Chapter 12

Fanfiction - KPOP Completed 1869

"Keadaan Oppa dah stabil tapi Oppa dalam keadaan koma.."beritahu Hanna sedih.Air matanya mengalir deras.Guan Lin dan Dae Hwi memeluk Hanna untuk melegakan perasaan wanita itu.
"Kat mana Daniel hyung ditempatkan?"soal Ji Hoon yang begitu risau akan keadaan Kang Daniel. "Bilik 701,tingkat tujuh,VIP room."beritahu Hanna.
"Ji Sung Oppa..doktor kata Daniel Oppa ada kemungkinan akan hilang ingatan.Saya takut Daniel Oppa akan lupakan saya.."tangis Hanna sayu.
Dae Hwi memeluk Woo Jin yang berada disebelahnya.Jin Young menangis apabila mendengar kata-kata Hanna.Seong Woo yang paling rapat dengan Kang Daniel,juga mengalirkan air mata dengan lebat.
"Tak apa..Daniel tak mungkin akan lupakan awak.."kata Ji Sung.Sung Woon hanya menunduk memandang lantai manakala Min Hyun memujuk Seong Woo.
"Hanna,awak pulang dulu.Tukar baju awak baru pergi lawat Daniel."kata Min Hyun. "Biar aku dan Woo Jin teman noona pulang ke rumah."Ji Hoon menawarkan diri untuk menemani Hanna pulang ke rumah.
"Pergilah.."Ji Sung memberi kebenaran lalu mereka bertiga beredar pergi dari hospital itu.Hanna bagaikan mayat hidup.Wajahnya pucat dan matanya bengkak.
Setibanya di rumah..
Hanna telah berpindah ke rumah Kang Daniel selepas tiga bulan mereka bercinta.Terdapat banyak memori manis mereka disitu bersama ahli-ahli Wanna One yang lain.
Na Yeon masih tinggal di rumah lama Hanna.Mereka masih berhubung tetapi sejak Na Yeon dinaikkan pangkat dan menjadi tunangan orang,mereka tidak lagi kerap berbual.
Hanna memakai blaus berwarna hitam dan seluar jeans.Dia menyarungkan kasut sniker berwarna hitam.Wajahnya kelihatan cantik walaupun sedikit pucat.
"Jom pergi,noona.."Woo Jin menarik tangan Hanna dan mendudukkannya didalam kereta.Hanna seperti dalam dunianya sendiri,tidak mempedulikan orang lain.
Setibanya di hospital,mereka bergegas ke bilik wad Kang Daniel ditempatkan.Sayu hati Hanna apabila melihat tubuh Kang Daniel terbaring kaku diatas katil.
"Hanna,awak nak bercakap dengan Daniel?"soal Seong Woo.Air matanya masih tersisa.Hanna hanya menggangguk lalu duduk di tepi katil Kang Daniel.
"Oppa,ni Hanna.Bangunlah Oppa..Oppa tak nak ke tengok muka Hanna?Oppa selalu kata nak tengok muka Hanna.Oppa selalu puji muka Hanna cantik.
Oppa,bangunlah..."ucap Hanna.Dia sedaya upaya cuba menahan tangisannya.
Ahli Wanna One hanya memerhatikan Hanna yang berbicara dengan Kang Daniel yang koma.Air mata mereka menitis satu per satu.
"Oppa,Hanna nak Oppa tahu Hanna sayang sangat kat Oppa.Jadi,Oppa janganlah tinggalkan Hanna ya..Oppa kata Oppa nak kahwin dengan Hanna.Nak ada anak dengan Hanna.Nak tua sama-sama dengan Hanna.."
"Kalau Oppa sedar,tolonglah ingat Hanna.Tapi,kalau memang Oppa dah hilang ingatan,Hanna harap semoga Oppa sembuh satu hari nanti."
"Oppa,kalau Oppa tinggalkan Hanna,Hanna tak nak cari lelaki lain.Sebab apa?Sebab dalam hati Hanna dah diisi dengan nama seseorang.Nama Oppa..Tolonglah sedar,Oppa.."
Hanna perlahan-lahan menangis tanpa mengendahkan orang lain didalam bilik itu.Ahli Wanna One mengalirkan air mata apabila mendengar kata-kata Hanna.
"I can't give you money..I can't give you popularity.But I can give you my love.So,please be alive so that I can give it to you.."Hanna memegang tangan Kang Daniel erat.
Wajah Kang Daniel direnung lama.Wajah yang sentiasa membuatkan hari-harinya ceria.Wajah yang membuatkan dia berasa seperti berada di alam fantasi.Wajah yang sentiasa membuai perasaannya.
"I love you,Hanna..And please,love me too.."Suara Kang Daniel terngiang-ngiang di telinga Hanna.Akhirnya,setitis air mata Hanna jatuh jua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience