bab 6

Action Series 12163

Cantik itu hanya pada paras rupa. Seorang perempuan yang mahukan perhatian seorang lelaki perlu berusaha keras. Dari atas kepala sehingga hujung kaki, wanita itu perlu nampak segak. Kepuasan seorang lelaki itu bukan hanya pada mata, tetapi juga pada bau, rasa dan perasaan. Seorang wanita itu perlu sentiasa menghiasi diri dengan bau badan yang wangi. Pilihlah warna bunga kerana ia kekal segar. Bau masam manis boleh tetapi nanti pada penghujungnya akan ada bau masam badan. Dan apabila seorang lelaki menginginkan seorang perempuan, apa yang penting adalah kelembutan kulit itu. Rajin-rajinlah mandi dan letak lotion badan. Biarlah apabila disentuh rasa lembut seperti sutera. Bukannya kasar seperti pasir-pasir tanah.

Perasaan juga perlu dijaga. Ambil hati dengan berkata-kata yang indah dan baik-baik sahaja. Lelaki tidak suka apabila muka cantik tetapi mulut celupar. Bingit dan menyakitkan telinga. Jaga perasaan juga bermaksud buatkan jiwa dia tenteram. Jangan menggatal layan lelaki lain. Perlu memberi kekasih hati sepenuh perhatian. Jikalau ada salah, ucap maaf. Jika dia yang salah, beritahu dia dan berbincang. Menjadi seorang wanita itu tidak mudah. Mereka ibarat air jernih yang mengalir. Jika tanah mengotori, maka kotorlah ia.

Averyn sedang tekun menunjukkan cara-cara untuk bercakap dengan seorang lelaki. Tidak boleh merenung mata mereka lama. Apabila dipandang, jeling sahaja dan kemudian pandang kaki dia. Kalau gelak, jangan gelak nampak gigi. Biasakan gelak sambil tutup mulut.

“Ya, macam tu. Bagus. Bagus!” Averyn berjalan ke arah sekumpulan perempuan yang sedang mengikuti kelas yang diadakan pagi itu. Mereka menggayakan cara memikat lelaki.

Averyn berlari ke hadapan kelas. Dia menyuruh semua orang memberi perhatian kepada dia. Tangan dia menepuk tiga kali. “Ok! Untuk yang terakhir, cara berjalan. Jangan membongkok seperti ini. Tetapi berjalan tegak dan mendada. Tetapi pandangan dilabuhkan! Jangan pandang macam ni pula.” Dia mengarahkan seorang budak menggayakan semula. Mereka hanya ketawa. Waima mereka telah diculik dan dijadikan habuan untuk nafsu lelaki, mereka merasa sedikit tenang apabila Averyn mengetuai mereka. Gadis ini akan sentiasa memihak kepada adik-adik ini. Kalau benar, kata benar. Kalau salah pasti akan dihukum!

Dari jauh kelihatan tiga orang lelaki mendekati KAN iaitu kem anak dara. Tangan Han ditarik kasar oleh Mojo. Mereka mendesak agar Han masuk ke dalam kem itu. Han menggeleng-geleng kepala. “Bang, tolong bang! Aku tak nak masuk sini!”

“Han, cepatlah. Kita masuk pintu belakang!”

Doktor itu terus melutut sambil menggosok-gosok tangannya. Dia merenung anak mata Mojo kemudian memandang Albert. “Albert, please, i dont want to get caught! I cannot die like this!”

Albert mengeluarkan pisau. “Han, kalau kau tak nak ikut kitaorang, aku terpaksa bunuh kau sekarang.” Jejaka itu membisik ke telinga Han. Dia acu pisau pada tengkuk.

“Albert... janganlah. Ak..aku takut kalau kena tangkap. Tempat ni tempat haram!”

Mojo tiba-tiba ketawa. Dia kata mereka ke sini sebab ada hal penting. Kalau Han tak nak ikut, bunuh je dia dekat sini. Biar aku cover.

Han cepat-cepat bangun. Dia tarik nafas dalam dan lap peluh pada dahi. “Ok! Ok! Ak.. aku ikut korang! Tapi kita nak buat apa ni? Aku takutlah macam ni.”

“Kau ikut je. Tak payah banyak cakap!” Mojo mendengus. Badannya memang sasa. Dia rasa nak terajang mamat mata sepet ni. Penakut betul. Meh sini aku ajar kau macam mana nak jadi lelaki sejati!

“Bb... baik!” Han berdiri tegak. Dia membontoti Mojo dan Albert. Mereka berjalan secara perlahan-lahan. Pintu belakang itu dibuka dan kemudian Han yang paling belakang menutup perlahan. Mereka berjalan ke arah bilik kosong dan menyorok di belakang perabot besar. Di situ, mereka boleh meninjau gadis-gadis yang cantik belaka melakukakan aktiviti pagi. Semasa gadis itu melakukan renggangan, kedengaran Han mengatakan aaaahh... tak semena kepalanya diketuk kuat oleh Albert.

“Shh! Senyaplah!”

Han seka air liur dia cepat-cepat. Kepala yang sudah biul diketuk, diurut-urut lembut. Sakitnya, bang! Kita buat apa ni? Bukan ni ke sepatutnya reaksi yang perlu aku buat!

Mojo tarik Han ke tepi apabila dia rasa ada orang melihat mereka. Averyn menoleh ke belakang. Tiada orang. Setelah itu, dia sambung mengajar.

Han masih memerhati. Siapa gadis jelita itu? Cantiknya! Daripada hujung rambut ke hujung kaki, dia nampak sangat sempurna!

“Tu lah isteri Sir! Yang tu kau jangan cakap dengan dia. Kalau Sir tahu, naya kau!”

Han tersengih. Dia rasa bila-bila sahaja malaikat akan cabut nyawa dia. Gila apa masuk kem anak dara ni! Tolonglah, aku nak lari daripada sini!

Mereka bertiga akhirnya tertidur di belakang perabot. Apabila bunyi bising sebentar tadi tidak lagi kedengaran, Albert terus terjaga. Dia siku Mojo. Mojo pula mengejut Han. Mereka rasa selamat sekarang.

Han bangun daripada tidurnya. Nasib baik tak berdengkur. Mojo menolak badan Han agar dia keluar daripada tempat persembunyian. Han menoleh kiri dan kanan barulah dia keluar.

Mojo dan Albert pula seterusnya keluar. Tiba-tiba kelibat seseorang muncul dan masuk ke dalam bilik itu. Mukanya terkejut. Dia tidak menjerit. Apabila dia nampak Han, dia meneriak kecil. Dia teruja! Ini lah lelaki tampan tu!

“Doktor Han!” Avery mendekati. Han hanya menggeleng-geleng. Dia kunci mulut dia. Jangan cakap apa-apa Han, nanti dua ekor ni bunuh kau!

Han menyilang tangan. Dia buat isyarat nak lalu. Dia tunduk sambil tangan tegak ke bawah. Averyn menahan langkah Han. Dia silang tangan pada dada sambil melihat Han terbongkok. Han terus berdiri tegak. Dia tunjuk jari telunjuk. Sekejap, mungkin itu katanya. Avery angkat kening.

“Doktor nak cakap apa ni?”

Han mengeleng-geleng kepala dia. Jangan cakap apa-apa Han. Jejaka itu sempat mengerling kepada dua jejaka dibelakangnya. Avery tiba-tiba mencubit pipi Han. Han tersenyum menampakkan lesung pipit. “Ish, comelnya doktor ni!”

“Doktor nak kawin dengan saya tak? Hehehe!”

“Apa? Gila apa!” Han menjerit. Mata dia membulat. Cis! Apa kau buat ni Han!

Avery masih mengekek ketawa. Mojo dan Albert menghampiri Han. Dua pistol dikeluarkan daripada poket masing-masing. Pistol itu mengacu kepala Han. Doktor itu menggeleng-geleng kepala seperti skru longgar. Boleh gila aku macam ni! Please, someone! tolong selamatkan aku!

Please komen!! Thank u!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience