BAB 11

Family Series 3804

Dengan tidak semena-mena, Zita datang kepada Annisha. Dia meminta maaf kepada Annisha kerana sikapnya yang terlalu mementingkan diri sendiri. Annisha kaget dengan permintaan maaf dari Zita. Zita mengaku yang selama ini memang dia banyak sakitkan hati Annisha cuma dia buta... Buta hati dan buta mata untuk menyedari semua itu.

"Nisha. Aku nak minta maaf dekat kau. Aku sedar aku banyak buat salah dekat kau. Aku sakitkan hati kau. Aku kata macam-macam dekat kau sampai satu tahap tu aku geram sangat aku maki hamun kau, Nisha. Aku panggil kau binatang. Tapi..." Zita mengesat air mata yang laju bercucuran dengan beralaskan lengan baju blouse berwarna merah jambu belacan.

"... Tapi... Kau sabar saja dengan karenah aku. Aku tidak menghargai kau selama ini. Aku menyesal karena tidak menyedari semua itu dengan lebih awal."

Annisha menyedari bahawa Zita mengenakan purdah berwarna hitam pekat. Terzahirlah hanya mata berwarna coklat gelap itu. Di sudut hati ingin sekali bertanya mengapa dikenakan purdah. Namun disabarkan hati, menahan rasa ingin tahu yang makin menebal.

"Aku tahu, aku tidak patut melayan kau macam itu, panggil kau dengan nama binatang. Bila kita bergaduh, aku babitkan keluarga kau sekali. Padahal mereka tidak ada kena-mengena pun, dan kau tidak marah pun. Tapi bila kau libatkan keluarga aku, aku mengamuk, aku marah-marah." Melihat Zita yang bercucuran air mata, Annisha sekadar mengiyakan segala omongannya.

"Ermm... Ermmm iya lah," kata Annisha secara ringkas.

"Mesti kau fikir aku minta maaf tidak ikhlas, kan? Kali terakhir aku minta maaf pun aku tidak ikhlas sebab itu kau dah tawar hati nak maaf kan aku." Mata Zita kelihatan merah dan bengkak. Barangkali malam semalam sudah menangis, mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan terhadap Annisha. 'Huhu'.

Annisha berkata, "Aku tidak tahu apa lagi hendak aku bicarakan..." Diam sejenak, Annisha menyambung, "... Baiklah. Aku maafkan kau."

"Betul ke ni Nisha?"

"Tapi... kalau kau buat hal lagi, jangan harap aku nak jumpa kau lagi."

"Baiklah Nisha. Aku tak akan hampakan kau lagi, " Zita memeluk Nisha dengan erat. Ibarat tidak mahu dilepaskan pelukan itu.

Rimas dengan pelukan itu, Annisha meleraikannya. "Maaflah aku tidak suka dipeluk oleh seorang yang baru hendak aku percaya." Kata-kata itu membuatkan Zita terpana dan terkejut. Namun, dia memahami sebabnya. Karena tingkah lakunya selama ini terhadap Nisha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience