BAB 1

Family Series 3804

BAB 1

Hari ni hari Ahad. Hari minggu. Hari yang Annisha nanti nantikan ketibaannya. Oops lupa pula. Hai semua! Nama aku Annisha Firdaus. Usia aku 20 tahun, masih lagi mencari kerja. Kakak kakak aku, abang abang aku dan ibu aku dah mula membebel pada aku. Kenapa?? Sebab aku tak hendak menyambung pengajian aku. Aku dah rasa bosan untuk belajar. Dah tawar hati. Tetapi aku tak berani nak beritahu mereka. Setiap kali mereka ajukan topik tersebut, alasan aku cuma satu sahaja, iaitu aku belum menemui bidang yang aku inginkan. Aku takut aku akan kecewakan mereka.

"Ibu! Buat apa tu?", jerit Annisha sambil berlari ke arah ibunya yang berada di dapur , menyediakan sarapan pagi.

"Ibu tengah basuh baju ni ha," sambil mengerling ke arah anak dara bongsunya itu lalu menyambung "siapkan sarapan la, buat apa lagi,kan?"

'Amboi! Ibu pun boleh tahan loyar buruk ni',bisik hati kecil Annisha.

"Ibu, kejap lagi Nisha nak kena pergi jumpa kawan kawan. Dah lama tak jumpa mereka."

"Elok elok pandu kereta tu, Nisha," kata ibu, tanda prihatin seorang ibu terhadap anak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience