BAB 8

Romance Completed 6823

‘Aku mengharapkan sebuah cinta yang diberkati, yang mampu membimbingku kejalan yang diredhaiMu.Sekiranya ini yang KAU berikan,kusyukuri Rahmatmu YA ALLAH.’ Bisikku didalam hati.

“Aku terima nikahnya Ain’nur Batrisyah binti Burhannudin dengan mas kahwin lapan puluh ringgit..tunai.”

Akhirnya Aku sah menjadi isteri kepada Adam.Saat mendengar lafaz akad dari jejaka yang telah berjaya mengetuk pintu hatiku itu, aku memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga. Airmata bahagia mengalir membasahi pipiku . Adam mendekatiku dan menyarungkan cincin kejari manisku . Senyuman kelihatan tak lekang dibibirnya.

Bapa turut mengalirkan airmata. Dipeluknya aku dengan erat saat aku mengucup tangannya. Emak pula tidak henti-henti memberikan nasihat .Tergelak juga aku ketika Emak memberi petua untuk ‘malam pertama’. Emak…Emak.

“Terima kasih sayang…” Bisik Adam dicuping telingaku.Terasa hangat sekali genggaman tangannya.

Semoga hubungan ini akan terus berkekalan hingga akhirnya. Aku tidak akan mengecewakan Emak dan Bapa lagi. Aku akan mencintai Adam setulus hatiku. Seikhlas hatinya terhadap diriku.InsyaAllah…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience