BAB 3

Romance Series 6137

KALENDAR kecil yang terletak atas meja dikerling. Tanda merah yang ditanda di satu tarikh dengan marker berwarna merah sudah makin mendekat harinya. Tinggal dua hari lagi sebelum tarikh tersebut tiba. Amanina mengeluh perlahan.

Dia tak tahu macam mana lagi cara untuk dapatkan wang yang cukup untuk bayar hutang Daos. Walaupun dia buat dua tiga kerja dalam satu masa, tetap tak mampu nak mencukupkan lima angka itu.

Jam atas meja dijeling, sudah menjangkau pukul dua pagi tapi dia langsung tak ada tanda-tanda untuk tidur.  Seharian memerah keringat, memang membuatkan badannya letih tapi mengingatkan masalah yang belum lagi jumpa titik penamatnya membuatkan dia tidak mampu untuk berehat.

Spontan mata terarah pada beg galas yang tersangkut di belakang pintu. Amanina bangun dan capai beg yang sudah usang itu. Sekeping kad dikeluarkan.

MEGAT IRFAN
CEO GEMS HOLDING

Tiba-tiba terlintas semula pertemuannya dengan lelaki itu. Masa tu dia baru selesai kerja dan panggilan dari Daos yang sengaja menghitung hari buatnya membuatkan dia naik angin dan tertekan.

"I can help you." Langkah yang baru hendak dibuka terus terhenti sebaik sahaja kelibat seorang lelaki muncul di hadapannya secara mengejut.

"Huh?"

"Fifty thousand. Itu jumlah hutang abang you kan?" Amanina tersentak. Hatinya mula curiga dengan kehadiran lelaki itu ditambah lagi dengan ayat yang baru singgah di telinganya. Siapa dia? Macam mana dia tahu situasi aku sekarang. Stalker?

"Awak siapa? Stalker?" Lelaki itu tersenyum kecil.

"No! Tak pernah pun terniat nak jadi stalker."

"Then, kenapa nak sibuk dengan hidup saya. Kita tak kenal antara satu sama lain. So, just go away!" Amanina buka langkah.

"Wait! Dengar dulu apa yang I nak cakap. I bukan nak menyibuk dengan hidup you, I just wanna help you get out from this mess." Senyum sinis terlorek di bibir Amanina mendengarkan bicara lelaki itu. Kenal pun tidak, tiba-tiba mahu menghulurkan bantuan pula. Apa kes? Tapi bila melihatkan wajah lelaki itu, serasanya dia pernah nampak lelaki tu sebelum ni.

"Help me? No need. I don't need your help mister. So, simpan sajalah sikap baik hati awak tu."

"Ok, fine. Jadinya you lebih rela kalau abang you mati?" Langkah dia terhenti. Terasa pisau ditusuk ke dadanya saat ini mendengarkan bicara lelaki itu. Perlahan-lahan dia berpusing memandang lelaki itu.

"Apa motif awak sebenarnya? Saya tak kenal awak dan kenapa pula saya nak terima pertolongan awak?"

"I don't have any motive, I just wanna help you. I cuma nak tolong selamatkan abang you." Senyum sinis terukir di bibir Amanina. Dia memang tak percayakan lelaki ini. Tiba-tiba aje muncul dan tawarkan pertolongan kepada dia. Terlalu pelik.

"I don't believe you."

"Ini bukan soal percaya atau tak... sekarang ni nyawa seseorang sedang dipertaruhkan. I cuma nak ringankan beban you saja. I bagi masa untuk you fikirkan semula tawaran I." Sekeping kad dihulurkan kepada Amanina tapi tak bersambut sebelum lelaki itu masukkan dalam poket sweaternya.

Amanina tersedar dari lamunan apabila bunyi guruh mengejutkannya. Kad itu dipandang seketika sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

"KALAU kau tenung telefon tu lama-lama pun, bukan ada hasilnya. Buang masa aje. Percayalah cakap aku, dia tak akan telefon. Lepas apa yang kau cakap tu, kau ingat dia akan telefon kau. Huh, rasanya kad yang kau bagi tu dah masuk tong sampah." Megat Irfan hanya diam. Kata-kata Harraz tidak dipedulikan. Jauh di sudut hati, dia masih lagi berharap yang gadis itu akan menghubunginya. Apa lagi pilihan yang gadis itu ada sekarang?

"Kalau tekaan kau tu salah. Kau nak buat apa?" Walaupun malas mahu melayan perangai setiausaha merangkap kawan baik dia tu, tetap juga dia mahu bertanya. Si Harraz awal-awal lagi dah reject idea dia untuk menjadikan Amanina sebagai kekasih upahan. Bimbang kalau Mummy tahu, dia juga yang kena tempiasnya. Sedangkan sebelum ni, dia yang beriya-iya suruh aku upah mana-mana perempuan berlakon jadi kekasih aku.

"Ok, kalau tekaan aku salah. Kau potong gaji aku bulan ini." Mata Megat Irfan sedikit membesar. Senyuman sinis tersungging di hujung bibir.

"Kau serius."

"Ya, aku serius."

"Yakin sangat kau ya."

"Of course. Aku sejuta kali ganda yakin yang dia memang tak akan call kau. Jadi blind date untuk tengahari ni confirm ya. Jangan buat alasan pula. Penat-penat aku aturkan untuk kau. Kau kena ingat, Datin nak kau kahwin tahun ni juga. Ke kau nak kahwin dengan si Elly tu?"

"Kalau kau bagi percuma pun aku tak naklah Harraz. Perempuan plastik macam tu mudah terbakar kalau kena dengan api. Langsung tak sesuai nak dijadikan isteri. Luar plastik, dalam pun plastik." Teringat pula dekat calon menantu pilihan Mummy tu. Plastik semuanya. Entah dah berapa kali perempuan tu buat pembedahan plastik. Orang yang buat pembedahan plastik ni, muka semuanya sama. Tak ada bezanya pun. Semuanya plastik. Macamlah dia tak tahu yang Mummy sengaja ugut dia guna Elly supaya dia segera cari calon isteri. Mummy pun bukannya berkenan sangat dengan minah plastik tu. Kuat membodek dan pemalas, hanya tahu menghabiskan duit mak bapak dia saja.

"Kalau kau tahu tak apa. Jadi, tengahari ni jangan nak curi-curi keluar. Calon yang aku cari kali ni memang kena dengan taste kau. Sesuai kalau jadi isteri kau. Paling penting, Datin pun suka."

"Paling penting juga, kau pun suka juga kan." Harraz tersengih. Megat Irfan tahu yang setiap calon yang Harraz aturkan tu sebenarnya bukan seratus peratus kena dengan taste dia, kebanyakannya jenis yang Harraz suka dan berkenan. Sahabat dia tu pun masih lagi menbujang, sama macam dia sekarang ni. Bila disuruh cari, katanya tak ada yang berkenanlah. Tu semua propa saja. Padahal dia jenis yang tak pandai nak pikat perempuan, tu yang sampai sekarang jadi bujang telajak.

Tiba-tiba satu mesej masuk dalam telefonnya. Laju Megat Irfan slide skrin telefon. Tak sampai sesaat dia baca, senyuman manis muncul di bibir nipisnya. Dia pandang Harraz yang sudah melangkah ke pintu bilik.

"Harraz..." Langkah Harraz terhenti di muka pintu. Dia berpusing pandang majikannya.

"Apa dia?"

"Siapa nama calon yang kau bawa kali ni?" Megat Irfan mula bangun dari duduk. Tangan naik membutang sut Armani hitamnya.

"Nur Hannis Suhana."

"Hannis... Harraz... sedap juga bunyinya kalau disebut sekali. Dah berapa lama kau tak pergi blind date?" Masa zaman muda dulu, mereka pernah berblind date  tapi hanya untuk suka-suka. Megat Irfan pandang Harraz yang sudah berkerut dahi.

"Maksud kau?" Megat Irfan jeling jam atas meja. Sudah hampir ke lunch hour. Telefon atas meja dicapai sebelum dimasukkan dalam kocek. Dia bergerak ke arah Harraz.

"Blind date tengahari ni, kau gantikan aku. Aku ada lunch date. Good luck." Bahu setiausahanya ditepuk perlahan sebelum buka langkah.

"Wei..." Langkah Megat Irfan terhenti apabila teringatkan sesuatu. Dia berpusing semula.

"By the way... bulan ni kau kerja tanpa gaji." Megat Irfan tersenyum penuh makna. Manakala rahang Harraz sudah jatuh.

KERUSI di hadapannya ditarik sebelum diduduki seseorang. Megat Irfan memandang gadis yang sedang merenungnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Sukar untuk dia menebak isi hati gadis itu sekarang. Riak wajahnya tenang dan kosong.

"Hmmm... tak sangka pula you ajak I jumpa. Ada apa-apa yang boleh I tolong?" Amanina mendengus geram. Terasa jengkel mendengarkan nada lelaki itu. Kalau bukan disebabkan dia tengah terdesak sekarang ni, rasanya mereka tak akan berjumpa sekarang.

"Tak payah pura-pura tak tahu. Saya datang sini sebab saya terima tawaran awak." Tanpa buang masa, dia terus pada niat asalnya ke sini.

"Which one? One night sta.."

"Another one." Laju Amanina menjawab. Megat Irfan tersengih, sengaja mahu mengenakan gadis itu. Dia bukannya gila lagi nak ajak anak orang buat benda terkutuk. Tu cuma taktik dia untuk mengugut gadis itu sahaja.

"Dah fikir masak-masak? You pasti you tak akan menyesal?" Sengaja memberi peluang untuk gadis itu berfikir semula walaupun dia tahu gadis itu sudah bersetuju untuk menerima pertolongannya sekaligus membantunya.

"Awak nak saya buat apa sebenarnya?"

"Just a simple thing. I nak awak berlakon."

"Berlakon?" Kening Amanina bercantum. Pelik dengan permintaan lelaki itu. Hanya mahu dia berlakon untuk wang 50 ribu ringgit. Nak suruh aku jadi artis ke apa?

"Ni bukan berlakon nak jadi artis ke apa tapi... berlakon untuk Mummy I." Amanina masih lagi blur, belum dapat menangkap makna di sebalik ayat itu.

"Untuk apa?"

"Ok, nampak macam you tak faham. I will go straight to the point. I nak you berlakon jadi kekasih I." Amanina tersentak. Sekarang barulah otaknya dapat memproses ayat Megat Irfan dengan lancar. Meskipun rasa permintaan tu pelik tapi dia cuba berfikir logik.

"Sampai bila?"

"Tak ada tarikh tamat tempoh."

"Maksudnya?"

"Maksudnya kalau Mummy I sukakan you then nak jadikan you sebagai menantu dia, jadi kita teruskan saja." Megat Irfan santai menyandar di kerusi sambil anak matanya tunak memandang wajah Amanina yang sedikit tersentak. Dia maksudkan apa yang dia cakapkan tadi. Kalau Mummy suka Amanina, then dia tak akan membantah.

"Kahwin maksud awak? Awak nak kita kahwin?"

"Well, it's depends. Macam yang I cakapkan, kalau Mummy I sukakan you dan restu hubungan kita." Perkataan kalau sengaja ditekankan. Lepas pertemuan kali pertama di mall hari tu, dia mengupah orang untuk menyiasat latar belakang gadis itu. Selepas tahu kisah hidup gadis itu membuatkan dia bersimpati pada nasib Amanina. Disebabkan itulah dia berniat untuk membantu gadis itu di samping menyelesaikan masalah dia dengan Mummynya sekarang.

"Nonsense! Saya tak akan kahwin dengan awak! No! Kalau itulah benda yang awak nak saya buat, saya tak setuju." Mana mungkin dia akan memperjudikan nasibnya di tangan orang yang dia tak kenal. Dia nak jumpa lelaki itu pun kerana terdesak, dia bimbang sekiranya Daos akan kotakan janji dia nanti. Dia masih perlukan abang dia, satu-satunya darah daging yang dia ada sekarang ni. Cukuplah dengan kehilangan demi kehilangan yang dia rasa selama ini. Terlalu perit dan menyakitkan. Dia bertahan sekarang pun demi abang dia.

"Kenapa? You nampak yakin sangat Mummy I berkenan dengan you?" Amanina angkat kepala, pandang Megat Irfan yang nampak kacak dengan pakaian pejabat.

"You jangan risau. Taste Mummy I tinggi. Tak semudah tu dia akan terima you sebagai menantu dia. Jadi sekarang ni you cuma perlu berlakon jadi kekasih I saja. Sampai bila? Itu, biar I yang putuskan. Situasi sekarang ni. Satu sama. You tolong I dan I tolong you. Adilkan? Lagipun nilai wang yang I tawarkan bukannya sedikit, banyak. Dengan nilai wang sebanyak tu, I boleh buat macam-macam tapi I memilih untuk tolong you. You patut bersyukur sebab I hadir dalam hidup you. Kalau tak, mungkin you tak akan jumpa abang you lagi. Think wisely." Amanina terdiam. Dalam kepalanya, masih lagi menimbang tara permintaan lelaki itu. Dia tahu sekali dia terjebak masuk dalam hidup lelaki itu, tinggi risikonya yang hidup dia tak akan aman selepas ini. Lagipun, dia tak kenal siapa Megat Irfan yang sebenarnya.

Bunyi deringan telefon mengejutkan Amanina. Skrin telefon atas meja dikerling.

Daos.

Air liur yang terasa tersekat ditelan perlahan. Bunyi deringan telefon melatari kebisuan antara mereka sebelum perlahan-lahan Amanina panggung wajah pandang anak mata Megat Irfan. Dengan keputusan yang dia buat ni, dia tahu yang selepas ni bermulalah hidup baru bagi seorang Amanina.

"Ok, saya setuju." Mendengarkan jawapan itu, senyuman terus terukir di bibir Megat Irfan. Jawapan yang sudah dijangka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience