Series
3261
Farhana berlari-lari anak naik ke bilik Dyaz. Sampai sahaja kakinya didepan pintu bilik sepupu kesayangannya, terus dibuka pintu bilik tanpa memberi salam mahupun mengetuk pintu dahulu.
“Dyaz!” jerit Farhana sambil terkinja-kinja seperti beruk.
“Allah.” Dyaz yang sedang baring di katil sambil membaca novel melompat terkejut.
“Kau dah kenapa menjerit-jerit. Tekejut aku tahu tak,” marah Dyaz.
“Aku dah dapat kerja!” kali ini Farhana sudah seperti orang penari belle pula.
“Lah… dapat kerja je kut. Aku ingat apa lah tadi. Kerja mana? Dengan kawan si apek a.k.a mamat sengal tu ke?” soal Dyaz ancuh tak ancuh.
“Semestinye lah! Dah dia offer punye baik, tak akan aku nak tolak. Kau tahu gaji pun lagi tinggi dari sebelum ni. Dan yang paling penting dekat dengan mak ayah aku dan tidak dilupakan juga kau. Tapi…”
“Tapi apa lagi? Kau ni macam-macam masalah lah. Pening aku,” novel di tangan di letak di atas meja lampu.
“Rumah sewa aku nak kena cari, tak akan aku nak berulang dari rumah mak aku yang dekat rawang tu. Jam kut pagi-pagi nak keluar.”
Kepala Farhana diluku, “Kau ni kan, apa guna nya aku? Rumah sewa aku tu punya kosong, sunyi, sepi. Aku sorang je duduk kau tahu, punya lah aku kesorangan tapi kau boleh tak nak tinggal dengan aku,” geram Dyaz dengan sepupunya itu, aku punya kesunyian dekat rumah boleh dia nak cari rumah sewa lain. Hampeh punya sepupu.
“Jangan lah luku kepala aku, aku tak terfikir lah. Dah terlampau excited sampai lupa benda-benda macam itu,” digosok-gosok kepala nya, terasa sengal ditempat yang diluku oleh Dyaz.
“Jadi bila kau mula kerja?” soal Dyaz pada Farhana.
“Lusa,” balas Farhana.
“Lepas itu kau nak pindah rumah aku bila? Aku malam ni nak balik, esok dah nak mula kerja, dah lama aku biarkan butik aku dengan kak Mila,” memandangkan kakinya sudah sembuh, esok dia akan mula bekerja. Jadi Dyaz bercadang untuk pulang ke rumah sewanya malam ini. Rindu dengan butiknya, dan kerja pun dah berlambak.
“Kau balik malam ni, aku pun balik lah malam ni. Barang-barang hujung minggu aku balik Perak ambil. Lagi pun baju aku bawa lebih, barang-barang aku dekat rumah sewa pun aku dah pack siap,” perh… Ini dah memang kes get ready awal-awal nak terus kerja dekat sini bila dapat kerja. Sampai barang-barang dah siap pack, bila dapat sahaja kerja terus hujung minggu just datang angkut je. Hebat plan kau Ana.
“So siap-siap lah lepas isya’ kita gerak,” arah Dyaz pada Ana.
“Baik cik puan!” tabik diangkat.
*****
Hari berganti hari, akhirnya saat yang di tunggu-tunggu oleh kedua mempelai yang berada di hadapan Uwais sudah sah bergelar suami isteri. Uwais yang sudah selesai mengisi perut hanya menjamu mata melihat suasana majlis yang boleh dikatakan gah itu. Mata Uwais tidak lepas memandang Balqis. Sungguh cantik sekali Balqis hari ini, baju yang berwarna pink lembut menambahkan kejelitaan Balqis. Sedang khusyuk Uwais memerhati Balqis tiba-tiba suara Sofea memecah khayalannya.
“You sekarang kerja dekat mana? Tak sama dengan Iman kan?” soal Sofea pada Uwais.
“A’ah tak sama dengan Iman tapi dekat je office kita orang,” balas Uwais ancuh tak ancuh. Dia sebenarnya kurang senang dengan kehadiran Sofea a.k.a girlfriend Iman. Gedik semacam, kalau bukan Iman suka kat kau dah lama aku tendang kau jauh-jauh. Merimaskan! Macam mana Iman boleh suka dekat perempuan macam ni dia sendiri tak faham.
“Ouh ye ke? Lepas ni boleh lah kita jumpa,” ujar Sofea. Uwais hanya membalas dengan senyuman, malas nak jawab. Baru kenal dah nak ajak keluar.
“You ni mix ye? Sebab muka you macam bukan orang melayu pure,” soal Sofea lagi, seboleh-bolehnya dia mahu Uwais menumpukan perhatian pada dia.
“Yep, ibu keturunan Cina,” balas Uwais. Sofea ingin membuka mulut tapi tidak sempat kerana kedua penggantin datang ke Uwais dan kawan-kawannya.
“Tahniah bro, selamat sudah akhirnya,” tutur Iman sambil bersalam. Begitu juga dengan Uwais dan Aiman turun menyambut salam yang dihulur oleh pengantin lelaki itu. Manakala Balqis menyalam Sofea.
“Alhamdullilah, dah lama ke sampai?” ujar Firdaus.
“Dah lama dah dari korang berdua masuk berarak lagi,” balas Iman.
Balqis yang berada disisi suaminya hanya membisu begitu juga dengan Uwais. Masing-masing rasa segan dengan perkara yang lepas.
“So korang bila lagi? Aku dah lepas,” soal Firdaus pada mereka bertiga.
“Hahaha… Aku calon pun tak ada lagi nak kahwin apa nya,” balas Aiman. Uwais masih membisu. Bukannya dia tidak mahu bercakap mahupun beramah mesra dengan Firdaus, tapi tak tahu lah kenapa hati ini macam berat je nak nak bawa masuk ke alam beramah-tamah dengan mereka. Mungkin perasaan sedih dan kecewa masih ada lagi kut. Ye lah cinta pertama memang sukar untuk di buang dari hati yang sudah ke tahap maksimum rasa sayang dan cinta.
*****
“Macam mana tadi?” soal Puan Azizah.
“Macam mana apa?” tanya Uwais yang sedang menonton televisyen saluran HBO sambil mengunyah keropok.
“Majlis Balqis lah, buat-buat tak tahu pula dia ni,” marah Puan Azizah. Itu lah sikap anaknya suka sangat buat-buat tak tahu bila ditanya.
“Ouh… Biasa je, macam majlis perkahwinan orang lain. Ada pelamin, ada makan beradab untuk pengantin dan pengantin pakai baju manik-manik,” sahaja Uwais menyakat ibu nya. Dia dah agak dah pasti soalan itu akan diutarakan oleh ibunya sebaik pulang dari majlis perkahwinan Balqis. Jadi masa balik dari majlis tadi terus Uwais nak ke bilik untuk menenangkan dirinya.
Menenang? Jadi betul lah perasaan sayang dalam hati masih belum habis kikis? Erm… Ye lah tu kut.
“Auwww…” jerit Uwais
.
Lengan Uwais mendapat satu penyepit ketam yang berbisa dari ibunya.
“Main-main dengan ibu. Orang tanya betul-betul dia main-main pula, ibu serius ni,” merah muka Puan Azizah menahan marah. Kita punya lah risau dengan keadaan dia, dia boleh pula main-main kan kita. Sebenarnya hati puan Azizah tidak tenang bila anaknya pergi ke majlis Balqis. Memang dia yang suruh pergi, tapi perasaan risau tetap ada. Risau akan hati anaknya yang baru nak baik dari pulih, terluka kembali. Tapi bila difikirkan kembali, sampai bila anaknya mahu lari dari kenyataan.
“Ok, ok. Orang gurau pun nak marah. Rilex lah ibu, ambil nafas dulu. Tenangkan diri ok. Tadi majlis macam biasa je,” ujar Uwais. Puan Azizah memandang anaknya, hatinya merasa sedih. Dia sebagai ibu dapat merasa perasaan anaknya sedang bersedih.
“Kenapa ibu pandang adik macam tu?” soal Uwais pelik.
“Ibu tahu adik mesti rasa sedih. Tapi percaya cakap ibu, Allah maha adil. Dia nak bagi adik seorang perempuan yang lagi bagus dari Balqis, percaya cakap ibu,” tutur Puan Azizah sayu.
Uwais hanya membisu, tidak lama kemudian, “Dah lah ibu, Qis dah selamat jadi isteri orang dah. Adik kena belajar terima, walaupun hati adik ni sakit macam mana pun,” luah Uwais dengan jujur.
*****
Tuk, tuk, tuk…
“Masuk,” kata Dyaz sebaik sahaja pintu biliknya diketuk, Sambungnya apabila orang yang mengetuk pintu biliknya itu, “Ouh, kak Mila, masuk lah mari duduk,”
Mila melangkah masuk sebaik sahaja bosnya menjemputnya masuk dan duduk. Senyuman diukir sebaik sahaja dia melabuhkan punggung dikerusi hadapan majikannya.
Dyaz turut membalas senyuman. “Ye, Kak Milah ada apa yang boleh saya bantu?” soal Dyaz pada pekerjanya. Dia perasan beberapa hari ini pekerjanya itu tidak seceria selalu. Hati terdetik untuk bertanya tapi takut pula dikata suka jaga tepi kain orang. Jadi Dyaz membuat kesimpulan mungkin Kak Milah ada masalah family atau ada perselisihan faham dengan suaminya kut.
“Erm… Akak… akak…” Kak milah seperti sebersalah untuk meluahkan hajat yang ingin disampaikan.
“Kenapa ni? Akak ada masalah ke? Kalau ada masalah bagi lah tahu Dyaz, kut-kut Dyaz boleh bantu akak,” soal Dyaz lembut.
“Akak… Akak nak berhenti kerja,” jawab Kak Milah sambil menundukkan kepalanya. Terkejut Dyaz dengan apa yang dikata oleh Kak Milah.
“Kenapa kak? Dyaz ada buat salah ke dekat akak sampai akak nak berhenti kerja?” soal Dyaz risau. Risau dia ada membuat hati Kak Milah terasa tanpa dia sedar. Ye lah kadang-kadang bila dalam waktu kerja Dyaz seorang yang tegas, bila dia rasa benda tu tak bagus dia akan cakap terus.
“Tak, bukan. Dyaz tak ada buat salah apa-apa pun,” balas Kak Milah.
“Lepas tu kenapa?”
“Akak… akak nak pindah balik kampung akak,”
“Tapi kenapa? Suami akak kena pindah kerja?” soal Dyaz lagi.
Kak Milah hanya menggelengkan kepalanya.
“Lepas tu kenapa?” Kak Milah membisu.
Dyaz bangun dari kerusinya lalu duduk disebelah Kak Milah. Tangan Kak Milah dipegang erat.
“Kak Milah cuba, akak cerita pada Dyaz. Insyaallah Dyaz boleh tolong,”
“Kak Milah dah bercerai, suami akak pula nak halau akak dari rumah tu. Duit simpanan akak pula habis dia ambil. Akak dah tak ada tempat tinggal dan duit satu sen pun,” teresak-esak Kak milah cerita.
Ya Allah, patutlah beberapa hari ni Kak Milah muram sahaja. Rupa-rupanya… Subhanallah, hebat sungguh dugaan Kak Milah.
“Maaf Dyaz tanya, tapi kenapa akak bercerainya?” soal Dyaz.
“Suami akak dia nak kahwin lain. Dan perempuan tu minta kalau suami akak nak kahwin dengan dia, dia minta suami akak ceraikan akak. Dan sebelum cerai, suami akak ambil semua duit akak dan belanja untuk perempuan tu,” cerita Kak Milah dari awal hingga habis.
Dyaz tergamam seketika. Terkejut dengan apa yang dicerita oleh Kak Mila.
“Macam ni kak, rumah saya ada satu bilik kosong. Akak duduk lah dengan saya, bina hidup baru. Benda yang lepas akak jangan fikirkan lagi,” tutur Dyaz. Rumahnya ada satu lagi bilik kosong, jadi tidak salah kalau Kak Milah menjadi penghuni bukan.
“Dyaz, akak tak nak susah kan Dyaz. Biar lah akak balik kampung akak,” tersedu-sedu Kak Mila bertutur.
“Akak dekat kampung kerja apa yang akak boleh dapat? Lagi pun gaji pun sikit berbanding di sini. Tak apa kak rumah saya ada tiga bilik, dan satu bilik masih kosong. Duduk lah dengan saya. Tentang duit sewa tak payah risau, saya tak kenakan bayaran,”
“Dyaz akak…”
“Dah masa balik nanti kita pergi ambil barang-barang akak, kita terus pindah ke rumah saya,” lalu dipeluk Kak Milah. ‘Ya Allah kuatkan lah hati Kak Mila, sesungguhnya dia insan yang lemah. Kuatkan lah hatinya untuk meneruskan kehiduapan yang akan datang,’ bisik hati kecil Dyaz, lalu diusap bahu Kak Mila. Tanpa sedar air mata Dyaz turut gugur, simpati dia pada Kak Milah tidak dapat ditahan, lalu air mata membuktikannya.
*****
“Cik Farhana?” soal seorang perempuan.
“Ye, saya,” balas Ana.
Senyuman terukir di bibir merah perempuan itu, “Nama akak Fauziah, panggil Kak Gi. Akak P.A Encik Aiman yang Farhana nak ganti nanti,” ouh ini lah orang yang nak pindah. Muda lagi rupanya, tapi muda aku lagi. Hehehe.
“Panggil saya Ana je, Farhana panjang sangat,” ujar Ana.
“Ok, beres. Jom ikut akak, akak tunjukkan tempat Ana,” Ana mengatur langkah mengikuti Kak Gi. Setiba di meja kerja Kak Gi…
“Ok, ini meja yang Ana akan duduk sepanjang Ana kerja di Syarikat ni,”
Ana hanya menganggukkan kepalanya manakala matanya melihat setiap sudut ruang yang ada pada meja kerja yang bakal dia duduki tidak lama lagi.
“Mari duduk, akak nak terangkan tentang syarikat ni,” Ana mengambil tempat duduk di hadapan Kak Gi. Di cerita dari awal hingga akhir tentang syarikat Sky Holding, dan apa yang perlu Ana laku kan. Nampaknya tiada beza kerja nya di tempat lama dengan disini.
“Faham tak setakat ni?” soal Kak Gi.
“Faham,” balas ku, sambung Ana, “Bos pagi-pagi minum apa?” soal Ana, senang kalau dah tahu. Nanti tak ada lah perlu dia tanya kepada bosnya itu minuman apa yang dia mahu.
“Ouh tentang buat air lupa akak nak bagi tahu. Anak tak perlu buat air untuk bos, sebab bos akan buat sendiri. Kecuali kalau dia minta sahaja, selalunya kalau dia minta buatkannya air itu bermaknanya dia ada banyak kerja nak disiapkan dengan cepat,” terang Kak Gi. Pelik Farhana ada juga bos macam itu. Tapi bagus juga tak ada lah susah aku.
Setakat yang diterangkan oleh Kak Gi tentang syarikat Sky Holding dan tentang bosnya, yang dia faham, Encik Aiman baru memegang jawatan sebagai CEO sebulan setelah ayahnya mengalami masalah kesihatan. Dan dia dipesan oleh Kak Gi supaya teliti dengan kerja yang dilakukan sebelum dihantar ke Encik Aiman. Ini kerana bosnya itu sangat tegas dalam hal kerja.
Ketika sedang khusyuk Ana mendengar taklimat yang disampai oleh kak Gi, perbulan mereka terhenti apabila rakan sepupu temannya Aiman iaitu merangkap bos yang baru sahaja sampai berjalan ke arah mereka.
“Hai, Ana dah lama sampai?” soal Aiman ramah, dilihat Aiman begitu segak mengenakan baju kemeja berwarna hijau seluar slek ber tai hitam dan tidak lupa juga dengan kod nya. Sungguh berbeza penampilannya ketika mereka berjumpa di rumah Uwais. Tetapi Aiman memang seorang yang Good Looking so tidak kira berpenampilan bagai mana sekali pun tetap kelihatan segak dan boleh membuat mana-mana perempuan cair hati.
“Baru juga lah dalam 45minit yang lepas,” balas Ana dengan senyuman yang manis.
“So now what are you doing Kak Gi? Do you explain what will she do and about our company?”
“Yes already don’t worry Encik Aiman, before I leave I will make sure she will be perfect P.A for you,”
“Ok good, so Ana saya harap awak boleh jadi seperti Kak Gi katakana tadi,” tiba-tiba Ana rasa seram sejuk pula. Nak jadi PA yang perfect haish tak boleh jamin lah, tapi tak akan aku nak cakap ‘I’am not sure about that,’ . Mahu terus kena buang kerja, tak sempat nak mula berkhidmatan dekat sini dah kena buang. Jangan buat hal Farhana. Just say ‘YES!'
“For sure, insyaallah Encik Aiman,” balas Ana dengan senyum ala-ala frozen gitu.
*****
“Assalamualaikum,” salam diberi sebaiksahaja kaki kanannya melangkah masuk ke dalam rumah orang tuanya. Dilihat Hafiz sedang tidur diruang tamu dengan nyeyang sekali, salam yang diberi oleh Dyaz sedikit pun tidak mengganggu tidur si kecil itu. Matanya mencari papa dan ibu tirinya. Kelibat susuk tubuh Puan Sumayyah kelihatan diruang dapur, manakalah papanya pula tidak kelihatan.
“Waalaikumussalam, Dyaz rupanya ingatkan siapa tadi,” salam yang diberi oleh Dyaz dibalas.
Dyaz hanya mengukirkan senyuman. Bag tangannya diletak diatas sofa kemudian berlalu ke arah adik tirinya itu Hafiz. Dicium kedua pipi adiknya kemudian tangan si kecil itu digigit-gigit manja. Dyaz amat suka pada tangan dan jari-jemari bayi, kerana tangan bayi sangat lembut dan comel. Kadang-kadang segaja diletak jari telunjukkan dalam genggaman bayi.
Hafiz sedikit terganggu dengan sentuhan kakaknya.
“Ala awalnya awak tidur, baru nak ngomol awak dah naik ke bulan,” ujar Dyaz sambil mencubit manja kedua belah pipi adiknya.
“Dyaz dah makan? Jom makan sekali dengan Ummi,” Dyaz mula melangkah menapak ke dapur untuk makan bersama Umminya. Sesudah sampai dimeja makan kerusi ditarik lalu dilabuhkan punggungnya ke atas kerusi. Herm lauk semua nampak sedap ikan sardin masak asam pedas, sup cendawan, dan tempoyak berserta ulam. Pinggan di ambil lalu nasi di isi kedalam pingganya dan tika itu Dyaz bertanya kepada umminya “Papa mana? Tak makan sekali?” soal Dyaz pelik, dari dia melangkah masuk kedalam rumah tidak lihat kelibat papanya. Kalau ikutkan Jam 6 petang papanya sudah ada dirumah, sekarang sudah menjangka ke angka 8.
“Ouh papa Out station seminggu di Kelantan, semalam baru bertolak,”jelas Puan Summayah pada Dyaz.
“Ouh, jadi Ummi tinggal sorang dengan Hafiz je lah ye? Kenapa tak call Dyaz boleh Dyaz balik awal sikit temankan ummi,” soal Dyaz agak risau, ya lah kalau apa-apa terjadi susah tak ada sapa yang dekat boleh tolong. Nak drive sendiri setahu Dyaz, Puan Summayah tidak berani untuk memandu.
“Tak apa lah Dyaz, tak ada apa yang nak ditakutkan. Lagi pun esok ummi dah nak balik kampung,” tutur Puan Summayah pada anaknya.
“Balik kampung?”Dyaz sedikit pelik kenapa papa atau ummi tak ada bagi tahu apa-apa pada dia pun.
“A’ah, papa tak ada bagi tahu ke?”
“Tak ada pun, tentang papa pergi out station pun Dyaz tak tahu,” Dyaz sedikit berkecil hati dengan papanya rasa bagai diabaikan. Dirinya itu baru nak berbaik dengan keluarga tetapi tidak guna kalau dirinya sahaja yang mahukan perubahan itu jika papa dan umminya tidak mahu.
Puan Summayah melihat perubahan air wajah anaknya itu, terbit rasa sedikit sebersalah. Bukanya dia tidak mahu untuk memberitahu tetapi dia ingatkan suaminya akan sampaikan pada anaknya itu.
“Papa lupa lah tu nak bagi tahu Dyaz, sebab beberapa hari ini papa sibuk sangat. Nak ke Kelantan itupun kelang-kabut bayangkan papa dimaklum dia perlu ke Kelantan tengahari semalam. Itu yang balik dari rumah petang semalam terus dikemas-kemaskan bajunya dan terus bergerak ke sana,” jelas Puan Sumayyah, bukan direka-reka alasan untuk menyedapkan hati anaknya tetapi itu lah kenyataannya. Sampaikan rancangan untuk balik ke kampung esok ni pun terpaksa ditukar, sepatutnya untuk balik ke kampung mereka akan balik bersama tetapi disebabkan out station secara mengejut terpaksa Puan Sumayyah pergi bersendirian dengan menaiki bas.
“Lepas itu esok ummi balik kampung siapa hantar?” soal Dyaz pelik, dah papanya tiada siapa pula yang menghantar umminya ke kampung.
“Ummi naik bas esok,” balas Puan Sumayyah.
Haish papa pun kalau betul lah sibuk sanggup suruh ummi pergi naik bas dengan Hafiz lagi. Hati kecil Dyaz mula terasa sedikit panas dengan sikap papanya.
“Tak apa lah kalau macam itu biar Dyaz hantar, kampung ummi dekat mana?” soal Dyaz . Tidak sampai hati dia untuk membiarkan umminya menaiki bas, dah lah dengan Hafiz lagi, bag lagi.
“Eh tak apa lah Dya, ummi boleh naik bas sendiri dulu sebelum kahwin pun ummi dah biasa naik bas balik kampung. Jangan risau tak ada pa-apa lah,”
“Taka pa lah ummi Dyaz tak kisah pun, lagi pun sekarang cuaca panas, nanti kesian Hafiz berpanasan masa nak tukar-tukar bas untuk ke station bas. Nanti dengan bag lagi ummi nak mengangkut, jadi naik je dengan Dyaz. Boleh Dyaz cuci otak ni dan berehat dekat kampung sikit,” ujar Dyaz sambil membayangkan suasana kampung yang tenang dan aman. Sudah lama dirinya tidak bercuti dan merehatkan minda, jadi dengan kesempatan yang ada ini boleh lah dia merehatkan dirinya nanti. Dalam masa yang sama boleh mengenali keluarga Umminya.
“Kalau macam itu esok jam 10 pagi kita gerak ok,”
“Ok jam 10 pagi kita gerak,” balas Dyaz
*****
Perjalanan yang mengambil masa dalam lima jam membuatkan sendi-sendi Dyaz merasa sedikit lenguh. Puan Sumayyah juga sudah kelihatan penat dengan memangku Hafiz lagi, tetapi apabila melihat kampung halaman nya terus membuatkan Puan Sumayyah melupakan kepenatan tersebut begitu juga dengan Dyaz yang kelihatan sedikit teruja melihat kehijauan padi. Kereta di parking di belakang kereta Myvi kuning, handbreak ditarik dan gear di free kan. Dyaz dan Puan Sumayyah membuka pintu kereta dan tidak sampai beberapa saaat kemudian Dyaz terlihat susuk tubuh lelaki yang amat annoying. Sedikit demi sedikit snyumannya itu pudar.
‘Uwais!’
Rasa teruja yang tadi menerpa kian beterbangan. Uwais yang berada di meja kayu bersama beberapa mak ciknya yang sedang menjamah buah-buahan mengukir senyuman lalu melambai tangan kearah mereka berdua yang baru keluar dari perut kereta.
‘Macam mana aku boleh lupa, mamat sengal tu anak buah ummi. Sah-sah lah dia ada sekali. Haish benci nya aku tengok muka dia, tersengih-sengih macam kerang busuk,’ bisik hati kecil Dyaz.
Haish alamatnya bergaduh lagilah kedua-dua manusia ini.
Share this novel