BAB 4

Romance Completed 6823

Aku sekadar menganggukkan kepala. Sememangnya itulah niatku mengajar mengaji, agar ramai yang tahu ilmu dunia dan akhirat. Dunia masa kini terlalu banyak dugaan dan cabarannya. Sangat mudah goyah iman sekiranya tidak diajar ilmu agama . Rasanya…,tidak rugi untuk menambahkan ilmu didada. Apatah lagi ilmu tentang Agama Islam.

Semua jiran tetangga yang hadir ke majlis doa selamat masing-masing sibuk menyiapkan juadah. Suasana menjadi riuh apabila Naim ,cucu Mak Sufiah terjatuh dari tangga.Nasib baiklah…, dia hanya terseliuh kakinya. Cepat-cepat Adam menyapukan ubat dikaki Naim yang sedang menangis. Aku menghulurkan gula-gula kepada anak kecil itu agar tangisannya segera reda.Rasa kesian melihatnya mukanya yang merah padam menahan kesakitan.

Adam asyik memandang kearahku , sehingga aku merasa kurang selesa. Emak dan Mak Sufiah pula tidak henti-henti mengusik.

“Kira jadilah kita nak berbesan Leha.”Ujar Mak Sufiah seraya ketawa serentak bersama Emak.

Pura-pura aku tidak mendengar kata-kata Mak Sufiah..Adam pula tidak henti tersenyum. Mukaku terasa panas…, rasa malu setiap kali pandanganku bertaut dengan Adam. Jelingan matanya membuat aku serba tak kena. Nafasku terasa sesak sekali.

“ Nak balik dah ke Mak cik?.”

“ em…, Mak cik nak balik dulu.”

“ Awalnya. Biarlah Adam hantarkan.”

“ Takpelah nak…, lain kalilah.” Ujar Emak.

Adam akur dengan kata-kata Emak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience