bab 7

Action Series 12163

Han mengamati riak wajah Averyn. Dia nampak bersahaja. Tidak terkejut. Pistol yang telah diacukan pada kepala Han membuatkan peluhnya menitik-nitik. Albert dan Mojo masih kekal dengan mukanya yang bengis. Doktor itu memaling pandangannya sekilas ke arah Averyn. Gadis itu masih ketawa terbongkok-bongkok.

“Guys! Guys! Dah la! Jangan kacau dia! He looks cute when hes scared but lets not disturb him anymore.” Averyn menolak pistol yang diacu.

Tak semena tiba-tiba Albert dan Mojo ikut ketawa. Dr Han senyum kelat. Kau ingat ni kelakar ke? Aku rasa nak terkencing memikirkan yang aku akan mati!

“Ave!” Mojo mendepa tangannya. Gadis itu terus memeluk lelaki berbadan sasa itu. Dia kemudian datang memeluk Albert.

“Han? Ok?” Albert menyapa Han yang bermasam muka.

“Dah ah! Tak payah cakap dengan aku.” Doktor itu makan hati.

“Alah. Kalau tak disebabkan Ave ni, dah lama kau mati ah, bang!” Mojo menyampuk. Averyn segera menyiku lengan Mojo.

“Ish, jangan la kacau dia lagi. Dia tengah marah tu.” Kata gadis itu. Dia berjalan laju ke arah kerusi. Duduknya kasar. Jujurnya dia nampak berbeza dengan perwatakannya semasa berada di dalam kelas. Sebentar tadi, dialah gadis paling menawan dan nampak ayu. Sekarang, Averyn telah menunjukkan dirinya yang sebenar.

“Han! Meh la duduk sini.” Ave mengarahkan mamat itu untuk duduk di sebelahnya.

“Apa tunggu-tunggu! Duduk ah!” Mojo menolak badan Han. Lelaki itu kelam kabut berjalan ke arah gadis itu. Albert hanya mendiamkan diri.

“Kau takut dengan aku ke?” Averyn bertanya apabila Han tidak memandangnya.

“Tak lah. Tak takut.” Han memberanikan diri.

“Guys! Dia cakap tak takut!” Averyn sengaja memerli. Dia sengaja mahu menguji mamat itu. Han membeliakkan mata. Dia menggeleng-geleng.

“Eh, tak! Takut! Aku takut! Tapi... kita buat apa dekat sini, Albert?” Han menoleh dan bertanya kepada Albert. Sengaja tidak mahu melayan gadis itu.

Albert berjalan ke arah Han. Dia duduk di sebelah Han berat. “Tak ada apa. Kitaorang nak jumpa Ave. Kalau dekat luar, nanti orang nampak. Kau boleh rahsiakan benda ni kan?”

“Oi! Jawablah.” Mojo mencelah. Dia baling sebuah bag pada Han. Han segera menyambut.

“Kejaplah! Kau ni bila aku nak jawab, kau pun nak jawab.” Han membidas.

“Eh, mamat ni, aku...” Mojo mahu bangun tapi cepat sahaja ditahan oleh Averyn. “Mojo, sit!”

Mata Mojo menjeling tajam pada Han. Dia kembali duduk. Doktor Han buat-buat pandang kuku jarinya. Uish, cantik kuku ni!

“I feel like killin’ him!” Mojo genggam tangan dia. Averyn yang sudah nampak Mojo berubah mahu jadi marah segera menghampiri. Dia memeluk tubuh Mojo.

“Baby, i dont like when you get mad. Just let him be, ok?” Averyn merangkul tangannya pada tengkuk Mojo. Lelaki itu mula cair. Perasaannya bertukar lembut.

Apabila singa mula jinak, Averyn terus melepaskan rangkulan Mojo. Dia tolak Mojo kasar. Gadis itu bertukar sekelip mata. “Alright! Where are we just now?”

Albert menolak bag yang dipegang Han. “Ini barang yang kau mintak. Macam mana? Cukup tak?”

Han teragak-agak untuk membuka zip. Averyn berjalan ke arah bag itu lalu merampas bag itu daripada Han. “Oh, no, no! Biar aku rasmikan!”

Kedengaran Averyn meneriak kuat. Dia mengeluarkan beberapa helaian duit kertas dalam US pound. Dia menghidu bau kertas itu. Rasanya nikmat.

“I need more of this, Albert! When can i get this?”

“Ave, you will get more kalau kita dapat keluar kem ni lagi. You must convince sir la.”

Averyn memuncungkan bibir. Dia geli apabila kena layan orang tua gemuk tu!

“Itu yang buatkan i nak muntah! Wek!” Ave sengaja memualkan diri.

“Oh, by the way, Doktor Han! You nak join kitaorang?”

“Join apa ni!” Han sedikit gusar.

“Alah, ni aktiviti luar je. Kalau nak cakap nak, kalau tak nak, hmm, aku bagitahu sir yang kau cuba goda aku!” Averyn lekas bangun. Dia menghampiri Han yang sedang duduk di atas kerusi. Averyn menolak badan Han lalu badan dia bersandar pada kerusi. Han tarik nafas panjang. Dia nampak Albert dan Mojo memandangnya tanpa reaksi. Seperti mereka juga sudah terbiasa.

Averyn merapatkan wajahnya pada muka Han. Dia membisikkan pada telinga Han. “Well, i dont think you have the right to say no.”

Han terus merapatkan kakinya. Dia rasa gelisah. Duduknya tak keruan. Apabila Averyn nampak Han sudah tidak duduk diam, dia terus bangun dan menjauhi Han. Badan Averyn masih terpaku di hadapan Han.

“Ini kunci rumah aku. Esok pukul 2 pagi, kau kena datang rumah aku. Kalau tak, aku beritahu Sir yang kau cuba goda aku. Kalau berani tak datang, buatlah.” Kata Ave sambil menyilang tangannya. Mojo kelihatan sedang memandangnya serius sambil mengangkat kening. Albert melempar pandangannya ke tempat lain. Dia tahu Han akan buat apa yang Ave nak. Jangan bermain dengan syaitan, Han! Kau tak akan menang!

Hi please coment!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience