BAB 8

Family Series 3804

Fikiran Annisha melayang-layang entah ke mana. Pandangannya di lempar kan ke arah langit. Termenung sejenak, memandang langit yang membiru ditambah dengan awan yang memutih. Terkadang, mendengar kicauan burung-burung seakan bergembira karena tidak lagi hujan membasahi bumi. Dari tempat duduknya itu, dia dapat melihat tiang elektrik di bukit karena dia berada di di atas bukit.

Fikiran Annisha kini melayang pada tahun yang sebelumnya. Sewaktu dia masih di bangku sekolah. Pada masa itu, Annisha masih lagi berteman dengan Zita. Boleh dikatakan mereka berdua seperti isi dengan kuku. Tidak boleh berenggang. Kemana mana sahaja pasti berdua.
Dia masih teringat akan perbualannya dengan Zita di dalam aplikasi Whatsapp waktu dulu dalam telefon pintar.

"Nisha. Aku tahu aku banyak salah dengan kau. Aku tahu, aku tak pandai nak hargai kau. Aku cuma cari kau waktu aku susah saja. Aku tak peduli pun pasal perasaan kau selama ni. Harap kau jangan lah simpan dendam terhadap di dalam." Nisha 'swipe' ke atas lagi.
"Kau bagitahu lah aku apa yang kurang pada aku. Biar aku ubah diri aku ini. Aku boleh berubah, Sha. Kau tolong lah aku. Aku janji Sha. Aku tak akan sia-siakan kehadiran kau selama ini dalam hidup aku."

Hampir saja Nisha menitiskan air mata. Terkesan dengan perbualan yang dikirim oleh 'sahabat baik'nya itu.

Dengan tidak semena-mena, mahu Nisha membalas pesanan yang di hantar itu, terdapat hanya satu 'tick' sahaja. 'Sudah ku agak kau halang aku daripada menghantar pesan kepada kau. Begini rupanya perangai kau. Cis! Aku terpedaya selama ini.' Sejak hari itu, Nisha tidak lagi mendengar khabar dari 'teman baik'nya itu.

Fikirannya kembali pada masa ini. Bila difikir balik, menyesal pun ada karena tidak boleh kesan perangai Zita yang sebenar dari mula lagi. Sedih karena tidak dapat mempertahankan persahabatan yang dibina sewaktu sekolah rendah. Tapi itu semua sudah tinggal kenangan saja. Yang pasti menghairankan kenapa baru sekarang mahu Zita kembali? Ingin pula menagih simpati dan mengimbau kenangan lama yang sudah lama Nisha buang.

'Kalau benda ini tidak terjadi pasti aku tidak mengenali siapa teman dan siapa sahabat. Siapa kaca dan siapa permata. Siapa hempedu dan siapa sebenarnya madu.'

Nisha bingkas bangun dari tempat duduknya. Sudah tiba masa untuk pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience