Chapter 6

Fanfiction - KPOP Completed 1869

Kang Daniel tergamam melihat Hanna yang berpakaian cantik.Wanita itu memakai 'dress' paras lutut berwarna ungu dan memakai kasut tumit tinggi berwarna hitam.
"Oppa,jomlah cepat masuk kereta!Nanti kawan saya nampak pulak Oppa kat sini!"Mereka berdua segera masuk kedalam kereta sebelum Na Yeon melangkah keluar daripada bilik tidurnya.
"Awak nampak cantik sangat.."puji Kang Daniel.Hatinya berdebar-debar apabila Hanna duduk disebelah tempat pemandu iaitu tempat duduknya.
"Terima kasih."ucap Hanna tersipu malu.Rasanya wajah dia sudah memerah.Kang Daniel memandu dengan berhati-hati diatas jalan raya.Hanna hanya memerhati idola pujaannya memandu.
Di shopping complex..
"Hanna,pakai ni."Kang Daniel menghulurkan sekeping topeng mulut kepada Hanna. "Nak buat apa?"Hanna terkebil-kebil melihat benda yang diberikan kepadanya.
"Mestilah nak dipakai..nanti tak adalah orang cam kita."Kang Daniel mendekatkan dirinya dengan Hanna lalu memakaikan topeng muka itu kepada Hanna.
Jantung Hanna bagai hendak melompat keluar apabila Kang Daniel melakukan perkara sebegitu.Sangat menggoda dirinya.
Mereka melangkah masuk kedalam shopping complex dengan selamba dan membeli pelbagai barang.Kang Daniel berasa gembira melihat senyuman terukir di wajah Hanna.
"Eh,tu macam Kang Daniel Oppa!"Kedengaran suara seorang gadis yang berdekatan dengan mereka sambil menuding kearah Kang Daniel dan Hanna.
"Bukanlah!Kalau tu Kang Daniel Oppa,kenapa dia keluar dengan perempuan?Setahu saya,dia masih tidak berpunya!"Kawan kepada gadis itu menafikan bahawa itu ialah Kang Daniel.
"Saya yakin itu Kang Daniel!Saya nak pergi ke lelaki tu!"Gadis itu melangkah laju mengikut Kang Daniel dan Hanna dari belakang.Tetepi,dia kehilangan mereka seketika kemudian.
"Alaa..mana ni?Tak apa,nasib aku dah ambik gambar!"bebel gadis itu sebelum melangkah pergi.Dia tidak sedar Kang Daniel dan Hanna menyorok berdekatan dengannya sebentar tadi.
"Hampir sahaja kita tertangkap,Oppa!"kata Hanna lalu menghembus nafas kelegaan. "Macam mana dia tahu ini saya?"soal Kang Daniel.
"Sebab dia tu peminat Oppa yang betul-betul gilakan Oppa!Kalau saya,saya pun akan buat macam tu!"balas Hanna.
"Kenapa awak nak buat macam tu?"soal Kang Daniel lagi. "Yalah,saya mesti cemburu kalau Oppa keluar dengan perempuan lain!"beritahu Hanna.
"Cemburu tanda sayang..awak sayang sayalah,kan?"usik Kang Daniel.Hanna memukul bahu Kang Daniel sebelum menekup mukanya.Kang Daniel mentertawakan Hanna.Bahagianya terasa dunia ni..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience