BAB 7

Romance Completed 6823

“ Adam. Dah lewat ni…nak sembahyang ke?.”

Dia mengeleng.

“ Adam dah solat jemaah tadi.Mungkin Ain tak perasan. Adam tunggu Ain…”

Aku tergamam. Terkebil-kebil mataku memandang Adam.Nafas sengaja kuhela panjang.

“ Ha..kenapa pula nak tunggu Ain?.” Aku merapikan tudungku.

“Pasal hal sebelum ni..maafkan Adam ya.”

“ Eh. Kenapa pula nak minta maaf. Bukannya Adam buat salah kat Ain. Sepatutnya Ain yang minta maaf.”Aku menjawab tenang. Senyumannya membuatkan aku terdiam seketika.

“ Sejujurnya… Adam tak kisah tentang apa yang Ain pernah cakap sebelum ni. Adam seikhlas hati nak menjadikan Ain’nur Batrisyah sebagai isteri. Ikhlas kerana Allah.”

Aku kaget..Tidak tahu apa yang harusku katakan. Aku sendiri tidak pasti samaada aku gembira ataupun sebaliknya.Kata-kata Adam sangat menyentuh perasaanku.Terasa waktu terhenti saat itu. Aku tidak menyangka , dia akan sudi memperisterikanku.Kerlingan matanya benar-benar membuatkan hatiku berdebar.

“ InsyaAllah, Adam tak akan lukakan perasaan Ain. Mungkin cinta Adam tak seagung cinta Nabi Muhammad kepada siti Khadijah. Tapi, izinkan Adam untuk sehidup dan semati dengan Ain.” Nadanya sayu.

“ Terima kasih Adam. Sekurang-kurangnya, Adam tahu keadaan Ain yang sebenar. Ain tidak rela jika kita bernikah dan Adam tidak mengetahui perkara tu. Sekiranya ikhlas Adam kerana Allah, InsyaAllah Ain menerimanya .”

Jika dahulu tangisan yang menghuni hari-hari… gugur kerana sebuah penyesalan , tapi kini aku menangis kerana sebuah kebahagiaan yang akan kukecapi. Mungkin inilah ‘syurga cinta’ yang pernah aku dambakan. Sesungguhnya, hanya redha Allah…cinta akan berkekalan .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience