BAB 1

Romance Completed 6823

Pada angin yang menderu tempatku mengadu, pada awan yang berarak, pada burung yang berkicau…dan pada Langit yang terbentang indah. Aku meminta diberi ruang untukku bermimpi indah. Bermimpi kebahagiaan menjadi milikku. Dicintai oleh seseorang yang benar-benar ikhlas menerimaku.

Bukannya aku terlalu terdesak untuk memiliki sebuah cinta suci yang abadi. Tapi aku tertanya-tanya, apakah aku masih layak mengimpikan seorang lelaki yang baik ahklak dan peribadinya?.Aku tidak suci…tidak seperti gadis-gadis lain yang sebayaku.

Penyesalanku tidak berguna lagi.Salahku kerana terlalu mencintai Zafuan , sehingga aku sanggup mengorbankan jiwa dan ragaku. Aku masih terlalu muda pada waktu itu. Hanya memikirkan keindahan cinta bersama Zafuan . Akhirnya, aku ditinggalkan sendirian dan Zafuan nekad meninggalkanku . Aku pasrah .

Lima tahun telah berlalu .Aku menghitung hari-hari yang menyedarkanku tentang kesilapanku.. Aku tidak ingin lelaki yang bertamu dihidupku sama seperti Zafuan. Cukuplah dengan apa yang pernah kulalui dahulu. Perkara itu membuatkan aku lebih banyak mendekatkan diriku pada Tuhan.Hanya padaNya aku mampu berserah diri.

Aku mengambil keputusan untuk tinggal di kampung bersama Emak dan Bapa . Orang lain semuanya berserakan dikota-kota untuk hidup mewah. Di kampung, aku hanya menjadi ustazah mengaji di surau .Biarlah anak-anak kecil yang kudidik ini menjadi insan berguna…tinggi ilmu agama. Aku adalah insan yang paling gembira, sekiranya ada diantara anak-anak kampung yang berjaya khatam Al-quran.

“Kamu tu dah berusia Ain , bila lagi kamu nak kahwin?.”

Soalan Emak mengejutkanku. Tidak pernah dia mengungkit perkara itu sebelum ini. Mungkin juga umurku sudah agak meningkat, takut tiada sesiapa yang akan sudi memperisterikanku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience