BAB 7

Romance Series 2988

“Adik cepat sikit, lama sangat dekat atas tu buat apa? Beregek tak habis-habis, mengalahkan perempuan,” jerit Puan Azizah dari tangga.

“Kejap ibu, sikit je lagi,” balas Uwais sambil merapikan rambutnya. Minyak wangi disembur pada badan. Berlari-lari anak Uwias menuruni anak tangga sambil mengjinjit bag pakaian. Dilihat ibunya sudah berada di dalam kereta, tanpa berlengah kasut disarung lalu memasuki perut kereta.

“Apa yang kamu buat dekat bilik tu lama-lama, bersiap lama sangat mengalahkan kita yang perempuan. Nanti kalau dah kahwin mahu isteri yang siap awal dari kamu,” bebel Puan Azizah.

“Ala mana ada lama, sekejap je pun. Tadi pack baju itu lambat sikit siap,” balas Uwais sambil memasukkan bag baju kedalam bonet kereta. Sambung Uwais “Bag ibu mana?” soal Uwais.

“Dah itu depan mata kamu apa? Nak tunggu kamu lambat sangat, ibu dah siap letak sendiri bag ibu dalam bonet kereta,” perli Puan Azizah, sambungnya lagi “Itu lah ibu dah pesan dari malam tadi kemas baju awal-awal, jangan buat kerja last-last minute. Degil.” ujar Puan Azizah sedikit geram dengan sikap anaknya yang suka melakukan kerja saat-saat akhir.

“Sorry lah ibu semalam sibuk sikit nak siapkan kerja supaya nanti masa dekat kampung tak adalah fikir hal kerja yang tertunggak tu. Dah jom kita gerak, tak mau marah-marah nanti muka ibu cepat tua adik tak tahu,” usik Uwais. Sepanjang perjalanan Puan Azizah menemani anaknya memandu, risau akan anaknya mengantuk. Siap di bawa bekal untuk dibuat kudap-kudap. Dan akhirnya sampai sahaja di kampung halamannya terukir senyuman di wajah Puan Azizah. Gembira melihat mak yang sedang duduk di tangga rumah bersama dengan kakak-kakak iparnya Kasih dan Laila.

Puan Jamilah mak kepada Puan Azizah kelihatan gembira melihat sebuah kereta Myvi berwarna kuning memasuki perkarangan halaman rumahnya. Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Seorang demi seorang anak-anaknya pulang ke kampung halam. Tengahari semalam anak keduanya sudah sampai, pada waktu malam pula Anak sulongnya pula tiba, dan sekarang anak ketiganya pula sudah menunjukkan diri. Tidak lama lagi anak bongsunya pula iaitu Sumayyah. Sudah lama tidak berkumpul anak beranak selalunya hari dapat berkumpul bersama adalah pada waktu raya. Tetapi disebabkan Puan Jamilah ingin pergi umrah, sedikit doa selamat anak beranak akan dibuat.
Puan Azizah berjalan menuju kearah maknya lalu tangan maknya di capai dan dicium tangan tua itu. Pipi kiri dan kanan maknya dicium, terasa rindu pada maknya sedikit terubat. Setelah itu disalam pula kedua kakak iparnya.

“Pukul berapa tadi bertolak?” soal Puan Jamilah.

“Jam 9 pagi tadi mak. Kalau ikut kan nak bertolak dalam pukul 8 pagi, tapi biasa lah mak, Uwais tu memang nampak lelaki tapi kalau bab bersiap kalah perempuan. Macam mak tak kenal perangai cucu mak sorang tu,” balas Puan Azizah.

Uwais menjinjit bag baju mereka berdua dan sampai sahaja di tangga di salam opahnya.

“Besar dah cucu aku, bila nak kahwin? Pak long kau dulu umur baya kau dah kahwin dah,” Uwais yang mendengar hanya mengukirkan senyuman, lalu balas Uwais “Belum sampai seru lagi opah. Lagi pun calon pun tak ada,”

“Hait tak akan dekat Kuala Lumpur tu tak ada perempuan yang kau berkenan Uwais,”

“Ada memang ada tapi itu lah macam Uwais kata seru tak sampai lagi. Hehehe… lagi pun Uwais nak bagi ibu dangan ayah merasa duit Uwais betul-betul,”

“Ala mak itu sebenarnya ada, cuma malu-malu je nak cakap. Nanti tunggu lah tiba-tiba balik kampung cakap nak buat kenduri kahwi,” celah Puan Kasih isteri kepada pak long nya. Sambung Puan Kasih “ Dah jom masuk dalam. Mesti kamu lapar tadi mak long dengan mak ngah masak ayam masak merah, sayur pucuk paku, dengan tauhu goreng,” ujar Puan Kasih. Malas mahu mendengar mak mertuanya memanjangkan hal kahwin, dia tahu budak-budak sekarang bukan suka didesak tentang hal-hal kahwin. Ini semua pengalaman dari anak-anaknya.

Setelah selesai makan tegahari Uwais menyalin pakaian dan menunaikan solat zohor. Setelah itu dihenyak badan diatas sofa ruang tamu, terasa lenguh sendi-sendi badannya dan tidak lama kemudian Uwais tertidur sehingglah jam 4 petang dia terjaga kerana terdengar bunyi bising.

“Pak long, pak ngah baru balik,” ujar Uwais yang masih mamai.
“A’ah, kamu bila sampai?” soal pak ngah apabila tangannya disalam oleh anak buah nya.

“Tadi jam 2 petang tadi,” balas Uwais.

*****

Petang-petang begini apa lagi kalau di kampung minum petang di bawah pokok lah beramai-ramai. Seronok betul, sambil makan sambil menikmati alam semula jadi. Udara segar, pemandangan hijau, tidak seperti di Kuala Lumpur yang pesat dengan bangunan dan udara kotor. Uwais mengambil jemput-jemput ikan bilis lalu dicicah kedalam sos yang dibuat sendiri oleh mak long kemudian dimasukkan kedalam mulutnya. Ya Allah sedapnya tak terkata. Mak long nya memang pandai memasak, yelah dah kerja dalam bidang catering semestinya lah pandai memasak. Puan Azizah pula sedang mengupas buah mangga.

“Haris kau sekarang apa cerita? Selalu ada je mesej aku sekarang dah lama tak mesej.” Soal Uwais pada sepupunya yang tua setahun darinya. Walaupun Haris tua darinya, tiada panggilan abang dibibirnya. Dari kecil begitu puas ibu dan mak ngahnya membetulkan bahasa mereka, tetapi bagaikan masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Bukan apa, beza setahun bagi mereka bukan lah jarak yang begitu besar. Mereka lebih senang ber-aku- kau. Sememangnya Uwais dan Haris memang sepupu yang rapat. Kalau waktu kecil-kecil dulu mereka lah yang paling nakal dalam cucu-cucu Puan Jamilah. Apa je yang tidak pernah mereka buat. Pergi pancitkan moto arwah atok, main mercun dalam pasu bunga opahnya sampai pecah, bermain dalam lumpur, panjat pokok rambutan sampai si haris tu jatuh kena jahit di bawah dagu.
“Hahaha, sibuk kut, aku kan kena transfer tempat kerja ke Klang. Tempat baru mestilah banyak kerja yang dia perlu buat,” sedang ralit meraka bersembang sebuah kereta memarking di belakang kereta myvi kuning Uwais.

‘Ouh minah ni datang juga, ingatkan mak su datang dangan laki dia,’ bisik hati kecil Uwais lalu senyuman dibibir terukir. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia senyum apabila melihat Dyaz yang baru keluar dari kereta.

“Mak su datang dengan siapa tu wei?” soal Haris pada Uwais.

“Anak dia lah, Dyaz,” balas Uwais senyuman masih tidak lekang dari bibir merahnya, lalu tangan melambai kearah Dyaz dan mak sunya.

*****

Selesai solat maghrib berjemaah semua bergerak ke dapur untuk makan bersama. Dyaz sedikit janggal dengan suasana di rumah itu yang sedikit riuh rendah dengan orang yang tidak dikenali. Tetapi Dyaz cuba untuk menyesuaikan diri dengan orang berada dirumah, nasib lah mak long dan mak ngah rajin bersembang dengannya jadi tidak lah dia terasa terasing sangat kalau dengan mak lang dia tidak kisah sangat sebab sudah beberapa kali jumpa. Tetapi ini kali pertama dia bertemu dengan mak long dan mak ngah.

Dyaz mencuci pinggan setelah selesai makan malam, menu malam ini memang sedap. Kari ikan, pegaga goreng mamak, sayur paprika, sambal belacan, kuih sagu dan kuih Melaka. Sampai tiga pinggan Dyaz tambah nasi. Ini kalau Ana tahu mahu mengamuk, yelah anak dara tunjuk macam seminggu tak makan. Hehehe…

Haris dan Uwais membantu mak ngah mengangkat pinggan dan diberi kepada Dyaz. Setiap kali Uwais memberi pinggan pada Dyaz, Dyaz tidak memandang langsung Uwais. Menyampah tak habis lagi. Bila teringat kisah petang tadi rasa mahu sahaja dia tumbuk-tumbuk muka si apek ni. Korang tahu apa dia buat? Dia dah tahu kerusi kayu itu kaki sebelah kanan reput, tinggal tunggu masa sahaja nak roboh dibagi juga pada Dyaz. Kononnya menunjukkan prihatin lah melihat Dyaz yang kelihatan penat memandu, sekali Dyaz duduk di kerusi kayu itu terus terhentak punggungnya ke tanah. Habis luka tapak tangan kirinya akibat bergesel dengan pasir dan akar pokok. Punggungnya pula terasa sedikit sengal sampai lah ke sekarang. Sehinggakan masa makan tadi duduk di bawah terpaksa disengetkan sedikit badan.

Sebaik sahaja Mak ngah berlalu keluar dari dapur… “Luka sikit dah mengada-ngada,” tutur Uwais yang melihat Dyaz berhati-hati membilas pinggan dengan air paip supaya tangannya yang luka itu tidak terkena pada air.
Dyaz mngalihkan pandangannya dan jelingan maut diberi pada Uwais. Malas mahu bertekak dengan mamat gila sorang ini, nanti mahu tak habis sampai esok.

“Assalamualaikum…” suara perempuan memberi salam menarik tiga pasang mata memandang tuan punya suara tersebut. Dyaz melihat dua orang perempuan mungkin bayanya memasuk perkarangan dapur.

“Mira, Dila sampai juga kau. Ingatkan tak datang.” tutur Uwais apabila melihat dua orang sepupunya.

“Mesti lah datang, gila kau tak datang,” balas Mira adik kepada Haris.

“Dyaz menyudahkan pinggan terakhirnya lalu dilapkan tangannya di bajunya dan salam di hulur kedua orang perempuan tersebut.

“Dyaz ya?” soal Dila.

“Aah,” balas Dyaz sambil senyum.

“Dila anak mak long” Dila memperkenalkan diri.

“Mira, adik Haris anak pak ngah” giliran Mira pula memperkenalkan diri.

“Dah makan ke? Kejap Dyaz hidangkan lauk.” Laju Dyaz ke periuk nasi menyendukkan nasi buat mereka berdua. Dyaz sudah dimaklum oleh Mak ngah bahawa anaknya dan anak maklong akan tiba malam ini.

“Thank Dyaz, memang tengah lapar ni. Tadi balik kerja terus gerak ke sini. Wah sedap nya lauk!” Dila terjerit kegirangan melihat lauk yang terhidang di atas meja makan.

“Perangai tu senonoh sikit perempuan oit,” tutur Uwais sambil menggelengkan kepalanya apabila melihat telatah Dila.

“Kau macam tak kenal Dila, jangan nanti tak ada orang masuk minang kau sudah Dila,” sambung Haris.

“Kurang ajar korang, mulut tak ada insuran. Tengok lah nanti dapat bini nanti lebih teruk dari aku,” balas Dila.

“Betul tu Dila, nanti lepas solat kita doa sama-sama bagi dorang ni dapat bini lebih teruk dari kita,” Mira menyampuk, mana boleh biarkan geng sorang-sorang membela diri. Dyaz yang berada disitu memerhati empat sepupu itu, gurauan mereka agak kasar sedikit pun mereka tidak terasa dengan kata-kata yang keluar dari bibir masing-masing. Jam menunjukkan ke angka sepuluh, mata sudah minta untuk direhatkan. Dyaz melangkah masuk ke dalam bilik yang berada di atas. Dila dilihat sudah melabuhkan tirai terlebih dahulu di atas katil. Dyaz mengambil tilam di dalam almari dan tidak sempat untuk Dyaz membentang Mira yang baru tiba menahan Dyaz, “Dyaz, Dyaz tidur dekat katil dengan Dila, tilam tu bagi pada Mira.” tutur Mira perlahan supaya tidak mengganggu Dila yang sedang enak dibuai mimpi.

“Eh tak apa lah Dyaz tidur bawah je,”

“Tak pa Dyaz Dyaz tidur lah di katil Mira nak tidur di luar, senang nak dapat line telefon. Dalam bilik ni line tak ada, nak bergayut susah.” balas Mira sambil tersengih malu.

“Ouh ok,” lalu tilam tersebut bertukar tangan, dilihat Mira membawa keluar tilam tersebut ke luar ruang tamu. Sememangnya rumah ini memang sangat besar. Rumah dua tingkat ini mempunyai empat bilik, tiga bilik di bawah dan satu bilik diatas. Manakala terdapat tiga ruang tamu, ruang tamu pertama berada di pintu masuk, sepuluh puluh langkah kemudian masuk pula keruang tamu kedua dan ruang tamu ketiga pula berada ditingkat atas bersama satu bilik.
Dyaz mengambil selimut dan membalut tubuhnya, sejuknya tidak terkata pada waktu malam. Tetapi apabila mejangkau jam 9 pagi cepat-cepat lah turun kalau tidak mahu menjadi seperti ikan bakar, panasnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Ini mungkin kerana tingkat atas ini rumahnya menggunakan papan berbeza dengan dibwah yang menggunakan batu.
Dengan lafaz bismilah dan disertakan doa tidur Dyaz melelapkan mata, dan seperti biasa tidak memerlukan masa yang lama untuk masuk ke alam yang serbarindah Dyaz sudah pun menaik kapal untuk belayar ke alam tersebut.

*****

Uwais yang enak tidur terjaga apabila merasakan sejuk yang bagai memakan badannya. Dilihat selimutnya sudah berada di badan Haris. Kurang asam betul ni mesti kes sejuk sangat sampai selimut orang di kebas, nak bangun untuk mengambil selimut sebagai tambahan agar badan tidak di jamah kesejukan memang tak lah mamat seekor ni. Tapi bukan sahaja Haris dia juga turut akan melakukan benda yang sama. Lalu Uwais mengambil kembali selimutnya yang sedang elok menyelimut tubuh Haris. Dan tidak lama kemudian dia terdengar suatu bunyi yang datangnya dari atas. Spontan kepalanya memusing memandang ke atas, dengan matanya sedikit kabur melihat tubuh badan sekujur badan melangkah turun anak tangga dalam keadaan terhuyung hayang seperti orang mabuk. Matanya dikecilkan sedikit agar dia dapat melihat siapakah yang sedang menuruni anak tangga tersebut. Bahaya betul kalau silap langkah mahu tergolek juga di tangga.
Matanya masih tidak dapat menangkap siapakah tuan empunya badan itu. Ini kerana hood di kepalanya menutup wajah tersebut. Apabila perempuan itu berjalan melintasi Uwais yang sedang baring di ruang tamu kedua sebagai bilik tidur para jejaka, dilihat Dyaz adalah tuan empunya badan yang berjalan longlai seperti orang mabuk . Dyaz berjalan dengan mata yang tertup, sepasang kaki yang memakai seluar trek bewarna hitam melangkah masuk ke tandas yang berada berhampiran dengan pintu masuk ke dapur. Setelah Dyaz masuk ke tandas Uwais segera bangun dan ke dapur untuk membasahkan tekak nya yang terasa kering.
Pintu dapur di buka, kakinya melangkah ke jug air yang berada di sebelah kiri. Dengan keadaan gelap tanpa berlampu Uwais menuang air ke dalam gelas. Malas Uwais untuk membuka lampu yang terletak di hujung tandas kedua didalam rumah ini, lagi pun dia sudah lali dengan jalan di dapur jadi tidak ada masalah untuk dia bergerak kesana kemari. Uwais segera menghabiskan airnya didalam gelas lalu di bawa ke singki untuk dibasuh.

Sesudah membasuh Uwais kembali menapak untuk keluar dari dapur, tetapi sebelum itu Uwais mengambil satu jug yang berisi air masak lalu di bawa ke dalam peti ais, dia pasti esok pasti dia akan mencari air sejuk apabila tibanya waktu tengah hari. Pintu peti ais dibuka lalu jug air di letak didalam peti tersebut kemudian pintu di tutup semula. Uwais segera memusing badan nya untuk melangkah keluar dari perkarangan dapur tersebut dan tidak sampai tiga langkah dilihat ada lembaga hitam bergerak ke arahnya lalu, “Allahhuakbar!” laung Uwais sambil tangannya dihayun menolak makhluk tersebut, manakala satu suara pula…

“Aaaa!!!”

Buk!!!

Uwais segera memetik suis lampu, apabila cahaya lampu menerangi perkarangan dapur dilihat Dyaz terduduk bersandarkan pintu sambil memegang kapalanya. Uwais segera melangkah mendekati Dyaz.

“Hey, kau ok tak ni?” soal Uwais yang melihat Dyaz sudah pening-pening lalat. Dyaz mengangkat pandangannya ke arah suara tersebut. Matanya sedikit kabur melihat wajah tersebut, mungkin akibat kepalanya melanggar pintu dapur akibat ditolah oleh tangan empunya suara itu seketika tadi. Tetapi dia amat kenal akan suara tersebut. Dyaz cuba untuk bangun tetapi badanya tidak dapat mengimbang dengan baik lalu Dyaz kembali jatuh terduduk. Melihat keadaan Dyaz membuatkan tindakan refleks Uwais membantu Dyaz bangun, kemudian dibawa duduk di kerusi meja makan yang terletak tidak jauh daripada mereka.

Sedikit rasa bersalah menjalar didalam dirinya. Dia ingatkan makhluk halus yang datang ingin mengacaunya, jadi digunakan ilmu yang dibelajar ketika zaman belajar dahulu. Tidak dia sangka yang difikirkan makhluk halus itu adalah Dyaz.

“Hey kau ok tak? Kalau tak kita pergi hospital,” soal Uwais kembali apabila pertanyaannya tidak dijawab sambil menepuk-nepuk bahu perempuan tersebut. Risau juga takut biul pulak budak ni, ye lah dengar bunyi tadi kuat juga budak ni langgar pintu itu.

“Ha? Ok ok” jawab Dyaz sambil cuba menstabilkan dirinya dan melaraskan otaknya agar kembali normal dan berjalan seperti biasa.

Tiba-tiba Dyaz terasa cecair hangat keluar daripada hidungnya, tanganya menyentuh hidung dan dilihat cecair merah.

Darah!

Dengan pantas Uwais berdiri lalu didongakkan kepala Dyaz sambil tangan kirinya mengambil tisu di atas meja makan tersebut.

‘Mampus aku!’ bisik hati Uwais, segera darah yang mengalir dihidung Dyaz dilap dengan tisu. Selama dua ke tiga minit Uwais melakukan perkara yang sama berulangkali. Dilap darah yang mengalir deras lalu ditukar tisu apabila sudah sarat dengan darah. Apabila darah tidak lagi keluar seperti tadi Uwais mencarik sedikit tisu dan di gumpal lalu di sumbat ke dalam dua lubang hidung Dyaz. Dyaz yang dari tadi hanya membiarkan Uwais mengerjakan hidungnya yang deras mengalir dek darah.
Sesudah sahaja Uwais menyumbatkan tisu kedalam hidungnya tangan kanannya laju menumbuk Uwais.

Buk!!!

Sasaran sebenarnya adalah dada Uwais tetapi lain yang tersasar. Ini kerana saat tangannya ingin menghadiahkan sebiji penumbuk kearas dada Uwais, Uwais sudah pun duduk di kerusi hadapannya.

Kepala Uwais yang terteleng ke kiri spontan memegang pipi kanannya yang ditumbuk padu oleh Dyaz.

“Hoi! Kau dah kenapa ha?!” soal Uwais berang, punya baik dia menolong bukan di ucap terimakasih malah diberi penumbuk pula.

“Kau boleh tanya kenapa? Kau tengok ni, apa dah jadi dekat muka aku? Boleh kau tanya kenapa lagi?” tutur Dyaz marah, ketika Uwais sedang sibuk menghentikan darah yang mengalir dari hidung Dyaz, kepala Dyaz sudahpun kembali normal. Serta merta api didalam dadanya membara.

Dyaz segera berdiri dan kakinya melangkah menuju peti ais. Ais batu di ambil lalu di letakkan ke kepala kirinya dan secara tidak segaja tangannya tersentuh pipi belah kirinya dan dia terjerit kecil. Di sentuh pipi kirinya, terasa sakit berdenyut-denyut. Kini bukan sahaja kepalanya sahaja yang sakit malah pipi kirinya juga turut sakit.

“Dah tu yang kau datang tanpa bunyi dengan baju serba hitamnya, aku ingatkan hantu mana tadi,” Uwais cuba membela dirinya.

“Eh eh kita pula dikatakan hantu, yang kau tu duk dalam gelap apahal? Pencuri? Hantuk kak limah? Kalau ye pun buka lah lampu, ini tak,” marah Dyaz, tadi sebaik sahaja dia keluar dari tandas dia mendengar bunyi dari arah dapur, dia ingatkan pencuri masuk ke, atau erkkk hantu? Tak sangka pula orang rumah juga yang berada disitu, ye lah jam dah pukul empat pagi.

“Aku malas lah nak buka lampu lagi pun aku nak minum air je bukan nak memasak pun,” kali ini suara Uwais bertukar seperti biasa apabila melihat pipi Dyaz sedikit merah dengan hidungnya bersumbatkan tisu, timbul rasa bersalah dalam dirinya.

“Dah lah malas aku nak bertekak pagi buta dengan kau. Ada kain kecil tak macam sapu tangan? Bagi aku satu.”

“Kau nak buat apa?” tanya Uwais, ‘nak libas aku ke’ bisik hati kecil Uwais.

“Nak sumbat dalam mulut kau.” tutur Dyaz sambil menjengkilkan bijik matanya, sambung Dyaz lagi “Bagi je lah banyak tanya pula,” kali ini jelingan maut diberi kepada Uwais. Segera Uwais berlalu ke almari di ruang tamu yang letaknya selimut disitu. Di ambil tuala kecil diberi kepada Dyaz. Segera dia bergerak kembali kedapur memberi tuala kepada Dyaz. Dyaz mengambil tanpa sebarang kata, tuala pun tuala lah. Ais batu diletak kedalam kain tersebut lalu kakinya melangkah keluar dari perkarangan dapur.

*****

Jam menunjukkan ke angka 8 pagi, Dyaz segera ke tandas untuk mandi. Apabila sampai di tandas di ruang tamu itu dilihat ada orang sudah pun berada di dialam tandas tersebut. Kakinya melangkah ke tandas kedua iaitu di dapur, satu langkah sahaja untuk kakinya masuk ke ruang tandas tersebut badannya di tolak lalu pintu bilik air itu ditutup. Kurang hajar betul!

“Sorry, tak tahan sangat tandas dekat luar ada Haris dia lama sangat.” Tutur suara tersebut. Huh kenal sangat suara siapa itu.

UWAIS!

“Ini lah jadi kalau tiap kali balik kampung tandas ada tiga pun masih tak cukup. Pagi-pagi mesti berebut punya,” ujar mak long yang datang dari mana pun dia sendiri tidak tahu.
Sambung mak ngah pula yang sedang memegang kelapa yang ingin di parut gamaknya memandangkan dia berjalan kea rah mesin parut kelapa tersebut, “Betul tu Dyaz, ini baru sikit orang, kalau anak mak long kau dan anak mak ngah yang lain balik lagi lah menjerit-jerit minta cepat sikit mandi tu,” terukir senyuman di bibir mak ngahnya, mungkin teringatkan suasana bising apabila berkumpul ramai.

Dyaz hanya diam dan memberi senyuman, tak akan dia nak mengamuk dekat sini pula kan. Taka pa Dyaz sabarnya nanti ada hari kita balas, kau apek tunggu ya, tunggu aku tauhu lah nak buat apa dengan kau. Dari semalam sakit hati tidak habis lagi sebenarnya.

Dyaz bergerak kea rah mak long yang sedang bancuh air. “Ada apa-apa yang Dyaz boleh tolong?” soal Dyaz, memandangkan tandas semua penuh jadi dia menawarkan khidmat sebagai pembantu dapur.

“Tak ada apa Dyaz, tunggu mak ngah kamu parut kelapa je lepas itu kita dah boleh makan. Duduk je lah Dyaz,” Dyaz hanya menganggukkan kepalanya.

“Mana Ummi dengan opah?” soal Dyaz pelik apabila melihat hanya mak long dan makngah sahaja yang berada di dapur.

“Ouh Ummi dengan mak pergi pekan sekejap dengan pak long kamu beli barang sikit,”
Dyaz membetulkan hood yang terikat di kepalanya. Tidak lama kemudian tandas di ruang tamu kembali kosong apabila Dila keluar dari tandas tersebut. Segera Dyaz berlalu pergi ke tandas tersebut, kalau tidak mahu terlepas lagi lah jawabnya.

Tapi sebelum tu….

Senyum jahat dibibir Dyaz terukir. Agak-agak korang apa yang aku buat ya? Tunggu dan lihat. Hehehehe…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience