Chapter 7

Fanfiction - KPOP Completed 1869

"Oppa,macam mana ni?"soal Hanna kepada Kang Daniel yang sedang duduk disebelahnya.
"Macam mana apa?"balas Kang Daniel walau dia tahu apa yang ingin dikatakan oleh Hanna. "Cuba Oppa tengok ni!"Hanna menunjukkan gambar yang disimpan dalam gallery telefon bimbitnya.
Gambar Hanna dan Kang Daniel berjalan-jalan di shopping complex sudah tersebar luas.Nasib baiklah orang yang mengambil gambar ni cuma mengambil gambar bahagian belakang mereka.
Para peminat tertanya-tanya adakah betul itu Kang Daniel dan siapakah wanita yang berada di sebelah lelaki itu.Ini yang membuatkan Hanna panik dan segera ingin berjumpa dengan Kang Daniel.
"Tak ada apa-apa tentang gambar tu.Saya dah jelaskan kat syarikat saya."beritahu Kang Daniel cuba menenangkan Hanna.
"Apa yang Oppa cakap?"soal Hanna ingin tahu. "Saya cakap itu ialah saya dan wanita kat sebelah saya tu kawan baik saya.Nanti syarikat saya sebarkan berita ni nanti."balas Kang Daniel.
"Nasib baik..kalau tak,matilah saya!"kata Hanna membuatkan Kang Daniel ketawa kecil. "Lawaklah awak ni!"usik Kang Daniel membuatkan Hanna berasa malu.
"Oppa,janganlah malukan saya!"marah Hanna lalu mencubit lengan Kang Daniel.Tetapi,lelaki itu tidak merasakan apa-apa.
"Hanna,kat sini pun kau!"Tiba-tiba,kedengaran suara Na Yeon yang mengejutkan Hanna dan Kang Daniel. "N..Na..Ye..Yeon!"Hanna tergagap-gagap menyebut nama Na Yeon.
"Siapa ni?"soal Na Yeon apabila melihat seorang lelaki disebelah Hanna. "Dia bukan sesiapa!Tadi,aku saja-saja borak dengan dia!"Hanna memberikan alasan yang padanya munasabah.
"Hmm..okeylah!Aku nak ajak kau jalan-jalan petang ni.Nak tak?" "Sorrylah,aku ada kerja sikit hari ni.Kau jalan-jalanlah sorang-sorang ya?"Hanna menolak ajakan Na Yeon.
"Ye ke?Tak apalah..aku balik dulu!Bye!"Na Yeon segera berlalu pergi meninggalkan Hanna dan Kang Daniel berdua.
"Apalah Na Yeon tu!Hampir je saya nak kena sakit jantung!"adu Hanna kepada Kang Daniel. "Yalah..kawan baik awak tu buat saya terkejut!"
Hanna ketawa apabila mendengar kata-kata Kang Daniel.Tak sangka lelaki itu juga terkejut dengan sergahan Na Yeon. "Awak kata awak akan pergi kerja petang ni?"soal Kang Daniel.
"Ya."balas Hanna ringkas. "Kalau macam tu,saya akan hantar dan ambil awak balik kerja ya."ucap Kang Daniel. "Hah?Tak.."Hanna tidak sempat menghabiskan ayatnya apabila Kang Daniel menyampuk.
"Saya akan hantar dan ambil awak balik kerja ya..tiada bantahan!"kata Kang Daniel lalu mencuit hidung Hanna yang duduk disebelahnya.
"Apa ni Oppa?Main cuit hidung saya pulak!"marah Hanna sambil menepis tangan Kang Daniel yang tidak henti-henti hendak mengganggunya.
"Muka awak cantik sangat..tu yang saya suka kacau.."kata Kang Daniel membuatkan Hanna malu. "Hihi..Oppa suka sangat puji saya!"
"Saya kena balik dulu.Jumpa awak petang nanti!"Kang Daniel berlalu pergi meninggalkan Hanna keseorangan di taman.
"My Oppa is so sweet.."bisik Hanna sendirian sebelum tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience