BAB 2

Romance Series 6137

"HEI, budak baru. Kau dengar tak aku panggil ni." Amanina yang baru aje selesai menyusun kotak berpaling apabila terasa dirinya dipanggil.

"Ya, saya. Kenapa?"

"Tu, kau nampak plastik hitam yang bertimbun dekat belakang tu?" Amanina pandang ke arah yang ditunjukkan. Kelihatan lima plastik hitam berlonggok di satu sudut. Dia kalih pandang pada wajah gadis yang tua beberapa bulan dari dia itu. Tahulah dah kerja lama dekat sini, berlagak macam dia tu pemilik butik ni.

"Aku nak kau simpan semua tu dalam stor... lepas tu kau susun stok baju yang baru sampai tu. Siapkan hari ni juga." Amanina cuma mengangguk sebagai balasan. Nak melawan, dia masih lagi baru di sini. Dapat kerja dekat sini pun kira dah beruntung dah.

Tanpa berlengah, Amanina terus melaksanakan tugasan yang baru dia dapat. Dua plastik hitam diambil dan dibawa ke dalam stor. Berat memang berat tapi kalau angkat satu persatu, memang lambatlah nak siap. Stok yang baru nak sampai pun banyak lagi belum disiapkan. Bukan dia sorang pekerja dalam butik ni tapi dia juga yang dikerahkan buat kerja. Yang lain, goyang kaki. Mentang-mentanglah boss tak ada. Bolehlah nak mengarah orang sesuka hati.

"Eh, biar saya yang buat. Ni kerja saya." Lelaki yang juga berpakaian seragam macam dia terus mengambil kedua-dua plastik di tangan Amanina. Belum sempat Amanina nak bersuara menegah, lelaki itu terlebih dahulu menyiapkan kerjanya. Dia perasan riak muka Safira nampak berubah.

Tanpa mempedulikan Safira, Amanina terus melangkah ke bahagian hadapan. Malas dia nak melayan sikap diva pekerja-pekerja senior di situ. Semuanya nak orang baru yang buat, nampak aje dia duduk berehat sikit, terus diarahnya buat kerja. Jenis tak senang tengok orang tenang.

"Selamat datang." Senyuman dan sapaan diberi kepada setiap pelanggan yang masuk ke dalam butik. Walaupun ada yang hanya masuk untuk melihat dan bukannya membeli, tetap perlu diberi senyuman. Bukannya muka ketat aje 24 jam. Diterima bekerja di sini pun, Amanina dah rasa cukup bersyukur. Sekurang-kurangnya bolehlah dia mencari sedikit demi sedikit wang untuk membayar hutang abangnya. Walaupun tak mampu mendapatkan nilai yang cukup tapi sekurangnya dia dah mencuba.

"Boss you mana?" Tiba-tiba, tanpa sebarang salam, dia diterjah seseorang. Anak mata dia jatuh pada susuk tubuh bak model di hadapannya dan juga agak sedikit seksi.

"Boss tak masuk lagi. Ada yang boleh saya tolong cik?" Dia cuba bersikap sopan walaupun kata-kata wanita tinggi lampai itu sedikit kasar dan tinggi.

"Ni, I nak claim ganti rugi baju yang I beli semalam." Sebuah beg kertas signiture butik ini dilemparkan ke arah Amanina. Tersentak dia dibuatnya.

"Apa masalah baju ni cik?" Dalam keadaan sakit hati dengan layanan kurang ajar perempuan tu, Amanina masih lagi cuba berlembut. Dia bimbang sekiranya dia dipecat nanti.

"Masalah?! Sepatutnya I yang tanya you apa masalah dengan baju ni. Ni... baju buruk macam ni." Beg kertas itu diambil dan isinya dikeluarkan sebelum ditayang di depan muka Amanina, "Tiga ratus ringgit I habis untuk baju buruk macam ni. Huh, menyesal I datang sini. Ingatkan kualiti setanding dengan harga tapi ke sampah semuanya!" Suara perempuan itu makin meninggi, mencuri tumpuan pelanggan-pelanggan yang ada di dalam butik. Para pekerja pun sudah mula menjenguk keluar melihat adegan yang berlaku. Saat ini, wajah Amanina sudah memerah. Malu dan marah bergaul rasa. Kalau tak difikirkan kedudukan dia sekarang, rasanya dah lama dimaki balik perempuan seksi tu.

"Apa kecoh-kecoh ni. Ada masalah apa?" Suara majikannya singgah di telinga, mengalihkan tumpuan dari drama murahan tu kepada susuk tubuh bak model yang baru melangkah masuk.

"Lia rupanya. Ada apa ni? Kenapa nak kecoh sangat." Mujurlah majikannya kenal dengan pelanggan perempuan tu. Lepas diajak berbincang, keluar satu solusi. Amanina dipecat atas permintaan perempuan tu merangkap adik angkat majikannya, Sharifah Amirah. Dengan perasaan sedih dan kecewa, terpaksalah dia terima keputusan berat sebelah tu. Yang salahnya orang lain dan yang menerima kesannya, orang lain.

Tekanan semakin bertambah dalam kepalanya. Baru kerja tak sampai tiga hari, sudah dipecat tanpa sebab yang munasabah. Manalah dia nak mencari kerja kosong lagi? Dah puas kaki melangkah dan bibir bertanya soalan yang sama tapi semuanya hampa. Mungkin harapan untuk membayar hutang sekaligus menyelamatkan nyawa abangnya cuma tinggal harapan.

ANAK mata Megat Irfan menyoroti setiap langkah gadis yang baru keluar dari Dress to Impress Boutique. Tanpa gadis itu sedar, dia sudah melihat dan menjadi saksi apa yang baru terjadi. Bukannya susah nak buat jahat, kalau dah ada rancangan dan kesempatan yang baik, teruskan saja.

Nampak aje gadis tu masuk ke Seven Eleven, Megat Irfan terus membuka langkah. Dia menyandar di dinding sebelah pintu kedai barangan serbaneka itu. Dia tahu tak lain tak bukan, pastinya gadis itu sedang mencari kerja kosong. Gadis itu bukan jenis yang boleh duduk diam dalam masa sekarang sebab nyawa seseorang sedang dipertaruhkannya.

Bunyi pintu dibuka dan susuk tubuh gadis itu melangkah keluar dengan muka yang tertekan. Satu persatu langkah gadis itu diekori dalam diam. Tiba-tiba gadis itu berhenti. Bunyi deringan telefon menyapa halwa telinga Megat Irfan.

"Kenapa tak jawab?" Riak wajah terkejut Amanina mengamit senyuman sinis di bibir Megat Irfan. Dia tahu siapa yang menelefon bila gadis itu langsung tak ada tanda-tanda nak menjawab.

"Bukan urusan awak."

"Tawaran I masih lagi terbuka. Bila-bila masa you setuju, I boleh bagi apa yang you nakkan." Langkah kaki gadis itu terhenti semula. Megat Irfan sandarkan badannya pada dinding sambil memandang ke arah Amanina.

"Saya tak perlukan pertolongan awak, tak payah susah susah tolong saya." Senyum sinis tertarik semula di bibir lelaki itu. Kelakar mendengar jawapan si gadis. Dalam keadaan terdesak ni, masih lagi mahu menyombong diri?

"Tolong? Apa yang I buat ni bukan untuk tolong you tapi untuk I sendiri. I tak rugi apa-apa kalau you menolak sekalipun. You yang rugi sekarang ni, think about it again." Dengan nada tenang, dia bersuara. Apa yang dia lakukan sekarang ada alasannya tersendiri. Dia tak rugi apa-apa pun kalau gadis itu menolak tapi sebaliknya.

Bila melihat Amanina mahu melangkah pergi, cepat-cepat Megat Irfan menghalang. Tak sangka yang gadis ni jenis degil dan sombong juga.

"Apa yang awak nak lagi? Saya dah cakap, saya tak perlukan pertolongan awak. Kalau awak baik hati sangat, pergi tolong orang yang lebih memerlukan. Bukan saya." Amanina menolak tubuh Megat Irfan ke tepi sebelum dia buka langkah. Tidak dapat tidak, senyuman sinis muncul di bibir lelaki itu. Tanpa sebarang suara, laju tangan gadis yang berambut panjang itu dilelar, sekaligus menghentikan langkahnya.

"Apa lagi!" Suara Amanina mula meninggi tapi Megat Irfan langsung tak terkejut. Dia dah menjangka reaksi gadis itu jika disentuh. Automatik, dia akan segera bertindak mencipta jarak.

"You ada tempoh masa seminggu lagi sebelum you terima mayat abang you sebagai hadiah. Jadi, sekarang ni I cuma nak ingatkan you sahaja. Peluang dah ada depan mata, jadi jangan disiakan. I tak suka ulang benda yang sama dua tiga kali tapi disebabkan I baik hati, I bagi satu lagi peluang dekat you. Either, you want to help me or not? It's up to you." Amanina terdiam di situ. Anak matanya tajam memandang wajah Megat Irfan. Mungkin terkesan dengan apa yang didengarinya tadi.

"And my answer is still no!" Tegas dan tanpa teragak-agak. Keluhan kasar keluar dari mulut Megat Irfan. Ternyata gadis di hadapannya sekarang memang jenis tak bersyukur. Menolak tuah, adalah.

"Awak sendiri yang cakap kalau saya menolak sekalipun, saya yang rugi dan... bukannya awak. Jadi kenapa perlu memaksa saya? Awak yang suruh saya buat pilihan kan." Kali ni Megat Irfan kehilangan kosa kata. Si gadis yang mahu diupahnya untuk menjayakan rancangannya kelak, dari awal lagi sudah menolak tawarannya sekaligus menjadikan rancangannya terkubur tanpa perlu sampai di garisan penamat. Otak Megat Irfan mula ligat berfikir.

"Ya, memang betul. I tak rugi apa-apa pun, you yang rugi. Jadi buat apa I paksa you kan." Senyum sinis terlorek di bibir Amanina.

"Tapi mana you nak cari wang sebanyak 50 ribu ringgit tu? I tak rasa kalau you bekerja, you akan dapat nilai secukupnya dalam masa seminggu melainkan kalau..." Anak mata Megat Irfan singgah di badan Amanina yang hanya mengenakan seluar jeans, tshirt lengan panjang dan sneakers hitam di kaki. Riak wajahnya nampak nakal dan miang.

"You jadi pelacur!" Berubah terus wajah Amanina bila mendengarkan kata-kata lelaki itu. Wajahnya jadi merah. Mungkin terhina dengan bicara Megat Irfan. Megat Irfan perasan tangan kecil gadis itu sudah membentuk penumbuk.

"Jaga sikit mulut kau!" Bahasa Amanina mula berubah kasar.

"I cuma bagi cadangan aje. Tak perlu nak marah. Tapi... dari you jual tubuh you kepada jantan dekat luar sana dengan harga yang tak seberapa, why not you just come with me. One night stand and... I will pay as much as you want? What say you? Wanna help me with something else or just having one night stand with me?" Megat Irfan tahu pastinya gadis itu sudah mula terbakar dengar bicaranya tapi dia tiada pilihan lain. Ini satu-satunya cara untuk mendapatkan gadis itu.

Tangan Amanina yang sudah hampir ke wajahnya dicengkam kemas. Tindakan yang sudah diduga. Wajahnya sengaja dirapatkan ke wajah Amanina, dia tahu di kawasan yang sedikit tersorok ini, pastinya tiada yang memerhati.

"I dah bagi offer baru dekat you. Take it or leave it?" Badannya dijauhkan dari Amanina. Tangan masuk menyeluk kocek dalam sut yang dipakainya.

"Take this. I tahu you dah buang kad yang I bagi. Anytime, you change your mind. Call me." Sekeping kad diletakkan dalam genggaman Amanina sebelum dia berlalu dari situ. Lambat laun, gadis itu akan datang kepadanya juga.

*****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience