bab 8

Action Series 12163

Han meliritkan anak mata sekilas ke belakang. Tiada siapa pun yang mengekorinya. Hatinya berdegup kencang. Nafasnya laju. Badan berpeluh kerana bahang akibat dia melarikan diri daripada anjing di pagar sebentar tadi. Kelibat Averyn tidak kelihatan. Ave mengatakan tepat pada pukul 2, diarahkan jejaka itu untuk masuk tanpa perlu memanggilnya. Doktor Han mengeluarkan kunci dan dia pulas anak kunci di dalam tombol pintu. Krak. Pintu terbuka luas. Han sangat takut jika kehadirannya dihidu penyangak nombor satu. Malah, jika dirinya ditangkap, pasti dia akan dibunuh serta merta.

Han menutup pintu dibelakangnya. Pintu itu agak berat. Dia menyelak pintu dengan cepat. Mata meliar melihat keadaan rumah. Rumahnya nampak kemas di bahagian ruang tamu. Perabot-perabot lama nampak elok disusun satu persatu. Nampak antik sangat. Han mengelap peluhnya yang menitik. Dia tarik nafas dalam. Kau gila, Han! Kau gila!

Jam di dinding berdetik pukul 2.10 pagi. Dia tak sangka perjalanan dia menyelinap masuk ke dalam rumah orang itu sudah mengambil masa 10 minit. Han berjalan ke arah tangga dan melangkah naik. Bunyi anak tangga berkeriuk. Han ketap gigi. Ah, tolonglah jangan sesiapa nampak aku!

Han berlari anak menaiki tangga tersebut. Di tingkat dua, dia nampak ada empat bilik. Han memberanikan untuk membuka satu persatu bilik. Nadinya masih berdegup pantas. Dia sedang adrenaline rush!

Apabila ketiga-tiga pintu itu bukanlah tempatnya, dia pasti pintu terakhir itulah bilik Averyn. Han menolak pintu itu sedikit. Pintu itu tidak berkunci. Sudah terbuka sedikit. Jadi mudah sahaja dia meninjau ke dalam bilik.

Kosong. Aduh!

Adakah Ave sedang bermain-main dengan aku? Damn it, Averyn!

Han memaling pandangannya ke arah katil. Tiba-tiba dia nampak sepasang kaki dan badan terkujur di atas lantai. Matanya terbeliak. Itu, Ave!

Han berlari dan bersungkur di atas lantai. Dia cemas.

“Ave! Ave! Bangun awak!” Han menampar pipi gadis itu. Dia melihat ada pisau di atas lantai. Di pergelangan tangan kanan gadis itu darah sedang mengalir di atas barisan luka. Did she tried to commit suicide!

Lambat-lambat Ave membuka mata. Dia tersengih melihat Han dalam keadaan pucat. Ah, muka kau lagi pucatlah, Ave!

“Hai... d... doktor.” Gadis itu meleretkan senyuman yang nipis. Dia rasa cubaan bunuh kali ini tidak berjaya. Ave juga sudah tidak ingat kali ke berapa dia cuba menamatkan nyawanya. Tetapi Albert dan Mojo selalunya datang tepat pada waktunya.

Han mencepung badan Averyn dan perlahan-lahan meletakkan gadis itu di atas katil. Gadis itu nampak tak bermaya. Han berlari keluar bilik. Dia masuk ke salah satu bilik yang dia masuki tadi. Sebuah bilik penuh dengan barang peralatan perubatan. Semestinya jika mahu jadi ketua mafia, kau kena ada banyak barang macam ni.

Han mengambil secebis kain, sebotol alkohol, beberapa batang jarum dan sebotol air saline. Dia berlari tak tentu arah dan letak semua barang-barang di atas meja di sebelah katil. Han menekap kain itu dengan kuat pada pergelangan tangan Ave. Dia mengambil pita lalu membalut kain itu pada tangan apabila dia nampak darah sudah tidak mengalir. Dia mengangkat gadis itu lebih cermat. Han memperbetulkan posisi Ave agar terbaring. Dia ambil tangan kiri Ave lalu memasukkan jarum pada tangan gadis itu. Dia lihat Ave mengadu kesakitan. Tahu pun sakit! Mati lagi sakitlah!

Apabila jarum sudah dimasuki, dia menampal plastik pada jarum. Ave telah pun menerima sebotol air saline yang digunakan untuk menampung darah yang banyak mengalir. Jika banyak darah keluar daripada badan, organ-organ dalaman akan ketandusan darah dan menyebabkan kurang oksigen pada sel.

Han menyelak rambut Ave. Dia letak tapak tangan pada dahi Ave. Tak panas. Han lekas pula mengepam darah Ave buat kali ke tiga. Bacaan stabil. Ave nampak sedikit segar daripda tadi. Sebentar tadi dia sudah nyawa-nyawa ikan kini dia telah menerima sedikit air dalam badan.

Doktor itu menarik kerusi yang sedang didudukinya agar makin rapat pada katil. Dia rasa kasihan melihat gadis ini. Apa yang membuatkan kau jadi macam ni? Han mengerut dahi yang hampir bercantum. Dia mendengus kasar. Entah kenapa dia terdetik untuk menarik seluar ke lutut dan memeriksa anggota badan Ave. Apabila dia melakukan sedemikian, dia nampak banyak kesan lebam pada kaki dan tangan gadis itu. Han berlari turun ke bawah dan membuka peti ais di dapur. Dia capai beberapa ketulan ais. Jejaka itu terus meletakkan kain yang dipenuhi ais lalu menuam ke atas kulit yang nampak kebiruan. Sadisnya hidup kau, Ave! Siapa yang tergamak buat kau macam ni?

Sejam sudah berlalu, Ave perlahan-lahan membuka matanya. Dia nampak Han tertidur di tepi katil. Gadis itu rasa marah! Kenapa kau selamatkan aku! Suka hatila aku nak mati macam mana pun? Bukankah kau suka bila aku tak lagi mengganggu kau!

Kelam kabut Gadis itu cuba menarik jarum yang mencucuk di tangan. Ave menangis-nangis. Dia meneriak kuat. Han terus terjaga daripada tidur. Dia pegang tangan Ave kemas dan kuat.

“Let me go, Han! I dont want to live anymore!” Gadis itu mengelap air matanya. Penat hidup macam ni!

“Saya akan lepas kalau awak berhenti tarik jarum ni!” Doktor Han nampak tegas. Dia bukanlah lelaki yang penakut seperti semalam. Perubahannya drastik. Han paling benci orang yang mahu membunuh diri. Cukuplah abah dan ibunya menamatkan riwayat mereka tanpa sempat Han membantu!

“No... please...” Ave meminta dilepaskan.

“Averyn, cukup! Saya nak awak rehat je.”

“Apa guna lagi? Aku ni pelacur je! Tak ada sedikit kasih sayang pun yang aku terima! This should end, Han!”

Han tidak peduli apa. Entah kenapa dia tergerak untuk memeluk gadis itu. Perasaannya hangat. Ave terkaku seperti orang bodoh. Kau ingat kau kuat, Ave!

“Awak, untuk kali ke berapa, saya memang tak takut dengan awak. Kalau awak rasa awak boleh kontrol saya, please end this bullshit. Im worried sick!” Han memeluk gadis itu kuat. Dia membiarkan Ave meletakkan dagunya di bahu Doktor Han. Air matanya tidak berhenti mengalir. Ave rasa seperti kekuatannya terus hilang.

Baru sahaja tadi dia dipukul dan diterajang Sir selepas Ave mogok untuk melarikan diri. Apabila pergelutan itu berlaku, Sir terus angkat tangan. Ditampar muka perempuan itu agar dia harus ingat mana bumi yang dia sedang pijak!

“Shh...” Han menepuk-nepuk di belakang badan Ave. Gadis itu sudah mula berhenti menangis. Dia tiba-tiba menolak badan Han Kasar. Doktor itu membiarkan. Pelukan mereka terlerai.

Ave nampak Han tersenyum sinis. “Why did you smile?”

“Tak ada apa. Saya rasa awak ni tak lah kuat macam yang saya fikir.”

“Shut up.” Senada saja Ave berkata-kata. Dia menjeling pada Han. Pandangannya tajam setajam pisau. Han masih dengan senyumannya yang bersahaja.

“You should act more like this. Tak payah nak tunjuk kuat sangat.”

“Kalau saya tak tunjuk kuat, orang akan pijak saya. I dont want that.” Averyn menyilang tangannya. Dia lempar pandangannya ke arah lain.

“Hei...” Han menarik dagu Averyn agar muka itu memandang muka jejaka itu. Mata mereka bersua. Mata Han nampak redup. Entah kenapa gadis itu rasa selamat.

“Nak merajuk ke atau nak saya balik?” Han mengugut.

“Hmm...” Averyn memuncungkan bibir. Dia kalah!

“Good. Now explain. Why i need to be here at 2 am?” Han bertanya. Tangan dia menyelak helaian rambut Averyn lalu meletakkannya di belakang telinga.

“Shit!” Averyn terlupa. Dia lupa yang dia suruh Han datang sini. Sebab tu Han berjaya selamatkan dia.

“What? Why?” Han memaling badannya ke belakang. Dia tolek kiri dan kanan.

“I forgot i told you to come here.”

“And?” Han masih bertanya.

“Tak ada apa penting pun. I just want you to just follow my orders.”

“Yes, im following. Then now what?” Han mula tarik tali. Dia cuba bangun tetapi cepat sahaja di halang Ave.

“Awak nak apa daripada saya sebenarnya?” Han memberanikan diri mendekatkan mukanya pada muka Ave. Wajah gadis itu memang jelita. Dia nampak kagum apabila melihat tidak ada sedikit pun cacat cela pada muka Averyn.

Apabila Ave memejamkan matanya rapat, Han terus menghembuskan nafas di pipi Averyn. “You know what, i feel like kissing you on this lips.” Han meletakkan jarinya pada bibir Averyn yang lembut.

“But... muah...I will just kiss your forehead for now.” Kelihatan gadis itu leka dengan ciuman di atas dahi. Dia mahu lebih. Han tiba-tiba menolak kepala averyn kasar lalu membaringkan gadis itu di atas katil.

Han pula terus bangun. “If you want me, then obey me.”

Averyn terus duduk kasar. “You!”

“No you! Averyn, please stop making me your puppet. Jangan arahkan saya datang sini lagi. I dont like. Please.” Han angkat telunjuk jari. Dia memberi amaran.

“Fine!”

“Good, now you listen!” Han terus kembali duduk di atas katil. Badan dia henyak sedikit ke atas katil empuk itu. Dia tahu macam mana nak tundukkan ego minah ni! Senang! Kacanglah! Aku doktor Han lah!

Please comment if you want more! Thanks

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience