bab 9

Action Series 12163

Averyn mula tak keruan. Dia mahu lagi. Dia mahu kehangatan badan jejaka yang berdiri di hadapannya. Mata Ave terkebil-kebil melihat ketampanan lelaki ini. Hatinya bergetar. Perasaan ini lain daripada sebelum ini. Memang benar dia adalah pelacur kepada Sir. Bukanlah seperti apa yang diwar-warkan oleh orang ramai. Dia tidak pernah berkahwin dengan lelaki gemuk ini!

Disebabkan gadis ini sudah tiada hala tuju, dia mencari rakan lelaki iaitu Albert dan Mojo. Bukanlah dua orang jejaka ini tidak tahu bertapa seksinya Ave ini, malah mereka juga pernah bercumbu. Bagi Ave, dia juga manusia biasa. Terasa terkongkonglah jika dia hanya membenarkan Sir melempiaskan nafsu dia walhal nafsu gadis ini terganggu. Albert dan Mojo juga tidak meminta. Apabila mereka melakukan adegan itu, masing-masing rasa janggal dan berhasrat bahawa cukup sahaja mereka menjadi kawan. Averyn juga merasakan begitu.

Tetapi kali ini berbeza. Insan dihadapannya memukau diri dan menghantui rohnya kini.

“Ok, fine. Im listening!” Ave menjeling. Anak mata dia naik ke atas. Dia henyak badan dia bersandar pada katil.

“Ok bagus. Pertama sekali, aku tak suka cara Mojo layan aku. Hanya you je boleh tundukkan ego dia. Kedua, aku tak suka bila kau nak bermesraan dengan aku di luar rumah ni. Ketiga, who the fuck are you, Ave? Kau dah berkahwin kan?” Han mendengus. Dia berjalan ke balkoni.

Anak mata Ave terbeliak. Tak, jangan pergi balkoni!

“Han!” Tangan Ave melunjur ke hadapan seolah-olah dia dapat sentuh badan Han. Gadis itu menggeleng-geleng kepalanya cuba memikirkan sesuatu. Dia tak nak Han nampak bahawa langsir di biliknya begitu jarang. Gadis itu nak perhatikan lagi gerak geri Doktor Han.

Han berhenti terpaku. Dia nampak Ave sedang merayu. Bagus.

“Yes? Ok! Ok! Saya jawab soalan doktor Han!”

Perlahan-lahan Han berjalan ke kerusi itu semula. Duduknya kasar. “Speak.”

“Saya Averyn. Umur 21 tahun. Saya dah duduk sini lama. Er... erm, what else?” Ave menjungkit bahu sedikit.

“Ok, fair enough. But the question is are u married to Sir Poh? Lelaki cina paling menakutkan dalam abad ni.” Han terasa gerun. Dia pandang siling. Dia membayangkan senapang Sir diacu pada mata Han. Lelaki itu yang banyak sangat tengok drama, mula menggosok-gosok matanya.

“I am not married to him. No! Saya pun tak tahu kenapa ada gosip macam tu. Tapi make sense. The gosip had stop all the pervert from contacting me.”

“Oh...” Han tidak tahu mahu membalas macam mana. “So you mean u are single?”

“Yes...” ave mengangguk. Sambungnya,” but not available!”

Kedengaran Han mengeluh. Si jantan gemuk tak guna! Lepaskan sahaja minah ni!

“Jadi, Abert dan Mojo tahu?”

“Yes.”

“So are you planning to run away?” Han mengangkat dagu dia. Matanya melirik pada Ave.

Averyn kelihatan ketawa. Dia terus bangun daripda katil. Dia menghampiri Han. “Can we... just stop talking, and...” Ave perlahan-lahan duduk di atas paha Han. Jejaka itu mengerang. Ave sambung ketawa. He is so cute! Pantang nampak perempuan ya kau ni?

Entah tak semena tangan Han menolak badan Ave. Gadis itu terjelepuk di atas lantai. “Ouch! Doktor Han!”

“No access nor permission! Aku nak balik!” Suara Han garau dan tegas.

Averyn menyeka rambut dia yang telah jatuh ke hadapan. Dia tersengih. Aku boleh tengok kau sepuas-puas hati aku lah! Kau masih tak tahu kan langsir kau ni jarang!

***
Han memaku pandangannya ke arah gerak geri Albert. Dia sedang berlatih untuk menjadi kuat. Selepas apa yang berlaku tempoh hari, dia rasa dia perlu bersiap sedia. Segala rintangan akan aku hadap!

Buk!

“Aaa...” Han tahan sakit. Hidungnya ditumbuk kuat oleh tangan Albert. Rakannya itu mengarahkan Han untuk menghiraukan kesakitan itu. Beri tumbukan yang paling baik kau pernah beri!

Buk! Buk!

“Good, Han! Bagus! Teruskan lagi! Depa kaki tu besar! Angkat lagi! Great!” Albert memberi semangat. Hati kena kental bang kalau nak duduk sini.

Han tercungap-cungap dalam berdiri. Penatnya! Dia tak tahu pula nak jadi gangster akan jadi sepenat ini!

“Ok, rest! 10 minutes!” Albert menepuk bahu Han. Cukup, kita rehat dulu minum air. Han memicit bahu dia. Terasa tegang. Dia rasa puas dapat pukul orang tetapi dalam masa yang sama dia nak semua ini berakhir cepat. Dia nak jumpa adik dia, Qistina dan rehat di kampung.

‘Kalaulah aku tahu aku ada di mana.”

Air di dalam botol diteguk laju. Terasa hilang dahaganya.

“Albert, boleh tak kau...” Han merapatkan mulutnya ke arah telinga Albert. Dia membisikkan sesuatu. “Kau bawa aku keluar kem ni?”

Rakannya itu membeliakkan mata. “Asal? Kau nak buat apa?”

“Saje je. Nak tahu aku dekat mana. Kem ni di mana. Aku bosan.”

“Bukan sebab nak larikan diri? To be honest, kau tak akan boleh lari Han. Bila kau masuk kem ni, kau ibarat dah jual nyawa kau pada Sir. Dia tu banyak rakan kongsi dan ramai sangat musuh. Kau pilihla nak mati atas tangan siapa.”

Han mengeluh perlahan. “Habis tu, macam mana kau dapat jawatan pemandu ni? Bagitahu lah.”

Kedengaran Albert ketawa kemudian dia baling tuala kecil. “Kau kena tunjuk diri kau siapa. Kehebatan kau. Bila orang lain cerita macam mana kuat dan hebat kau ni, Sir akan angkat kau jadi orang kanan dia. Tapi, kena sabarlah. Latihan dengan aku pun dah pancit!”

Perasaan Han terbakar. Dia perlu melakukan sesuatu. “Tu, aku nampak ada perlawanan. Aku nak masuk.”

Air yang sedang diminum Albert tersembur keluar. Jejaka itu tersedak air sambil tangan menahan. “Kau gila? Itu macam kandang kau tahu tak? Kau boleh mati!” Albert melarang.

Han tiba-tiba bangun. Dia menggeliat. “I have no choice. Aku nak cuba. Kalau aku mati pun aku tak rugi!”

“Alright. Tapi ingat eh aku dah warning kau siap-siap ni. Dan kalau nak, kekentalan latihan kali ni aku double triple! Ada berani?”

“Bak ah sini. Aku tak akan jilat balik ludah aku! Pui!” Han mengetuk-ngetuk dadanya sengaja mahu menunjuk-nunjuk. Dia tak tahu selepas ini dia akan digoreng masak-masak oleh rakannya ini. Jangan menyesal, Han!

_______

€^_^*

Boleh follow instagram saya!

yuvleen_np

Sila komen muah thank u!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience