Chapter 2

Fanfiction - KPOP Completed 1869

Hanna bangun pada pagi itu dengan kelam-kabut.Dia sudah terlambat ke tempat kerjanya. "Hanna,cepat sikit!Kau dah lambat ni!"jerit Na Yeon dari tingkat bawah.
"Ya,kejap!Aku tengah nak pakai baju ni!"balas Hanna lalu menyarungkan blaus berbutang berwarna putih dan skirt paras bawah lutut berwarna merah jambu gelap.
Hanna memakai kot yang sama warna dengan skirtnya.Dia kelihatan seperti seorang wanita yang bekerjaya.
Rambutnya dibiarkan lepas dan wajahnya disolek nipis.
Hanna melangkah turun lalu segera masuk kedalam keretanya.Kelibat Na Yeon tiada di dalam rumah.Sudah semestinya Na Yeon sudah memandu ke tempat kerjanya.
Hanna menghidupkan enjin keretanya lalu memandu ke KimEd Corporation dengan laju.Nasib baik tidak disaman oleh polis!
Di KimEd Corporation..
Hanna menghembuskan nafas kelegaan kerana dia tiba tiga minit sebelum lapan pagi jadi dia tidak akan dimarahi oleh bosnya.
"Hanna,kenapa kau lambat?"soal rakan sekerja Hanna,Jin Hee. "Aku terbangun lewat tadi.Nasib baik aku sempat!"balas Hanna lalu duduk di tempat meja kerjanya.
"Mesti kau pecut atas jalan raya tadi kan?Nasib baik kau tak disaman tau!"kata Jin Hee yang dah mengetahui perangai Hanna apabila wanita itu lambat ke tempat kerja.
"Mestilah!Eh,Tuan Ed dah sampai!Baik kita buat kerja!"Hanna dan Jin Hee dengan segera fokus pada kerja mereka sebaik sahaja ternampak bos mereka,Tuan Edwin.
Pada waktu petang..
"Hanna,kau kat mana ni?"Kedengaran suara Na Yeon dari talian hujung sana. "Aku baru lepas beli kopi.Nanti aku balik rumah.Kau dah sampai rumah ke?"balas Hanna lalu dia menghirup kopi yang dibelinya.
"Dah,aku masak dulu kat rumah tau!Pastikan kau balik dan makan!"pesan Na Yeon seperti dia ialah ibu Hanna. "Yalah,Cik Na Yeon.."Hanna menamatkan panggilan itu.
Malamnya..
Hanna melihat gambar Kang Daniel dan Wanna One sekali lagi.Ia telah menjadi aktiviti hariannya sejak tahun lepas.
Na Yeon muncul lalu duduk di sebelah Hanna yang sedang leka melakukan rutinnya. "Hoi,aku kat sebelah kau ni!"jerkah Na Yeon membuatkan Hanna terkejut.
"Terkejut aku!Apalah kau ni!"marah Hanna kepada Na Yeon yang sedang ketawa terbahak-bahak. "Apa yang kau tengok tu?"soal Na Yeon ingin tahu.
"Tengok gambar Kang Daniel Oppa.."balas Hanna dengan senyuman yang terukir di wajahnya. "Apa yang kau minat sangat kat Kang Daniel?"
"Aku minat dia sebab dia Kang Daniel Oppa.Kita tak perlukan sebab untuk sayang kat seseorang kan?Dan sebab itulah,aku sayang kat Kang Daniel Oppa sebab dia Kang Daniel Oppa.."jelas Hanna.
Na Yeon terlopong mendengar hujah rakan baiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience