BAB 2 -PART 3-

Romance Series 2988

‘ Learn from yesterday , live for today and hope for tomorrow .’

“So macam mana? Dah pilih tempat?” Syaza yang baru sampai terus menggambil tempat di sebelah Dyaz. Tangan di angkat menandakan dia ingin membuat oder. Sampai sahaja waitress terus di pesan air apple jus dan nasi goreng tom yam.

“Belum lagi tunggu kau la, lambat sangat.” usik Dira.

“Ok, ok kita nak pergi holiday dekat mana? Cepat-cepat aku dah tak sabar ni.”tiba-tiba mood yang termengah-mengah bertuka kepada mood excited.

“Ha tuan punya cadangan, nak pergi mana? Call punya main gempak tapi tak tahu nak pergi mana.” Tanya Dira.

“Korang bagi la cadangan aku tak kisah mana-mana pun tapi syaratnya tempat tu mesti ada laut yang tenang, pemandangan yang cantik, yang paling penting bilik kita tu mesti mengadap pantai.” sambil menunjuk reaksi muka yang dia ingin tempat yang sangat menenangkan diri, sampai kedua belah tangan di genggam sambil menutup mata. Kononnya menghayati la tu. Eceh berangan tak sudah Cik Dyaz oit.

“Cop cop, tadi kata tak kisah mana-mana tapi banyak pula syaratnya nak pantai la, bilik mengadap laut la. Aku ingatkan nak je ajak kau pergi Cameron Highland.” Dyaz dan Syaza memandang tajam ke arah Dira. Adira menayang gigi yang tak seberapa putihnya itu.

Air yang di pesan oleh Syaza akhirnya sampai, dan tiba-tiba...

“Ha! Aku ada tempat baik punya tapi tak tau la korang suka ke tak, sebab korangkan nak pergi dalam masa yang terdekat ni.” suasana yang sunyi itu di kejutkan dengan suara Syaza.

“Eh kau ni kalau tak main sergah-sergah tak boleh ke? And one more think bukan ‘korang’ nya, tapi tu ha minah pakai baju kuning. And lastly bukan dalam masa terdekat tapi dalam 2 atau tiga hari lagi ye.” siapa lagi yang pakai baju kuning kalau bukan Dyaz. Memang kau-kau Dyaz kene kutuk dgn Adira.

“Perli nampak.” tegur Dyaz.

“Heheh, betul apa yang aku cakap. Dah-dah kita tutup pasal perli memerli ni. Ha dekat mana tempat tu? Tell me tell me te te tell me.” lagu wonder girl tell me di nyanyi oleh Adira.

“Dekat kawasan Selangor je nama tempat tu Golden Palm Tree Resort. Kau kan nak sangat bilik kita tu, eh bukan kita tapi bilik kau tu mengadap pantai la, pemandangan yang cantik la. Ni villa kau atas laut lagi tu dan toilet kau tu buka je langsir dah nampak laut. Tapi kalau kau ambik villa la kalau, kau ambik chalets tak dapat la kau nak bilik dan toilet kau tu bukak je tingkap nampak terus laut.”

“Ha bukan bilik je atas laut, toilet buka langsir boleh nampak laut. Boleh mandi sambil MENIKMATI pemandangan lagi tu nak comment apa lagi? Nak ke tak nak ?” tanya Adira pada Dyaz. Sahaja ditekan kan ayat menikmati itu.

“Price?”

“Jap aku cari dekat googel.”

Tidak lama kemudian makanan yang di pesan oleh kami sampai, apa lagi dari tunggu di Syaza mencari aku dan Adira menikmati makanan yang sedap lagi enak itu.

Dalam lima belas minit kemudian.

“Rm 200 satu malam, ni tengah promosi. Amacam nak ke? Ni time hari biasa dapat la low price kalau time cuti sekolah lagi mahal.”

“Kalau tiga hari dua malam enam ratus. So sorang Rm 200 la. Korang ok ke?” tanya Dyaz.

“Aku ok.” Jawab Dira.

“Aku pun.” Jawab Syaza dengan mulutnya yang penuh dengan nasi goreng tom yam. Syaza ni memang kalau dah dapat makanan memang tak hirau orang keliling tengok ke tak. Kalau lelaki tengok memang cancel terus buat bini.

“So kau nak pergi bila? Ni ha satu lagi, Dyaz tak boleh ke kalau kita pergi next week? Aku nak kena minta cuti dulu. Aku bukan macam korang, aku ni orang berkerja.” tanya Dira sambil menyuap bihun goreng ke mulutnya. Antara mereka bertiga Adira yang paling tua, tapi tua setahun je la dari kita orang. Kita orang dua puluh tiga tahun, Dira pula dua puluh empat. Walaupun dia tua dari kita orang, kita orang tak langsung panggil dia kakak. Dia pun tak bagi kita orang panggil dia kakak. Lagi satu antara Syaza dengan Adira, Adira adalah kawan aku yang paling awal kenal. Semasa aku darjah dua aku berkawan dengan dira. Dan semasa darjah enam aku berjumpa dengan Syaza dan baru la kita orang jadi kawan .

“Macam ini kita tanya dulu bilik kosong ada hari apa, then baru kau minta cuti dan terus book. Amacam?”

“ Ok, beres.”

“Ha Syaza di sebabkan kau yang cadangkan tempat tu kau call tempat tu, tanya bilik kosong untuk next week ada hari apa lepas itu kau bincang dengan Dira dulu supaya dia boleh minta cuti. Then book terus.”

“La aku ke. Ye la, ye la.” Muncung mulut Syaza.

*****
Hari isnin hari yang paling di benci oleh kebanyakan golongan yang bernama manusia. Sehinga hari isnin di gelar sebagai ‘Monday Blues’. Tidak terkecuali juga dengan Uwai, dia juga paling benci akan hari isnin. Katanya tak puas nak bercuti, rasa baru je letak badan atas katil dah nak kena bangun pergi kerja. Mana tak nya Encik Uwais oit, kalau cuti tu awak duk habiskan dengan bermain game. Memang la baru je letak badan je dah rasa nak kena bagun balik. Salah sendiri juga main game sampai tak tidur malam.

Sememangnya game dan Uwais memang tidak dapat di pisahkan lagi. Sudah puas Puan Azizah menengur anaknya itu. Bukannya Puan Azizah tidak membenarkan tetapi anaknya bermain sehingga tidak tidur malam. Nak di pukul Umur dah dua puluh lima. Akhirnya dibiarkan sahaja.
Uwais yang sedang termenung bagaikan beruk nak melompat apabila bunyi telefon yang berdering yang minta di angkat. Dengan malas tangannya mengapai gagang telefon milik Syrikat Syukur Holding dimana tempat dirinya bekerja yang sudah mejangkau enam tahun itu.

“ Hello, good morning Syukur Holding here . Can I help?”

“ Mana Faris? I nak bercakap dengan Faris.” bukan main menyombong betul minah ni. Tak payah tanya siapa pun dah boleh tahu, Nadia girlfriend bosnya itu. Tidak faham Uwais dengan bosnya itu, bagaimana lah bosnya itu boleh angkut minah ni jadi girlfriend. Memang rupa cantik tapi bahasa memang out terus. Lagi satu aku ni pun lelaki boleh nampak yang perempuan ni hanya nak kan duit bosnya sahaja. Pelik betul la .

“ Sebentarnya miss.” sabar Uwais cool, pagi-pagi jangan marah-marah. Tarik nafas turun tarik turun.

“ Encik Faris Miss Nadia ada di talian satu.”

“ Cakap saya sibuk .”

Lalu kakinya dihanyun ke tempat duduknya dan mengapai ganggang telefon itu semula.

“Maaf Miss Nadia, Encik Faris busy.”

“O... Busy ye ok tak apa i datang sekarang. You suruh bos you tu duduk diam-diam dalam pejabat tu ye. I datang sekarang.”

Uwais mengangkat punggungnya lalu di ketuk pintu bilik bosnya.

“ Yes, come.”

“Encik Faris ini fail yang encik perlu semak dan tandatangan.”

“Oh ok. Mmm, hari ini saya ada apa-apa appointment?”

“Hari ini pukul dua, dengan Puan Liyana.”

“Ok. Lagi?”

“Itu sahaja. Saya keluar dulu.” Uwais yang baru sahaja berpusing ingin keluar dari bilik bosnya itu ,teringat akan sesuatu.

“Satu lagi Encik Faris. Miss Nadia cakap tadi dia nak datang sini.”

“Ha? Nak datang si...” Tidak sempat Encik Faris ingin mengabiskan ayatnya muncul la aura bala yang datang dari arah pintu bilik bosnya itu. Rupa-rupanya aura bala itu datang dari si minah ek tu. Minah ek itu membuka pintu bagaikan serigala yang kelaparan mencari makanan. Eh betul ke ayat aku ni? Ah lantak la. Baik aku cau dulu sebelum dengan aku-aku sekali telibat dalam peperangan yang akan meletus sebentar nanti.

“Faris! You sahaja kan tak nak angkat call I!”

“Encik Faris saya keluar dulu.”

“Mmm, ok.” Llaju kaki Uwais melangkah keluar dari bilik yang akan menjadi medan perang antara bosnya dan minah ek itu.

‘Ish yang aku menyampah sangat dengan minah tu apa kes pulak ni. Dah-dah wake up uwais time to work.’

Bekerja sebagai secretary ni bukan senang jah oi. Pening kepala mak dibuatnya nyah. Tapi bila difikirkan balik mana ada kerja senang dekat dalam dunia ni. Korang tau aku bukan sahaja menguruskan hal-hal berkaitan dengan kerja yang melibatkan dalam pejabat sahaja T.E.T.A.P.I kerja-kerja luar pejabat pun termasuk dalam senarai kerja aku. Kerja-kerja luar pejabat yang aku maksudkan itu adalah menguruskan hal-hal yang macam si minah ek itu la (nasib ada elaun hehehe.) Paham-paham sendiri la korangnya, malas aku nak cerita. Karang sampai esok tak habis.

*****
“Sedap Su buat kek ni. Uwais balik ni dia tengok mesti suka .Rajin Su buat” puji Puan azizah kepada Puan Sumayyah merangkap adik bongsunya itu.

“Ala kak tak ada apa nak buat dekat rumah tu , boring-boring buat la.” balas Sumayyah.

“Macam mana denga Dyaz?” tanya Puan Azizah sambil melihat kiri kanan. Dilihat line clear atau tidak. Takut pula jika Syafii terdengar kecil pula hatinya.

“Macam mana , mananya kak?” Tanya Sumayyah pelik.

“Dia kan tak boleh terima kamu sebagai mak dia lagi. Tak ada ke dia marah-marah kamu ke, pukul kamu ke?”

“Ish akak ini. Dyaz memang tak dapat terima Su sebagai ummi dia tapi kak, dia tak pernah pukul Su apa lagi nak meninggikan suara dengan Su.”
“Akak bukan apa, akak risaukan kamu. Kut-kut dia buat kamu macam orang gaji dekat rumah tu, di herkik ke di lenyek ke.” risau Puan Azizah apabila memikirkan tentang adiknya itu.

“Akak ni drama betul la. Tak ada la akak. Lagi pun Dyaz bukan ada selalu dekat rumah. Hujung minggu baru balik. Itu pun kalau balik bukan ada dekat rumah, sibuk dekat butik dia malam baru ada dekat rumah.”

“Sekarang ni dia baru je habis belajarkan?”

“A’ah tapi dia tetap nak duduk rumah sewa tu.”

“La Fii bagi pula?”

“Mula-mula memang tak bagi. Lepas tu Dyaz dah janji tiap-tiap minggu dia balik rumah. Fii pun malas nak bertekak jadi dia benarkan je la.”

“ Ooo.”

“Ha akak jangan lupa minggu depan datang rumah, kita orang ada buat kenduri Aqiqah untuk Hafiz.” Sumayyah mengingatkan Puan Azizah tentang kenduri yang akan berlangsung ahad depan.

“Insyaallah. Eh Suara anak kamu menangis tu.” lalu Sumayyah dan Puan Azizah pun melangkah keluar dari dapur untuk ke bilik yang Hafiz tidur, anak adiknya yang baru tujuh bulan itu.

*****

Badan dihempas ke katil. Tangan kanan menyeluk poket seluar untuk mengambil I-phonenya itu setalah dirasakan getaran di pehanya. Di lihat terdapat tiga miss call dari Aiman dan dua miss call dari iman. Mana nak dengar kalau buat mood vibrate. Tiba-tiba satu panggilan masuk.

‘ Iman’

Lalu di angkat panggilan itu.

“ Assalamualaikum.” Iman memberi salam

“Waalaikumusalam.” Jawab Uwais dengan suara yang agak keletihan.

“Susah betul nak call kau sekarang.”

“Aku sibuk sikit la. Lagi pun fon aku buat mood vibrate tadi.”

“Dah bergegar pun tak rasa ke?”

“Dah la kau ni macam nak cari gaduh dengan aku je. Kau call ni nak apa?”

“Amboi marah nampak. Nak join lepak tak malam ni?”

“Dekat mana? Dengan siapa lagi?”

“Tempat biasa dekat mamak Subahani. Dengan Aiman, Apek, Mat tempang la.”

“Pukul berapa?”

“Lepas isya’.

“Ok. Set.”

*****

Motor Honda bewarna oren di parking di sebelah kereta Vios ayahnya. Di tanggalkan topi keledar biru laut itu di kepalanya lalu kakinya bergerak ke pintu rumah. Salam diberi kaki kanan mula melangkah masuk kedalam rumah.

“Baru balik Dyaz. Mari makan sekali, ummi masak ayam masak merah, ikan tiga rasa dengan sayur asparagus ni. Telur jepun goreng pun ada ummi buat.”

‘Telur Jepun goreng kegemaran aku tu.’

“Tak apa la makan dulu, nak solat maghrib dulu.” baru kakinya ingin melangkah ke anak tangga untuk naik ke bilik tiba-tiba satu tangan kecil memaut pergelangan kakinya. Di lihat sekeliling ruang tamu. Tiada siapa. Ibu tirinya di dapur. Papanya tiada di ruang tamu. Jadi Si kecil ini duduk sorang di ruang tamu. Bahaya betul. Papanya pun dah tahu ibu tirinya itu sibuk di dapur, jaga la si kecik ni. Baru sahaja Dyaz ingin membongkokkan badannya untuk mendukuk adik tirinya itu, tiba-tiba Puan Sumayyah keluar dari dapur.

“Ya Allah macam mana adik boleh ada dekat tangga ni. Bukan adik tidur ke tadi? Bila adik bangun? Tak dengar suara pun.” terkejut Puan Sumayyah apabila melihat anaknya yang tujuh bulan itu berada di kaki anak tirinya yang berada ditangga itu.

“Adik ni baru boleh berguling dah sampai ke tangga. Macam mana nanti kalau boleh berjalan nanti.” si kecil itu tersengih melihat telatah umminya. Lalu Dyaz terus menapak menaiki anak tangga untuk ke bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience