlu tahu?"

"Pasal Irfan. Daripada apa yang saya tahu, Datin Lina tengah carikan calon untuk Irfan. Saya fikirkan awak dengan Irfan tapi bila tengok Datin Lina sibuk kenenkan Irfan dengan calon lain, rasanya saya dah dapat jawapannya." Bicara Harraz membuatkan Amanina terasa sesak nafas. Calon lain? Jadinya Aunty Lina dah buat plan lain. Belum sampai seminggu pun, dia dah ada calon lain. Amanina kecewa. Silap dia juga. Apa yang dia harapkan? Lepas empat pinangan, dia fikir Aunty Lina masih akan tunggu jawapan ya daripada dia? Mustahillah.

"Boleh saya tahu kenapa awak tolak Irfan?"

"Saya tak layak untuk dia." Sekali lagi jawapan yang sama keluar dari mulut dia. Harraz mengeluh perlahan. Dia pun dah dengar jawapan itu dari mulut Irfan. Dia pun terkejut apabila mengetahui yang sudah tiga lamaran Irfan ditolaknya.

"Awak sayangkan Irfan?"

Diam.

"Orang kata diam tanda ya. Irfan pun sayangkan awak malah dia cintakan awak. Kalau tak dia takkan teragak-agak melamar awak walaupun awak, orang yang dia baru saja kenal. Dia memang benar-benar yakin yang awak jodoh yang dia cari selama ini tapi saya tak sangka pula pengakhirannya akan jadi macam ni." Amanina hanya diam. Tiada suara mahu membalas. Semua orang disekelilingnya mahu dia menerima Irfan dan bila dia sudah mula membuat keputusan untuk menerima lelaki itu, dia dibentangkan pula dengan kenyataan tadi. Jadi sekarang ini apa pilihan yang dia ada?

"Nina..." Azrul datang mendekat dengan ubat yang baru diambil. Sempat dia berkenalan dengan Harraz sebelum lelaki itu meminta diri.

"Tak apalah Nina. Saya balik dulu. Apapun, saya doakan awak jumpa kebahagiaan awak nanti." Amanina cuba mampu mengariskan senyuman sedangkan hakikatnya hati dia terluka dengan ucapan lelaki itu seolah-olah menyindirnya.

"Nina okey? Muka Nina nampak pucat." Pipi adiknya disentuh. Dia perasan dengan perubahan wajah Amanina sebaik saja bercakap dengan Harraz tadi.

"Nina okey. Jom balik abang. Nina penat. Nakberehat." Amaninamula melangkah pergi. Rasanya dia sudah jumpa jawapan yang dicarinya. Mungkinmemang mereka tak ada jodoh. Dia harap Irfan bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience