bab 10

Action Series 12163

Han duduk di atas kerusi. Masih tekun menelaah buku-buku. Memang kegemaran Han adalah membaca. Beri sahaja apa jenis bahan bacaan, dia akan bacanya dengan tekun. Han yang duduk di atas kerusi memusing kerusinya berkali-kali. Dia pusing dan pusing sehingga badan tidak seimbang. Kedebuk! Badan tersungkur seperti kerang busuk. Mukanya sudah leper disembam ke lantai. Anak mata dia naik ke atas menjadi putih. Dia mengerang kesakitan.

Averyn yang meninjau keadaan bilik Han menggunakan teropong mata itu ketawa terbahak-bahak. Gadis itu sangat suka melihat drama pagi-pagi. Dulu hidupnya sangat pudar sekarang dia ada Han untuk menghiburkan hati.

Kelihatan Han bangun sambil mengurut-urut pinggang dia. Dia ambil minyak panas dan tuang pada tangan. Malangnya, minyak itu tertumpah di atas tangan dan melimpah ke atas lantai. Sewaktu Han tergopoh-gopoh mengambil tuala untuk mengelap minyak itu. Dia tersadung kakinya lalu jatuh sekali lagi. Gadis yang masih memerhati tergelak kecil. Dia capai pop corn di dalam bekas. Bersahaja dia kunyah. Sedap rasa masin manis. Rangup pula tu.

Han bangun tergesa-gesa. Dia menggeleng-geleng kepala. Nampak dia mengeluh berat. Apalah nasib diri dia ni!

Tiba-tiba Averyn nampak pintu Han terbuka luas. Ave cepat-cepat tunduk. Dia menyorok di bawah meja. Harap tiada siapa yang perasan diri dia. Albert muncul di hadapan pintu. Dia masuk ke dalam bilik Han. Mata dia meliar melihat bilik Han dan alangkah terkejutnya apabila dia nampak langsir bilik jejaka itu senipis baju. Dia nampak sedang bertekak dengan Han. Han nampak pening dengan kenyataan Albert.

Mereka memeriksa langsir yang digunakan Han.

“Kau tak nampak ke langsir ni jarang nak mati!”

Han mengerut dahi dia.

“Mana ada. Aku tak rasa... jarang? Ehh...” Han membeliakkan mata. Dia selak langsir dia. Ave sudah berlari masuk ke dalam biliknya. Shit! Kenapa Albert boleh perasan pulak! Buang mood betul lah!

“Aku rasa tak jarang pun masa letak ni.” Han menggaru kepala. Sungguh dia tak ambil tahu sangat kerana tidak berapa jelas penglihatannya.

“Kau tahu tak, nasib baik Sir tak nampak bilik kau ni. Mati kau tahu tak! Mati! Cepat! Pasang langsir baru! Aku tunggu sini sampai kau siap pasang!”

Han berlari mengambil langsir baru. Mereka memasang langsir itu bersama-sama. Nampak wajah Albert sedikit tenang.

“Kau ni kan... ish! Macam budak kecik! Semua benda aku kena pantau!”

Han tersengih sendirian. “Sorrylah!”

“Dah cepat. Sir nak jumpa kau! Ha! Kau buat apa? Aku tak tahu.” Albert mengarahkan Han seperti ketua kelas. Cikgu nak jumpa oi!

“Ha! Asal?”

“Entah aku rasa ada kena mengena dengan Averyn. Kau buat apa?”

“Weh... tak nak jumpa boleh tak? Aku tak kuat iman ni.”

“Aku ni memang kawan kau, tapi kalau Sir yang suruh, aku kena tekun ikut cakap dia. Kalau sekarang ni dia suruh bunuh kau, aku bunuh kau, Han!”

“Albert!” Han menggosok-gosok tangan dia dihadapan Albert. Kepala menggeleng-geleng. Dia merayu semahu-mahunya.

“K..kau cakap aku dah mati!”

“Haha! Dah tak payah! Cepat ah!” Albert menarik tangan Han. Lelaki itu mengekori dan membuntuti belakang Albert. Apabila Albert nampak Han tiba-tiba berhenti, dia tolak badan kawan dia agar keluar daripada bilik.

‘Ish! Masalahla Sir ni! Averyn ada cakap apa-apa ke? Aduh! Macam mana ni?’ Bentak Han dalam hati. Dia dapat rasa jantung dia berdegup laju. Kepala pula menitikkan air peluh yang banyak.

“Kalau kau jumpa dia, jangan senyum. Buat muka serius. Riak muka kena tunjuk kau takut dia. Dia pantang nampak orang tak takut dia.” Albert memberi pesan.

Aduuu nak terkencing ni rasa!

“Albert! Nak kencing jap!” Han berlari lalu dia terus masuk ke dalam bilik air. Albert menahan pintu dengan kaki dia. Kepala menjengah ke dalam.

“Aku nak kencing ah! Tutupla pintu!” Han meneriak.

Albert senyum sinis. “Tak apa. Aku pun ada burung. Kau kencing je. Aku takut kau lari.”

Han mencebik. “Yela. Yela. Burung aku je nak terbang sekarang ni.”

Psss... ah, legaa...

Han tersenyum sambil anak mata dia pandang siling.

***

Jejaka itu melihat kereta BMW hitam yang diparkirkan di hadapan pintu rumah. Han telan air liur. Tidak pasti apa pengakhiran hidup dia. Macam mana dia nak lengahkan masa Sir. Han buat-buat pandang baju dia. Cuba cari benang mana yang tersimpul. Dia buat-buat tengok kuku dia. Semua dah buat! Tapi hati masih rasa tak tenang.

Albert membuka pintu. Daripada jauh dia nampk Sir. Ini adalah kali kedua dia bertemu Sir. Kali pertama adalah semasa dia menandatangani perjanjian untuk tinggal di sini.

Han masuk ke dalam tanpa disuruh. Dia melabuhkan punggung dia yang panas atas kerusi di sebelah Sir. Dia tidak menyapa Sir. Takut!

Ah, apa nak jadi, jadilah!

Sir masih leka menelaah beberapa dokumen. Dia nampak sedang berfikir dan menimbang tara satu keputusan.

Han menjeling ke arah Sir. Lelaki gemuk dan tua ini nampak sangat bengis. Di jari jemari lelaki itu sudah nampak ada kesan lebam. Cincinnya nampak besar dan tajam. Han tak puas menelan air liur dia yang kelat di tekak yang kering.

“Han kan?”

“Yes, Sir!” Han menabik. Lutut terketar-ketar menahan resah.

Sir hanya gelak. Dia suka cara Han mengampu dirinya. “Haha! Aku suka kau!”

Sambung dia lagi, “kau tahu Averyn?”

Ok, Han! Calm down! Cakap tahu nama je tau!

“S..saya tahu nama Averyn. Dan beliau ialah isteri kesayangan Sir.”

“Haha!” Sir ketawa besar. Makin galak. “I really like him!”

“Macam ni, saya sebenarnya nampak Averyn seperti murung. Ada apa-apa ubat yang saya boleh bagi?” Sir bertanya. Tiba-tiba dia nampak serius. Han tidak berani memandang anak mata lelaki itu. Peluh di dahi dia seka.

“Saya rasa untuk kurangkan kemurungan adalah dengan membawa isteri Sir keluar dari kem. Semestinya kemurungan itu akan berkurangan.” Han berani mencadangkan sesuatu.

“Oh! Tak ada seorang doktor pun berani memberi pendapat ni. Kau rasa macam tu?”

“Ya! Kita boleh cuba! Kalau tak berkesan, saya ada ubat yang boleh diberi.” Han cakap tegas. Nampak begitu konfiden!

“Baiklah! Mulai hari ini! Saya nak doktor Han ikut sahaja Averyn pergi mana. Pantau dia. Kalau dia nampam murung saya rasa doktor bagi sahaja apa-apa ubat yang sesuai. Boleh?” Sir mengarahkan Albert untuk memastikan Han mengikut Averyn.

Pemandu kereta itu mengangguk. “Baik, Sir!”

“Ok Han. Kau boleh turun sekarang! Albert, mari! Ke tempat seterusnya!”

Please komen thank u!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience