bab 1

Action Series 12163

Kertas yang tertera perjanjian kontrak bekerja di Kem Kongsi Gelap dibelek perlahan-lahan. Dr. Han duduk di atas kerusi itu sambil mengamati syarat dan terma perjanjian. Seorang lelaki berpakaian sut hitam lengkap menunggu di hadapannya sambil memerhati Dr. Han menurunkan tanda tangan. Senyumannya meleret lebar apabila doktor itu meletakkan pen.

“Dah faham semua syarat-syarat ni? Kau tak boleh undur masa dan kena kota janji kau tu. Siapkan apa yang perlu. Esok pukul 8 pagi tepat, pemandu kereta akan bawa kau ke kem kami. Jangan lambat.” Peguam yang berpihak pada sindiket geng kongsi gelap mula menyuara bagi pihak tuannya. Sir Poh. Seorang lelaki tua cina itu berdiri berhadapan cermin dan memerhati titis-titis air hujan yang menitik di atas cermin tingkap. Dia adalah lelaki botak dan berbadan besar. Keningnya tebal dan matanya sepet. Bilik itu nampak malap. Mereka sengaja mencari tempat yang tersembunyi dan gelap. Salah satu cara untuk berurusan dengan pihak luar adalah dengan tidak mendedahkan diri di khayalak ramai.

Lelaki tua itu senyap berdiam diri. Apabila selesai perbincangan, dia dan peguamnya terus keluar daripada bilik.

Dr. Han duduk di atas lantai secara kasar. Dia mengeluh berat. Habisla macam ni. Lebih baik dia mati. Siapa suruh kau pinjam Along dengan jumlah yang banyak! Kan dah padan muka! Tak pasal-pasal adik jadi mangsa.

Cerita 3 bulan lepas, Dr Han menerima surat amaran bayaran balik duit pinjaman yang dipinjam. Kerana tidak mampu bayar balik, dia telah diugut dan adiknya Qistina menjadi habuan. Gadis 19 tahun itu diminta untuk melacur demi membayar wang yang tidak mampu dibayar. Pergelutan antara mereka masih terngiang-ngiang.

Doktor yang berumur 31 tahun menghentak-hentak kakinya ke lantai. Dia merengek seperti budak kecil. Sudah itu, dia tepuk-tepuk dada dia yang terasa berat dan tidak selesa.

“Adik! Adik lari sejauh yang mungkin. Kau ambik tiket flight pergi korea! Jangan balik Malaysia tak kira apa pun berlaku! Biar abang settlekan. Faham?” Dr. Han tergesa-gesa mengambil baju dan barang-barang adiknya lalu dimasukkan ke dalam bag. Hanya barang-barang penting sahaja yang diambil.

“Abang! Janganla. Adik takut! Wuwu...” Qistina sudah terduduk di atas katil. Habis musnah hidup dia. Dia benci abang!

Han menghampiri Qistina lalu memeluk adiknya kuat. “Abang minta maaf adik! Abang, ish, kalaula abang boleh putar balik masa! Tapi, abang terpaksa. Kau pergi luar negara dulu, bila keadaan dah surut, abang janji akan cari adik!”

Dr. Han telah berjanji untuk berkhidmat dan menjadi salah seorang doktor yang membantu sindiket kongsi gelap. Kalau dia berjaya melarikan diri pun sekurang-kurangnya adiknya sudah berjaya menyelamatkan diri.

Tambahan pula, perkhidmatannya hanya setahun. Jika dia meneruskan kontrak lagi 2 tahun, dia akan diberi wang sebanyak 100 ribu. Dr. Han juga sudah buta duit. Dia sanggup. Katanya lebih baik begitu. Dia boleh bantu keluarganya yang susah.

Cumanya, ini bukan pekerjaan yang boleh dibawa main. Ini namanya cari nahas!

Lihatlah bagaimana syarat-syarat kontrak itu! Gila apa! Ah, lantaklah! Yang penting aku selamat daripada kena bunuh!

Syarat perjanjian.
-Dilarang bercakap dengan isteri bos tanpa sebab
-Dilarang keluar daripada kawasan kem
-Dilarang bercakap dengan orang di luar kawasan kem
-Tidak dibenarkan membawa telefon ke dalam kem
-Dilarang memasuki kem anak dara
-Dilarang bertanya tentang status pesakit. Tidak boleh tanya siapa mereka, apa yang berlaku di luar kem.
-Dilarang memandu kenderaan tanpa sebab

Dr. Han terus terlentang di atas lantai. Dia buntu! Pelik sungguh syarat-syarat perjanjian. Hah, kem anak dara? Apa tu? Apa yang ada dalam kem tu!
Ish, meremangnya bulu roma aku. Kata peguam itu tadi juga, kalau tak nak mati, lebih baik ikut sahaja syarat-syarat tersebut.

***

Kelihatan kelibat kenderaan BMW hitam menyusuri jalan di hadapan rumah Han. Seperti yang dijanjikan, dia akan dibawa ke sebuah tempat yang penuh dengan kecelakaan. Tempat pembunuhan, penculikan, dan segala aktiviti haram. Kereta itu berhenti di hadapan pagar. Tingkap kereta diturunkan. Dr. Han merenung pada lelaki berkaca mata yang segak memandu.

“Masuk! Tak payah tanya nak pergi mana!” Jejaka mat saleh yang dipanggil Albert berseloroh sebelum sempat Han bertanyakan apa-apa.

Pintu kereta dibuka. Han melempar bag bagasi di tempat duduk. Kemudian dia pula masuk. Pintu belakang itu ditutup rapat. Han tidak dapat melihat ke arah mana yang Albert mahu bawa dia pergi. Cermin tingkap gelap. Malah, ada penghadang besi yang menutup pandangannya di cermin hadapan dan pemandu.

Entah sudah berapa lama Han tertidur berdengkur di atas kerusi empuk itu. Air liur dia seka kasar. Bau masam. Dia ambil penyembur minyak wangi lalu dia semburnya tak ingat dunia. Hari pertama bekerja mestilah dia bersemangat. Tapi macam mana keadaan di kem itu ya? Adakah mereka akan mengacu pistol pada kepala aku sambil aku buat kerja? Ah, tak kisahlah yang penting duit masyuk! Hihi!

***

Kereta yang dipandu berhenti di sebuah tempat. Pintu kereta dibuka dari luar. Han menjengah kepalanya keluar kereta. Keadaannya nampak tenang. Seperti sebuah pekan kecil. Ada beberapa buah kedai runcit, deretan beberapa buah rumah, kawasan ternakan ayam, kambing dan beberapa tanaman di dalam pagar dan juga ada klinik.

Kawasan ini dilengkari dengan pagar besi yang tinggi. Di setiap penjuru kelihatan banyak pengawal berbadan sasa dan memegang senapang panjang di dada. Mereka sentiasa memerhati gerak geri orang yang masuk dan keluar.

Han capai bag dalam kereta lalu ditariknya keluar. Roda bag bergeser dengan tanah kotor. Mata Han tak berkelip melihat papan tanda dihadapan. Kem Anak Dara. Dia telan air liur. Zip seluar diperbetulkan. Jangan duga dia macam ni.

“Kau pergi masuk klinik tu. Cakap nama kau Dr. Han. Dalam tu akan ada seorang jururawat. Dia akan bantu selok-belok hal dalam klinik. Jangan nak melencong tempat lain. Pukul 1 tengahari, aku datang ambil kau. Kau leh rehat dulu hari ni dekat bilik. Makan, tu depan tu ada kedai nasi ayam. Makanan semua free untuk kakitangan. Makanlah berape banyak kau nak. Asalkan buat kerja.”

Albert terus meninggalkan Han. Doktor itu terkapai-kapai mencari jururawat. Klinik itu kosong.

“Hello? Hi? Hellooo?” Han menekan-nekan loceng di atas meja klinik.

Lambat-lambat seorang gadis berpakaian seragam putih keluar daripada bilik belakang. Di bibirnya, gincu terpalit pada pipi. Bajunya tidak berbutang atas. Terkedek-kedek dia menghampiri kaunter. Sesekali menarik skirt pendeknya ke bawah.

“Sory! Sory! Ya, cik nak jumpa doktor ke?” Tanya jururawat itu lembut.

“Saya Dr. Han. Hari pertama di sini. Saya kena jumpa siapa ya?”

“Oh! Doktor baru! Kejap ya doktor!” Mellisa melepaskan ikatan rambutnya. Getah rambut digigit perlahan. Langkah laju menghampiri cermin. Dia leraikan rambutnya sedikit kemudian dia ikat kembali menggunakan getah rambut. Gincu di pipi dilap dengan tisu. Tapakan kaki dari belakang bilik kedengaran.

Seorang lelaki berbaju putih dan berlengan pendek keluar daripada belakang.

“Nanti aku datang balik.” Dia menjeling ke arah Dr.Han. Cis! Potong stim lah!

Han tergamam. Ni klinik ke apa ni! Ah, fikir balik, kau kan dekat area orang jahat. Jangan ingat kau rawat orang ni dapat pahala! Sama je dua kali lima! Satu kaki dah langkah neraka lah!

Please like and comment! Kalau x tak semangat nak sambung lagi haha!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience