BAB 4 -PART 3-

Romance Series 2988

Emergency Couple, drama Korea yang di download oleh Dyaz sedang bermain di komputer ribanya. Matanya tidak terlepas walaupun sesaat dari menonton drama bersiri itu. Pelakonnya yang hensome dan cantik iaitu Song Ji Hyo ahli Running Man yang sedang popular, dan juga Choi Jin Hyuk yang berjaya membawa watak tersebut membuatkan jalan ceritanya menarik dan sempurna. Space bar di komputer ribanya di tekan. Perutnya terasa sungguh lapar, mata Dyaz melihat jam. Sembilan setengah pagi. Baru dia teringat dia tidak lagi mengambil sarapan pagi. Selepas solat subuh Dyaz mengemas rumah dan setelah selesai dia terus membuka komputer ribanya dan menonton drama Korea.
Komputer riba di letak ke tepi lalu kakinya memijak lantai untuk berdiri.

“Aduh…” Dyaz yang berdiri terus duduk kembali di sisi katil. Baru dia teringat kakinya yang terseliuh masih belum sembuh lagi. Hari ini sudah masuk hari ke tiga kakinya sakit. Tangan kanannya memicit-micit pergelangan kaki kanannya. Rasa ngilu dan sakit yang mencucuk-cucuk. Sudah dua hari dia menaiki motor, dan hari ini hari ahad di terpaksa bercuti kerana kakinya merasa sakit dari hari sebelumnya. Dia bernasib baik kerana motor skuternya masih belum dijual. Motor skuter berwarna hitam yang dibeli menggunakan gaji pertamanya sepatutnya ditolak esok, tetapi disebabkan kakinya yang tidak dapat menekan pedal minyak, diminta tangguh seketika.
Dyaz cuba berdiri kembali lalu kakinya mula bergerak sedikit demi sedikit secara mengesot. Sudah seperti suster ngengsot pula rasanya. Sampai sahaja di dapur tangannya membuka peti sejuk untuk melihat makanan apa yang boleh disantap di pagi hari. Tiada makanan yang boleh mengisi perutnya, melainkan jem anggur yang berada di dalam peti tersebut. Tiada pilihan lain, lalu jem anggur tersebut diambil terus disapukan ke atas biskut kering empat segi. Air Nescafe secawan di bancuh pekat. Dengan lafaz bismillah biskut yang berinti jem anggur masuk ke dalam mulutnya. Begitu lah rutin hariannya sejak Adira berpindah ke Johor. Hanya bertemankan biskut kering dan roti sahaja. Nasi hanya waktu tengahari sahaja dimakan, bersama dengan perkeja-pekerjanya.

Sedang enak menjamu selera tiba-tiba Dyaz teringatkan adiknya, Hafiz. Setelah selesai mengisi perut Dyaz terus bergerak ke biliknya lalu di capai telefon bimbimnya
. “Assalamualaikum ummi. Ummi apa khabar sihat?” tanya Dyaz sebaik sahaja Puan Sumayyah mengangkat panggilan dari anak sulungnya itu.

“Waalaikumussallam, alhamdullilah sihat. Dyaz pula sihat ke? Ni dekat mana, tak kerja hari ini?” balas Puan Sumayyah.

“Dekat rumah lagi, hari ni Dyaz tak pergi kerja. Kaki tak berapa nak sihat sangat,”

“Lah kenapa dengan kaki? Patah ke?” soal Puan Sumayyah cemas.

“Ish ummi ni, tak ada lah sampai patah. Cuma mungkin terseliuh sikit,” rasa terharu menerpa ke dalam hatinya. Apabila umminya mengambil berat akan dirinya seperti anak sendiri.

“Bila kena? Lepas itu pergi kerja macam mana?”

“Rabu lepas masa tu dekat kedai makan, ada satu mak cik ni terlanggar Dyaz. Itu yang terjatuh, tak sangka pula sampai macam ni jadi nya. Yang tentang pergi kerja tu. Dyaz bawa moto, lagi pun moto Dyaz kan motor skuter. Jadi tak ada menggunakan kaki pun ummi,” sedikit lega hati Puan Sumayyah mendengar.

“Dah sapu ubat? Mari lah balik, boleh ummi urutkan. Itu kalau di biarkan, nanti bengkak nya melarat sampai boleh potong kaki tahu.” Puan Sumayyah begitu risau akan anaknya. Sudah lah Adira teman serumahnya sudah berpindah. Naluri seorang ibu mula goyah, dadanya sedikit sebak. Kini baru lah Puan Sumayyah tahu akan perasaan seorang ibu apabila tahu akan terjadi sesuatu kepada anaknya. Dahulu dia pernah terfikir, kenapa ibunya kalau risau habis satu rumah boleh terangkat. Akibat sifat kelang-kabutnya. Sekarang dirinya pula merasa.

“Ummi ni jangan la takutkan Dyaz. Insyaallah tak ada apa-apa,” terbit rasa gusar dihati Dyaz apabila mendengar kebarangkalian kakinya boleh dipotong.

“Tak apa, biar ummi datang sana. Dyaz jangan banyak bergerak. Sekejap lagi papa balik dari surau ummi pergi sana,”

“Tak payah lah ummi, papa balik mesti pukul sepuluh malam. Bahaya malam-malam drive. Ummi jangan lah risau, esok hari isnin butik Dyaz kan cuti. Jadi pagi-pagi esok Dyaz pergi sana ya. Lagi pun Dyaz rindu dekat Hafiz.”

“Bagus lah kalau macam itu. Ni pastikan jangan banyak bergerak, ingat nanti lagi besar bengkaknya,”

“Baik bos!”

*****

Uwais yang baru balik dari bekerja memulas tombol pintu biliknya. Beg kerjanya yang berwarna hitam di letak di atas meje kerjanya. Lalu kakinya melangkah longlai ke katil. Dihempas tubuhnya ke tilam yang hempuk itu.

‘Ah… Lega nya rasa badan,’ bisik hati Uwais. Telefon bimbitnya di bawa keluar dari poket seluar. Logo ‘F’ berwarna biru iaitu Fac di skrin telefon disentuh. Ada seorang kenalan baru ingin menjadi kawannya di alam maya itu. Jari kanannya menyentuh lagi skrin telefon bimbit untuk melihat siapakah orang itu.

‘Marissa Sofea. Siapa pula ni?’ otak Uwais ligat memikirkan siapakah empunya nama tersebut. Di lihat pula gambar pemilik tersebut. Cari-punya cari…

‘Lah, minah yang Iman tolong bawa keretanya ke bengkel kereta hari itu ke. Ingatkan siapa lah. Nama penuh dia Marissa Sofea rupanya, cantik pula nama dia.’ masa mereka berjumpa, Sofea hanya perkenalkan dirinya sebagai Sofea bukan Marissa sofea. Padan lah dia tidak kenal. Lalu Uwais menekan skrin yang tertera approve. Tidak sampai satu minit satu messege dari akaun fac masuk.

Ting…

Messege yang baru diterima itu adalah dari Marissa sofea.

Marissa Sofea: Hai, ingat I lagi?

SaifullahUwais: Of coz. Sofea kwn Iman kan?

Marissa Sofea: I ingat you tak kenal I, rupa-rupa nya kenal.

SaifullahUwais: hehehe… Ha! You kawan dengan Iman dah lama ke? Iman tak pernah bagi tahu pun, dia ada kawan perempuan.

Marissa Sofea: Ada la dalam beberapa bulan, kita orang kenal pun sebab my mom kawan dengan mummy dia. Kenapa you cakap macam tu? Tak akan la dia tak ada kawan perempuan lain.

SaifullahUwais: Ada memang ada, tapi tak lah macam you.

Marissa Sofea: Macam I? Macam mana tu?

SaifullahUwais: Tak apa lah lupa kan. Ok lah I need to go first, nak solat asar dulu. Bye salam.

Marissa Sofea: Ok, bye salam.

*****

Dyaz yang khusyuk dengan telefon bimbitnya terkejut apabila pintu biliknya di ketuk sekli gus dibuka dari luar.

“Allah, ummi rupanya. Terkejut Dyaz,” mengurut dada Dyaz, mana tidak nya biliknya yang sunyi tiba-tiba dikejutkan dengan ketukan.
Dyaz melihat di tangan umminya sebotol minyak angin. Lalu kaki Dyaz yang melunjur itu diriba ke pehanya.

“Eh ummi kotor la kaki Dyaz, sekejap Dyaz cuci dulu,” terkejut Dyaz apabila melihat ibunya dengan selamba meriba kaki kanannya yang terseliuh itu.

“Tak payah, bukan kotor mana pun. Mari sini kaki tu ummi nak sapu minyak angin,” kaki anak sulungnya itu di riba kembali. Penutup minyak panas di buka lalu di tuang ke tapak tangannya. Sebelum di sapu Dyaz mendengar umminya membaca ayat suci al-quran lalu dihembus dan disapu ke kaki Dyaz. Dyaz memerhati umminya yang begitu serius menyapu minyak angin di kakinya. Tiba-tiba hati Dyaz menjadi sebak, matanya mula berkaca.

“Dyaz ummi rasa kaki Dyaz ni dah masuk angin, jadi tahan sikit nya ibu urut,” Dyaz hanya membisu. Perasaan terharu, sayang, dan juga menyesal menebal didalam hatinya. Terharu kerana umminya terlalu mengambil berat tentang dirinya. Sayang kerana perasaan ibu dan anak dapat dirasai oleh Dyaz, setelah sekian lama tidak dirasai perasaan itu dan juga menyesal. Menyesal kerana dia tidak pernah menghargai umminya dan menyesal dengan apa yang dilakukan ke atas umminya satu ketika dahulu. Menengking, meludah pada makanan yang dimasak oleh ibu tirinya itu membuatkan dirinya merasa menyesal yang teramat sangat.
Mata yang seketika tadi berkaca, kini telah menjadi air sungai yang mengalir deras di pipi. Apabila mengenangkan perbuatannya itu dulu. Terasa seperti dirinya itu terlalu kejam seperti penjenayah bersiri.

“Dyaz tak payah balik rumah lah ye, kaki ni kena urut selalu. Kalau Dyaz balik rumah siapa nak urutkan. Lagi satu cuti lah dulu dua tiga hari bagi kaki ni sembuh betul-betul, lagi pun…” mata yang asyik melihat kaki anaknya ketika tangan sibuk mengurut, di kalih melihat Dyaz. Dilihat anaknya menangis.

“Kenapa menangis ni? Sakit sangat ke ummi urut? Kenapa tak cakap, boleh ummi urut perlahan-lahan,” soalan yang bertalu-talu ditanya apabila melihat pipi anaknya sudah basah dek air mata.

Dyaz menggelengkan kepalanya. Lalu tangan umminya di capai dan dicium.

“Ummi Dyaz minta maaf, setelah apa yang Dayz dah buat pada ummi sebelum ini,” teresak-esak Dyaz menangis.
Puan Sumayyah t
erkejut akan kelakuan anaknya. Secara tiba-tiba meminta maaf kepadanya. Dan hatinya sedikit sebak apabila anak yang membecinya itu meminta maaf.

“Ummi dah lama maaf kan Dyaz. Sikit pun tak ada perasaan dendam dalam hati ummi terhadap Dyaz. Ummi dah anggap Dyaz macam anak ummi sejak ummi bergelar isteri papa Dyaz,” suara Puan Sumayyah mula kedengaran serak dan air matanya mula menitis.

Didalam hatinya tidak berhenti-henti mengucap syukur terhadap Ilhai. Akhirnya anaknya sudah menerimanya. Lalu dipeluk anaknya.

“Dah kita lupa kan benda yang lepas, sekarang kita buka buku baru. Ummi nak Dyaz tahu yang ummi sayang Dyaz macam anak ummi sendiri,” Dyaz menyembam mukanya di bahu umminya dan kepalanya dikusap lembut oleh umminya dengan lembut.

*****

“Nenek, ana pak su?” tanya Izwan yang di panggil Wan itu kepada neneknya. Wan pelik apabila sampai sahaja dirumah neneknya dia tidak lihat kelibat pak su nya.

“Pergi surau dengan atuk, kenapa? Rindu ke dengan pak su?” soal Puan Azizah seakan-akan menyakat. Dia tahu sangat pasti cucunya lega, apabila melihat anak bongsunya itu tidak ada di rumah. Mereka berdua itu sudah kelihatan seperti musuh. Ada sahaja benda nak di gaduh.

“Ana ade ite indu. Ita anye je, cebab pak su acik nak acau ite je. Ite tak cuke,” walaupun umur Wan sudah menjangkau ke angka lima, pertuturannya masih tidak teratur. Pelatnya masih ada lagi, cuma sekarang pelatnya itu boleh di faham berbanding dulu.

“Tak apa nanti kalau pak su kacau Wan, bagi tahu nenek. Nanti nenek marah dia,” pujuk Azizah.

“Janji?” jari kelingkin dinaikkan untuk mendapat persetujuan perjanjian tersebut.

“Janji,” balas Puan Azizah lalu jari kelingkingnya bersatu dengan jari kelingking cucunya.

Sepuluh minit kemudian…

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussallam,” jawab Izzati dan Saiful sepasang suami isteri itu.

“Eh, bila kau sampai?” soal Uwais kepada abangnya lalu tangan abangnya disalam.

“Tadi pukul sembilan,” balas Saiful abangnya. Saiful melangkah pergi ke ayah nya lalu disalam tangan ayahnya. Isterinya juga turut melaku perkara yang sama.

“Ayah sihat?” tanya Izzati.

“Alhamdullilah, sihat. Mana Syifa’?” soal Encik Zakri, terasa rindu terhadap satu-satu cucu perempuannya menerjah ke dalam hati.

“Ada dalam bilik dah tidur. Wan salam atuk,” arah Puan Izzati pada anak sulungnya.

Setelah selesai menyalam atuknya, Wan kembalik ke tempat duduknya semula dan menyambung menonton televisyen kembali.

Uwais yang tadi naik ke biliknya setelah bersalam dengan abangnya, kembali turun ke ruang tamu. Dilihat ibu dan abangnya sedang berbual di ruang tamu.

“Bual apa tu?” soal Uwais.

“Ite nak uwat birthday party captu ni,” jawab Wan tanpa ditanya, terpancar raut wajah yang ceria. Baru Uwais teringat hari Jumaat ini ulang tahun yang ke lima Wan.

“Dah besar-besar pun nak buat birthday party bagai. Tak macho langsung. Oups! Lupa pula pak su, orang tu kan budak nert. Selalunya budak-budak nert je yang buat birthday party,” ujar Uwais selamba. Itu dah tak ada kerja lain lah, selain nak menyakat budak kecik tu.

“Papa engok pak su, dia ejek ite,” Wan sudah mula menangis.

“Apa kau ni Uwais, ada je nak usik anak aku. Ish dah, dah pak su acah je tu,” pujuk Saiful.

“Ite anak uwat birthday party!” lalu Wan mengangkat punggung nya dan mula mengatur langkah untuk beredar dari ruang tamu.

“Sikit-sikit merajuk, sikit-sikit merajuk.” Wan yang mendengar ketika ingin berlalu pergi sempat di tarik rambut pak sunya.

“Aduh, sakit lah. Tak padan dengan kecik dah pandai tarik rambut orang. Tengok lah, malam nanti pak su botak kan rambut tu masa Wan tidur,” gertak Uwais.

“Papa!” Wan yang baru sekerat jalan setelah menarik rambut Uwais berhenti lalu menangis sekuat-kuatnya.

“Adik kenapa dengan kamu ni, tak habis-habis nak cari gaduh je. Lagi satu kenapa cakap macam itu. Kalau kak long dengar kamu cakap macam itu pada anak dia, kecik hati kak long,” marah Puan Azizah pada anak terunanya. Saiful pula mengangkat anaknya yang sudah terduduk di lantai sambil memangis lalu di bawa ke sofa yang di duduk tadi.

“Pak su gurau je tadi. Itu pun nak nangis,” pujuk Uwais. Sebenarnya dia bukan benci akan anak buahnya itu, cuma dia suka menyakat sahaja.
“Dah lah tu pak su minta maaf,” Uwais meminta maaf setelah melihat tangisan anak buahnya tidak berhenti.

“Alau pak su nak ite maap kan pak su, pak su kena beli kan ite adiah catu tuk ari jadi ite, catu agi tuk adiah minta maap,” ujar Wan sambil kedua-dua tanganya mengesat air mata yang membasahi pipinya yang gebu itu.

“Eh nak minta maaf pun kena bagi hadiah juga. Banyak cekadak betul la budak ni. Ye lah-ye lah,” Uwais mengalah.

“Janji?”

“Ye la,” jawab Uwais tanpa perasaan.
Setelah mendapat kepastian Wan melangkah masuk ke bilik untuk tidur apabila di arah oleh Saiful. Esok hari selasa jadi anaknya itu perlu ke sekolah.

“Ni Ibu masuk tidur dulu ngantuk dah ni.” lalu Puan Azizah melangkah masuk ke biliknya tinggal lah Uwais dan Saiful sahaja di ruang tamu.

“Apa menu kau nak buat masa jamuan tu?” tanya Uwais pada abangnya.

“Rasa nak buat BBQ, amacam?”

“Ok juga, dah lama aku tak makan BBQ. Kek pula?”

“Cadang nak tempah pada mak su. Kek dia kan paling terbaik,” ibu jari di naikkan sambil kening kanannya terangkat.

“Nanti beli barang sekali dengan aku lah. Aku seponser makanan untuk BBQ,” Uwais menawarkan diri untuk membayar segala barang untuk dimasak BBQ. Sudah lama dia tidak belanja anak buahnya itu. Jadi kesempatan ini digunakan.

“Kau betul ke ni? Macam tak percaya je,”

“Lah betul lah ni. Sabtu tengahari kite pergi beli.”

*****

Ringtone banana yang menandakan satu pesanan ringkas di terima mematikan ke khusyukan Dyaz yang sedang menonton drama My Love From The Star, di saluran One HD. Matanya masih melekat pada televisyen walaupun telefon bimbit Lenovo nya sudah berada ditangan. Apabila iklan barulah Dyaz membuka pesanan ringkas yang sudah diterima dua minit tadi. Dilihat pesanan ringkas melalui Wechat dihantar oleh sepupunya. Farhana.

Ana: Salam mak cik, buat apa tu? Dah lama tak dengar cerita.

Baru Dyaz ingin membalas, satu vedio call diterima dari Farhana. Lalu diangkat.

“Woi mak cik lambatnya balas, penat aku menunggu,” sebaik sahaja di jawab panggilan tersebut tanpa sempat Dyaz memulakan mukadimah sudah diterjah sepupunya.

“Alah kau ni, relex la. Aku tengah tengok cerita My Love From The Star sampai lupa nak balas mesegge kau. Almaklum lah Kim Soo Hyun aku tu hensome sangat, sampai messege kau tu tak dapat menarik perhatian aku. Hehehe sorry ,” balas Dyaz selamba.

“Kau ni tak habis-habis dengan Kim Soo Hyun kau tu. Tak faham aku budak-budak zaman sekarang ni apa lah yang menarik sangat dengan apek-apek mata sepet tu. Bukannya hensome sangat pun. Hensome lagi Beto Kusyairy aku,” dibuat muka meluat apabila menyebut apek-apek yang digilai ramai remaja sekarang.

“Hei! Choi mulut kau. Apa kau kata? Apek mata sepet? Kau tu sebenarnya buta, sepet-sepet dorang still hensome tahu. Mata macam itu adalah mata yang paling sempurna bagi aku. Mata yang cantik bersina-sinar bagaikan bulan sabit yang menerangi malam yang gelap gelita di malam hari. Dengan bibir merah bagaikan buah apel merah yang …”

“Dah-dah tak payah nak bermadah-madah, cair taik telinga aku dengar,” potong Ana.

“Ceh marah kita pula. Ni call aku kenapa?” soal Dyaz seakan-akan marah.

“Macam tak suka je aku call. Ni ha, aku nak bertandang rumah kau Khamis petang. Boleh ke?” tanya Ana.

“Boleh je, tapi aku tak bawa kau datang rumah aku tau,” maklum Dyaz kepada anak abang papanya.

“Lah kenapa? Dah tak sudi bawa aku ke sana ke?” soal Farhana sedih.

“Bukan lah, kaki aku tak berapa nak ok. So sekarang ni aku duduk dekat rumah papa. Aku ingatkan hari ini nak balik tapi ummi tahan, tak bagi balik katanya sembuh kaki baru boleh balik,” terang Dyaz. Pagi tadi dia sudah bersiap-siap untuk pergi berkerja sekali gus balik ke rumah sewanya. Tetapi apabila umminya masuk ke bilik melihat dia sedang bersiap terus di leter.

“Kalau macam itu siapa nak ambil aku dekat KTM nanti?” soal Ana. Farnana lebih germar menaiki KTM dari memandu. Memandu lebih membuatkan badannya penat. Cukup lah hanya hari berkerja dan keluar berjalan-jalan dengan kawan-kawannya di hujung minggu sahaja memandu. Lagipun Perak ke KL memakan masa dua jam setengah membuatkan badannya menjadi lesu.

“Papa aku ambil lah nanti,”

“Ok. Nanti kalau aku sampai aku call kau, aku mungkin bertolak tengah hari jadi mungkin petang macam itu aku sampai,”

“Baik bos! Arahan diterima.”

“Dah lah aku nak sambung buat kerja, lain lah orang tu goyang kaki dekat rumah. Bye Assalamualaikum."

“Ceh goyang kaki katanya. Ok lah bye Waalaikumussalam.”

Talian dimatikan. Dilihat Puan Sumayyah menuruni anak tangga sambil mendukung Hafiz.

“Hafiz, mari dekat kakak,” baru sahaja ingin Dyaz mendapatkan Hafiz terus dihalang oleh Puan Sumayyah.

“Tak payah bangun, biar ummi pergi sana,” Dyaz hanya tersengih apabila teringat kakinya yang masih tidak sembuh. Lalu Hafiz diberikan kepada Dyaz.

“Kaki macam mana?” tanya Puan Sumayyah.

“Dah rasa dah kurang sikit sakitnya,” balas Dyaz sambil menggeletek adiknya.

“Alhamdulillah, bengkak pun nampak dah susut sikit.” Kata Puan Sumayyah apabila menyentuh kaki anaknya.

Lalu Puan Sumayyah bangun dan berlalu ke dapur.

“Ummi Khamis ni Ana nak datang,” jerit Dyaz dari ruang tamu.

“Oh ye ke? Dah lama Ummi tak jumpe dia. Ajak lah dia tidur sini,” balas Puan Sumayyah sambil menuju ke ruang tamu bersama buah manggang dan pisau.

“Memang dia tidur sini pun. Ummi tak kisah?” soal Dyaz.

“Kenapa pula? Ummi lagi suka,” lega hati Dyaz mendengar.

“Dyaz, sabtu malam anak sulung mak ngah ada buat birthday party untuk anaknya dekat rumah mak ngah nanti kita pergi sekali ya. Boleh Dyaz kenal-kenal dengan anak-anak mak ngah,”

“Oh boleh je. Cucu perempuan ke?” soal Dyaz

“Cucu lelaki, anak si Saiful.”

“Saiful?”

“Abang si Uwais yang Dyaz jumpa hari itu. Mak ngah ada tiga orang anak. Anak pertama lelaki nama dia Saiful yang kedua perempuan Sakinah yang last Uwais.” Terang Puan Sumayyah, sememangnya Dyaz tidak pernah mengenali seorang pun keluarganya.

*****

“Assalamualaikum,” salam diberi. Dari alunan salam yang diberi sudah Dyaz kenal akan tuan empunya suara. Siapa lagi kalau bukan sepupunya Farhana.

“Waalaikumussalam,” balas Dyaz yang baru keluar dari dapur bersama ditangannya semangkuk ayam masak asam pedas. Ha! Jangan ingat ikan pari je ada masak asam pedas, ayam juga ada tahu.

“Wah rajinnya anak dara sorang ni, tapi sayang la…” kata-kata Farhana tidak dihabis.

“Sayang kenapa pula?” soal Dyaz pelik sambil tangan nya dihulur ke sepupunya lalu di salam tangan itu.

“Ye lah, dah rajin tapi… kaki tempang pula,” jawab Farhana, lalu seperti yang dijangkakan dia menerima renjatan obor-obor iaitu pukulan yang paling berbisa dari Dyaz.

“Mulut tak ada insuran langsung,” marah Dyaz, sambungnya lagi “Besar pula kalini kau bawa beg, selalunya kecik je,” soal Dyaz yang agak pelik apbila melihat beg baju yang dibawa oleh sepupunya besar. Kebiasaannya sesepupunya hanya membawa beg seeperti beg sekolah sahaja. Lari rumah apa.

“Sahaja ubah angin,” balas Farhana selamba lalu kakinya terus melangkah menuju ke Puan Sumayyah yang sedang sibuk menghidangkan lauk-pauk.

“Cik Su sihat? Mana Hafiz?” soal Farhana.

“Alhamdullilah sihat macam kamu tengok ni. Hafiz ada dekat dalam bilik, tidur,” balas Puan Sumayyah sambil menunjuk bilik yang berada dilaluan keluar masuk dapur. Farhana hanya menganggukkan kepalanya.

“Dah pergi bawa beg masuk bilik lepas itu terus turun makan sama-sama,” arah Puan Suamyyah kepada dua orang anak dara itu. Lalu kakinya melangkah keluar rumah memanggil suaminya yang berada di bonet kereta.

Malam itu Dyaz dan Farhana asyik berbual. Ye lah Sudah lama tidak berjumpa, pasti pelbagai cerita sedang menanti untuk di kongsikan.

“Weh, ni aku ada cerita ni. Hot lagi tahu,” itu lah aktiviti mereka kalau berjumpa kalau tak bergosip tak sah!

“Ape dia, apa dia bagi lah tahu aku teruja nak dengar ni,” balas Dyaz, sudah seperti mat fit yang terdesak mahukan dadah.
“Aku kan… aku kan… erm…”

“Ish kau ni, ini yang aku menyampah. Nak cerita tu cerita lah betul-betul ni tak, ‘aku kan… aku kan…’” di ajuk balik kata-kata sepupunya sambil dibuat memek muka.

“Hahaha… ok, ok. Aku dah putus,”

“Putus apa? Putus kaki? Putus kepala? Kau kalau bercerita cuba cerita bagi habis jangan bagi tergantung,” marah Dyaz akan sepupunya. Farhana kalau bercerita memang akan suka tergantung, cerita tak bagi habis.

“Aku dah putus dah dengan Jamal,” balas Farhana, kepala nya menunduk, tiada senyuman di bibir sepupunya seperti tadi, dan sepasang mata yang sudah mula sayu.
Dyaz terkaku, terperanjat akan kata-kata sepupunya itu. Jamal lelaki yang telah menjalinkan hubungan cinta bersama sepupunya selama lapan tahun. Setahunya Jamal seorang lelaki yang lembut, sopan dan mempunyai ciri-ciri lelaki yang setia. Tapi kenapa boleh jadi macam itu hubungan mereka. Belbagai tanda tanya berlegar-legar diminda Dyaz. Perasaan simpati dan sedih turut di rasai olehnya.

“Macam mana boleh jadi macam itu? Dia ada perempuan lain ke?” soal Dyaz sambil digenggam tangan sepupunya agar dapat member sedikit semangat.

“Tak, dia tak ada perempuan lain selain aku. Tapi ibu dia, nak jodohkan dia dengan perempuan lain,” jelas Farhana tenang, sedikit berketar suaranya.

“Ibu dia tak tahu ke yang anak dia dah ada girlfriend? Jamal tak bagi tahu?”

“Memang ibu dia tak tahu mula-mulanya tapi Jamal dah terangkan dekat ibu dia yang dia dah ada aku. Tapi ibu dia sendiri sebersalah,”

“Sebersalah? Kenapa? Tak faham lah,”

“Macam ini ibu dia tak kisah kalau aku jadi menantu dia tapi, nenek jamal dulu ada buat wasiat yang Jamal ni kena kahwin dengan seorang perempuan ni bila umur perempuan tu dah genab dua puluh dua tahun. Si jamal ni memang tak tahu apa-apa,” terang Farhana panjang lebar kepada sepupunya itu.

“Ibu dia tak pernah bagi tahu pasal wasiat tu?”

“Tak, dan ibu di ingat kan dia ni tak ada girlfriend lagi itu yang ibu dia tak bagi tahu.”

“Tapi macam tak logic la, tak akan ibu dia tak dapat perasan yang anak dia tuh dah ada teman istimewa. Tak akan tak nampak anak dia tu selalu main messege ke , bergayut ke. Entah-entah si Jamal tu kencing kau kut.”

“Entah la wei. Yang cakap dengan aku pun bukan nya dia tapi ibu dia,”

“Allah ibu dia yang cakap bukannya dia?” Farhana menganggukkan kepalanya.

“Ibu dia kata Jamal tak tahu nak cakap macam mana dekat aku dan dia pun massih tak dapat terima lagi situasi tu. Kalau ikut kan bulan depan dorang kahwin tapi Jamal minta tangguh dahulu,”

“Ish ada lagi ye zaman sekarang ni kahwin-kahwin paksa ya.”

“Dia bukan kena kahwin paksa tapi di sebab kan wasiat nenek dia tu.”

“Sama je la tu kau ni pun wasiat tu ada tulis tentang dorang kena kahwin. Dorang pula tak pernah ada perasaan apa-apa itu di namakan kahwin paksa. Ish kau ni bendul juga ye.”
Farhana hanya membisu.

“Aku dah buat keputusan dah aku nak berhenti kerja dan nak cari kerja dekat sini,”

“Kau biar betul? Tak akan pasal bende ni je kau nak kena tuka kerja?"

“Aku dah nekad. Aku bukan apa, aku dah lah satu tempat kerja dengan dia dan tiap-tiap hari aku kena mengadap muka dia.”

“Terpulang pada kau lah. Aku tak kisah lagi pun kalau kau tuka kerja dekat sini boleh kau duduk rumah aku. Tak ada lah aku kesorangan,”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience