BAB 3

Romance Completed 6823

Aku menyusun Al-quran dengan kemas dan meyapu disekitar surau sebelum ketibaan jemaah orang kampung untuk bersolat. Aku tidak pernah berasa takut untuk bersendirian di rumah Allah itu.Malah…,aku merasa lebih tenang dan tenteram.

“ Assalammualaikum.”

“Walaikumsalam.” Balasku.

Sebaik sahaja aku menoleh , kelihatan Adam sedang terpacak berdiri dihadapanku. Terasa jantungku berdegup pantas apabila , teringatkan kata-kata Emak beberapa hari yang lalu mengenai Adam.Tidak sangka akan berjumpa dengannya dalam situasi sebegini.

“Rajin Ain pergi ke Masjid .”

“ Alhamdullilah. Lagipun Ain datang untuk bersihkan tempat ni.”

Dia tersenyum memandangku sambil mengemaskan keadaan songkok dikepalanya. Aku segera melangkah ke tempat solat bagi wanita. Sementara menunggu jemaah yang lain sampai, aku sempat membaca Al-quran terlebih dahulu.Hilang seketika ingatan tentang Adam dimindaku.

Sesudah selesainya solat zuhur, aku bergegas untuk pulang ke rumah. Aku sudah berjanji pada Emak untuk menemaninya datang kekenduri di rumah Pak Kassim.Doa selamat buat Adam , katanya. Aku hanya menurut, tidak ingin mengecilkan hati Emak.

“ Dah lama Ain tak datang rumah Mak cik.” Sapa Mak cik Sufiah sebaik sahaja aku tiba di rumahnya.

“Ain sibuk sangat kat surau tu Sufiah.” Sampuk Emak.

“Maaflah Mak cik , Ain sibuk sangat mengajar budak-budak mengaji kat surau.” Jawabku pula.

“ Yalah. Bagus juga Ain ajar budak-budak tu. Biar pandai ilmu dunia dan akhirat.”Ujar Mak Sufiah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience