bab 4

Action Series 12163

Matahari pagi mula menyinari bilik Han. Jejaka itu sudah bangun pagi dan bersiap sedia untuk menjalankan kerjanya. Dengar khabar, ada pertempuran di luar kem. Dua van akan tiba sekejap lagi. Han yang sudah membiasakan diri dalam keadaan cemas nampak tenang. Dia memakai baju scrub berwarna merah. Steteskop diletakkan pada bahu. Roti yang sudah disapu jem lekas dimasukkan ke dalam mulut. Sambil mengunyah, dia membelek-belek buku. Dia perlu mengingati apa yang dipelajari. Apabila sudah bersedia, dia bergegas keluar bilik dan turun ke bawah. Kelihatan Albert sedang minum kopi di atas meja. Jejaka itu mempelawa Dr. Han.

“Nak kopi?”

“Boleh gak!” Han berjalan ke arah meja. Teko itu menuang air kopi ke dalam cawan. Air panas itu perlahan-lahan diteguk. Adoi, melecur saluran pemakanan aku ni! Han terus menjelir lidah. Wek! Panas!

Albert yang sedang tenang membaca surat khabar hanya mendengus. Dia geleng-geleng kepala. Gelojoh! Dr Han segera berjalan ke sinki. Dia membasuh cawan itu segera. Dia dah lambat!

Han berlari ke luar pintu. Dia memakai kasut nike hitam. Kemudian, dia capai salah satu basikal yang tersidai. Dia kayuh basikal itu berhati-hati. Dr Han melayari jalan kecil itu. Di sebelah kiri kelihatan rumah anak dara. Kerana terlalu takut, dia kejap-kejap pejam mata. Mampus kalau dituduh atau difitnah nanti! Sesekali basikal tersasar daripada jalan. Dia mengeluh kasar. Penatla macam ni setiap hari!

Sesampainya di klinik, Dr Han membuka pintu klinik. Mel kelihatan sedang duduk memotong kuku. Usai sudah, dia ambil perwarna cat kuku. Berus itu perlahan-lahan menyapu kuku. Kuku itu nampak cantik berwarna nude colour. Han menggeleng kepala. Ni bukan klinik ni! Ni kedai pendandan mencantikkan diri!

“Hai! Mana Dr. X?” Han menyapa.

“Dr. Han!” Mel meneriak. Dia nampak gembira melihat jejaka tampan ini.

Han menjenguk pintu bilik Dr X. Tiada orang di dalam.

“Oh, Dr X tak ada hari ni. Hari ni saya dengan doktor je.”

“Biar betul! Dua van nanti tau nak sampai!”

Mel laju bangun dan dia membisik ke telinga dr. Han. “Doktor, alah. Nanti yang datang semua nyawa-nyawa ikan. Tunggu nak mati je.Rawat biasa-biasa je. Doktor kena rawat orang kanan Sir je dulu!”

Han membeliakkan mata. Aik! Habis tu kerja aku buat apa!

“Haha! Lucu tengok muka doktor. Doktor ada dekat sini pun untuk tujuan documentation je. Kalau ada apa-apa berlaku, dorang nak bukti rawatan daripada seorang doktor, senang kerja doktor ada. Itu je.”

Han tepuk dahi. Penat-penat aku siap. Kalau tahu tadi aku tak bersemangat bekerja.

“Ok baiklah. Tapi sebab saya tak tahu macam mana nanti keadaan, kita prepare siap-siap barang. Cepat!” Marah Dr. Han. Mel memonyokkan muka. Tak pernah lagi dia jumpa doktor sebaik ini. Bersemangat untuk merawat pesakit. Sebelum ni, doktor di sini semua gatal-gatal dan jahat. Dia ni, memang lain macam!

****
Picagari 10cc itu diletakkan di dalam bekas tray. Beberapa batang jaram dikeluarkan. Botol air saline itu memenuhi rak-rak. Setiap katil itu diperkemaskan. Katil kanvas hijau disusun rapi. Jururawat Mellisa kehulu dan kehilir meneliti barang-barang yang perlu disediakan. Dr Han memeriksa alat detak jantung, alat monitor jantung, alat set tekanan darah dan beberapa lagi mesin yang sudah lama tidak digunakan. Beberapa bilah jarum dan pisau telah diletakkan di dalam bekas. Apabila sudah bersedia, Dr Han dan Mel menunggu di hadapan klinik. Masih tidak kelihatan kelibat van yang membawa pesakit.

“Doktor, ingat tau. Jangan tanya macam mana dorang sakit. Ketua sindiket tu sendiri yang akan beritahu doktor apa jenis kecederaan. Jatuh, patah ke, lemas ke... Kalau dorang dengar, waktu tu jugak pistol diacu. Saya dah tak boleh tolong. Dan! Kalau ada orang minta tolong dilepaskan, buat pekak! Jangan jawab atau tanya! Jangan hiraukan.”

Dr Han mengangguk laju. Baiklah!

Kedengaran bunyi sreet di luar klinik. Mata Han membulat. Ok! Masa untuk bertindak!

Dia segera buka pintu. Sebuah van kelihatan memarkirkan kenderaan itu dalam keadaan tergesa-gesa. Pintu van terbuka luas dan kasar. Bunyi orang mengerang kedengaran dari dalam van. Han memeriksa bilangan pesakit. Satu, dua... lima semuanya!

Kata dua van! Apa dah jadi pada van lagi satu! Ah, jangan tanya, Han! Nanti kalau tanye, kena bunuh dekat sini terus. Picit mulut tu! Picit! Picit!

Mel mengeluarkan katil tolak. 4 orang boleh berjalan dan seorang perlu ditolak dengan katil empat tayar. Han mengarahkan empat orang itu dipapah masuk ke dalam klinik. Terdapat beberapa orang lelaki menolong mangsa. Seorang lelaki yang sedang tidak bermaya diletakkan di atas katil.

Sambil menolak katil itu, seorang ketua dalam sindiket itu menghampiri Han.

“Kepala dia kena tetak! Darah mengalir banyak ni!”

Han mengambil alih menekan kepala lelaki tersebut. Dia angguk. Tidak banyak bertanya.

Mereka berlari masuk ke dalam klinik kecil itu. Kelihatan mangsa sudah terbaring di atas katil kanvas di atas lantai. Beberapa orang rakan lelaki menolong sekadar mampu untuk membantu. Sepertinya mereka sudah biasa akan keadaan begini.

“Cik! Cik! Jawab soalan saya ni!” Dr Han meneriak. Dia picit lampu suluh. Dia suluh pada anak mata. Gerakan pupil masih reaktif. Kemudian, Han tekan dada menggunakan penumbuk tangan. Tidak banyak pergerakan. Cis! Kemungkinan ada pendarahan pada otak.

Han geleng kepala laju. Dia mendengus kasar.

“Damn it! Damn it!” Han menghentak kaki. Dia geram kerana dia tak mampu nak buat apa-apa.

“Doktor! Buat apa doktor mampu je!” Mel menjerit sambil meletakkan alat pengepam darah.

“Bagi dia oksigen! High flow mask! Monitor tekanan oksigen dan darah. Ambil bacaan gula sekarang!”

“Gula 7.1, doktor!”

“Kepala dia ni... ah! Kita kena bawa dia pergi hospital untuk skan otak!” Han mula panik. Tiba-tiba, bahu disentuh kasar. Lelaki itu menggeleng-geleng kepala. Kemudian, dia keluarkan pistol. Katanya, jangan bertindak bodoh! Kalau tak dia acu pistol ni. Han mendengus. Dia berlari ke arah botol air saline di rak. Jarum berwarna pink dimasukkan ke dalam tangan pesakit itu. Sejurus itu, dia memberi air itu melalui jarum. Han menunggu tekanan darah dipam semula. Bacaan stabil.

Ah, mana pergi doktor X!

“Doktor Han! Kita kena jahit kepala dia ni!” Mel meneriak. Dia cuba tenangkan diri.

Han berlari mencuci tangan dengan alkohol. Sarung tangan putih itu disarung. Dia buka kain yang sedang menekap muka jejaka itu. Pendarahan nampak banyak. Han mengambil jarum lalu mencucuk pada bahagian luka. Itu adalah ubat tahan sakit. Selepas itu, dia mula menjahit kening yang telah ditetak. Jahitan nampak kemas. Pendarahan berhenti. Pesakit mula sedarkan diri. Pandangannya nampak kabur. Dia rasa pening kepala!

“Tak boleh jadi ni! Aku rasa useless! Apa guna aku di sini!” Han menekap muka. Dia tertekan.

“Doktor! Ni pesakit katil satu! Ini bacaan jantung. Rentaknya tidak baik!” Mel menyerahkan sehelai kertas.

“Cis! Atrial fibrillation. Tak stabil ni! Bagi digoxin! Cepat!” Han berlari ke arah pesakit katil satu.

“Cik rasa macam mana?”

“Dada berdebar doktor! Rasa macam nak pecah!”

“Mel, tengok semula bacaan tekanan darah dia. Kalau rendah start noradrenaline.”

“Baik!”

Han ke hulu dan ke hilir menguruskan pesakit. Begitu bersungguh-sungguh merawat. Waima Dr Han berusaha, rawatan yang diberikan tetap tidak cukup. Sekadar ala kadar sahaja. Untuk mengurangkan kesakitan.

Daripada jauh, seorang perempuan bernama Averyn melihat dengan teliti tingkah laku Dr Han. Hati terdetik suka. Dia nak tahu lebih lanjut tentang lelaki ini. Semasa dia menjalankan tugas, dia nampak berbeza daripada perwatakannya. Di luar kerja, nampak kelam kabut tetapi semasa kerja, susunan kerja nampak kemas. Siapa kau Dr Han? Mampukah kau menahan godaan aku? Haha! Haha! Aku teringin nak bermain dengan kau!

Please comment! Komen banyak2!!! Hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience