BAB 10

Family Series 3804

Annisha tersedar daripada mimpi. Degupan jantung berdenyut lebih laju daripada biasa. 'Mimpi rupanya. Ingatkan betul-betul.' Annisha lekas bangun. Matanya dihala ke arah pintu bilik air sambil berjalan ke arah itu. Dia mencapai tuala di penyidai.

"Ibu! Ayah mana?" Annisha bertanya kepada ibunya sejurus selepas mandi.

"Haaa, dah bangun anak Ibu ini. Ayah pergi ke kebun..." Ibu memotong bawang putih di atas papan memotong sambil menyambung, "...Cari buah langsat dengan buah rambutan."

"Oooohh buah rambutan?" Annisha tersenyum gembira sambil menarik kerusi kayu untuk duduk. Mana taknya, buah rambutan merupakan antara buah kegemarannya. Dia mengambil buah pisang yang ada di atas meja.

"Nisha! Jangan lupa malam ni Mak Cik Sakinah dengan keluarga nak datang malam ni. Lepas Isyak. Mandi awal-awal, ya." Ibu memberi perintah sambil memegang pinggan berisi lempeng.

"Baiklah ibu," kata Nisha, menonong ke arah biliknya.

'Mak Cik Sakinah? Lama tak jumpa dia. Rindu pula nak tengok gelagat anak-anak Mak Cik Sakinah.' Annisha tersenyum sendiri, teringat akan gelagat anak anak 'Mak Cik Sakinah sewaktu kali terakhir Annisha dan sekeluarga berkunjung ke rumah Mak Cik Sakinah di Pulau Pinang, kira kira 2 bulan lepas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience