bab 5

Action Series 12166

Setiap detik yang dilalui Dr Han terasa gerun. Bayangkan sepanjang hidupnya menolong orang kini dia dihantui dengan perasaan takut. Seorang lelaki yang dulunya ceria kini nampak murung. Han merasakan dirinya tidak berguna. Dia berdiri menghadap langsir. Dia merenung ke arah langsir itu lama. Langsir itu tidak dibuka. Namun, masih boleh nampak bayang-bayang Han dari luar. Averyn yang baru sahaja berjalan ke luar balkoni memberhentikan jalan. Dia menunduk kepalanya. Setelah itu, dia curi-curi tinjau. Adakah Han nampak Averyn?

Han terpaku di situ. Banyak perkara yang difikirkan. Betulkah apa yang dia buat ni? Kata nak tolong orang, sekarang ni lain pula jadinya. Han menggeliat di hadapan tingkap tertutup. Dia tonyoh-tonyoh mata dia dan menyerabutkan rambut dia yang tebal. Averyn melihat dengan khusyuk. Dia rasa Dr Han ini tak tahu pun Averyn boleh nampak lelaki itu. Han yang sedang menyelubung badannya terus menjatuhkan selimut. Dia tiba-tiba menarik baju t-shirtnya dan terus menanggalkan baju. Kelihatan otot bisep begitu menonjol. Perutnya kempis. Tiba-tiba, Han angkat tangan dan bau ketiak dia. Oklah, bau macam telur busuk dan basi dah terperap dalam tudung saji. Dia membuat muka nak muntah setelah kali ke-lima dia bau. Uwek! Aku nak mandilah!

Averyn yang melihat mengekek-ngekek ketawa. Dia terasa gembira kerana ada hiburan pagi. Lawak betul kelakuan jejaka ni!

Usai mandi pagi, Han mengelap badannya yang basah. Dia cepat-cepat berdiri di hadapan cermin. Rambut itu disikat berkali-kali. Bukannya ada sesiapa pun untuk memikat hatinya. Tetapi dia merasakan dia perlu berada dalam keadaan segak.
Han mengeluarkan minyak wangi dalam rak. Dia sembur minyak wangi itu. Jejaka itu rancak menyembur sambil menari. Lagu di radio mendesing dengan nyaring. Dalam khusyuk dia menari, tiba-tiba kain tuala itu terlucut ke atas lantai. Averyn yang sedang minum arak berwarna kuning menyembur air yang diminum. Matanya terbeliak. Jantungnya berdegup laju.

Han sedang berdiri di hadapan tingkap. Dia tak semena ketawa seperti orang gila. Dia menggelek punggungnya. Tara! Kena skam kau! Aku pakai seluar pendek la!

Averyn mengetuk-ngetuk dada selepas tersedak air. Damn it, Han!

Han menghentikan perbuatannya apabila dia mendengar bunyi ketukan pintu di bilik. Jejaka itu berlari lalu membuka pintu. Kelihatan Albert menjengah ke dalam bilik. Mereka berbual seketika. Albert mengajak Han untuk pergi beriadah. Tanpa sempat berkata apa-apa Albert terus turun ke bawah. Ini bukan ajakan! Ini adalah paksaan! Bila kali terakhir dia beriadah? Rasanya dah setahun ni.

Han nampak sedang mengeluh. Kemudian dia capai Jam Rolex hitam tu dan sarung ke pergelangan tangan. Nampak langsung tak bersemangat. Averyn masih memerhati. Eh, dia nak pergi mana tu? Gadis itu terdetik untuk ambil tahu. Dia segera masuk ke dalam dan memakai baju. Langkahnya laju menghampiri pintu. Belum sempat dia nak keluar, kelibat Sir kelihatan di hadapan pintu.

Riak wajah Sir berubah. Apabila dia nampak Averyn yang sangat cantik berada di depannya, dia ketawa besar. Lelaki cina itu merasakan dia boleh dapat semua yang dia inginkan!

Avery hanya tersengih. Dia takut niatnya dihidu. Gadis itu terus mendepa tangannya lalu berlari memeluk si gemuk itu. Mereka berpelukan. Avery terus berubah manja. Di tangan Sir terdapat satu bag kertas. Dia menghulurkan bag kertas itu. Katanya, ini adalah barang kemas yang paling mahal yang dia dapat beli. Kening Avery terangkat. Dia terus mencium pipi pau si gemuk itu. Perasaan dia sangat teruja. Cepat-cepat dia mengambil bag kertas itu dan mereka terus masuk ke dalam bilik.

***
Albert dan Han menaiki basikal sambil menyusuri jalan itu. Han sedang menyanyi lagu santai. Angin pagi meniup lembut tetapi bahang panas mula terasa. Cepat-cepatla sampai tempat destinasi. Dalam 15 minit mereka berbasikal, mereka akhirnya tiba di situ.

Sebuah gudang besar itu dilewati. Han menolak basikalnya membontoti Albert. Basikal itu diletakkan di tepi gudang. Albert mempelawa Han masuk.

Han boleh mendengar bunyi huh hah! Mereka sedang berlatih untuk menguatkan ketahanan diri. Ada palang tinggi untuk memanjat. Ada tali panjang untuk ditarik dan ada tempat menembak di satu sudut. Han menutup telinga. Bisingnya!

Albert menolak badan Han secara kasar. Han meleretkan matanya ke arah rakannya. Dia nampak seperti sedang menguji keupayaan dirinya. Ah, bak sini aku bagi kuasa pikachu! Pika, pikachu!

Buk! Muka Han ditumbuk kuat. Mata dia berpinar. Cis! Fokus Han! Fokus! Kedengaran Albert ketawa besar. Ni baru betul bertumbuk dan berlawan. Jangan main-main dengan aku Han!

Han mahu menumbuk tetapi belum sempat tangan dia menghayun, dia nampak badan Albert berpecah dua. Tak semena, Han telah tumbang di atas lantai. Hati dia rasa ringan. Ah... lantai! Lembut! Sejuknya!

Albert menepuk-nepuk pipi Han. Lelaki itu tersedar daripada pengsan.

“Bro, kau ok? Rehat dulu. Lepas ni aku ajar kau cara nak lawan. Aku baru test je tadi. Cepat betul kau pengsan!”

Han membeliakkan matanya. Aku pengsan? Berapa lama aku pengsan ni?

Jejaka itu duduk dibantu rakannya. Albert berlari mendapatkan air. Dia menghulurkan air itu kepada Han.

“Minum air ni. Kau kena berlatih sampai petang. Kalau kem ni kena serang dengan orang jahat atau polis, sekurang-kurangnya kau berjaya larikan diri.”

“Kenapa nak lari kalau tak salah?” Tanya Han. Dia meneguk air itu. Kerana bahang panas mula terasa, dia menuang air botol itu pada muka.

“Kau boleh je buat-buat pengsan macam aku tadi.”

“Lah, kau buat-buat ke tadi?”

Han ketawa besar.

“Aku kata contoh je. Atau boleh je kau berlakon jadi orang kena kurung ke.” Han berseloroh.

Albert terus duduk di sebelah Han kasar.

“Kau ingat polis tu nak percaya? Kalau polis ok boleh la dia nak percaya. Tapi kalau geng jahat datang? Kau nak buat apa? Tak kan nak serah diri.” Albert menyeka rambutnya ke belakang. Pandangannya meleret pada Han.

“Betul jugak tu Albert! Dah! Bila dengar kau cakap ni bersemangat pula aku nak berlatih!” Han perlahan-lahan bangun. Badan terasa berbisa. Namun begitu, dia mahu belajar untuk mempertahankan diri.

“Eh, Han!” Albert memanggil nama Han kuat.

“Apa!”

“Kau... kau berak ke tu? Aduh! Busuk ah! Ni tercirit tadi kan?” Albert picit hidung. Bodohla Han! Lain kali bawa seluar lebih ah!

Han mengerang dan terus tekap muka. Dia rasa tenat. Mak, malunya! Terkedek-kedek dia berlari ke bilik air dan salin baju.

***
Waktu tu dah pukul 2 petang, mereka memasuki sebuah kedai nasi ayam. Bau sup herba itu begitu menusuk hidung. Terasa air liur merembes ke dalam mulut. Badan dia sedikit terangkat seraya mengenangkan saat-saat nasi dan sup di atas sudu memasuki rongga mulut.

“Oi! Nak paha ke nak dada?” Albert menghentak meja di kaunter.

“Ha! Sorry! Aku nak ayam paha satu! Sup lebih! Kicap dan sos cili banyak. Nasi dua!” Han menggosok-gosok perutnya yang kelaparan.

Usai mengambil makanan yang sudah tersiap, mereka menghampiri meja empat segi dan duduk menghadap masing-masing. Han duduk tergesa-gesa. Dia capai sudu dan genggam kuat. Kepala sudu menyedok sup dan nasi. Ayam itu pula diratah gelojoh. Albert pula nampak tenang. Dia dah bosan makan nasi ayam. Nasib baik kerjanya melibatkan kes luar kem. Boleh la sesekali dia singgah kedai makan di luar.

Apabila nasi di dalam pinggan nampak makin sedikit, mereka dihampiri seorang jejaka. Kata Albert tu lah tukang masaknya. Fuh! Kacak betul dia ni.

“Mojo!”

“Bro! Sihat ke?” Mojo menghampiri Albert. Mereka berpelukan. Han meletakkan sudu ke atas pinggan. Dia mengangguk seraya Albert memperkenalkan diri Han.

“Mojo, ni doktor Han. Han, ni Mojo. Dia ni lah tulang belakang kepada kedai ni! Masakan dia masyuk! Kau jangan pandang remeh. Skil pisau dia boleh meragut nyawa. Bila dia siat ayam tu, kau boleh nampak anak mata ayam tu tertonjol keluar sambil mengokok. Kok! Kok! Kok! Haha!” Albert berseloroh. Dia nampak begitu selesa berbicara dengan Mojo. Seperti sudah lama berkenalan.

Han dan Mojo bersalaman. Terasa kuat genggaman lelaki itu. Han mengerang kesakitan. Albert masih ketawa kuat. Dia masih rasa lucu dengan cerita ayam berkokok!

“Bang... esok singgah K.A.N nak?” Mojo berkata perlahan. Dia letak mulutnya pda telinga Albert. Han masih faham apabila dia baca pergerakan mulut Mojo.

Han mengerut dahi. Dia pandang wajah mojo kemudian pada Albert. Mereka membisikkan sesuatu yang dia tak fahami. Apa itu K.A.N?

Ah, kem anak dara? Ha! Gila ke apa! Jangan ajak aku! Jangan! Tidak! Aku tak nak mati awal! Aku tak naaaaak! Kaki Han menggeletar. Dia gigit kuku. Perasaan takut membuak-buak. Dia tahu rasa diugut dengan pistol. Dia benci perasaan tu!

Please comment!!!! Thank u !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience