BAB 6

Romance Completed 6823

“ Mungkin Adam takkan sudi memperisterikan Ain…,sekiranya Adam tahu sesuatu tentang Ain.”

Aku langsung tidak memandang kearahnya. Kusapu airmata yang mengalir dipipi. Aku akui , ada sedikit perasaan yang terukir buat Adam.Seolah-olah aku dapat merasakan lelaki itu akan sanggup menerimaku. Senyuman dan budi bahasanya membuatkan hatiku tertambat.Tetapi aku akur dengan ketentuan Allah swt, sekiranya Adam bukan tercipta untukku.Aku berserah.

“ Ain bukan wanita yang suci lagi.” Tegas nadaku.

“ Apa maksud Ain?.”Soal Adam.Kaget. Seakan tidak percaya dengan pengakuanku sebentar tadi.

“ Takkan ada yang sanggup terima wanita seperti Ain sebagai isteri. Termasuk Adam sekali.” Didalam hati aku nekad.Biarlah Adam tahu tentang diriku yang sebenarnya.

Dengan airmata yang berlinangan aku berlari meninggalkan Adam sendirian. Aku tidak tahu apa yang difikirkan oleh Adam saat ini.Aku mahu Adam tahu tentang perkara itu, agar dia tidak lagi menaruh harapan kepadaku .Hanya Allah yang maha tahu perasaanku saat ini.

“ Ustazah , kami balik dulu ya.” Ujar Hamri dan beberapa lagi orang muridku.

“ Baiklah. Hati-hati tau. Esok jumpa lagi.” Pesanku.

Terasa bersyukur melihat anak-anak kecil itu sudah pandai mengaji. Sebaik sahaja bayang mereka sudah tidak kelihatan disebalik kegelapan malam, aku lantas masuk semula kedalam surau. Biasanya , Bapa akan menungguku untuk pulang bersama-sama.Tetapi hari ini, aku terpaksa balik seorang diri .

Aku mengerling kearah jam yang melekat didinding. Sudah jam 8 setengah malam. Cepat-cepatku kemaskan rak tempat menyimpan al-quran dan melipat sejadah. Baru sahaja aku keluar dari Surau, Adam sudah berada dihadapan Mataku. Jejaka itu selalu datang secara mengejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience