BAB 2 -PART 1-

Romance Series 2988

Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan, teruskan perjuangan walaupun terpaksa menghadapi ringtangan demi ringtangan dalam hidup.’

Terpancar kegembiraan diraut wajah Uwais. Puan Azizah merasa senang hati apabila melihat anaknya begitu gembira .

“ Ibu ayah Uwais hantar Qis dulu ye, dah petang ni.”

“ Eh dah petang dah . Ya Allah tak perasan pulak ayah. Hantar la Balqis cepat mesti ibu dan ayahnya risau tu.” risau pula Encik Zakri, apa pula kata ibu dan ayah Balqis apabila anak terunanya menghantar Balqis lewat petang. Balqis mengapai tangan Puan Azizah lalu di ciumnya .

“Terima kasih datang ya Balqis, kirim salam dengan ibu dan ayah. Jemputlah ibu dan ayah datang ke mari, teringin pula nak berjumpa dengan orang tua Balqis.” Puan azizah begitu teringin mahu berjumpa dengan orang tua Balqis. Mesti Ibu dan ayahnya juga seorang yang lembut dan peramah, jika tidak mana pula Balqis mewarisi sikap lemah lembut dan peramah itu.

“Uwais bawak kereta tu hati-hati jangan bawa laju-laju. Hantar terus Balqis ke rumah jangan melencong tempat lain dah petang dah nanti ibu dengan ayah Balqis risau.” ujar Puan Azizah.

“Ye.” lalu Balqis dan Uwais menyarung kasutnya.
Kereta Myvi berwarna hijau keluar diri perkarangan rumah Puan Azizah dan Encik Zakri.

“Sejuk hati saya tengok dorang tu abang. Sesuai betul dorang tu Zah tengok . Abang rasa dorang tu sesuai tak?”

“Ait bukan hari itu ayang ada kata tak sedap hati ke dengan hubungan dorang?” soal Encik Zakri pelik.

“Hari itu lain tapi lepas jumpa lain pula. Mungkin itu dah jodoh mereka berdua nak buat macam mana,” balas Puan Azizah.

“Tapi bagi abang lah kan kalau dua-dua ok sesuai la, tapi kalau sorang ok sorang lagi K.O tak sesuai la.” ujar Encik Zakri lalu kakinya melangkah masuk ke dalam rumah .

“Eh kenapa pulak abang cakap macam itu?” Puan Azizah kelihatan pelik dengan jawapan suaminya.

“ Abang tak rasa yang Balqis tu suka dekat anak kita. Tak tahu la mungkin perasaan abang je kut .”

*****

Uwais memerhati Balqis dari side mirror , raut wajah Balqis kelihatan tegang sekali seolah-olah sedang menahan marah. Suasana didalam kereta kelihatan begitu sunyi sekali walaupun radio sudah dihidupkan.

“Qis you ok?” soal Uwais.

Balqis hanya membisu. Uwais kelihatan risau adakah dia telah membuat salah.

“Kenapa you tak bagi tahu I yang you nak bawak I jumpa parent you?”

“Saja nak buat surprise.”

“Surprise you cakap? Haha… memang I surprise gila ni.” ujar Balqis sambil ketawa yang dibuat-buat.

“You tahu kalau Firdaus tahu ni mati I.” sambung Balqis.

“Apa kena mengena dengan Firdaus pulak ni ?” Uwais hairan mengapa perlu dikaitkan dengan Firdaus seniornya.

“You tahu tak, I dengan Firdaus nak kahwin bulan depan. I dengan dia cadang nak bagi tahu minggu depan masa hari reunion nanti. Tapi I tak sangka you nak bawa I jumpa parent you hari ini.”
Uwais kelihatan terkejut. keretanya di perlahankan dan diberhenti dibahu jalan.

“Apa you cakap ni? Bila masa you dengan Firdaus bercinta I tak pernah nampak pun.”

“Perlu ke I tunjuk dekat semua orang yang I bercinta dengan Firdaus? I dah bagi tahu you awal-awal yang kita ni kawan sahaja kan tak lebih dari itu. Macam-macam hint I bagi dekat you tapi you masih tak faham.”

“ Kenapa you tak berterus terang dengan I?” Uwais sedikit berang dengan sikap Balqis.

“ I tak nak kecil kan hati you , kita kawan dah lama I ta…”

“You ingat dengan cara macam tu I tak rasa sakit hati? I rasa dengan hint You tu lagi buat I rasa sakit hati dan betul-betul rasa terhina, You tahu!” suara Uwais sedikit meninggi .

“Sorry I … I …I ingat dengan ca… cara ni I t..tak sa…sakitkan hati you.” Balqis terkejut dengan suara Uwais yang meninggi itu sehingga membuatkan balqis mengigil .

Uwais melihat Balqis sedikit mengigil, dia merasa sedikit menyesal kerana meninggikan suaranya sehingga membuat Balqis ketakutan .

“Huh, I minta maaf tinggikan suara I tak ada niat nak tengking you.”

Balqis hanya menundukkan wajahnya. Uwais memulakan perjalanannya apabila melihat Balqis hanya menundukkan wajahnya. Sepanjang perjalanan hanya telatah DJ radio Era sahaja yang memacahkan kesunyian didalam kereta itu .
Kereta Myvi milik Uwais berhenti dihadapan pintu pagar bewarna biru muda .

“Uwais I tahu I salah, I sepatutnya berterus terang dengan you. I minta maaf .”

“Dah la anggap sahaja benda ni semua tak pernah terjadi.” begitu berat Uwais mengeluarkan kata-katanya. Hatinya merasa begitu pedih bagaikan dihiris-hiris dengan pisau yang baru diasah. Begini la rasanya orang putus cinta, baru dirinya tahu bertapa sakitnya bila ditinggalkan orang tersayang.

“I betul-betul minta maaf.” Balqis begitu sebersalah.

“Dah lewat ni masuk la, nanti ibu dan ayah you risau pula. I nak kena balik dah nak maghrib ni.” Uwais tidak memandang sedikit pun wajah wanita yang disayangnya itu.

*****

Dyaz yang sedang lena tidur terganggu dengan bunyi ketukan yang bertalu-talu dari pintu biliknya. Dyaz cuba membuka matanya , dia merasa begitu berat untuk membuka matanya.
Pintu sekali lagi diketuk.

“Dyaz bangun mari turun minum petang.”

Dyaz lalu bangun dan melihat jam di henfonnya, yang menunjukan pukul lima empat puluh lima petang. Di gagahkan dirinya bangun untuk menunaikan solat asar.

Dua puluh minit kemudian selesai menyelesaikan solat asar Dyaz turun kebawah. Baru kakinya melangkah turun dari anak tangga yang terakhir terdengar suara papanya.

“Mana Dyaz tak turun-turun lagi? Membuta je kerja dia bukannya reti nak turun tolong jaga adiknya ini , dah la masak pun tak , jaga adik pun tak mahu. Apa nak jadi umur dah dua puluh tiga.”

“Dia kan baru dari butik tadi, pagi pula ada kelas mesti la penat. Itu yang tertidur tu.” Puan Sumayyah pula bersuara.

Dyaz haya mendengar sahaja perbualan papanya dan ibu tirinya.

“Orang suruh belajar tak nak, sibuk nak buka butik. Bila dah buka sibuk pula nak belajar.”
“Bagus la macam tu, itu maksudnya dia nak berdikari.” Puan Sumayyah menyebelah Dyaz.

“Bagus memang la bagus tapi terkejar-kejar la. Ingat belajar ni senang ke dengan nak uruskan business lagi. Jangan belajar ke mana business pula kemana sudah , entah-entah mahu lingkup jadinya.”

“Abang tak elok cakap macam tu dengar Dyaz mahu kecil hati dia. Sepatutnya abang sebagai papa kena beri sokongan dekat dia bukan cakap macam tu.” Puan Sumayyah menegur sikap suaminya.

Dyaz sedikit pun tidak berkecil hati, kerana memang itu la yang dia mahu sakitkan hati papanya.

*****

“Mama ada benda nak cakap ni.” Puan Suraya dan Encik Syafii kelihatan begitu serius.

“Apa yang mama dan papa nak cakap ni, mama nak Dyaz dengan Ghaffar terima. Kami buat semua ni untuk kebaikan kita semua.”

“Apa dia ? Mama ni buat adik takut je la.” Gahaffar mula bersuara.

Mama memandang papa.

“Papa dengan mama nak bercerai.”

Ghaffar kelihatan terkejut.

“Kenapa?” Dyaz membetulkan kedudukannya.

“Kami dah tidak serasi. Jadi jalan terbaik ialah berpisah.”

“Apa mama cakap ni, lepas tu kami ni macam mana?” Ghaffar mula panik dengan situasi yang tidak pernah dia laluinya.

“Adik duduk dengan mama, kakak duduk dengan papa.” balas Puan Suraya.

“Bagi alasan kenapa kami kena duduk berasingan dan apa yang membuatkan papa dan mama rasa dah tak serasi?” Dyaz mula terasa panas dengan suasana ini.

“Dyaz mama kamu tak mampu nak jaga kamu dengan adik, jadi kami buat keputusan adik dengan mama kamu dengan papa .”

“Kalau dah tak mampu kenapa nak bercerai?!”

“Kan mama dah cakap tadi kami dah tak serasi.”

“Tak serasi mama cakap? Ini Dyaz dengan adik ni apa? Kalau tak serasi kenapa kahwin dan macam mana boleh dapat Dyaz dengan adik?!” Dyaz meninggikan suaranya. Tahap kesabarannya sudah tidak dapat dikawal lagi. Dia sudah menyangka kerana beberapa hari yang lepas sikap mama dan papanya yang terlalu sibukkan hal masing-masing sehingga Dyaz tidak pernah melihat mama dan papanya berbual, tetapi dia tidak mampu mengatakan mama dan papanya bergaduh kerana tidak pernah dia melihat mama dan papanya bertengkar atau bermasam muka.

“Dyaz papa tak pernah ajar anak papa meninggikan suara.” Encik Syafii kelihatan terkejut dengan suara anaknya yang tiba-tiba meninggi.

“Memang papa tak pernah ajar tapi situasi yang ajar Dyaz jadi macam ni. Bagi Dyaz alasan yang munasabah kenapa nak kena bercerai tak boleh berbincang baik-baik ke ? Tak kesian dekat kami ke?” Dyaz mula merasa sebak.

“Dyaz cara ni cara terbaik, kami tak nak menanggung dosa antara satu sama lain. Dyaz mama dengan papa sayangkan kamu. Kamu jangan risau kami tak akan abaikan kamu berdua.” Puan Suraya cuba menenangkan Dyaz yang sudah kelihatan bagaikan singa mengamuk.

“Kalau sayang mama tak akan buat keputusan macam ni.” Gaffar kelihatan menggigil menahan marah.

“Baik la kalau itu keputusan mama dengan papa, buat la ikut suka hati mama dengan papa tapi ingat jangan sesekali pisahkan Dyaz dengan adik Dyaz , adik Dyaz nyawa Dyaz mulai hari ini. Kononnya jalan terbaik, ok bercerai la pergi bercerai!” Dyaz membuka langkahnya ke bilik, dihempas pintu biliknya bergegar satu rumah.

*****

Dyaz mengangkat kakinya melangkah naik ke biliknya semula. Moodnya untuk minum petang sudah mati. Pintu bilik ditutup lalu dihenyak punggungnya ke atas kerusi yang di sediakan di meja belajar. Tanggannya meraba ke bawah meja lalu ditarik kunci yang terlekat di bawah meja itu. Kunci itu ditenung lama. Kunci yang di pegang itu di masuk ke lubang laci untuk membuka laci yang sudah sekian lama tidak dibuka. Tangannya menarik sedikit demi sedikit laci meja yang berkunci itu tadi. Laci yang sudah terbuka luas itu di lihat, lalu tangannya mengambil satu demi satu barang-barang yang paling berharga itu. Album gambar dilihat satu persatu dengan penuh teliti. Dyaz tersenyum apabila melihat gambar-gambar yang mengingatkan peristiwa yang lucu itu. Sehingga gambar terakhir Dyaz melihat dengan penuh teliti. Album itu di tutup dan di simpan kembali ke dalam laci. Diambil pula henfon yang berwarna kuning cair itu lalu dihidupkannya dan membuka video yang dirakam oleh Ghaffar ketika berada di pantai ketika bersama dia, mama dan papa. Setitik demi setitik air matanya membasahi pipinya. Bertapa rindunya Dyaz akan kenangan itu dan bertapa rindunya Dyaz mendengar suara Gaffar. Vedio-vedio yang di rakam oleh arwah adiknya menjadi pengubat rindunya. Jika boleh diputarkan masa Dyaz mahu menghentikan masa, Dyaz tidak mahu mengharungi masa yang membuatkan hidupnya hampir hancur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience