BAB 7

Family Series 3804

"Nisha! Aku minta maaf kalau selama ini aku banyak sakitkan hati kau. Aku sedar dan aku faham kalau kau tak boleh nak maafkan kesilapan aku selama ini terhadap kau."
"Aku cuma nak kau tahu yang aku masih sayangkan kau dan aku rindukan kau. Aku rindu waktu kita suka-suka dulu. Waktu kita duka dulu. Kau masih ingat kan?" tanya perempuan itu sambil mengesat air mata palsu itu.

'Cis! Nampaknya ada orang nak menagih simpati dan menggamit kenangan lama. Untuk pengetahuan kau, kenangan lama kita dulu, aku dah buang jauh-jauh. Dah lama dalam gaung,' getus hati kecil Nisha sedikit kesal bercampur geram.

"Kau sebut pasal duka kah tadi? Kau 'refer' kepada duka kau atau duka kita? Aku rasa ianya lebih kepada duka kau saja. Waktu aku berduka dulu, kau ada tak dengan aku? Kau ada tak untuk mendengar segala rintihan aku?"

"Tak payah nak sembang kencang dengan aku lah. Tak perlu rasanya kalau nak ber'throw back' dengan aku. Buang masa kau saja. Satu lagi aku nak bagitahu. Simpan saja air mata palsu kau itu. I'm not buying it," kata Nisha sedikit sinis sambil berlalu pergi meninggalkan Zita yang terpinga-pinga di situ.

"Nisha! Nisha! Ishh! Tak guna punya perempuan!" kata Zita separuh menjerit. Dengan segera dia mengesat air matanya dan berlalu pergi kerana orang ramai melihat dia seperti dia seorang yang gila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience