BAB 10

Romance Series 6137

DUA TAHUN BERLALU.

EARPHONE yang disumbat di kedua-dua belah telinga dibuka. Lagu yang bergema di kawasan taman itu menembusi gegendang telinganya. Dia memandang sekeliling. Nampak sekumpulan budak lelaki sedang bermain skateboard di bahagian kanan. Lagu yang terpasang itu datangnya daripada speaker berdekatan budak-budak lelaki itu.

Amanina simpan telefon di dalam begnya. Dia duduk memerhati pemandangan di hadapannya. Hari ni hari minggu jadi kesempatan ini digunakan untuk keluar bersiar-siar di taman. Sudah diminta kebenaran daripada abangnya tadi, mujurlah Azrul tidak banyak bertanya.

Lagu 2PM-Heartbeat bertukar kepada Magic Shop-BTS. Segaris senyuman terlakar di wajah itu. Tak sangka budak-budak ni semua peminat k-pop. Semua lagu yang dipasang kebanyakannya lagu korea. Sememangnya pengaruh k-pop sudah menular dalam kalangan masyarakat sekarang sampai dia pun terjebak sekali.

Sudah dua tahun berlalu dan dalam dua tahun itu banyak benda yang sudah berubah. Hidupnya pun sama. Sekarang dia sudah punya perniagaannya sendiri. Perniagaan yang dibina hasil titik peluhnya dan Azrul. AA CRAFT & BOOKS. Memang dia berbangga sangat dapat jadikan salah satu impian dia sebagai satu kenyataan.

"Dalam dua tahun lagi saya akan datang balik dan lamar awak semula. Masa itu, saya takkan terima jawapan tidak daripada awak. Ini janji saya."

Kata-kata daripada lelaki itu masih kukuh dalam ingatannya. Sejak itu dia dan Irfan sudah terputus hubungan. Langsung tak ada khabar berita daripada lelaki itu. Dia benar-benar menghilangkan diri. Hanya dengan Aunty Lina saja dia sering berhubung, itupun langsung tidak disebut perihal Irfan.

Dua tahun. Ya, dia tunggu Irfan. Dua tahun dia tunggu lelaki itu dan masa itu dia baru sedar dia memang sudah jatuh cinta dengan Irfan. Perasaan yang disedarinya tatkala wajah itu sering bermain di benaknya. Dalam dua tahun itu juga dia tutup pintu hati dia untuk mana-mana lelaki yang datang mendekat. Hatinya setiap pada yang satu.

Telefonnya berdering.

"Nina dekat mana? Dah nak pukul enam ni, balik cepat."

"Ya, ya. Kejap lagi Nina balik." Panggilan mati selepas Azrul membebel menyuruhnya pulang. Jam tangan dikerling. Setengah jam lagi sebelum menginjak ke pukul tujuh malam. Dia bangun dari duduk dan tanpa sedar pen atas ribanya terjatuh ke lantai. Dia tunduk mengutip pen atas lantai sebelum ada tangan lain turut memegang pen dia. Kepala didongak ke atas. Terkedu.

IRFAN.

Matanya mula berkaca. Senyuman di wajah lelaki itu membuatkan dia diserbu perasaan rindu. Dua tahun berlalu tapi dia masih lagi sama seperti dulu. Langsung tiada yang berubah kecuali semakin kacak dan berkarisma.

"Saya tak pernah mungkir janji." Cepat-cepat Amanina bangun, begitu juga Irfan. Anak mata gadis itu dipanah lama. Rindu. Tangan masuk menyeluk kocek seluar. Sebuah kotak kecil dikeluarkan dan ditayang depan Amanina. Gadis itu nampak terkejut.

"Dua tahun saya tunggu awak dan hari ni saya nak tamatkan semuanya. Marry me Nina. I promise I will take care of you. Forever." Amanina diam. Lamaran kali ini terasa sangat berbeza. Mungkin disebabkan Irfan sendiri yang melamarnya.

"I will never accept no as a answer."

"And I will never said no as a answer." Irfan nampak terkejut tetapi melihatkan senyuman di wajah gadis itu sudah menjelaskan segala-galanya. Lamarannya diterima.

"Thank you."

"No, terima kasih untuk awak sebab sanggup tunggu saya dua tahun. Terima kasih sebab pilih saya dan terima kasih sebab cintakan saya," ucapnya dengan birai mata yang sudah penuh dengan air mata. Menunggu masa untuk jatuh. Ini lamaran yang dia tunggu selama ini. Dua tahun dia menunggu dan lelaki itu datang tunaikan janji dia.

"Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya, Nina. Knowing you was the best thing happened in my life." Pecah kolam air mata gadis itu. Lagu marry me menaikkan lagi suasana antara mereka. Tanpa sedar sudah ramai yang menjadi pemerhati drama sebabak mereka.

"Nina..."

"Abang..." Azrul datang tepat pada masanya. Bahu adiknya terus dipeluk. Dia berbalas senyum dengan Irfan. Selama dua tahun mereka tidak berhubung, dialah yang menjadi pengantara antara mereka dan dialah yang merancang semuanya hari ini.

"Abang dan bincang dengan Aunty Lina, hujung bulan depan kamu berdua terus kahwin. Benda baik tak boleh dilewatkan, tak begitu Irfan?" Mereka berbalas pandang. Irfan senyum.

"Lagi baik kalau akhir bulan ni bang."

"Amboi, tak menyempat kau ya. Dah, jom balik. Dah nak masuk maghrib dah ni." Irfan gelak. Amanina pula sembunyi senyum. Lega semuanya sudah berakhir. Tak, ini baru permulaannya. Harap mereka dapat catch up balik masa dua tahun yang dibazirkan begitu saja.

TAMAT

Terima kasih sudi singgah dan baca kisah pendek ini. Semoga anda semua terhibur. Kisah baru akan diupdate nanti. Stay tune. Ada soalan, boleh tanya saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience