Chapter 15

Fanfiction - KPOP Completed 1869

Hanna termenung di hadapan televisyen.Fikirannya menerawang mengenang memorinya bersama Kang Daniel.
"Hanna,Oppa ada kejutan untuk Hanna!"kata Kang Daniel. "Ye ke?Apa dia,Oppa?"soal Hanna teruja. "Tadaa..percutian tiga hari dua malam ke Jepun!"Kang Daniel menunjukkan dua tiket kepada Hanna.
"Wah!Terbaiklah!"Hanna sudah lama nak pergi ke Jepun tetapi niatnya dipendamkan sahaja. "Kita berdua je akan pergi sana.."kata Kang Daniel nakal.Wajah Hanna berubah kemerah-merahan.
"Oppa!!"Hanna mencubit lengan Kang Daniel sekuat hatinya membuatkan lelaki itu ketawa.Tawa Kang Daniel sangat merdu di telinga Hanna.
Lamunan Hanna terhenti apabila Min Hyun,Ji Hoon,Jin Young dan Guan Lin menegurnya. "Noona,are you okay?"soal Guan Lin risau. "Yes,I'm fine."balas Hanna.
"Tapi Hanna,muka awak macam pucat."kata Min Hyun.Hanna membelek wajahnya dihadapan cermin.Memang wajahnya pucat. "Tak apa..saya okeylah.."
Hanna bergegas masuk kedalam biliknya untuk menukar pakaian.Hari ni,dia akan melawat Kang Daniel di hospital.
Dia memakai blaus berwarna jingga dan skirt paras lutut berwarna hitam.Wajahnya disolek nipis membuatkan dia kelihatan lebih cantik dan menawan.
Hanna memandu ke hospital dengan berhati-hati.Sebaik sahaja tiba,Hanna berjalan kearah bilik 701.Dia berasa gembira melihat Kang Daniel sedang menikmati buah yang diberinya semalam.
"Oppa,macam mana keadaan Oppa hari ni?"Soalan Hanna itu tidak dijawab.Kang Daniel terpesona melihat Hanna yang begitu manis. "Oppa?" "Hah,saya okey je."balas Kang Daniel.
"Oppa,Hanna nak beritahu Oppa sesuatu.."Dari semalam lagi,Hanna telah membuat keputusan.Dia telah memberitahu kepada Puan So Hyun.Ibunya membantah tetapi dia tekad dengan keputusannya.
"Apa?" "Hanna nak duduk kat Jepun selama empat tahun.Mungkin Hanna akan sambung belajar kat sana.Jadi,Hanna tak akan susahkan Oppa dan ahli Wanna One yang lain."
"Apa?Hanna nak duduk kat Jepun?"Hanna tersentak apabila mendengar suara Seong Woo dibelakangnya. "Oppa.."Hanna menunduk memandang lantai dengan perasaan bersalah.
"Hanna tak boleh duduk sana!Macam mana dengan Daniel?Takkanlah awak nak tinggal je dia?"soal Sung Woon. "Saya akan pulang semula."balas Hanna.
"Hanna..jangan buat macam ni.."pujuk Ji Sung lembut. "Hanna tetap dengan keputusan Hanna!Saya dah menyusahkan semua orang!Lebih baik saya jauhkan diri!"kata Hanna sayu.
"Bila noona nak pergi sana?"soal Dae Hwi. "Dua bulan depan."balas Hanna ringkas. "Saya pergi dulu.Tolong jagakan Daniel Oppa.Bye.."ucap Hanna lalu melangkah pergi.
"Hyung,kau nak pergi mana?"soal Woo Jin cemas apabila melihat Kang Daniel berlari mengejar Hanna. "Hanna,tunggu!"
jerit Kang Daniel lalu memegang tangan Hanna.
Hanna memandang ke belakang dan terkejut melihat Kang Daniel. "Betul ke awak nak tinggalkan saya?"soal Kang Daniel tidak percaya. "Saya tak tinggalkan awak cuma saya pergi ke Jepun untuk empat tahun."balas Hanna.
"Janganlah pergi..nanti saya keseorangan.Lagipun,awak kan girlfriend saya.."pujuk Kang Daniel lembut.Hanna tahu lelaki itu masih belum mengingatinya.
"Oppa ada ahli Wanna One yang lain.Lepaskan Hanna pergi buat seketika.Hanna akan pulang juga nanti.."Hanna melepaskan pegangan Kang Daniel dan berjalan pergi.
"Kalau macam tu,benarkan saya tunggu awak kembali semula.."Kang Daniel tahu,dia jatuh cinta kepada Hanna buat sekali lagi...
Di rumah..
Hanna mengemas beberapa barang yang ingin dia bawa ke Jepun.Barangan yang lain akan dia kemas nanti kerana dia sedang sibuk dengan pelbagai kerja.
Ahli Wanna One bersungguh-sungguh memujuk Hanna agar wanita itu tidak tinggal di Jepun tetapi Hanna tetap dengan keputusannya.
Hanna tidak lagi melawat Kang Daniel di hospital.Dia takut hatinya akan goyah.Dia cuma dapat mendengar khabar berita mengenai lelaki itu daripada Ji Sung dan Sung Woon.
Hari-hari yang dilalui oleh Hanna terasa hambar.Tiada lagi tawa dan senyuman Kang Daniel mengisi kehidupannya.
Hatinya kosong-sekosongnya.
Telefon bimbit Hanna berdering menandakan terdapat seseorang menelefonnya.Hanna menjawab panggilan itu.
"Hai Hanna!"
"Kookie!Lama kau tak telefon aku!"
"Sorrylah..Eh,Daniel hyung dah ingat kau?"
"Belum.."
"Hanna,kau betul-betul nak duduk Jepun selama empat tahun?Kau tak menyesal?"
"Memang aku rasa ragu-ragu tapi ini yang terbaik untuk semua.."
"Terbaik untuk semua tapi bukan untuk kau,Hanna.Ini hidup kau.Kau kena buat pilihan yang terbaik untuk kau."
"Terbaik untuk semua bermakna terbaik untuk aku jugak.Aku nak jauh daripada Daniel Oppa."
"Kau fikir kau larikan diri daripada dia,dia akan sembuh?"
"Aku rasa ya.."
"Kau ragu-ragu dengan jawapan kau.Kau tak yakin nak tinggalkan Daniel hyung.Aku tahu kau cintakan dia."
"Sebab cintalah aku buat macam ni.Sebab cintalah aku berkorban.."
"Dan sebab cintalah kau menderita.Ikut kata hati kau,Hanna.Aku sentiasa sokong kau.Aku kan kawan baik kau."
"Terima kasih,Kookie.."
"Sama-sama.Aku dah kena letak ni.Bye!Jaga diri kau tau!"
Jungkook menamatkan panggilan itu.Hanna memikirkan nasihat Jungkook kepadanya.
Hatinya ragu-ragu dengan keputusannya.Adakah ini pilihan terbaik untuk semua?Dia pun tak tahu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience