BAB 5

Romance Series 6137

SUDAH setengah jam dia berbaring atas katil, cuba melelapkan mata tapi setiap kali mata terpejam, imbasan tadi kembali bermain dalam fikiran dia membuatkan dia dilanda ketakutan. Ini kali pertama dia dihidangkan dengan keadaan sedemikian. Dia tak sangka yang Daos akan bertindak sampai macam tu sekali.

Dari berbaring dia duduk memeluk lutut atas katil. Bayangan tadi masih lagi bermain dalam mindanya. Berkali-kali cuba diusir tapi gagal. Jam sudah beralih ke angka satu pagi dan matanya masih lagi terbuka luas. Bimbang memikirkan hari esok.

Telefonnya berdering. Melihatkan nama yang tertera di skrin membuatkan rasa takutnya naik satu tingkat. Dia bimbangkan keselamatan abangnya dan pada masa yang sama dia juga bimbangkan tentang diri dia. Deringan mati tapi kembali berdering. Esok hari terakhir dia perlu lunaskan hutang lelaki itu dan persoalannya sekarang, adakah Irfan akan kotakan janji dia.

"Sayang... kau dekat mana sekarang ni? Anak buah aku cakap kau tak ada dekat rumah tadi. Sayangnya sebab aku ada sediakan hadiah untuk kau. Kalau kau ada dekat rumah tadi, pasti kau dah tengok hadiah aku kan."

"Apa yang kau tak puas hati lagi, Daos. Aku dah janji kan aku nak bayar balik hutang kau." Suara Amanina sedikit meninggi dan bergetar.

"Ya, ya aku tahu. Aku ingat lagi janji kau. Esok kan tapi aku tak yakin aku boleh percayakan kau ke tak. Yalah, kau janji nak bayar esok kan tapi manalah tahu esok kau plan nak larikan diri ke apa. Manusia boleh berubah dalam sehari kan." Suara Daos kedengaran jelik di telinganya.

"Jangan risau. Aku berpegang pada janji aku. Esok aku akan bayar hutang kau."

"Okey, aku tunggu kau esok. Nanti aku bagi alamat tapi sayang, kau kena ingat. Kalau kau tipu aku, aku akan cari kau sampai lubang cacing." Panggilan terus dimatikan. Tangan Amanina masih lagi membentuk penumbuk. Rasa geram, benci dan sakit hati silih berganti. Tanpa dapat ditahan air mata dia mengalir keluar. Hari ini terasa sukar untuk dia hadapi apatah lagi hari esok. Harapnya Irfan akan kotakan janji dia dan semuanya akan selesai dengan baik.

PERLAHAN-LAHAN pintu bilik itu ditutup rapat. Dia sudah mendengar semuanya tadi. hatinya terasa ditusuk sembilu melihatkan gadis itu menangis. Walaupun dia tak rasa apa yang gadis itu lalui tapi dia faham perasaan gadis sekarang. Dia tahu Amanina kuat untuk hadapi semua ini.

Telefon dalam kocek seluar dikeluarkan dan nombor Harraz didail. Sebaik saja panggilan bersambung, terus dia pergi pada tujuan asal.

"Aku nak kau sediakan 30 ribu ringgit cash. Pukul sepuluh esok aku ambil."

"Huh? 30 ribu cash? Kau nak buat apa duit tu weh?" Suara Harraz sedikit terjerit. Terkejut dengan arahan tiba-tiba majikannya. Dahlah telefon malam-malam buta macam ni. Bagi pula arahan tak masuk akal.

"Jangan banyak tanya boleh tak. Buat je apa yang aku suruh dan jangan beritahu mummy pasal benda ni. Ingat, biar pecah di perut jangan pecah di mulut. Kalau mummy tahu, siap kau." Panggilan terus dimatikan tanpa sempat mendengar jawapan daripada setiausahanya. Dia tahu Harraz pasti terkejut tapi dia tak ada pilihan lain. Dia sudah berjanji dengan gadis itu jadi dia perlu kotakan janji dia, demi meraih kepercayaan gadis itu terhadap dia.

Irfan jatuhkan punggung di atas sofa. Dia rasa bertanggungjawab untuk menolong gadis itu. Niat asalnya dia cuma ingin menggunakan gadis itu untuk diperkenalkan kepada mummy tapi entah kenapa hatinya mula terpikat pada Amanina. Dia sendiri tak percaya yang gadis itu berjaya menembusi hatinya. Pelik kan. Kalau dilihat, langsung tak ada keistimewaan pada gadis itu tapi dia boleh nampak keikhlasan gadis itu sewaktu berborak dengan mummynya tadi dan dia juga tahu mummy sudah mula sukakan Amanina. Dia harap selepas semua masalah ini selesai, dia masih lagi boleh berkawan dengan gadis itu.

Restart semuanya.

WAJAH Azrul sudah bermandikan darah. Pipinya lebam dan bibirnya juga sudah luka. Dah tak terkira berapa kali dipukul dan disepak lelaki itu tapi dia takkan sesekali mengalah. Sudah sebulan juga dia terkurung di sini. Semuanya berpunca daripada diri dia sendiri. Begitu mudah memberi kepercayaan kepada orang lain sampai diri sendiri tergadai dan sekarang adiknya pula yang menjadi mangsa.

Setahun lepas, kawan baik dia sendiri meminta pertolongan dia untuk meminjam wang daripada ceti haram tapi dia bertegas menolak sebab dia tahu risiko tinggi menanti. Keadaan Azri masa itu teruk sangat. Dia tahu Azri perlukan duit dan dia juga ada menghulurkan duit untuk membantu lelaki itu tapi tidak mencukupi. Apabila Azri mengambil keputusan meminjam dari Ah Long. Dia membantah tapi siapa sangka Azri sanggup menikamnya dari belakang.

20 ribu dipinjam atas nama dia dan apabila tiba hari pembayaran, lelaki itu melarikan diri dan dialah yang menjadi mangsa untuk membayar semua itu hutang. Berkali-kali Azrul cuba menerangkan perkara sebenar tapi Daos tetap mahu dia yang membayarnya. Jadi selama enam bulan lepas dia cuba menyelesaikan hutang itu tapi gagal. Dia ditangkap dan adiknya diugut untuk menjelaskan semua hutang itu. Terasa gagalnya dia sebagai seorang abang sekarang apabila adiknya yang menjadi mangsa.

"Kau ingat aku akan bagi adik aku dekat jantan macam kau? Langkah mayat aku dulu sebab jantan macam kau tak layak untuk adik aku. Kau cuma layak untuk orang macam kau saja. Yang kotor, jijik macam kau!" Suara Azrul mula kuat. Dia tak peduli dengan luka dan darah yang bertapak di wajah dan badannya sekarang ni. Dia tahu lelaki itu cuma mempergunakan dia untuk mendapatkan Amanina.

Daos ketawa. Kuat. Sengaja. Dia memang sengaja mempergunakan lelaki itu untuk mendapatkan Amanina. Sejak pertama kali bertentangan dengan gadis itu, dia memang sudah tertarik dengan Amanina tetapi gadis itu jual mahal sangat jadi terpaksalah dia guna cara ini. Dia tahu lambat laun pasti gadis itu akan mengalah dengan dia.

"Apa kau cakap? Langkah mayat kau dulu? Kenapa? Kau teringin nak mati cepat ke? Jangan risau. Esok aku akan tunaikan impian kau tapi sebelum itu aku akan pastikan adik kau jatuh ke tangan aku." Daos senyum sinis. Impian dia akan tercapai esok. Dia yakin yang Amanina akan jatuh ke tangan dia.

"Tak guna!" Azrul bangun menyerang lelaki itu tetapi pantas dipegang anak buah Daos. Sekali lagi badan dia menerima sepakan dan pukulan yang menyakitkan. Walaupun dia punya tali pinggang hitam dalam taekwondo tapi apabila dihidangkan dengan puluhan lawan, dia tetap kalah. Tambahan pula sudah sebulan dia tidak menjamah sebarang makanan, hanya air kosong dan roti sahaja. Tenaga dia juga berkurangan. Tak ada gunanya dia melawan sekarang. Dia berharap sangat yang Amanina tidak akan memunculkan diri esok sebab dia tahu sekali Nina tunjuk muka, memang dia tak akan terlepas daripada pegangan Daos.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience