Chapter 14

Fanfiction - KPOP Completed 1869

"Ini bagaikan satu keajaiban.Peluang untuk pesakit ini sedarkan diri hanya tipis tetapi dia mampu sedarkan diri kerana dorongan yang sentiasa diberikan kepadanya."kata doktor yang memeriksa keadaan Kang Daniel.
Hanna berasa begitu bersyukur kerana Kang Daniel sudah sedarkan diri.Kalau tidak,pasti hidupnya tidak lagi bahagia dan gembira seperti dahulu.
"Boleh saya bercakap dengan teman wanita pesakit ini?"pinta doktor itu. "Ya,apa yang ingin doktor katakan kepada saya?"soal Hanna ingin tahu.
"Sebenarnya,teman lelaki cik telah hilang ingatan.Tetapi dia cuma lupakan cik sahaja.Yang lain,semua dia ingat.Jadi,saya rasa begitu hairan bagaimana ia boleh berlaku kerana kes ini sangat jarang."
"Ap..apa?Dia..hilang in..ingatan te..tentang saya?"soal Hanna meminta kepastian. "Maafkan saya kerana perlu beritahu tentang berita ini.."Doktor itu memohon maaf dan berlalu pergi.
Hanna terduduk diatas lantai.Air matanya mengalir.Apa yang ditakutinya telah berlaku.Kang Daniel telah melupakannya.Kang Daniel hilang ingatan tentangnya.
"Hanna,mari sini.Cuba awak cakap dengan Daniel."Ji Sung menarik tangan Hanna dan mendudukkan wanita itu diatas kerusi bersebelahan dengan Kang Daniel yang memandangnya.
"Hai Oppa.."sapa Hanna sebagai pemula bicara. "Hai,siapa awak ya?Peminat saya ke?"soal Kang Daniel.Riak wajahnya kelihatan keliru.
"Tak..dia girlfriend kau,Daniel hyung."beritahu Guan Lin. "Hah,girlfriend aku?"Kang Daniel merenung Hanna dengan pandangan tidak percaya.
"Saya macam kenal muka awak tapi saya tak boleh ingat.Maafkan saya.." "Tak apa,Oppa..saya tetap akan setia disisi Oppa.."balas Hanna tersenyum walhal hatinya bagaikan dirobek.
"Saya pergi dulu ya..Oppa,tolong tengokkan Daniel Oppa.."pesan Hanna kepada Ji Sung.Lelaki itu mengangguk.
Hanna melangkah keluar dengan kepalanya ditundukkan.Kang Daniel cuma memerhatikan wanita itu melangkah keluar dengan perasaan yang bercampur-baur.
Di rumah..
"Hanna,maafkan Omma sebab paksa Hanna kahwin dengan Jungkook.Omma tahu Omma salah.."
"Tak apa Omma..lagipun Daniel Oppa dah sedar.."
"Ye ke?Gembiranya Omma dengar!"
"Tapi,dia hilang ingatan.Dia tak ingat Hanna,Omma.."
"Hah?!Habistu,Hanna okey tak?Daniel macam mana?"
"Hanna..okey..Daniel Oppa pun okey."
"Omma harap Hanna okey je..Omma letak dulu.Bye.."
Panggilan itu ditamatkan.Puan So Hyun tahu bahawa dia tak boleh memaksa Hanna berkahwin dengan Jungkook.Beliau tahu Hanna amat mencintai Kang Daniel.
Jadi,dia menolak lamaran Jungkook bagi pihak Hanna.Jungkook berasa sangat kecewa.Tetapi,dia tetap akan menyayangi Hanna sebagai seorang rakan baik.
Hanna menangis teresak-esak.Dia terbayang kenangan manis bersama Kang Daniel.Sungguh,dia tak boleh melupakan lelaki itu.
Hidupnya tidak bermakna tanpa Kang Daniel.Dia bagaikan hilang tempat untuk meluahkan segala masalah dan perasaan.
"Jika Daniel Oppa tak ditakdirkan untuk aku,aku terima tapi tolong jangan hilangkan ingatan dia..."Hanna menangis lagi mengenangkan Kang Daniel.
Keesokan harinya...
Hanna melawat Kang Daniel seperti biasa walaupun lelaki itu tidak mengingatinya. "Hai Oppa!"sapa Hanna ceria. "Hai awak.."Kang Daniel cuma memandang wajah Hanna tanpa senyuman.
Kang Daniel tetap kelihatan kacak di mata Hanna. "Oppa,saya bawak buah kegemaran Oppa.Makanlah ya."Hanna meletakkan bakul yang berisi buah-buahan diatas meja.
"Thanks."ucap Kang Daniel. "Boleh tak saya minta awak kenalkan diri awak?"pinta Kang Daniel. "Hmm..nama saya Kim Hanna,berumur 22 tahun dan bekerja di KimEd Corporation."
"Macam mana awak boleh jadi girlfriend saya ya?"soal Kang Daniel lagi. "Saya bertemu dengan awak kat taman."balas Hanna ringkas.
"Oppa,saya pergi dulu ya.Bye.."Hanna melangkah keluar dengan hati yang remuk.Memang benar Kang Daniel tidak mengingatinya.
"Bye!"Kang Daniel pantas mencapai bakul buah-buahan yang diberi oleh Hanna.Banyak persoalan tentang Hanna yang berlegar dalam kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience