BAB 9

Family Series 3804

Sedang mata di jalan, tiba-tiba seorang lelaki telah berhenti betul-betul di hadapan kereta Annisha. Terkejut dek perbuatan lelaki tersebut, Annisha terus menekan brek kaki. Mahu saja jantung tercabut dengan tindakan lelaki itu. 'Aduh! Ada saja bala di mana-mana. Seorang perempuan, seorang lagi lelaki. Selepas ini apa pula?'

Annisha keluar dari mulut keretanya. Sekarang dia sedang berdiri di hadapan lelaki itu. Pintu kereta pula dibiarkan terbuka. "Kau mahu apa? Mahu mati kah?" Annisha bertanya.

"Aku... Aku nak..." Lelaki itu menghentikan bicaranya. Sedikit tergagap. Barangkali gementar berdepan dengan orang yang pernah dia hina suatu ketika dulu.

"Kau mahu apa? Make it quick!" Annisha sedikit sebal dengan lelaki di depan nya. Pada pandangannya, itulah lelaki yang pernah menghancurkan perasaan dan hati nya pada waktu dulu.

"Aku nak... Aku..." Masih tergagap-gagap. Menyedari perlakuan lelaki itu yang seakan tidak dapat menghabiskan bicara nya, Annisha membelakangkan lelaki itu. Langkah diatur untuk mendekati keretanya. Langkah Annisha terhenti apabila lelaki itu membuka mulut.

"...Aku nak minta maaf dekat kau," katanya ringkas.

Annisha mencebik. 'Hah? Minta maaf? Baru sekarang kau nak minta maaf? Kenapa bukan dari dulu lagi kau berbuat demikian? Kau mimpi apa semalam?' Annisha berkata, "Kalau dari dulu lagi kau minta maaf, mungkin aku akan maafkan kau. Mungkin di mata kau salah kau itu kecil tapi tidak pada aku. Assalamualaikum." Annisha menyambung langkahnya yang terhenti tadi dengan mimik muka marah dan terus menaiki kereta. Menekan pedal minyak dengan laju.

"Waalaikumussalam." Lelaki itu melihat kereta Annisha berlalu pergi dengan pantas. Air mukanya kelihatan kesal. Dia menundukkan wajahnya. Kedua-dua tangan digenggam kemas. 'Aku harap kau dapat maafkan aku, Annisha.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience