BAB 4

Family Series 3804

'Aduh! Sakitnya mata aku', getus Nisha di dalam hati sambil melihat mata kanannya di dalam cermin. Boleh tahan besar juga biji dekat mata aku ni.

'Aku sendiri tak tahu nama kau. Alahai! Kenapalah kau datang balik dekat aku? Aku dah tak mahu kau la biji!', kata Nisha separuh menjerit.

Hari ini, Along akan balik dari kerja. Dah lebih 3 bulan Along tak balik. Sibuk saja. Kejap mesyuarat. Kejap terpaksa ganti pekerja lain. Haih! Engkau orang ingat Along aku itu robotkah? Eh, terlebih sudah!

"Assalamualaikum"

"Along!"

"Rindu sangat ke kau dekat aku, hah Nisha? Mak ai! Kuatnya kau peluk, Nisha. Ini nak bagi aku mati cepat ada lah. Ibu, Ibu bagi makan apa dekat budak senget seorang ni sampai kuat dia peluk Along?"

" Tak ada bagi apa apa yang istimewa pun. Sama saja yang Ibu bagi pada kamu semua adik beradik. "

"Sudah sudah lah sesi peluk memeluk tu. Mari makan. Ibu masak makanan yang istimewa untuk semua, sempena kepulangan Along", ujar Ibu, sambil tangannya mengangkat tudung saji di atas meja makan, membuatkan Along dan Nisha mula kelaparan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience