BAB 2

Romance Completed 6823

“ Kalau ada jodoh tak kemana Mak. Lagipun , jodoh dan pertemuankan ditangan Allah .” Jawabku sambil tersenyum.

“Kamu usahakanlah. Anak pak Kassim , kamu tak nak?.” Ujarnya .

“ Anak Pak Kassim tu berpelajaran tinggi. Tak sesuai dengan Ain .” Aku sengaja mengelak untuk dipasangkan dengan Adam.

“ Tapi si Adam tu…, nakkan kamu.”

Kaget aku seketika. Mustahil Adam ingin memperisterikan wanita sepertiku. Dia terlalu baik. Terlalu baik. Emak sejak tadi tidak henti memandangku , pasti hendak menunggu jawapanku. Hai Emak…kalaulah kau tahu tentang anakmu ini.Aku tidak ingin mengecewakan Emak dan juga Adam.

“ Biarlah Mak. Ain tak nak kahwin buat masa ni. Ain nak tumpukan perhatian pada murid-murid Ain. Ain nak berbakti pada bangsa,agama dan negara .” Ujarku tegas.

“Habis…, bila kamu nak berbakti pada Mak pula.Mak pun nak timang cucu Ain.” Suara Emak kedengaran lemah.

Sedih aku mendengar kata-kata Emak. Jauh sekali ingin kusakiti hati orang tua itu. Jika aku menerima Adam, adakah dia akan menerima kekurangan yang ada pada diriku ini. Tapi…, bagaimana hendakku terangkan pada Emak. Dia sudah terlalu mengharap.Harapan yang mengunung untuk melihat aku berumah tangga dan melahirkan cucu baginya.

“ Kamu ni Leha, biarlah Ain buat keputusannya sendiri. Sampai serunya nanti , kahwinlah anak awak tu.” Sampuk bapa yang sejak tadi melihat aku dan Emak .

Aku tidak bersuara. Kupandang Bapa dan Emak silih berganti. Menangis aku didalam hati. Aku sudah menghampakan mereka berdua , tidak sanggup kumelihat bapa dan Emak menangis kerana kesilapanku dulu. Ya Allah .

Satu-satunya tempat yang selalu kupergi adalah surau. Saja mengisi masa lapang dengan membersihkan surau yang juga tempatku mengajar anak-anak kampung mengaji.Pak Haji Yusuf , ketua kampungku tahu benar akan aktiviti harian itu.Emak dan bapa juga tidak pernah kisah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience