BAB 6

Family Series 3804

"Woi, Nisha. Kau masih ingat dengan kata kata Zita ke? Ala, kau tak payah pening-pening kepala, semak-semak fikiran kau fikir pasal minah senget, tak betul yang wayar bumi tak jejak tu," sambil menghirup secawan kopi. "Dia itu memang cari kau masa dia susah saja. Waktu kau susah dulu, dia ada tak dengan kau? Tidak ada, kan? Asyik cari pasal saja dengan kau. Balik-balik sakitkan hati kau. Itu saja kerja dia."

"Tidak apa lah. Mungkin aku yang salah pilih kawan sebab itu Tuhan bagi aku bala bernama Zita," kata Nisha sambil ketawa.

"Ha'ah la. Aku pun agak macam itu," balas Suzana sambil ketawa kecil.

"Tapi kan Su. Aku gembira sangat sebab Tuhan kurniakan aku kawan yang memahami macam kau. Sentiasa ada dengan aku susah dan senang," ujar Nisha, gembira kerana ada kawan seperti Suzana.

"Itu lah gunanya kawan kan? Kau jangan risau lah 'babe'. Aku bukan macam bala kau itu," balas Suzana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience