BAB 2 [ PART 4 ]

Romance Series 2988

‘Belajar dari kesalahan membuatkan kamu menjadi dewasa dan belajar dari pengalaman orang lain membuatkan kamu menjadi bijaksana.’

Selesai sahaja membersihkan diri terus Dyaz melaksanakan seruan ilahi . Setelah memberi salam pintu biliknya diketuk lalu pintu itu terkuak.

“Baru habis solat. Lepas ini turun makan malam sekali. Papa tunggu dekat bawah dah.” Dyaz menganggukkan kepalanya. Selepas berdoa Dyaz melipat telekungnya. Dibetulkan rambutnya yang sedikit berserabai itu. Lalu kakinya melangkah keluar dari bilik. Sampai sahaja di meja makan dia terus mengambil tempat duduknya. Pinggan di hulur oleh Puan Sumayyah kepada Dyaz. Tangannya menyenduk nasi lalu diletak ke dalam pinggannya. Di ambil pula seketul ayam masak merah, telur jepun goreng dan sayur asparagus sedikit. Hanya bunyi television sahaja yang kedengaran.

Tidak lama kemudian...

“Minggu depan hari ahad papa ada buat kenduri aqiqah untuk Hafiz. Jadi jangan balik rumah sewa kamu hari ahad tu. Balik hari isnin.”

“Dyaz ada hal hari ahad.” Jawab Dyaz tanpa melihat papanya.

“Hal apa?”

“Dyaz ada pergi holiday dengan kawan hari ahad sampai selasa.” Jawab Dyaz selamba. Dia tahu pasti papanya akan mengamuk sakan.

“Dyaz tak ada bincang dengan papa pun Dyaz nak pergi bercuti.” Encik Syafii cuba mengawal kemarahannya.

“Lupa.”

“Cancel kan holiday itu. Lagipun bukan hal penting pun. Nak pergi holiday bila-bila masa boleh pergi.”

“Tak boleh , dah booking bilik dah.” Kali ini memang sahaja Dyaz mencabar kemarahan papanya.

“Apa yang penting sangat dengan holiday tu. Cuba cakap dengan papa! Holiday tu bila-bila masa boleh pergi. Ini kenduri untuk adik kamu juga, bukan adik orang lain!” Kali ini Kesabaran Encik Syafii memang tidak dapat dikawal lagi.

“Adik tiri . Dyaz hanya ada seorang sahaja adik, dan nama adik Dyaz bukan Muhammad Hafiz tetapi Ghaffar Jahran.” Berubah sedikit muka Puan Sumayyah. Hatinya sedikit sedih dengan percakapan anak tirinya itu.

Prannkkk!!!

Encik Syafii menghentak tangannya ke meja makan lalu terpelanting sudu-susu yang berada di atas meja itu.

“DYAZ!!! Siapa ajar kamu biadap macam ini?! Minta maaf dengan Ummi sekarang!” kemarahan papanya sudah sampai ke kemuncak.

“Kenapa pula nak kena minta maaf? Apa yang Dyaz dah buat dengan isteri muda papa? Puan Sumayyah saya ada pukul puan ke? Ke saya ada tengking puan? Kenapa Suami puan suruh saya minta maaf dengan puannya? Apa salah saya?” Hafiz yang berada di dalam kereta sorongnya itu menangis apabila papanya meninggikan suara. Terkejut gamaknya . Dyaz mengangkat pinggannya lalu di bawa ke dapur untuk di basuh.
Encik Syafii bergerak ke arah Dyaz. Lalu di tarik tangan anak sulungnya itu dan di heret ke isterinya.

“Minta maaf sekarang. Minta maaf cepat!” Dyaz yang terduduk setelah di heret ke ibu tirinya cuba bangun. Di pandang wajah ibu tirinya dengan muka yang amat marah sekali. Muka Dyaz sudah bertukar merah. Kebencian sudah membara di hati Dyaz. Di angkat kakinya untuk beredar dari situ. Belum sampai selangkah, baru sahaja di pusingkan badannya lengannya di sentap sekali lagi.

“Nak pergi mana?! Papa cakap minta maaf dengan ummi sekarang!”

“Dyaz tak buat salah kenapa nak kena minta maaf pula! Lagi satu perempuan ni bukan mama Dyaz. Mama Dyaz dah lama mati!”

Pang!!!

Satu tamparan hinggap di kepala Dyaz. Terduduk Dyaz apabila ditampar.

“Abang dah, dah tu bang!” Tahan Puan Sumayyah sambil mendukung anaknya Hafiz yang lagi kuat menangis itu.

“Dyaz dah bangun masuk bilik sekarang. Bangun cepat.” Di bantu anak tirinya itu untuk berdiri.

“Jangan sentuh. Jangan sentuh!!!” Terkedu Puan Sumayyah apabila Dyaz menengkingnya. Tidak pernah anak tirinya meninggikan suara dengannya walaupun sedikit. Dia tahu anak tirinya tidak menyukai nya tetapi tidak pernah anak tirinya itu meninggikan suara.

Dyaz berlari naik ke biliknya.

Bang!!!

Pintu biliknya di hempas. Di labuhkan punggungnya ke atas katil . Setitik demi setitik air matanya gugur. Tidak lama kemudian dia menyarung tudung dan mengemas barang yang dibawa tadi. Kunci motor yang diletak di atas meja belajar di ambil. Pintu bilik di buka dengan kasar sekali. Kakinya menapak keluar dari rumah itu.

“Dyaz nak pergi mana tu. Dah malam ni, bahaya.” Puan Sumayyah sedikit risau akan anak tirinya yang ingin beredar keluar itu. Dyaz tidak mengendahkan ibu tirinya itu.
Ibu tirinya berlari ke biliknya.

“Bang Dyaz, dia nak pergi mana tu. Dah malam ni bang. Pergi la pujuk dia bang.” Rayu puan Sumayyah. Encik Syafii hanya membatukan dirinya sahaja.

*****

Mana dorang ni kata lepas isya’. Ni dah pukul Sembilan tak sampai-sampai lagi. Tidak lama kemudian bahunya di tepuk dari belakang.

“Sorry we late.” Iman dan Aiman tersengih bagaikan kerang busuk.

“Ajak orang bukan main lagi. Tengok-tengok aku yang sampai dulu.” Marah Uwais.

“Sorry la, ni ha Aiman lama sangat bermake up.”
“Eh aku pula.”

“Mana yang lain?” tanya Uwais.

“Jap lagi la tu. Cuba bawa bersabar sikit.” ujar Aiman.

“Yang kau macam stress semacam je apa cita?” tanya Iman melihat muka Uwais ketat semacam.

“Tak ada mood la.”

“Ait kau perempuan ke ada musim salji, musim panas, and musim luruh? Aku ingat perempuan je yang ada musim-musim itu.” di beri satu jelingan maut kepada Iman. Ketika Iman dan Aiman membuat pesanan tiba la dua makhluk tuhan yang tak seberapa nak seksi itu.

“Sorry. Tadi aku tolong mak aku.” ujar mat tempang.

“Ha yang kau pula apa alasan lambat?” tanya Uwais kepada Apek.

“Aku sakit perut lepas itu aku pergi ambik si mat ni. Tu yang lambat.”

“Sorang bermake up sorang sakit perut sorang tolong emak. Macam-macam korang ni.”

“Chill la. Hah! Asal kau tak datang runion ari tu?”

“Sibuk sikit la.” ye ke sibuk bukan nak lari dari jumpa Balqis ke? Uwais-Uwais.

“Kau tahu Balqis nak bertunang bulan depan.” aish ni aku malas ni, kan si Apek ni dah buka cita pasal Balqis. Tak apa buat cool Uwais, cool. Wat lek sudah.

“Tahu.”

“Ait macam mana kau tahu?” tanya Mat pelik.

“Aku bagi tahu.” jawan Iman mencelah. Eceh penyelamat keadaan.

Iman dan Aiman saling berpandangan. Dah macam orang bercinta pula. Eiii gay. Hahahaha.
Malam itu bermacam-macam cerita mereka sembangkan. Dah lama tak jumpa tu yang jadi banyak benda nak bercakap.

*****

Sampai sahaja dirumah sewanya itu Dyaz terus melabuhkan punggungnya di sofa. Telefon dikeluar lalu nama Adira dicari.

“Dira.” suara Dyaz begitu lemah sekali.

“Ha kau dah kenapa?”

“Kau tidur rumah aku malam ni boleh tak? Temankan aku.”

“Ait bila masa kau jadi penakut?” Tanya Dira pelik.

“Boleh ke tak? Kalau tak boleh tak apa la. Ok bey, assalamualaikum.”

Tudung expres di buka lalu di campak ke lantai. Dyaz menyandarkan badannya. Matanya makin layu akhirnya Dyaz tertidur di sofa.

*****

‘Sedih dengan sikap mama dan papanya. Tak serasi. Hah , tak serasi boleh pula kahwin. Tak serasi boleh pula dapat dua ekor anak. Huh lawak betul dorang ni. Nak bagi alasan langsung tak logik. Ingat aku budak-budak lagi ke.’ Hari ini sudah sudah masuk seminggu sejak mama dan papanya bercerai. Marah Dyaz semakin membara. Tidak dapat dia dan adiknya menerima keadaan yang papa dan mamanya bercerai. Dan lagi membuat Dyaz sakit hati, tidak lama lagi adiknya akan mengikuti mamanya. Dyaz tahu adiknya sangat marah tetapi tidak ditunjuk. Semuanya dipendam didalam hatinya. Sejak mama dan papanya memberitahu hendak bercerai adiknya tidak melepaskan amarahnya terhadap papa dan mamanya seperti Dyaz, malah di simpan dalam-dalam di hatinya itu. Dan semalam buat kali pertamanya Dyaz ternampak adiknya menangis di dalam biliknya. Ketika itu Dyaz mahu mengajak adiknya menemanya keluar.
Di lihat sekeliling bilik adiknya yang baru di masuk. Kelibat adiknya dicari.

‘Tak ada. Pergi mana pula budak ini. Orang nak bincang dengan dia, boleh pula dia keluar.’

Telefon bimbitnya di keluarkan dari poket seluar.

“Kau dekat mana?”

“Dekat luar kenapa?”

“Balik aku ada benda nak bincang dengan kau.”
“Malam nanti la. Sekarang tak ada mood nak bincang-bincang.”

“Kau dekat mana? Biar aku pergi sana.”

“Tempat biasa la.”

“Ok, sekejap lagi aku sampai.”

Dyaz terus bersiap-siap untuk pergi berjumpa dengan adiknya. Sampai sahaja di gerai buger kawan adiknya itu. Di ambil tempat duduk di hadapan adiknya.

“Kenapa cari aku?”

“Bagi la aku oder dulu.”

“Kau nak air apa?”

“Teh ais kurang manis.”

“Syafiq teh ais kuarang manis satu!” jerit Gaffar kepada kawannya itu. Selepas itu masing-masing menyepi. Tidak lama kemudin air yang di pesan tiba. Dyaz menyedut sedikit air teh ais itu.

“Kau nak ikut siapa?” tanya Dyaz selepas ditelan air yang di sedut tadi.

“Kau?” tanya Gaffar balik.

“Tah la. Aku tak tahu , dah la tahun ini aku SPM. Kalau aku ada duit dah lama aku duduk sendiri je.”

Gaffar hanya membisu. Kepalanya sudah sarat dengan pelbagai masalah.

“Macam ini kita ikut sahaja cakap dorang. Kau duduk dengan mama, aku dengan papa. Lepas sahaja habis SPM. Aku buka bisnes online. Aku ada duit sikit kita cari rumah yang murah untuk sementara. Spm lagi sebulan je.” Dyaz memberi cadangan.

“Kau nak buka bisnes online apa? Lagi pun kau mana cukup umur nak buat pinjaman untuk buat modal.”

“Aku nak buka bisnes online jual tudung. Tudung tu aku ambik dari ibu Syaza. Ibu Syaz tak ada buat pun lagi jualan secara online tudung dia tu. Jadi aku cadang aku nak buat jualan secara online tudung-tudung dia. Maknanya tudung yang di jual secara online aku yang handel. Dan modal untuk beli tu tak perlu la. Sebab aku hanya perlu ambik gambar tudung tu dan paparkan ke internet seperti blog dan fac . Orang oder baru aku pergi ambik dekat butik. Macam mana?” terang Dyaz kepada adiknya.

“Mmm. Tapi kalau ibu Syaza tak nak macam mana?” Tanya Gaffar ragu-ragu.

“Jangan risau aku akan yakinkan ibu dia. Kau doakan semuanya berjalan lancar.”

“Aku harap planning ini menjadi. Aku tak suka duduk berasingan dengan kau. Kau janji dengan aku, kau akan ambik aku dan kita duduk sama-sama.”

Dyaz menganggukkan kepalanya. Sememangnya Dyaz dan Gaffar sangat rapat. Mereka jarang berpisah, kalau berpisahpun hanya disebabkan pergi kem sekolah. Kemana-mana mesti mereka akan lakukan bersama.

Hari saling berganti hari, di rasa begitu cepat masa berlalu. Masa begitu pantas bergerak. SPM lagi seminggu. Dyaz begitu bersungguh-sungguh belajar. Tidak lupa juga dengan janji dia dan adiknya itu. Sedang asyik dia mentelaah, tiba-tiba satu panggilan masuk ke telefonnya.
Tanpa melihat siapa memanggil itu, dia mengakat. Tangan kanannya masih ralit menekan kakulator.

“Assalamualaikum. Siapa ni?”

“Dyaz cepat siap. Sekejap lagi papa sampai kita terus pergi.”

“Pergi mana?” pen yang di pegang untung menulis jawapan yang tetera di kakulator yang di tekan tadi itu di letak.

“Siap sekarang papa dah nak sampai.” talian di matikan. Suara papanya sungguh cemas.
Sepuluh minit kemudian bunyi hon kedengaran di luar rumahnya. Dengan pantas Dyaz mengunci pintu rumah. Apabila masuk sahaja ke dalam kereta bermaca-macam soalan di tanya kepada papanya.

“Kita nak pergi mana? Kenapa kelang-kabut ni?” soalan Dyaz tidak di jawab.
Dua puluh minit kemudian tempat yang dibawa oleh papanya itu tiba juga.

“Kenapa pergi hospital?” tanya Dyaz pelik.

“Cepat keluar.” Dyaz keluar dari kereta dan mengikut papanya.

Dyaz tidak sedap hati.

“Kenapa kita datang sini?” sekali lagi soalan yang sama ditanya kepada papanya.

Ting!!!

Pintu lif terbuka.

Papanya berlari-lari anak keluar dari lif. Dyaz terpaksa mempercepatkan langkahnya. Di lihat mamanya berdiri tidak jauh dari tampatnya keluar dari lif.

“Macam mana?”

“Masih dekat dalam lagi.” Dyaz pelik kenapa mamanya ada di sini dan lagi membuatkan dirinya pelik kenapa mamanya menangis?

“Papa kenapa ni?”

“Adik , adik , kemalangan.” Dyaz rasa bagai satu batu menghempap dirinya. Di pandang mamanya. Kepala mamanya berdarah begitu juga dengan tangannya. Baju mamanya tidak terurus,ada sedikit terkoyak di bahagian lengan.

“Macam mana boleh...”

“Mama yang cuai, mama yang cuai. Mama salah tak drive hati-hati , mama yang salah, mama yang salah.” kali ini mamanya menangis lagi kuat. Tiba-tiba sampai seorang lelaki datang ke arah mamanya. Lalu mamanya memeluk lelaki itu. Lelaki yang di peluk itu adalah suami baru dikahwin mamanya dua hari lepas. Dyaz bagaikan membeku.

‘Adik , adik.... kau kena kuat. Jangan tinggalkan aku sorang. Aku tak ada siapa-siapa lagi, aku ada kau sahaja. Ya Allah panjangkan umur adik aku, beri lah dia peluang untuk terus hidup di atas muka bumi Mu ini. Ya Allah, bantu la hamba mu ini.’ Dyaz berdoa didalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience