BAB 5

Romance Completed 6823

Kurenung sekitar sawah bendang. Suasana pagi yang cerah nampak begitu indah sekali. Aku bersyukur sekali dengan nikmat yang dikurniakan Allah swt. Rindu pula zaman kanak-kanakku yang ceria dan gembira.Kitaran waktu terasa begitu cepat sekali berlalu.Bila mengimbau kenangan dulu, dadaku terasa sebak.Rasa pedih.Aku begitu naif dan rela saja menyerahkan semuanya pada Zafuan. Aku telah kehilangan kehormatan dan maruahku sebagai seorang perempuan.

Aku pandang ke langit.Airmataku mulai mengalir.

“Assalammualaikum.”

Aku berpaling . Bergetar jiwaku melihat Adam yang segak berpakaian kemeja berdiri dibelakangku.

“Walaikumsalam.Adam buat apa kat sini?.” Suaraku bergetar. Khuatir juga sekiranya orang kampung akan salah faham terhadap kami berdua.

“ Adam nak jumpa Ain sekejap.”

“ Oh…,kenapa nak jumpa Ain?.”

“ Mungkin sebelum ni mak cik dah pernah cakap pada Ain tentang hal ni.Tapi biarlah Adam cakap terus terang. Sebenarnya Adam nak masuk meminang Ain.”

Aku kaku.Diam seribu bahasa. Aku tidak menyangka bahawa ,Adam akan seberani itu mengatakan perkara tersebut kepadaku. Apa yang harusku katakan pada Adam?. Mahukah dia menerima wanita sepertiku sebagai isteri. Aku tidak inginbermimpi setinggi gunung untuk bersamanya.Aku takut dia kecewa , dan aku pula akan merana.

“ Ain tak sudikah dengan lamaran Adam?. Adam ikhlas. ”

Kupandang wajahnya yang penuh dengan harapan.Ku kuatkan diri .

“Adam carilah perempuan yang lebih baik. Ain tak layak buat Adam.” Aku tertunduk kemudian menangis lagi.

“ Bagi Adam, Ain seorang wanita yang baik Lagipun ,Ain dah kenal dengan keluarga Adam. Tapi…, kenapa Ain cakap macam tu?.”

Aku tidak menjawab terus pertanyaannya. Sebaliknya aku melemparkan pandanganku semula ke bendang yang padinya mula menguning.Sesungguhnya aku juga mempunyai harapan untuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang ikhlas menerimaku. Tetapi.. aku tidak ingin wujud pembohongan yang bakal memusnahkan diriku sendiri .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience