Chapter 4

Fanfiction - KPOP Completed 1869

"Oppa,saya sangat minat kat Oppa!Saya nak sangat jumpa Oppa tapi saya fikir ia mustahil!"beritahu Hanna teruja. "Tiada yang mustahil dalam dunia ni.."balas Kang Daniel.
Hanna menatap wajah Kpop idol yang amat dia minati itu.Tetap kacak dan comel wajahnya. "Janganlah renung saya..saya rasa malu pulak!"kata Kang Daniel menutup wajahnya menggunakan kedua-dua telapak tangannya.
Hanna ketawa kecil.Kang Daniel terpesona dengan wajah Hanna yang semula jadi cantik. "Saya lupa pula Oppa takut akan serangga!"kata Hanna.
"Hehe..saya cuma tak berapa suka akan serangga lah.."nafi Kang Daniel yang berasa malu. "Oppa,boleh saya mintak tandatangan Oppa?"soal Hanna teruja.
"Boleh,kat mana awak nak saya tandatangan?"balas Kang Daniel mesra.Hanna mengeluarkan sebatang pen dan sehelai kertas daripada poket seluar sukannya.
"Nah!"Hanna menghulurkan kertas dan pen itu kepada Kang Daniel. "Apa nama penuh awak?"soal Kang Daniel. "Kim Hanna.."balas Hanna.
"Cantik nama awak,macam orangnya juga.."puji Kang Daniel ikhlas. "Terima kasih Oppa!"ucap Hanna malu-malu.
"Oppa,saya perlu pergi sekarang.Nanti kawan saya marah saya pula sebab balik lambat."kata Hanna. "Oooh..awak duduk di mana?"soal Kang Daniel ingin tahu.
"Kat hujung jalan sana..rumah warna putih dan kelabu!"beritahu Hanna. "Okey,boleh awak bagi telefon awak kat saya sekejap tak?"pinta Kang Daniel.
"Hmm..okay."Hanna teragak-agak hendak menyerahkan telefon bimbitnya kepada Kang Daniel tetapi dia serahkan juga.Selepas beberapa minit,Kang Daniel memulangkan telefon bimbit itu semula.
"Have a nice day!Goodbye!"ucap Kang Daniel lalu berlalu pergi.Hanna hanya memerhati kelibat itu melangkah pergi.
"Apa yang Kang Daniel Oppa buat kat telefon aku?"kata Hanna kepada dirinya sendiri.Hatinya terdetik untuk memeriksa senarai kenalan telefonnya.
Mata Hanna terbeliak sebaik sahaja ternampak satu nombor yang terletak nama 'My Oppa Daniel'.Setahunya,dia tidak menyimpan nombor sesiapa dengan nama itu.
Dia meneliti kertas yang tertulis tandatangan Kang Daniel dan membaca pesanan yang diberi kepadanya.Hanna berasa terharu apabila membacanya.
'Jagalah kesihatan selalu dan hiduplah dengan bahagia.Saya ingin mengenali awak dengan lebih dekat'.Itulah yang tertulis diatas kertas itu.
Hanna tidak faham akan ayat yang Kang Daniel tulis untuknya.Apa maksud Kang Daniel ingin berkenalan dengan lebih dekat dengannya?
Hanna cuba menelefon nombor asing didalam telefon bimbitnya itu.Panggilannya dijawab dan kedengaran suara seorang lelaki di hujung talian.
"Boleh saya tanya siapa ni?"soal Hanna curiga. "Saya Kang Daniel.Ini ialah hadiah untuk Wannable sebaik awak."balas lelaki yang menjawab panggilan Hanna.
"Betul ke ni nombor telefon Oppa?"Hanna bagaikan tidak percaya.Betul ke ini nombor telefon Kang Daniel? "Yes,this is my number.Have fun keeping this number in your phone.Bye!"Kang Daniel menamatkan panggilan itu.
"What?!Aku ada nombor telefon Oppa!"jerit Hanna gembira.Nasib baik tiada orang berdekatan.Ini dah macam mimpi bukan realiti..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience