Chapter 3

Fanfiction - KPOP Completed 1869

"Hanna,kau nak pergi mana?"soal Na Yeon apabila melihat Hanna berpakaian sukan. "Nak berjoging pagi-pagi ni.Biar sihat sikit badan!"balas Hanna ceria.
Dia menyarungkan sepasang kasut sukan lalu berjoging di taman yang berdekatan dengan rumahnya.
Tiba-tiba,Hanna terdengar jeritan seorang lelaki.Dia bergegas kearah suara itu datang.Kelihatan seorang lelaki sedang duduk diatas sebuah bangku sambil menekup mukanya.
"Erm..boleh saya tanya,awak ke yang jerit tadi?"soal Hanna teragak-agak. "Y..ya.."balas lelaki itu.Wajahnya diangkat dan dia menunjukkan riak ketakutan.
"Kenapa awak jerit ya?Ada apa-apa yang boleh saya tolong?"soal Hanna lagi. "Se..sebenarnya,boleh awak tolong tangkap ulat bulu kat daun tu?"balas lelaki itu.
Hanna segera melakukan apa yang dipinta oleh lelaki itu. "Itu saja ke?"tanya Hanna hairan. "Ya,sebenarnya saya tak berapa sukakan serangga.."jelas lelaki itu malu.
"Ohh..tak apa,saya memahami..adik lelaki saya pun takut serangga.."ucap Hanna mesra.Seketika,lelaki itu merenung Hanna sebelum menundukkan mukanya.
"Terima kasih kerana membantu saya.."ucap lelaki itu.Hanna mengganguk lalu mengeluarkan telefon bimbitnya.Kelihatan gambar Kang Daniel sebagai 'wallpaper' skrin telefon bimbit Hanna.
"Adakah awak meminati Kang Daniel?"soal lelaki itu tersenyum lebar. "Ya,kenapa awak tanya?"balas Hanna pelik. "Kalau awak dapat jumpa dia,apa perasaan awak?"soal lelaki itu lagi.
"Saya akan rasa bahagia,gembira dan bersyukur kerana dapat berjumpa dengan Kang Daniel Oppa!"kata Hanna tetapi dia tahu mustahil untuk dia berjumpa dengan Kang Daniel.
"Macam sekarang ke?"Hanna mendongakkan wajahnya apabila mendengar soalan lelaki itu.Dia tergamam!
"Oppa?Kang Daniel Oppa?"soal Hanna tidak percaya apa yang dilihatnya sekarang. "Tak sangka saya akan bertemu peminat saya disini!"ucap Kang Daniel tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience